30.1.13

Hangin satu badan

arini adalah hari yang paling menggugat keimanan. dah lah iman aku dah senipis kulit bawang. mau gugat gugat plak. adoh. kacau tol lah.

arini. teman sekerja aku dengan bijaksana print kertas final exam aku dan jadikan soklan latihan dalam kelas.

alasan?

ingat tu final exam semester lepas. 

babik.

mana tak hangin satu badan aku tadi. dah ah esok exam paper tu jam 11.30 am. dah wat silap camtu. kecoh menggila. jerit jerit. bila jumpa bos. salah kan aku memanjang. pundek sungguh.

ok. aku ngaku. aku pun ada silap. silap kerna email softcopy sama ko. tapi aku kasi sebagai rujukan ko. ko kali pertama ajar subject tu. agar ko tau apa patut cover untuk exam. bukan untuk print dan kasi sebagai latihan. 

tak tanya aku. tak baca email aku. print bodo gitu je. pastu nak salah kan aku? pundek lagi sekali. 

masa depan bos. aku cket pun tak salahkan ko. siap backup lagi. pastu ko tolak smua kat aku? bagus sangat lah. sumpah aku dah tak caya ko dah. bila bos suruh wat kertas exam baru. ko blah minum kopi bagai. aku wat sesorang. 

bila dah settle. ko bley datang kat aku dan kata "we did it! we settle the issue ourself" sambil mau high five. serius terasa mau high five muka ko je. pundek seribu kali pundek. tapi aku kontrol marah. aku senyum. aku wat dek. 

malas nak gado. malas nak marah. malas nak berdrama.

tapi yang pasti. aku takkan pecaya atau tolong ko pape dah pasni. buat lah smua sendiri. aku serius dah malas layan orang camni. sangat penting diri sendiri. haish. 

yang penting. aku berjaya selesaikan masalah besar dari terus membesar tadi. dan menurut bos aku. takkan jadi kes disiplin. sebab smua berjaya settle kurang dari 3 jam. hm. tahniah buat diri sendiri. 

dikau memang hebat. yeay.

28.1.13

Cepat sembuh cepat


ini mak tok.
selaku nenek saya.
dan insan paling kool se-universe.

tadi. waktu tengah bekerja dengan penuh dedikasi. dapat berita kata mak tok masuk hospital. sentap jiwa dan raga kejap.

lepas sesi soal siasat ibu sendiri ala ala sherlock holmes. aku dapat info. mak tok kene minor stroke kata nya. tapi mak tok dah sedar dalam hospital. dia okeh. bak kata dia lah. 

aku bukan bley kalu tak tengok sendiri. maka. lepas kerja. dengan pantas terus drift balik ampang. nasib aku takle terbang. kalu tak. peh. mau terkejut warga malaysia. tetibe. haha.

sesampai je ampang. phew. lega. Alhamdulillah sesangat. mak tok memang agak ok. walau tangan bengkak seribu kene amek darah. dan jalan pun slow sebab doktor masuk tiub merata. sian nenek aku. tapi takpe. janji akan pulih pasni.

dan takpe. sebab aku tau mak tok wanita tabah. macam cucu dia sorang neh. haha. sempaaat. tabah. 

pape pun. smuga mak tok cepat sembuh. ameen.

25.1.13

Yeah... lagi... lagi...

dia: sarah. students really like u.
aku: huh? sure or nooooot?
dia: seriously. they really puji u lah.
aku: maybe they're being sarcastic miss shamala
dia: no.. no.. i know one if i see one.
aku: hmm. interesting. one of life mysteries.

cewah ayat kau sarah. macam kool gilas. walhal dalam hati. mak aih. siap joget para para sakura okeh. ooh suke suke. 

tapi hakikat nya. aku pun muskil sebeno nye. aku selalu kene tegur dengan rakan sekerja. kata aku tak formal. lepak sangat. bajet american style lah. hoho. 

dah ah kuat ngarut dalam kelas. ramai student cakap aku pelik lagi aneh. tapi datang gak kelas. hm. misteri nusantara sungguh lah. 

dan baru dapat tau. attendance kelas aku sangat superb banding kelas lain. bebudak smua pakat datang exam dan hantar smua assignment. sampai mr. ala pun takle trime. bley plak dia terkejut tengok report kelas aku. pundek. haha.

hm. nak kata aku kasi nasi kangkang. mau kejang aku mengangkang untuk 100 budak. haha.  pape pun. trimas anak anak didikan ku sebab rajin datang kelas. puji lah saya lagi.

yeah.. puji lagi.. puji manyak manyak lagi.. bwahaha.

