29.11.11

Sesi makan di rumah pak chan

pegh.. tajuk gaya pantun sekerat je. rhyme tu. haha.

arini. pak chan dan mayuih wat majlis tahlil di rumah. sebagai ahli keluarga yang penyayang. ayat takle blah tol la. haha. aku pun angkut la adik dan kakak aku ke umah pak chan awal sejam.

kene la tolong apa patut. takkan nak datang makan je. walau pun idea tersebut sangat lah bes. heh. tapi takda makna nye. aku senonoh lagi. datang tolong kat dapur macam gadis melayu terakhir la.

usha usha. mak aih. gila banyak makanan. walhal tahlil kecilan untuk keluarga je. gaya macam nak wat sure heboh je. ganas tak ganas.

cukup time. cukup korum. sesi tahlil pun bermula la. solat magrib. bacaan yasin. abes je baca yasin. tok imam berkata kata:

"apa kata kita smua solat isya terus. lepas tu kita soruuuu"

sabo je la. nampak sangat lapaq. haha. tapi aku tak salahkan dia. time solat. bau makanan memanggil manggil kot. tak kusyuk aku jap. heh.

abes solat. laju gila depa serbu makanan. terkedu jap aku. hm. iye iye je ayat. haha. memula aku terkejut makanan byk kan?. amek kau. abes tuh. sah keluarga aku smua keturunan piranha. pantang bab makan. kalah roadrunner! pantas.

abes makan smua. tolong kemas rumah smua. settle kemas smua. pakat lepak reramai. tgk tv sambil pekena teh tarik. huish. life is good!.

kepada pak chan dan mayuih. tahniah kenduri sukses. dan terima kasih kerna berjaya mengembirakan perut perut kami.

perut... cepat cakap terima kasih. jangan memalu. cepat..


*sewel*

23.11.11

iimu di hatiku

tengah bes bes melepak di iimu. tetibe prof. abushouk datang:

dia: sarah. i want u to work here again.
aku: huh? but im working upstair.
dia: its ok. i wont tell them u're working here too.
aku: errr.. i would love too. but i need to ask them first.

tak sampai 5 minit kendian. prof. abushouk datang kasi aku keje. sabo je la. walhal keje rektor pun tak siap lagi. bes je nak wat keje lain.

hm. tetiba rasa disayangi. haha.

22.11.11

Kini saya boikot kuis

terkejut gak masa kuis call aritu. aku anta borang ntah zaman bila dedolu. sampai aku pun lupa aku ada apply. tup tup. dapat panggilan untuk pensyarah. layan je la kan? maka. tadi aku ke kuis.

sampai je. aku orang pertama yang sampai. dan kerna itu. aku la orang pertama yang kene interview. ok. masuk. ada 5 panel. smua tudung labuh. stoking tangan smua lengkap la. aku dah rasa tak bes masa tu. tapi dah terlambat kalu nak belakon pitam pun. haha.

interview untuk pensyarah bahasa inggeris. tapi tanya soklan cakap melayu. aku kene jawap dalam english. pelik gila. dah ah tanya soklan ntah pape je. ada ke tanya philosophy pengajaran dan pembelajaran olympia college. mana ah aku nak tau benda tu smua. bongok gila. haha.

lama jap tu. dieorang tanya soklan agama. aku ingat dieorang nak tanya rukun iman ke rukun islam ke. tup tup. dia tanya rukun solat. astaga. serius aku tak ingat. aku cakap la aku ingat. jujur tak?. haha. tapi serius darah aku naik bila dean pendidikan cakap:

dia: hah. ni reti baca quran ke tak neh?

gila kerek soklan. bongok gila. semata aku tak ingat rukun solat. tak semestinya aku tak reti solat ataupun baca quran. setan gila. aku memang benci bila orang bikin judgment camtu. orang yang betul betul bagus takkan cakap benda camtu. siap dengan itonasi kot.

haish. ikut hati mau je aku panah mamat tu. tapi malas la aku nak layan. orang yang bajet dah cukup bagus. memang tak patut di layan. patut campak laut ada la. haha. tapi serius. aku terus takda mood. balik rumah pun terkenang kenang muka dean tu. membara lagi adalah. tabah.

wahai dean pendidikan kuis. tolong lah menuntut dengan padi. makin berisi makin tunduk. ni tak. makin berisi. terus judge orang yang kurang ilmu dari ko. macam haram. aku harap masa ko tengah makan nasi satu hari nanti. ko teringat kesah padi. dan berusaha jadi macam padi. tetibe. haha.

wat masa sekarang. mau tido. kasi kool cket.

selamat malam.

