31.5.13

Dari Mantin ke Ipoh


sarah. zetty. shan.

arini. tiga dara akan road trip ke ipoh. sempena sesi mencari makan selama 3 hari 2 malam.

smua selamat pergi dan pulang ke mantin. ameen.

ok perut. sila bersedia. woot woot.

26.5.13

Asap indah


aku bukan penghisap asap berperisa yang tegar.

tapi sempena sesi melepak bersama encik homam di mamak andersen arini. ntah camne aku bley terjebak dalam dunia ni.

hm. pengaruh buruk tol lah homam neh. haha.

dan aku sebagai insan adventurous. mau asap kuar dari idong lah pulak. konon naga lah tu. 

sedut sedut sedut. dan hembus. okeh. menyesal. terus dunia berputar. high siot. dah ah tuh. abes smua benda aku rasa kelakar. air teh ais pun macam lawak gila.

mengom.

tapi takpe. bukan selalu. hehe. 

encik homam. seronok dapat jumpa dikau. encik sisha. hingga kita bertemu lagi.

fuhhhh.

24.5.13

Harum setaman

konfem! arini adalah hari paling indah bagi aku (ayaaaat. haha)

ok. begini cerita nya.

tadi. masa tengah melepak dalam opis. tetibe aku ternampak kepala terjulur dari tepi kabinet. babik. terkejut aku. nasib tak berbuih mulut ke apa. jatuh kredibility aku kalau ye. huhu.

pakai spek. usha. rerupa nya dua student aku dari china. aku tak kenal sangat mereka ni. ada masalah bahasa tapi sangat baik lah budak nye. memang mesra dan sopan.

mereka: hello teasherr.
aku: hi. morning. how are you guys?
mereka: good good. for u! (sambil hulur plastik)
aku: huh? what is this?
mereka: preshent. for u.
aku: oh. thank u very much.
mereka: ok babai teasher.

lepas mereka keluar. aku masih blur kot. sabo je lah. ye ah. tak penah dapat adiah dari student kan. dan aku terus usha dalam plastik bag. 

[ set perfume dan losyen flora gucci ]

O.M.G.

aku terkejut gilas kot. mahal neh. dalam rm300 gak ah. ntah nape. aku macam berdebar gila. dramatik abes. haha. 

aku macam serba salah mau terima atau tidak. kalau tolak. kesian mereka plak. dan kesian aku jugak sebab tolak rezki best. hehe.

pape pun. terima kasih yao han dan pei fei di atas adiah ini. sebagai bukti keteharuan yang teramat sangat. akan ku lemaskan korang dengan keharuman aku setiap hari. haha.

seriously. thank you. 

22.5.13

Anak ikan

hari ini dalam sejarah.

bekas pelajar berumur 19 dari Zambia ajak keluar dating.

aww. terkejut mak. 

lagi bes bila student tu ingat aku 22 tahun. fuh.

walau luar nampak kental semacam je. dalam hati. shiok gak. mana tak nye. tak penah ada orang ajak aku dating kot. alolo.. sedih nye ayat. poyo. haha. 

atas dasar profesional. aku tolak perlawaan secara berhemah.

atas dasar politik. aku ubah cket tawaran itu ke makan tengahari.

omg omg omg.

kalu outing ni terlaksana. ni lah kali pertama aku kuar makan dengan student. dah ah student tu chumel. ah. dugaan smua nya ini.

hm. mau tapi tak mau. tak mau tapi mau. 

dilema siot. 

18.5.13

Pulang

setelah sepurnama ngak ketemu. tadi. jumpa jumpa sama cik sherly salimun di pavilion. sempena dia mau pulang ke kota belud selama nya.

tak tahan stress kerja kata nya. bagus lah. aku memang setuju sangat dia mau berhenti. mana tak nye. sampai sakit belakang kronik bagai. its time to find a better job sistah!

dan arini. patut nye mau tengok star trek. tapi apa pnya malang lah. tiket habis. usha karaoke plak. bilik penuh. sumpah frust abes cik sherly. 

aku plak dengan hati yang murni pun cadang lah dia karaoke di kota belud. mana aku nak tau sana takda karaoke. keciwa lagi minah tuh. haha. sabo je lah.

maka. melepak sambil makan dan bergosip lah kami. dalam 4 jam gak lah. ala ala menghabiskan masa berkualiti bersama. ececeh ayat. ok. muntah. 

minah tuh plak. kejap excited mau pulang. kejap tak rela. apakah? dilema sungguh lah. balik je lah sameon. melepak sebulan dua. sesambil cari kerja lagi menawan.

pape pun. selamat pulang ke negeri bawah bayu. yea! kurang sesak semenanjung. haha. sehingga kita berjumpa lagi. 