21.1.13

Zaggora

sebulan lepas. aku wat gila beli suar aerobik zanggora dari groupon. selalu nye aku borong voucher aktiviti lasak je. ni kali pertama aku beli produk. tu pun lepas nekad mau hilang kan baby fat (baby lah sangat. haha) sempena azam baru.

harga asal: rm280    harga groupon: rm145

takda lah murah mana. tapi selepas baca review dari pelbagai pengguna. layan kan je lah. kalu tak menjadi. tobat aku pakai suar ni lepak umah. kasi berbaloi cket rm145 aku. hehe. 

dan sebulan sudah. sampai gak zanggora aku dari uk akhir nye. yeay! dan sebagai insan rakus. aku terus pakai. mak aih. gila pink. tapi pedulik ah. yang penting. aku mau tengok menjadi ke tak suar ni.

maka aku pun wat lah sesi belly dance selama 30 minit. semangat tak semangat. hehe. okeh. terlalu awal untuk aku kasi review tapi macam berkesan je suar neh. 

aku selalu je wat belly dance dalam bilik. memang berpeluh lah. tapi bila pakai zanggora. mak kau. berpeluh tahap mampu perah baju kot. serius terkagum. ingatkan pakai suar. peluh kat bahagian tertentu je. tup tup. satu badan okeh. huish. serius magik.

pape pun. aku akan cuba pakai selama 2 minggu dulu. heharap badan jadi macam beyonce pastu. tetibe. haha. yeay yeay zanggora.

19.1.13

Supliseeee

insan: sarah. nithya. 
lokasi: dari mantin ke springhill. 
sempena: majlis makan2 shamala.
mood: cuak mau sergah umah boss.

aritu. miss shamala jemput warga ELC yang tiga kerat untuk datang majlis memakan sempena hari jadi anak sedara dia. aku memula serius kemalasan. tapi bila pepikir balik. orang dah ajak kan? pi je lah.

tapi atas masalah teknikal yang tak berapa teknikal. aku sudah tersilap tengok waktu majlis. patut 1900. aku ingat 1200. terawal 5 jam. slumber. sah rabun kalah ayam weh. haha. redah je ah. malas aku nak patah balik.

sesampai umah. memang baru nak pasang khemah bagai. pedulik. tebal kan muka. masuk umah dan tegur. miss shamala kat dapur pakai baju umah je kot. macam tak pecaya bos aku camtu. selekeh siot. wahaha.

supliseeeeee.

muka dia terkejut gila kot. sempat ceramah bagai. nithya dah emo kene ceramah. haha. aku wat muka dek je. sampai dah kira bagus. huhu. aku borak dengan smua sanak saudara dia. layaan. nenek dia suka gila kat aku kot. hm. meh wat sistem barter. tuka dengan shamala. haha.

dalam 20 minit gak ah melepak. aku siap masuk dapur borak. ntah nape aku terlebih ramah arini. huhu. kene plak tadi aku sorang je melayu. lagi lah depa suka. bagus bagus. 

pape pun. terima kasih jemput daku miss shamala. lain kali. jemput lah lagi. wehuu.

16.1.13

Parah


ntah nape.

aku rindu dia sesangat arini.

oh tabah!

mari salah kan hormon dan sewaktu dengan nya.

dem u hormon. ugh

14.1.13

Lawatan sambil berbakti

sempena hari jadi sultan nogori arini. aku dengan riang ria nya pakat cuti sehari. wehuu. dan disebabkan dah niat suatu ketika dulu. aku pun pi lah melawat uia arini. 

dalam perjalanan. aku berdebar gila kot. ntah pape. haha. tapi serius. aku berdebar amat. tapi jejak je dalam uia. rasa macam excited pun ada. mau jumpa kekawan lama. dan aku cuba cover seramai yang boleh. 

dari iimu ke opis rektor ke econs. abes aku tawaf arini. dan sebagai insan berhati murni. ecewah ayat. ok. telan balik muntah tu. keke. aku serius ni. aku siap borong 72 cupcakes untuk jamu orang kot. semangat tak semangat. 