21.11.11

Lima

lokasi: bens, pavilion
insan: aku. nana. asrul. maj. kin kin.
sempena: penyerahan kad kawen nana
mood: ceria dalam lapar

janji jam 2000. aku sampai 2030. slumber je. nasib jumpa geng uia je. kalu jumpa sultan ke apa. gerenti aku dah kene buang negara. tragis. tapi kan. macam bes gak. hm. oh sultan. sila buang saya ke europe. tabah. haha.

tapi serius. jam gila melampau tadi. aku walhal dah nampak pavilion kot. tapi tak tersampai sampai. bukan setakat jalan. kalu aku merangkak pun dah sampai kot. pundek gila. apsal jam pun aku tak tau. yang lagi bes. sampai je pavilion. jalan lancar semacam je. urgh.

sampai je. terus skipping ke bens. duduk dan order makanan. lapar gila babas kot. sampai lupa geng bus sekolah kat depan dan tepi aku. haha. tapi tu la. serius lama tak jumpa bebudak tu smua. gila rindu. smua dah keje. ada plak dah kawen. nak jumpa lagi la payah.

tu bes jumpa sekali sekala camni. riuh abes. sian gak aku kat asrul tadi. terpaksa layan hal 4 awek borak macam tak jumpa 15 tahun. haha. nanasrul balik awal. dalam 2200 dah chow. dah la nak balik puchong. jauh gila. aku. kin dan maj. bley plak sambung sampai ke tengah malam. tak hengat. bes bes.

pape pun. kepada maj dan kin kin. great to see u guys again. dan kepada nana dan asrul. tahniah! selamat mengkawenkan diri. wehuu~

20.11.11

Buta warna?

dalam perjalanan kat rumah bersama sheena.

aku: aritu kasi nama keta fatimah kan?. dah tukar. busan.
dia: hah. tukar nama apa plak?
aku: Mr. P. sebab warna dia puteh.
dia: .....

dah dia diam. aku pun sambung bangga nama bes keta aku. sampai je depan pintu rumah. sheena berkata kata.

dia: erm.. bukan keta ko warna oren ka?

waaaaaaaaaaaaaa. *pitam*

bodoh gila. hahaha. betul jugak. keta aku warna oren kot. haha. haish. esok gak aku pi klcc cuci mata. kasi terang cket mata. hm. asal aku memati ingat dia warna puteh ek?. tabah.

19.11.11

Hidup untuk makan

jam 1230.
german deli.
layan pancake beef soup.
mangkuk sebesar kuali.
bersama zetty. aini & ala'.

jam 1500.
delicious.
layan 3 jenis kek.
2 jenis kopi.
milkshake dan aiskrim.
bersama zetty. aini & ala'.

jam 1930.
german deli.
layan megaton.
dan cheese hotdog.
bersama una.

balik je rumah. terus pening lalat okeh. gila banyak daging aku makan arini. kalu aku gabung smua daging yang aku telan arini. dapat ah sekor anak kambing terbantut. wagh. gila banyak.

ok. konfem!. harus puasa daging begini. babai my beloved kambing. see u next month.

tabah.

17.11.11

Berita tergempar

ahhh gempar nye... gempar nye.. ahh..

errr. macam haram je. haha. ok ok. bebalik kepada jalan yang benar.

dengan sukacita nya dimaklumkan bahawa
cik nur sarah baharudin
telah dilantik secara rasminya sebagai
research assistant
kepada rektor iium iaitu
prof. dato' sri dr. zaleha kamaruddin.

sampai la aku takle blah. macam tak sesuai je. haha. tapi layan je la. janji duit masuk. pengalaman pun dapat. contact? terbaik wa cakap sama lu. haha.

tapi yang tak bes nye. aku kene jaga tatasusila aku. haha. walau rektor rock aje. tapi orang bawah dia plak over over. adoyai. sabo je la. tadi belum apa dah jadi hal.