[ babai sameon ]

13.5.13

Pertemuan 3 penjuru

setelah beberapa bulan menunggu. bertemu gak akhir nya aku sama nana dan epah sekeluarga.

dari zaman matrik. hingga aku habis master. asyik berkepit sama dua minah itu. kalu tak jumpa. mesti gayut tepon ke apa. ala ala 3 gadis pingitan gitu. 

tapi bila sorang sorang kecundang ke alam perkahwinan. dan kini alam berkeluarga. susah cket ah mau jumpa. smua pakat punya komitmen tersendiri. tu bila dapat jumpa arini. peh. macam apa je. jakun.

paling jakun aku ah. tetibe dapat anak sedara instant. cik hanini dan cik dhia. aku memang kureng cket dengan bebudak. tapi dua anak dara ni macam ok je dengan aku. hm. petanda baik neh. haha.  

cuma seperti biasa. aku sebagai anak dara sunti. ayaaat. haha. teramat lah blur. kene plak bila mereka berborak pasal isu ibu. breast pump lah. apa lah. terus aku fokus makan spagetti sambil tengok running man. huhu.

[ cik hanini dan cik dhia ]

walau pun lepak kejap je. aku tetap gumbira dapat jumpa teman zaman jahiliyyah dedolu. walau hakikat nya mereka telah berhijrah ke tempat lebih baik. aku tetap ingat kehampehan mereka satu ketika dahulu. haha. 

love u guys!

11.5.13

Awan gajah

saat memandu ke arah bangsar. ku pandang langit biru dan terlihat sesuatu berbeza. di tatap langit dan kelihatan 2 ekor gajah memandang satu sama lain.


sesak nafas melihat keindahan ciptaan Allah. Masya Allah cantik yang amat. tapi hanya buat sementara. beberapa saat kemudian. hanya kelihatan kepulan awan biasa.

aku bersyukur diberi peluang melihat kepulan awan tadi. walau hanya seketika. cukup untuk buat aku menghargai segala nya.

Alhamdulillah.

8.5.13

Sakit mental

tadi aku turun seremban. melepak kat jusco sampai jam 2300 gak lah. dalam perjalanan pulang ke mantin. aku abes nekad mau amek highway lekas. cerah cket. jalan lama tu memang bahay amat. gelap melampau dan banyak cerita kurang menarik.

aku dengan muka dek bawak ah kereta secara berhemah ikut sign board lekas highway. tengah bes bes drive. ntah camne. aku boleh terlepas exit lekas. sedar sedar dah di jalan lama. aiseh man.

jalan lama tu memang berbukit, bersiur dan bahaya gilak. mau u-turn pun pikir sejuta kali. serius tak nampak kereta tengah datang kot. maka aku pakat teruskan perjalanan dengan tahap pasrah melampau.

sumpah gelap gila babik ok. babi pun tak gelap camtu. memang tak nampak pape. belakang kiri kanan smua pakat hitam gulita. depan nampak cket je walau dah pasang spotlight. memang takda lampu jalan pun area nun. redah gak lah.

tengah drive. tetibe nampak lampu kereta. peh. gila lega. pastu kereta tu kasi highlight. ok. tak lega dah. aku terus berdebar ntah nape. setau aku. kalu kasi high light. samada ada polis atau benda tak bes.

cuak dah aku. masih drive tapi pelan cket. lama tu. aku nampak hazard light. adoih. jangan ah pelik pelik weh. dan impian ku jadi kenyataan. hehe. ada eksiden. sangat teruk. antara kereta dan motor. 

baru sangat jadi. baru 3 kereta berhenti tolong. aku takut nak tolong. sorang je gadis. dah ah gelap nak mampus. harap lampu kereta je nak suluh. depa suh aku lalu tepi. dan aku lalu. dan aku lihat apa yang tak patut di lihat.

atas jalan. ada satu laki terbaring menghadap tanah. keadaan badan tersangat lah pelik. macam patah riuk je. dan jalan dipenuhi darah. aku yakin lelaki itu meninggal. walau aku terpandang kejap je. aku terus mental sepanjang malam. ugh.

dan lokasi eksiden ke bandar mantin. masih jauh. dah ah gelap. lagi lah aku sakit jiwa. cuak siot. manatau dia tumpang mau ke hospital ke apa. aku pandang depan je. sampai lah ke rumah.

dan sepanjang malam aku tak mampu tido. tutup je mata. nampak. tutup lampu. terus meremang. gaya macam terkena badi je. terus mandi dan tido buka lampu kecik satu. macam bebudak. hehe. 

sepagai pengubat sakit mental. ayuh tatap muka tot yang chumel gilass. meoww. 