masa aku tetiba timbul. memang depa agak terkezut lah. mana tak nye. datang dediam je. abes surprise lah tuh. nasib depa ada. kalu tak. mau makan tidur mandi cupcake sebulan aku. haha. 

uish. serius rindu bebudak uia. lama gak lepak. siap meminum kat hs cafe lagik. abes mengimbau kenangan okeh. tapi dalam jam 3. aku kene chow. tolong hantar kak nad ke kl sentral sama zetty, mahfuz dan kak aini. 

kak nad harus ke new zealand tengok adik dia. ada masalah cket dengan jpa. gila bes. bukan part masalah. part pi NZ ok. aku tak sekejam itu. huhu. hm. apsal lah adik beradik aku smua studi malaysia? tabah.

masa melepak kl sentral. serius macam zaman iimu dulu. bising gilas. sumpah aku rindu saat tu. masa kak nad nak chow. suara dah pecah pecah sedih. terharu kami hantar. hah. baru tau terharu. tu baru cket. kalu ada dwet. sampai ke new zealand ceq antaq. hoho. 

lepas dah anta smua. aku, mahfuz dan zetty pakat balik satu keta. kak aini balik keta sendiri. mau amek anak kata nya. aku walhal kene balik nogori kot. tapi serius takda mood. maka aku angkut lah mangsa culik pi sisha di setiawangsa. huhu. 

dan seperti biasa. insan macho macam aku dan k. zeti je dok sibuk sesi menyedut asap berperisa. mahfuz duduk jauh gilas. sabo je lah. tapi bila duduk dekat. sempat ceramah aku plak. haish. susah tol ada penceramah bebas ni. heh.

dalam 1100 gak ah aku anta bebudak tu balik. dan aku terus pulang ke nilai. bawak pelan gila okeh. mana tak nye. mabuk cupcake campur sisha. kalah kokain high dia. hoho. haish. ntah bila lah bleh lepak camni lagi. hm.

pape pun. arini aku gembira walau penat. insyaAllah. aku turun uia lagi angkut 144 cupcake. gilo. haha

13.1.13

Parti memanaskan rumah

lokasi: rumah baru cik shan
insan: 10 insan menawan
sempena: house warming party cik shan
mood: ceria

sarah. sheena. shan. azreen. fatin. sao. homam. wendy. israr & isteri. 

10 insan hangat di parti memanaskan rumah cik shan.

peh. tajuk macam ape je. penuh skandal. layak jadi muka depan paper kosmo. tabah. 

masa mau cari umah. siap sesat bagai. mana tak nye. anta alamat cakap condo di jalan gombak. jenuh lah mencari condo. smua pakat dok cari bangunan tinggi. tak jejumpa. tup tup.

condo 4 tingkat. patut ah tak jumpa. nasib lah aku ni insan penyabar. kalu tak? mau nye aku pusing kereta lepak klcc. bikin parti sendiri. haha. emo tak emo.

masuk je umah. pegh. bersepah makanan atas meja. banyak gilak! memang santapan untuk raja okeh. punya lah banyak. sampai tak cukup meja kot. cukup lah stok 3 bulan. kak shan tak yah kuar umah. bes bes.

makan. borak. tengok tv. makan lagi. buli kucen. borak. makan.

dan begitu lah aktiviti harian selama beberapa jam. macam biasa. makan mendominasi aktiviti. haish. musnah sesi diet aku. musnah semusnah musnah nye. mak aih. emosi nye. tak cukup makan emosi. cukup makan pun emosi. masalah besar tol lah. tabah. 

pape pun. tahniah kak shan atas rumah baru. terima kasih rerakan yang bawak makanan sedap. dan oh ya kak shan, rerajin lah buat parti pasni. wehuu.

ps: harus puasa sepurnama pasni. urgh.

[ aku dan kucen sama montel ]

12.1.13

Makan. Borak. Gembira.


ini cik kin kin. teman seperjuangan sejak matric. benl murtad. dan bakal isteri orang. 

setelah lama sudah tak ke temu. jumpa gak akhir nya untuk sesi makan sambil gosip. yeay! ikut kan. dah lama pakat. tapi memasing sibuk. sorang peguam. sorang cikgu. ada je benda harus bikin. jadi gak akhir nye. phew.

jumpa di ampang point dan patut makan area tu je. tapi sebagai minah ampang. aku dah muak tengok restoran kat ampang okeh. terus drift pi bangsar. rajin tak rajin. huhu. dan macam biasa. aku bawak kin kin ke chef & brew. yums.

