29.7.13

Membara bara

haish. jadi cikgu ni memang menguji kesabaran tol lah. 

nak cakap student tak pandai. memang tak pandai pun. dah tu. takda usaha langsung nak jadi pandai. tu yang lagi stress tu. 

kelas takmo pi. exam tak datang. bila gagal. baru mengelabah cari cikgu. pastu janji memacam. las las tak tepati pun. memang pundek tol lah.

tadi aku serius dah tak tahan. aku laser je dua budak. 

janji nak datang wat test. tak datang. 
janji nak anta assignment. diam.
janji nak datang consultation. ghaib.

pastu nak lulus? pi mampus lah. jangan mimpi. dalam mimpi pun korang tak pass tau? datang jumpa siap pakai make up bagai. usb nama 'barbie'. memang bagus sangat lah tu.

muka cantik. otak kosong.

bila tanya kenapa tak tepati janji. air mata berderai. kasi alasan tersilap pilih kawan. apakah? korang yang pilih. korang lah yang silap. tuduh kawan plak. dah lah nangis. air mata lap guna hujung jari. takut terkena eye liner dan maskara. whaat?

kita ni nak tolong kasi lulus. tapi tak amek serius. memang nak kene tampo lelaju tol lah. haish. kalu arini dieorang menghilang lagi. siap. konfem aku gagal kan terus. no mercy dah. sumpah terasa macam nak baling gaung bebudak ni. 

tarik napas. hembus. taaaarik dedalam. lepas.

sabo sarah sabo. 

28.7.13

Militan dari seberang

sem lepas aku ada satu student dari nigeria. monday nama nya. ye. isnin nama dia. mesti mak dia takda idea time tu kan? haha.

ok ok. sambung.

dia ni pendiam gila. tapi dengar berita dari senior. sangat lah bermasalah. dengar kaba, dia ada fobia mau amek exam. pantang exam, mesti menghilang. apakah?

dan sem lepas. dia buat sekali lagi. menghilangkan diri pulang ke nigeria masa exam. mana tak hangin aku. tapi dalam hehangin tu. masih ada kesabaran lah. 

dia jejak je mantin. aku terus ceramah dia bagai nak rak. aku kasi guilt trip cket. nithya sampai takut tengok aku marah aritu. hm. ganas gak aku rupa nye. ecewah. haha.

las las. dia lulus gak lah. aku kasi dia cecukup makan je. lima satu peratus. dan dia tersangat lah gembira. fine lah. jangan kaco idup aku dah.

tadi. dia watsapp.

tetibe je. apakah? dah ah dia bukan student aku dah sekarang. tapi aku reply je balik. tetibe dia balas cket punya panjang. mak aih. bahasa berbunga gila. ok. macam pelik. aku diam. dia mesej lagi.

ah sudah. wat luahan perasaan woi. suka aku lah bagai. siap cakap aku dipengaruhi dewa kecantikan. wahahha. macam setan ayat. sabo je lah. lagi seram. dia dulu bekas militan nigeria. 

militan ok! camne bley sambung belajar degree pun aku tak tau lah. yang aku tau. orang camni sejarah dia sedikit, tak pun sangat ganas. kang aku rejek direct. mau dia torture aku. eee.. tatut.

kata monday si militan. mau jumpa aku nanti. nak cakap berdepan. mampus lah. dah ah dia suka pakai baju hijau ketat. lagi lah aku stress. pape pun.

best of luck to me. sekira nya aku tetibe hilang. tau lah sapa suspek utama kan? ahh.. insyaAllah selamat. ameen ameen. 

26.7.13

Cuti oh cuti

mengom tak mengom tempat aku kerja. cuti raya 2 hari je. memang siot gilak. kedekut taik idong masin tol lah. 

nak tak nak. kene lah apply cuti. dah lah sabtu minggu raya tu keje half day. memang macam cilaka. tak pepasal harus apply lebih. grrr.

dan tadi. lepas perbincangan sama cik sheena. kami berdua pakat balik raya sehari sebelum raya. ugh. tragis yang amat. 

0708 - 1108

nampak gaya. mak ayah dan adik aku akan pulang ke penang dulu. ada ke patut mereka cuti dua minggu. berasap hidung aku jeles kot. aku dan sheena, takda pilihan melainkan balik lewat. 

takpe lah. sangkut jem pun sangkut lah. janji dapat beraya di penang. menangis aku kalu tak oit. hehe.

hm. masa untuk ganti kelas jawap nye. urgh. dem u lagenda. 