prof. z mau aku tolong dia publish buku. ok la fine. wat masa sekarang. dia mau aku type dan edit. ada ke patut dia kasi hilang soft copy. genius betul. tak pepasal aku kene type balik satu buku. tabah. tapi dia kasi sebulan tuk siapkan. ok lah. aku bajet 3 minggu dah bley siap rasanya. pastu aku pun berkata-kata:

aku: prof. type dan edit kan? can i work from home?
dia: hah?. u nak type kat rumah?
aku: yup. its only typing. once in a while. i datang uia la.
dia: ok jugak. atleast u sep dwet minyak kan?
aku: haa.. pandai pun (ok. tipu. tak cakap pun. haha).

kuar je bilik prof. smua admin keliling aku. sibuk tanya apa cer. aku cakap la prof kasi aku wat keje kat umah. bila perlu je datang opis. mak aih. terus emo tu. gaya rupa nak mogok lapar je. big boss lepak je. dieorang plak over. tabah.

aku cakap la rektor yang kasi. terus diam walau aku tau dieorang tetap protes. wekk. jeles la tu. dieorang kene datang keje pepagi buta. haha. haish. pape pun. masa untuk mentypekan diri.

jari jari ku yang disayangi.. bersediaaaa!. haiyah~

15.11.11

Hatyai: syurga foodie

bangun tido. cuak. siap berpeluh. mana tak nya. aku mimpi smua benda yang aku makan kat hatyai. urgh. aku dihantui makanan siam. tabah.

terus buka laptop tatap gambar makanan. tetibe perut aku layan okestra. lapo. hehe. sebab aku nak korang pun dihantui makanan siam. aku ingat mau taruk gambo apa aku makan kat sana.

ala ala cite antu the ring. dieorang pas antu ikot video. aku pas ikot gambo. hehe. selamat dihantui. uuu uuu (bunyi hantu bajet ngeri).

ok. aiskrim paling unik aku jumpa. terus beli ok. ala ala dalam telur getah. hm. tu la apa aku pikir memula. rupa nya macam puting lembu. haha. serius. ada tulis kat instruction. aku amek perisa lime cheese. macam pelik. tapi sedap okeh.

ni pun bes. baru buka kat lee plaza. kedai gelato siam bernama gelate. aku amek perisa madu. masyaAllah. meleleh. urgh. apsal perisa ni takda kat mesia?. ok lah. mau berkabung 3 hari setengah. emosi. haha.

braised beef noodle. pun sedap. banyak pulak tu. nampak je camtu. kenyang gilas. amek kau. siap plural tu. haha. memang dasar menyalahgunaan bahasa tol la. tabah.

ok. ni memang serius aku meratapi bila takda di mesia. behold! tarik napas. ok. ni lah pie spinach mozarella cheese mcd siam yang sedap gila babas. aku makan tiga kot. urgh.. *meleleh* kena plak dengan mccafe caramel macchiato. bley pitam seh.

ni aku tak tau apa nama. tapi sedap gak lah. makan kat night market. tak padan dengan kenyang. sumbat gak. kesian usus aku penat. heh.

coconut aiskrim yang masyur. rekaan orang siam. sebab tempat lain aku pi. takda plak benda ni. hm. tapi serius sedap. walau tak sesedap coconut aiskrim di songkla. oh abang songkla~

pulut durian. yums. aku amek mangga tapi masam plak. tak berapa nak feel la. so aku paw fatin punya pulut durian. haha. lemak gila. masyuk abes. hadi. sila jeles. kahkah.

ni nasi lemak versi hatyai. sedap gak. cuma nasik dia tak macam kita la. depa pakai beras pulut. tapi kombinasi ayam dan smua smua tu masuk la. tahniah. nasi lemak anda sedap. hehe.

hm. banyak lagi aku makan cuma aku dah tak tahan lapar. mau cari kedai siam sat. urgh. dem u hatyai. tsk

13.11.11

H untuk Hatyai

insan: sarah. fatin
destinasi: hatyai, thailand
selama: 3 hari 2 malam
bajet kesuruhan: rm240

ikot hati. tak rela balik mesia lagi beb. nak je lepak hatyai sminggu dua lagi. tapi takle la kan?. mengenang nasib dwet di akaun. dengan pantas terus balik mesia tu. hm. dah tiba masa tuk cari kerja baru. baru bley ronda tanpa hati yang lara. hehe.

pape pun. hatyai memang best!. aku kasi tiga bintang setengah. *tepuk tepuk*. dah la murah. orang dia plak?. bukan setakat baik. amanah. sengih memanjang plak tu. uish.. memang menepati destinasi idaman tol la. terbaek!

