28.6.12

Jom bakar RMC

serius aku bengang dengan rmc arini. kalu nak dwet. bukan main lagi. kalu nak kasi dwet. mak aih. lembab kalah siput mati kot. hm.

ok. begini al-kisah nya.

aritu. aku kene tutup satu projek prof. zaleha. agak besar projek neh sebab bajet keseluruhan dalam 20k gak lah. 

macam nak mati aku kumpul resit kot. kontek orang ni. orang tu. las las dapat lah kumpul resit bernilai rm13,500.

serius aku macam bangga gilak berjaya kumpul resit sebanyak tu. walau tak cecah 20k pun. tapi penat wokeh. huhu. 

dengan muka separa bangga. aku pun hantar borang dan resit kat rmc. katanya akan issue cheque nanti. 

dan tadi. aku dapat cheque akhir nya. excited jap. bley claim gaji dua bulan aku. wehuu. baru nak riang ria. usha je nilai. terus potong.

rm8,800.10? 

apakah? short banyak gila kot. dah la ada seposen. weh. simpan je la seposen tu. haha.

dengan pantas aku ke rmc tanya. orang kaunter bleh blur plak. aku suruh dia cek file aku hantar. memang lengkap resit aku smua. hah! jawap jawap. 

kata nya mau bincang. dan akan telefon balik. ok fine. aku tunggu panggilan dari rmc. kalu diam je. serius aku terbalik meja dengan staff staff rmc sekali. haha. 

bongok nak mampus rmc. dan sekarang. aku kembali miskin. ugh.

25.6.12

Panggilan dari seberang

tengah bes bes melepak. terdengar lagu shakira. terkedu jap. ingatkan hidup di alam muzikal. baru nak excited okeh.


tup tup.

rerupa ringtone aku. ceh. potong stim tol. tabah. tu lah kau. tukar ringtone pastu lupa. mengong. haha.

angkat. jawap. 

dia: hello. miss sarah?
aku: yes. speaking. (slang london ok)
dia: im calling from legenda. can u come for 2nd interview.
aku: yeah sure. may i know when exactly?
dia: today. at 5pm.

aku pun jeling manja ke arah jam. 3.30pm. pundek lu interview 5pm. ingat mantin tu sebelah pagar je ke? ntah pape. ok sambung.

aku: so sorry but i dont think i can today. 
dia: hah? u cannot come ah? 
aku: thanks for the opportunity but i cant.

hah. tau cuak. aku pun terang la. patut cakap sehari awal ke apa. ni nye tidak. sukati. kalu mau las minit sangat. tepon je jam 5pm terus. baru betul. haish.

kata nya mau set new date. tapi ntah la. ada, ada lah. kalu takda takpe je. bukan rezki la tuh. kene plak aku macam tak semangat bila tengok bandar mantin. parking lot umah aku lagi meriah kot. tabah.

hm. tengok la camne. yang penting. kita enjoi dulu.

wehuu.

21.6.12

Pergi nya dia

lokasi: quality hotel
insan: warga iimu dan aku
sempena: farewell prof. abushouk
mood: sedih dan lapar

arini. ada makan makan di quality hotel sempena farewell prof. abushouk. mau terbang ke qatar akhir bulan neh. dapat tawaran keemasan dari universiti qatar katanya.

hm. kalu dah nama qatar. bukan emas dah. dah tahap berlian neh. sapa takmo kan? kalau aku. universiti qatar baru nak interview. aku dah kemas barang masuk opis. sukati. haha.

bagus lah. rezeki prof. kene plak dia memang brilliant. memang layak dapat universiti yang jauh lebih baik. memang padan muka kau uia. tu lah. tak jaga lecturer bebaik lagi. kan dah rugi. tsk.

eh. aku plak emo lebih. hehe. 

pape pun. makan arini sedap. random gilak. haha. tapi serius. sedap gak makan sini. banyak pilihan. tapi yang paling penting. ada rasa. harga pun okeh. kene plak iimu sponsor. memang menjadi jadi sedapnya. huhu.