22.7.13

Frenchie

Salut! Comment vas-tu? Je vais bien, merci! Au revoir!

sibuk dok praktis french sekarang. mana tak nye. aku dapat satu student baru.

budak congo menetap di france

dan kini menuntut master in civil engineering di linton.

ntah kenape. school kasi smua kelas aku kat dia. ala ala kelas audit lah. 9 jam seminggu dengan aku kot. sampai september. sebelum kelas dia bermula. 

dah tau ada mamat separa french dalam kelas. dan dan cakap english slang french. macam siot je. haha.

dia biasa je orang nye. muka lepak gila. tapi bila start cakap french. mak aih. macam dewa cinta. seksi siot. tapi kene pejam mata cket lah. hehe.

ok ok. ayuh praktis french. oh la la~ 

19.7.13

Mangsa baru

arini aku dapat student baru. 

jejaka. tanzanian. 25 tahun. pemalu. kiut.

dan tadi dia datang lawat aku di opis. mau bincang assignment kata nya. gila awal. kelas baru mula sminggu kot.

tapi layan kan aja. dah kiut kan? hahaha. dah lah aku pantang budak pemalu camtu. pakat kacau sakan lah.

dan arini pertama kali aku lihat budak afrika blush. gila merah muka dia. tak ku sangka mereka ada kapisiti untuk menjadi merah merah delima.

serius takjub. so youthful. haha.

dalam beberapa minit kendian. dia mintak diri pulang. lepas je dia kuar bilik. miss gita lantas berkata

"new victim?"

sambil senyum simpul. siot gilas. haha. serius tetibe terasa macam serial cougar. 

haish. life is good. semester ni ramai gilak student kiut. terus motivated mau ke kelas. oyeah.

17.7.13

Setem


ramadhan. dan aku wat sesuatu yang tidak patut. oh. aku berdosa.

al-kesah

tadi. tolong miss gita cari surat lhdn di lobi linton. serius banyak. 2 kotak besar kot. tapi takpe lah. tolong menolong amalan mulia. maka. duduk lah aku sambil mengeledah surat.

tengah cek satu persatu. aku macam makin rambang usha setem yang gila lawa. memula aku wat dek je. konon kuat iman abes lah tuh. tapi macam makin goyah je. dah ah setem smua gila rare. ugh.

dan aku tumpas. tumpas dengan napsu.

ayaat. dramatik abes. haha. ntah camne. aku cilok 3 surat dengan setem yang sangat menawan. satu dari usa. satu dari china. dan satu dari uk. dan bawa pulang dari hati yang girang. 

aku ada usha tarikh. memang surat lama. aku bajet surat tu memang dah takkan diambil empunya lah. hm. ayat sedap kan diri. haha.

ok. aku pun balik lah umah. dengan hati excited. amek gunting. pakat kerat bahagian setem. tup tup. aku ternampak isi dalam. macam kad. em. dah alang alang tergunting sampul. aku pun tengok isi dalam. usha jap..

mak aih. rasa bersalah nak mampus okeh. 

terus amek wudu' solat asar. haha. mana tak nye. ada kad birthday dari mak ayah dia kot. siap ada gambar okeh. ugh. mesti dia tak tau pasal surat ni. sabo je lah.

dengan rasa bersalah tahap melampau. kebetulan ada nombor telepon budak tu. terus aku sms. alhamdulillah dia balas. kira masih guna nombor itu. aku pun inform lah dia pasal surat itu.

dan sudah pasti. aku tak mampu mau jujur abes. akan ku cakap aku terjumpa kad tu. 

strike two.

menipu di ramadan. adoh. abes ah smua pahala aku. tabah. maka esok. aku akan berjumpa dengan pemilik surat itu. kudzai nama nya. aku harap dia tak mintak setem dia balik. heh.

ingat tuhan sarah oi. ingat tuhan.

15.7.13

Kerja la la la

arini dapat jadual baru.

usha usha

hm. macam sial. jadual penuh siot. dah lah subjek banyak yang amat. 5 subjek berbeza kot?

Technical English
Academic Communicative English I
Academic Communicative English II
Fundamental English II
Academic Reading and Writing

sialan.

heharap dapat student chumel. 

ameen.

13.7.13

Patut kah?

masa tengah melepak di umah ibu susi bersama cik gita. tetibe cik ain. seorang warga sarawak dan academic fasilitator di kolej lagenda datang join borak.

kata nya sedang cari cikgu bahasa untuk anak buah nya. budak degree coventry tapi english hancush. ntah kenapa. dia beria gila mau aku ajarkan.

jujur cakap. aku tak pernah mengajar one on one. dah tu. aku pemalas yang amat. keje nak balik umah tido je. haha. tapi bila dikenang. macam peluang yang baik jugak lah.

aku belum cakap nak ke tidak. tapi cik ain dah beria tanya bila. aku serius gagap nak jawap. ye ah. kalu ye pun. kasi lah aku masa pikir dulu. bukan senang nak wat keputusan camni. perlu ada komitmen ok. 

tapi dalam masa yang sama. macam menambah pengalaman. dah tu. dapat dwet ekstra. bley pi meronda nanti kan? sempaaaat. haha.

hm. patut terima ke tidak?

pikir sarah. pikir jangan tak pikir. 

10.7.13

Selamat datang Ramadan


11 bulan kemudian.
ramadhan tiba lagi.

alhamdulillah berpeluang bersua kembali.
serius rindu.

selamat bersahur.
selamat berpuasa.
selamat berbuka.
selamat berterawikh.
khas buat warga islam sedunia.

smuga segala ibadah di terima dan diberkati seadanya.
ameen.