ok. ok. dengan ini. saya mempersembahkan 'thailand - land of smile'.

sarah dan fatin. muka sembab nangis mau meninggalkan mesia. pegh. statement takle blah. abes patriotik la tu. hehe.

ha. ni la bunk bed kami. rm57 je. 13 jam perjalanan. shiok gilos. tido reramai. gila meriah. kalah zaman kemah dedolu kot. dah la ada tingkap dan tirai sendiri. memang smua kat coach tu gila jakun la. excited abes. haha.

aku dan katil. gila seronok masa ni. dah la serius empuk tilam dia. lena gila tido kot. tapi tak selena fatin la. tanjung malim dia lena. kat perlis baru jaga. berapa kali aku kene cek nadi. risau. haha. bukti kehebatan tilam ktm.

ok. ni permandangan pertama aku nampak masa bangun tido. lawa siot. dengan kabus nya. dah la sejuk. terus lena balik pastu. haha. tak senonoh.

dari kedah sampai ke hatyai. camni la pemandangan sepanjang tu. hijau menggila. memang bley turun power mata aku camni. bes bes. tapi tu la. tak sangka aku mesia ni lawa gak sebenarnya. haha.

fatin yang sedih harus pergi meninggalkan katil nya. temenung lama gila. tragedi abes.

bandar hatyai yang bes. kecik gila. dijamin takkan sesat. pusing pusing. kat situ gak. tapi paling aku suka. setiap tempat. ada je kedai makan bes. hehe.

ha. ni la guesthouse kami. serius bes tempat ni. dah la rm52 semalam. bersih. siap dapat tuala smua. dekat tengah town pulak tu. turun je bawah. bersepah tempat urut. terbaek.

sesi memotorkan diri ke night market. fatin cuak gila kot. mana tak nya. satu motor tiga orang. haha. tapi dah nama thailand. polis rileks je. ada yang sampai lima orang semotor okeh. kalah circus. cuba kalu kat mesia. baru niat dah kene cekup. ganas tak ganas. keke.

fatin dan shopping. nasib tak kene sawan shopping. pantang nampak kedai. lupa abes smua. tengok la muka tu. gaya macam nak lari dengan baju tu je. haha. memang sah bley geng dengan epah. kalu berdua tu bergabung tenaga. mak aih. abes satu night market depa borong. dengan penjual sekali. haha.

fatin dan tuk tuk pertama dia. tadi pi naik motor. balik kene naek tuk tuk. mana tak nya. setengah night market kot dia borong. kurang cket je dari epah. huhu.

ok. ni sesi favourite aku. makan. makan dan makan lagi. huish. banyak gila kami makan. sampai senak ulu hati kot. membahaya kan kesehatan tol la. tapi rambang perut kot. banyak gila benda bes. yummy.

ni plak idea fair kat lee plaza. ok. benda ni aku kene puji. fair ni untuk orang muda thai peraga barang hasil tangan dieorang. ada yang wat coklat. ada yang wat sepit rambut. memacam la. kretif gila kot. murah pulak tu. tak pepasal aku borong empat sepit rambut. heh.

tunggu bus mau pulang mesia. muka sedih abes. tapi nak wat camne. dwet pun dah abes. kalu pakat duduk hatyai lagi. memang esok lusa pi tiger show. nampak fatin dok nari nari. tak ke naya. kesimpulan nya. balik la mesia. haha.

11.11.11

Ayuh mengembara

ok. sekarang sudah tiba masa untuk berhijrah ke dunia baru. ececeh ayat. macam haram je. haha. pape pun. arini.

sarah dan fatin akan backpacking ke hatyai naik keretapi. pegh.. macam bes. pertama kali ni. hmm. tetiba plak berdebar. heh.

fatin lagi la. smua benda pertama kali. pertama kali backpack. pertama kali naik train. pertama kalu keluar negara. urgh. semput. tarik napas dedalam.

ok. pertama kali pi thailand. pertama kali ada passport. pertama kali cop passport. dan memacam lagi la. tu excited gila tu. huhu.

pape pun. smuga kami selamat pergi balik malaysia tercinta. wish me a safe journey ye kawan-kawan. wehuu.