[ ubat paling mujarab ]

6.5.13

Mari mengundi

las aku ngundi. 5 tahun lepas. dan arini. aku mengundi lagi. yang bermaksud. 5 tahun telah berlalu. how time flies. hm. 

semalam. satu keluarga pakat mau bangun awal mengundi arini. konon takmo beratur ah. siap tido awal kot. tup tup. smua bangun jam 1100. sabo je lah. haha. 

bangun mandi sesiap smua. ayah aku lepas anak anak kesayangan sorang sorang. smua destinasi berbeza. 2 di bukit mentok. 1 di skolah chukai. dan aku di sekolah rendah cina. macam anta pi skolah je. 

masuk kawasan skolah. cek nama. dan beratur. pantang mau mengundi. asyik berdebo je. mana tak nye. masa depan negara terletak di tangan aku. ala ala gitu ler. nak jadi superhero tak kesampaian kan? hehe. beratur dalam setengah jam gak lah dan undi.

lepas je pangkah nama. terus lapaq semacam. stress sungguh tuh. haha. aku pusing area bandar jap. saja amek feel. 5 tahun sekali je nak merasa camni pun. dalam 15 minit kendian. ayah aku datang punggut anak anak nye untuk balik makan nasi. heh.

[ perang bendera yang meriah ]

[ jari gemok ku di saluti biru ]

ini kali ke dua aku mengundi. dan aku berharap walau ape pun keputusan. adalah untuk kebaikan negara dan masa depan. ameen. insyaAllah panjang umur. kita undi lagi 5 tahun akan datang. woot woot.

4.5.13

Mencari

semalam berjaya sampai chukai tanpa sebarang traffic jem. dengar kata. kalu kuar lambat cket je. konfem sangkut. pakcik aku kuar lewat sejam dari aku. sangkut 7 jam okeh. peh.. syukur alhamdulillah smua lancar. 

dan arini. bermula lah sesi mencari makanan. kempunan macam tak makan setahun kot. hm. lebih setahun tak makan rasa nye. hehe. aku dan kakak aku siap wat senarai kot. dapat je pangkah. dan seperti biasa. list aku paling panjang. haha.

makanan yang harus dimakan
- laksam
- nasi kerabu
- otak otak
- sata
- seafood 
- kepok
- pais
- jeli kelapa baik punya

dan dalam 8 yang di senarai pendek. aku berjaya dapat 7 *joget joget*. seronok gilas. cuma dapat dalam kuantiti yang cket je ah. smua pakat abes. chait. tapi takpe. janji dapat rasa di hujung lidah pun, aku dah pueh hati. 

[ otak otak sata dan kelazatan yang sakit otak ]

[ kuala kemaman yang cun melecur ]

dah pakat borong apa yang perlu di borong. aku angkut adik kakak aku melepak mamah otak otak sata di kuala kemaman sambil tengok laut. abes masyuk okeh. cuma tak lama pun. kakak aku mau pulang. risau ada ulor di celah batu. sabo je. hehe.

pape pun. syukur alhamdulillah kempunan aku berjaya di atasi seadanya. ecewah ayat. kaloh ibu mengandung ok. haha. yang pasti. setahun dua lagi lah sebelum aku jejak kaki ke kemaman lagi. haish. 

3.5.13

Dari Mantin ke Chukai


sheena. sarah. amin.

tiga beradik akan pulang ke chukai kemaman sempena hari mengundi ahad ni. 

hm. ayat abes patriotik okeh. walhal nak balik makan sata dan otak otak. haha.

pape pun. smuga selamat pergi dan pulang. ameen. 

1.5.13

Khas buat insan bekerja


selamat hari pekerja 
untuk diri sendiri dan smua warga sedunia yang bekerja.

cuti ah weh. woot woot. 
kebetulan plak rabu kelas banyak.
gila heaven. bwahahah.

ayuh lah kita beramai ramai melepak di hari nan indah ini.