[ abes misteri lah bergambar dalam gelap ]

oh prof. abushouk. selamat tinggal. sila terbang dengan selamat. dan smuga kehidupan di qatar lebih meriah. papai.

dan sekarang. warga iimu berdebar kembali menanti siapa jadi direktor baru. heharap yang kool. ameen.

20.6.12

Mari merapatkan ukhwah

minggu ni. adalah minggu mari lah tido di rumah sarah. 

umah aku ni dah la jarang ada pelawat. bila ada kawan tido dua malam berturut. macam kejutan budaya plak aku dan tot. jakun tak pernah ada orang. sian tol. haha.

semalam. kin kin. 
arini. syafa. 

borak sampai kejang mulut okeh. mampu kurus mulut aku kalu sebulan wat camni. huhu.

kin plan mau lepak jap je. tup tup. dia masuk bilik. tutup lampu panjat tilam. bongok gilak. haha. tu la kau. dah suruh tido je. jual mahal. tup tup lena sampai 11am. nasib bley masuk keje lewat.

dan arini. cik syafa plak. satu kapal dengan kin gak. konon lah mau lepak sampai pagi. tak sampai empat. dah borak sambil tutup mata. tektik kotor siot. haha. 

pape pun. makasih rerakan datang umah. ceria cket umah aku ni hah. cewah ayat. terharu abes. haha. 

ok lah. mau kemas umah dan tido. serius ngantuk. dua malam tak cukup tido. urgh. 

bantal.. bantaaal.. banta.. ban.. b..

18.6.12

Wingardium leviosa

aritu. cik sheena ke singapore sempena festival harry potter. okeh. jeles siot. mau pegi jugak. 

namun kerna status kewangan tidak mengizinkan. aku duduk umah tengok dvd harry potter je la. tabah.

dan sebagai kakak nan mithali. cik sheena beli kat aku bertie bott's every flavour beans. yea yeay. aku ada. kau ada? haha. emo.


haa. cakap je nak perisa apa. muntah? rumput? cacing? tanah? smua ada. ya. aku tau. agak jijik tapi lantak. yang penting. aku kool. *tetibe*. haha. 

hm. tak dapat surat tawaran hogward pun takpe lah. janji dapat coklat dari sana. ok smua orang. sila jeles. heh. 

dan cik sheena. terima kasih. lain kali kirim wand plak. wehuu.

16.6.12

Numious

lokasi: rumi & kohl, plaza damas
sempena: numious mini art festival
mood: curious dan lapar. kombinasi membunuh

arini. aku dan mahfuz ke plaza damas. demi memberi sokongan jitu ke cik sheena. sempena sesi seni anjuran beliau bernama 'numious'.

ikut kan. ni event pertama yang cuba mengabungkan artis dari latar belakang berbeza. dari tarian ke lakonan ke sajak ke nanyian ke musik. 

ada 10 insan. dan majoriti baru pertama kali dengar nama. tapi mak aih. sumpah talented. memang power gilas. 

yang lagi aku takle terima. masa event. ramai orang luar. mana depa tau pun aku tak tau. gila misteri. haha. tapi serius bes event ni. 

membuka mata dan minda. cewah ayat. haha. tapi serius. aksi spoken words sangat mantap. dan instrumental performance dari cik azren azimuddin? eargasmic! tetibe aku jadik fangirl azren. haha. 

 [ rumi & kohl yang sangat gorgeous ]

[ duduk sila atas karpet. sangat lah turki ]

 [ interior lawa siot. macam museum pun ada cket ]

 [ cik sheena selaku organizer dan emcee ]

[ striptease dari seorang mime artist. haha ]

syabas buat smua performers. kamu sangat berbakat. tahniah cik sheena. event sangat sukses! dan terakhir. cik mahfuz. terima kasih. kerna teman dan tidak merungut sepanjang sesi. haha.