2 minah. 5 lauk.

peh. macam tak makan sepurnama. aku serius kagum dengan kin kin. orang kecik. tapi lapo kalah jin okeh. dia sorang 3 lauk. siap ngadu masih lapo. walhal serving agak besar kot. konfem ada cacing neh. heh.

lepak dalam 4 jam gak lah. sampai kejang mulut aku borak. tabah. tapi mana tak nye. dedua pakat update kisah hidup memasing. kalu tukaq jadi buku. mampu jadi trilogi. panjang tak panjang. huhu.

makan malam ni. cik kin kin belanja. chait. kalu lah aku tau. eawal dah order steak dan white wine. hehe. but yeah. terima kasih cik kin. merasa gak aku duit bujang ko. tu pasal makan sedap laen macam je. kehkeh.

pape pun. tahniah kin kin. jadi gak tunangan orang. dan insyaAllah istri orang plak pasni. haish. apa ke malang jejaka itu. haha. kalu takda aral melintang. jumpa di kenduri alor star. woot woot.  

8.1.13

Masa untuk terbang


dunia memanggil lagi.

dan destinasi seterusnya?

sri lanka.

masa untuk buat research. woot woot

6.1.13

Bertemu jua akhirnya

hampir 3 purnama. ketemu jugak akhir nya aku sama anak epahadi, cik hanini.

lama siot aku tunggu. mana tak nye. epah asyik lepak ipoh. aku plak takda masa mau ke ipoh.  sabtu kerja. hm. sabo je lah. tu bila khabar angin epah dan nini balik pd kedengaran. aku dengan pantas terus melawat. semangat tak semangat. ok epah sila terharu. haha.

disebabkan aku blur apa nak bawak. aku las las borong ayam kfc 16 ketul. walhal 3 dewasa je. aku dengan bijaksana terkira nini sekali. 4 ketul sorang. dah ah budak tu baru berapa bulan. mengong tol lah. huhu.

lama siot aku melepak. memang tak sedo diri tol. tak rereti mau pulang. siap makan dinner bagai. teramat tak senonoh. tapi takpe lah. 27 tahun sekali je. dan janji perut kenyang. bila hati kenyang? hati pun senang. bila hati senang? jiwa pun tenang. bila jiwa tenang? ok ok dah. cukup. haha.  

menurut sesi mengusha aku. dipahamkan. serius buas budak nini ni tido. tengok gaya. macam ikut ayah *ayat kontroversi*. iye iye je aku. haha. tapi tengok gaya macam ye je. sebab aku pernah tido setilam sama epah. sopan siot. camne dia lena. camtu la gak la posisi time bangun. riso siot. ingat dah keras ke apa. huhu.

nini pun macam banyak akal. ada je strategi baru. besar kang bley jadi pengerusi MLM. tetibe. heh. haish. jumpa gak budak nini ni akhirnya. walau aku tak masuk dengan budak. bila aku dukung nini. terus tido okeh. aku tak pepasal terus teriak dengan kehebatan mendukung aku. peh. empuk sangat kot aku ni. haha. pasni mampu buat duit. caj satu dukung rm5. satisfaction guaranteed. haha. 

pape pun. selamat datang nini. smuga jadi budak yang baik. jangan ikut jejak langkah mak ayah dikau. rosak.. rosak yang amat. hehe. love u epahadi :P

[ nini cokelat celup.. celup celup]

3.1.13

Ketagihan

Game of Thrones
Breaking Bad
Two Broke Girls

di kala mat dadah ketagih dadah. aku di sini ketagih tengok series.

walau pun ketagihan aku senonoh cket. simpton simpton tetap bagai menagih dadah.

* gelisah bila tidak dapat.
* high bila dapat.
*emosi sesorang masa tayangan.
* badan mampu susut tak makan.
* tido mandi smua di abai.
* tak mampu fokus.
* kerja terabai dek series.

haish.

genap sebulan. mampu kurus aku camni. hm. harapan palsu sungguh. silap silap makin gendut ada lah. tengok series mulut sibuk nguyah biskut. hehe. 

tapi takpe. yang penting. aku takkan busan pasni. series stok 3 bulan dalam genggaman. wehuu.

1.1.13

Dua Kosong Satu Tiga


Selamat tahun baru

kepada aku dan masa depan.
smuga hidup kian sukses.