9.11.11

Putaq alam

kecoh gila arini. aku rasa tak pernah kecoh camni dalam sejarah keluarga mohd ariff. cerita p. ramlee pun kalah seh. mana tak nya. baru jaga dari mimpi yang bes. nampak sheena. dan dia berkata:

"sarah. baby aunty nun meninggal"

aku sentap mengila kot. baru jumpa semalam. sehat walfiat je makcik aku dan baby. siap makan pau lagi. haish. sesia je aku mimpi bes tadi. terus lupa kot. tabah.

pak chan dan mayuih terus drift ke hospital. mau usha situasi aunty nun. sambil wat persediaan kebumi. nenek aku terus turun kl. mana tak risau. anak dia kan?

aku sekeluarga takle duduk diam. pakat tak lalu makan. mana tak nya. aunty nun masuk wad pasal placenta dia apa ntah. pastu diam. dalam 8 jam gak la. dari pagi sampai ke malam. bley sakit otak camni. tapi nak wat camne. tunggu je la.

jap tu. ke umah mayuih. seronok cket cuak beramai ramai. kalu cuak sesorang. bley bengkak ulu hati beb. lama jap tu. pak chan berkata kata. ada salah paham. hakikatnya ialah:

aunty nun dan baby selamat je.

what the hell? kesian gila pak chan. muka penat gila. dari siang kot. siap panggil orang masjid. dah siap gali kubur okeh. tup tup. salah paham. adoyai. penat je aku mencuak. tak pepasal muka berkerut. haha.

alkesahnya begini:

doktor kasi aunty nun dadah gila power. tapi sebelum aunty nun ke alam fantasi. doktor dengan bijaksana nya borak kata baby aunty nun mungkin takle selamat. yup. doktor kita sangat lah professional.

aunty nun plak. dalam separa sedar. tangkap part tu je la. dah la tengah high. emosi tak stabil plak tu. panik la. terus mintak hp sama doktor. kata mau tepon keluarga. doktor dengan baik hati kasi hp. pastu kuar wad.

aunty aku terus fon mayuih nanges menggila kata anak dia mati. tapi aku tak salahkan makcik aku. dia tengah tak keruan kot. dengan dadah nya. kalu ya pun nak mengumpat doktor oi. tolong la pasti kan pesakit dah betul betul khayal. bengap.

mayuih dah dengar camtu. terus la tepon orang masjid smua. mau mempercepatkan proses kebumi. smua siap. ke hospital. jumpa doktor. mintak izin mau kebumi jenazah. doktor plak sentap lelebih. amek kau. haha.

yang lagi bes. lepas surgery. doktor terus asing baby tanpa bagitau makcik aku. lagi la dia yakin anak dia dah mati. kalu ya pun. bagitau la ahli keluarga atau suami. ni tak. diam je. bajet rahsia la. taik kuda. nasib la aku takda kat spital. dah lama aku bakar doktor dengan sijil sijil dia sekali. haha.

yang lagi aku bengang. doktor dan staff spital agak racist. ok. pakcik aku african. jadi? semata dia gelap. korang bley abaikan camtu je la?. orang tu tengah risau. isteri bertarung nyawa dalam wad. tak dapat berita kondisi makcik aku dalam 8 jam. korang bley layan dia camtu?. biar smua mati masuk neraka. huhu.

nama je doktor. nurse. tapi emotional intelligence takda langsung. bagi aku. baik tak payah keje bahagian medikal kalu camtu. sah sah keje camni melibatkan orang. kalu ada mentaliti memilih camni. baik duduk umah. sesia je keje kalu tak eklas. haish.

pape pun. yang penting. aunty nun dan baby selamat. alhamdulillah. bak kata kak aku:

"everyone will remember the baby. he is the boy who go before he came"

tak sabar mau tengok sepupu kacuk aku. dan baby. selamat datang ke keluarga haji mohd ariff. wehu.

7.11.11

Tekejut mak

tengah shiok layan tv bila jiran sebelah ketuk pintu. haish. mimpi apa plak neh. tak pernah nak bertegur sapa. tetibe datang umah memalam buta.

oh ya. jiran aku dari saudi. suami gila serius. dan istri? tak pernah kuar umah. setakat sengih dengan anak dieorg je la. tu tekejut lelebih bila tetiba depa ketuk pintu. dramatik abes. haha.

buka. dan lihat. anak laki mereka. dengan plastik dalam tangan.

dia: for eid.
aku: huh?. let me open the door first.
dia: this is for u. for eid.
aku: oh. ok. thank u very much. nyte.