14.6.12

Fossil selamanya

fossil clearance sale di menara atlan, ampang.

barangan dari 30% ke 80%. barangan kulit smua nya 50%.

dari rm1000. ke rm460.

tahniah cik sarah baharudin. anda adalah pemilik fossil's maddox dirty rose organiser flap.


my very first splurge. babai rm460 ku. tapi sanggup okeh. dah bertahun aku usha beg pure leather fossil. aku takkan lepaskan peluang keemasan sebegini rupa. 

dan kini. aku di isytiharkan muflis dan bergaya.

yeay yeay.

13.6.12

Dari Ampang ke Mantin

okeh. ini adalah sesi interview paling jauh dalam sejarah hidup aku. usha google map. macam dekat. haram jadah. tak sesampai kot. kalu tau. dah lama naik private jet pegi. tetibe. haha.

arini. aku ke mantin untuk sesi interview di linton university college bawah naungan legenda. agak besar area dia. ada 5 kolej dalam satu kawasan. ala ala mini oxford la neh. hmm.  

sesampai je mantin. aku masuk area bandar dia. belum apa dah stress okeh. area umah aku lagi happening kot. oh tidaaak. tapi abai kan smua itu. yang penting kerja. cewah.

pusing punya pusing. jumpa gak linton. masuk. park dan terus ke kaunter. isi borang mana perlu dan tunggu. masa tunggu. ramai gilak student african. sumpah macam di africa. 

pekerja malaysia bley kira dengan jari. ganas. tak payah backpack africa camni. pasang khemah kat sini cukup. harap safari je takde. haha.

sejam kendian. baru dipanggil masuk. ada 3 panel. ok lah. tapi head english sumpah kerek. sengih pun tidak. pms ke apa. tabah. 

memula borak. pastu mock teaching. okeh lah. kene la puji cket. ntah la eklas ke tak. layan kan aje lah. hehe. jap tu. orang hr kasi briefing pasal sistem linton.

menurut mereka. staff linton harus kerja enam hari sminggu. ok. part ni memang aku tak berkenan. ccamne nak joli ni weh? haha. haish. buruh kasar pun cuti dua hari okeh. 

ntah la. macam tak semangat tetibe. macam konfem dapat je. haha. yang aku tau:

happiness is more important than money. 

atleast bagi aku lah. kalu gaji banyak tapi sakit jiwa kerja enam hari. baik tak payah. tapi tengok lah dulu camne. 

yang penting. aku dah jejak mantin. harus salute mereka yang berjaya hidup di kawasan seumpamanyan dengan bahagia.

yang aku tau. aku bahagia di ampang. 

12.6.12

tiga.puluh.sudah.


ini nur sheena baharudin
sesatunya kakak aku

dan arini dia berumur tiga puluh
no more number two infront

selamat hari jadi

sayang kamu selagi nyawa dikandung badan

9.6.12

Dari Ampang ke Brazil

Carnaval Churrascaria

baik lah. cuba sebut nama kedai lelaju. boleh sembelit okeh. haha.

arini. sempena hari jadi kakak ku. kami sekeluarga pakat makan besar. setahun lima kali aje. 

hmm. lima kali pun dah bam bam camni. kalu setiap hari. konfem masuk the biggest loser. oh tidaak.

ok. disebabkan keluarga aku suka makan. dan hampir smua restoran di kl sudah kami cuba. maka. kami pilih restoran baru di damansara jaya.

kedai ni sangat bes. sesuai untuk insan insan karnivor seperti baharudin sekeluarga. kedai berkonsepkan brazilian. ay carambaaaa.

jadi. bezanya. untuk daging. kita tak yah pi meja buffet. tetapi. pekerja akan datang dan tanya soklan seperti:

dia: do you like to try our garlic lamb?
aku: yes yess yesssss

maka. dia akan potong daging yang masih berasap depan ko. kuang hajau. nasib aku tak posa. kalu tak. memang nak kena laknat lah. haha.

dan daging datang tak berhenti kot. ada je pekerja datang bawak daging baru. memang nikmat abes. dan yang paling bes. semua sedap okeh! termasuk salad bar. yummy!  

[ interior kedai yang sangat melepak ]

[ sayuran untuk cik vegetarian ]

[ lagi lagi sayuran yang sedap]

[ sesi memotong daging ]  

pape pun. terima kaseh mama dan ayah selaku penaja sesi arini kerna berjaya mengembirakan perut anak anak mu. yea. 

7.6.12

Lawatan sambil belajar

aritu terniat mau kasi kopi tenom kat nafiu. jejaka phd econs dari nigeria. dah lama gilak nak kasi. tapi takda jodoh. banyak sangat halangan. cewah ayat. haha.

arini. jadi gak jumpa akhirnya. dan aku dengan semangat jitu terus ke econs cafe. malas mau pegang kopi ni lelama. ikut hati mau je minum sendiri. tapi dah niat kan? hm.

sampai dan tunggu. lama jap tu. nafiu sampai. kami borak. dan borak. dan borak. tetibe dia berkata:

dia: please visit my phd lab
aku: not today. but i will definitely visit your sanctuary one day.
dia: no.. no.. i insist u come today
aku: eh eh. its okay. next time aite.
dia: u're already here. please come

sedar sedar. aku tengah jalan ke lab dia. what kind of sorcery is this? haha. sampai kat pintu. dia suruh masuk. tengok signage:

econs phd lab (male)

mak aih. dah tulis male kot. sogan la eden. tapi las las masuk gak. masuk terkejut. ntah pape. ada 3 jejaka tengah bikin research dan smua aku kenal. haha.

kecik sungguh dunia ni. dah lah mereka sangat baik. kasi aku makan minum. smua lah. kata nak pi pavilion. las las tersangkut dekat setengah jam. fail sungguh. hehe.

tapi serius shiok borak dengan bebudak neh. sangat chill. cite plak pasal travel. amekau. terus tersangkut. tabah. tapi las las aku balik gak.

anta sampai pintu okeh. haish. terharu ceq. yang lagi terharu. cik nafiu hantar sampai ke iimu. tetibe terasa penting. haha.

pape pun. terima kasih cik nafiu dan rerakan for the hospitality. sesungguh nya. lawatan ke lab econs sangat memukau. tetibe. haha.

5.6.12

OKB


di suka cita nya dimaklumkan bahawa

cik nur sarah baharudin

baru menerima cheque dari boss bernilai rm 1800. 

alhamdulillah. 

walau pun tak banyak mana pun. tapi dwet tetap dwet. ahh. mau bayar apa yang patut di bayar. dan selebihnya?

enjoi!

yea yea. dwet! 

4.6.12

Dan seterusnya

aritu. aku dan tiga gadis pingitan ke port dickson. melayan lima aktiviti separa lasak.

arini. di kala kebusanan melampau. aku dengan semangat jitu memborong voucher indoor paint ball plak.

dan seperti biasa. aku angkut jelitawan bernama una dan fatin. zetty tarik diri. dah pergi dua kali kata nya. 

maka. diganti tempat zetty dengan adik una. layan kan aja. janji cukup korum empat. kerna empat adalah nombor magik! tetibe. haha. 

dari rm80 seorang. dapat rm38. layaan. serius banyak kurang. dapat 200 pellets. mask dan vest. agak senonoh untuk harga di tawar.

huish. serius tak sabar. bley la merasa duduk iraq camne. tetibe. haha. pape pun. smuga kami tidak lebam lebam. ameen.

yeay yeay. mau tembak orang. haha. 

2.6.12

Pusing pusing pusingan

sebagai insan murni lagi suci. aku arini pusing area bukit bintang. meneman cik sherly usha handphone.  

dari klcc ke pavilion ke sungai wang ke times.

las las satu pun ko tak berkenan. nasib la selain murni dan suci. aku juga penyabar dan teguh. alhamdulillah.

kerna jika tidak. mau nye esok tokei samsung dengan penuh dramatik jumpa dikau dalam meja display. 

jangan memaen cik sherly.

be afraid.

be very afraid.

ok. mau makan aiskrim. tata.