masuk umah. tutup pintu. usha plastik. mak aih! kaki kambing kau. dari peha ke jari jari manis nya. tengok betis pun dah tau. sehat betul kambing neh. heh.

dan aku sebagai pengemar kambing tempatan mahupun luar negara. sengih sampai telinga la. sampai la aku dikejutkan dengan realiti yang membunuh. hakikat yang:

umah aku takda dapur.

cis buat diri sendiri. camne nak masak? dem. tragedi november tol la. tak pepasal makcik aku dapat kaki kambing free. gila excited. mana tak nya. kambing gila mahal kot sekarang. hm. kalu aku jual kat pasar pun dah kaya. haha.

pape pun. terima kasih jiran. nanti kami balas dengan kaki.. er.. kaki.. em.. ok. abaikan. dan kepada mamayuih sekeluarga. nanti masak kambing tu. jemput la kami datang melantak. huhu.

mbek mbeek grrr mbeeek.

yang bermaksud. saya sayang jiran saya.

roger and out.

6.11.11

R untuk raya

selamat hari raya haji

untuk semua

kepada kambing dan lembu sekalian.
sila mengucap sekarang jugak. haha.
masa untuk pesta daging. wehuu.

5.11.11

duapuluhtujuh

ini sharifah zuhaiza aka epah.

kawan seperjuangan sejak 2003.

aku yakin masa dia kechik, ada jatuh terantuk lantai. sebab bangang semacam je. haha. tapi takpe. dia pandai dan baik hati. *ayat cover* ececeh. pape pun.

selamat hari jadi ke 27.

smuga segala impian jadi kenyataan.
dan makin hot macam aku. haha.

sayang kamu sampai bebila.
ok. sila sayang aku balik. ngeee.

4.11.11

Status: mencari kerja

arini. bermula sesi mencari kerja. setakat ni aku mintak empat.

+ segi college
+ international islamic university malaysia
+ universiti tunku abdul rahman
+ integrated college of allied health and nursing

hmm. heharap ada yang lekat. ameen.

3.11.11

Sentapan maksimas

sejak tak berkerja ni. banyak gila masa terluang. oleh kerna itu. aku pun pakat tengok movie memanjang. sehari dalam lima cd gak la. baru ku sedar banyak menggila cd kat rumah neh. terbaek lah.

arini. tema cite lawan lawan. jadi aku pilih cite 'the five minarets in new york'. macam bes. pasang dan layan. tengah shiok layan cite tu. tetibe tersentap dengan dialog yang berbunyi:

on your birth,
your azan were recited but no prayers performed.
On your death,
your prayer performed but azan is not.
this is because the azan of your birth
belongs to the prayer of your death.
thats how short life is

adoyai. gila menusuk kalbu. ayat simple gila tapi sangat la power. aku tak pernah terpikir langsung tentang tu sampai la danny glover berkata kata. dah la danny glover yang cakap. lagi la aku tersentap over over. nasib tak sawan ke apa. haha.

tapi tu la. memang idop ni pendek. oleh itu. marilah kita melancong seluruh dunia melihat keindahan ciptaan tuhan sementara masa masih ada.

sempat. haha.

2.11.11

Melancong dan melencong

patutnya ke koh lipe, satun minggu ni. tapi cancel plak las minit. mana tak nye. tiket abes. haha. padan muka. ignorant sangat. mana la aku nak tau orang siam pun ramai mau balik raya haji. tup tup. abes smua tiket dari bus ke keretapi lincin. haish.

cik sheila dan cik sherly memang frust gila. haha. tu la korang. sapa suruh kecoh cerita kat satu dunia? tengok macam aku. rileks je. bila dah jadi camni. merana abes. paling tragis cik sheila la. siap wat passport tuh. tabah.

tapi sebagai insan yang berperasaan dan perasan. haha. aku ingat nak tukar trip ke minggu depan. ke hatyai naik keretapi. 12 jam dari kl ke hatyai. bunk bed lagi. semangat. okeh cik sheila. sila terharu sekarang jugak. huhu. sekurangnya. merasa gak la passport kene cop kan?

dengan pantas aku terus beli dan email apa yang perlu. dengan harapan pisang tak berbuah dua kali. pegh. sempat lagi menunjuk kehebatan BM. haha. maka.

tiket keretapi sudah di beli.
guesthouse sudah di tempah.

tunggu jumaat depan je la. masa untuk melancong dan melencong. wehuu.