8.7.13

Hari ini dalam sejarah ELC (part II)

arini. ada exam board meeting. jam 0830 di A5. 

sumpah malas.

tapi terpaksa gak pergi. hm. redah aja lah. kene present result je. tapi serius tak bes kalau kene soal. time ni lah top management akan bantai lecturer.

kenapa result teruk? kenapa ramai fail? kenapa ramai dapat A? 

ayayai. banyak lulus pun masalah. banyak gagal pun masalah. tapi sesi kali ni aku agak bersedia. dah ada senarai jawapan kot. haha. 

time aku present. aku pun tak tau apa aku cakap yang kelakar sangat tapi top management smua gelak. bila tetibe prof ooi panggil aku sambil tersenyum riang. 

dia: the student overslept? what time is the exam?
aku: errr.. 9am.

dia anguk sambil sambung ketawa. aku blur. miss gita dan nithya pun blur. sebab menurut mereka. prof ooi takkan tegur staff biasa tanpa sebab. apatah lagi berborak dan ketawa. walau sedikit musykil. aku sengih je lah.

dalam 20 minit kendian.

lepas abes smua lecturer elc present result. kami pun siap sedia mau pulang. pabila tetibe prof ooi panggil aku lagi sekali. kali ni dia cakap panjang cket. katanya:

"thank you very much for finishing all the work on time that day even though its really last minute. I really appreciate what have been done by you. thank you"

sambil tersenyum manis. ok. kali ni serius takle blah. prof ooi cakap thank u? kat aku? terutama bila dia aritu ugut aku secara halus. tapi sepanjang dia cakap camtu. aku senyum dan angguk. sebelum bangun aku cakap thank u.

[ camni ah muka aku tersengih masa prof ooi berkata kata ]

kecoh gita dan nithya bila keluar bilik. memasing tak percaya apa yang prof ooi buat. bagi mereka, prof ooi mintak maaf secara halus kat aku. ntah lah betul ke tak. ikhlas ke tidak. ah. pedulik smua itu. yang pasti. lega banyak hati ini.

well. its good day indeed  :D

5.7.13

Dunia HD

aritu aku jatuh tangga. nasib takda orang. kalu ada. konfem aku pepura pengsan. haha. dan sejak tragedi itu. aku nekad mau check mata. kerna aku yakin kes terpeleot di tangga opis berpunca dari kerabunan maksimas diri ini. 

maka arini. aku pi lah check mata di ampang. tokei kedai tak abes abes ceramah aku. kata nya aku tak jaga mata. mana tak nye. 

power naik dari 400 ke 600 kot.

tapi serius. rileks lah. kalu memalam bley amek basuh sidai mata. dah lama aku buat kot. ni takle. jadi, jangan lah emosi sangat. kecik mata aku nanti. heh.

sebab dah teruk sangat. 200 beza kot. aku pun terus wat spek baru. haish. tak pepasal terbang duit mak aku. haha. memula ingat nak amek yang stylo. sekali fulus ngak cukup. las las amek yang simple gak. dan murah. penting tu.

dalam beberapa jam dah siap. sekali pakai..

fuhhh..

terang nye dunia ini. tak ku sangka aku hidup dalam kegelapan selama ini. ayaaat. tapi sumpah. memang clear gilas. serius macam tengok dunia versi imax 3D HD. memang terbaek lah.

yang pasti. kini. aku ada sepasang mata baru. senang lah nak skodeng jejaka menawan. woot woot. 

4.7.13

Random yang amat

tengah melepak di cubicle opis sambil tontot youtube. bila tetibe dua student tak dikenali dok pandang aku.

aku pun usha lah balik. hm. konfem bukan student aku. serius tak pernah nampak sebelum neh. jadi aku sambung tengok youtube. lama jap tuh. mereka datang dan berkata:

dia: erm. miss. can i say something?
aku: yeah. for sure. what is it?

aku serius ingat dia nak tanya pasal lecturer dia ke apa.

dia: miss lecturer eh?
aku: *angkat kening* yup.

loh. konfem konfem lah aku lecturer. duduk kat cubicle dalam bilik lecturer kot. haish. sekolah mana neh? tanya soklan yang jelas lagi nyata.

dia: oh. miss nampak macam student sesangat. 
aku: huh? serius?
dia: betul miss. memang macam student.

pastu kawan dia bley plak sokong dari belakang. aku sengih je lah. lepas kasi statement separa membina. slumber je bebudak tu chow. 

serius bengong. dan tersangatlah random. 

aku tak berani kot wat statement camtu kat memana insan tak dikenali. apatah lagi cikgu. ah pundek.

aku nampak student sangat ke weh?

ayayai. kene pakai coat ah camni. ecewah. walau sedikit riak sebab aku nampak muda. tapi tetap tak bes sebab sedarjat dengan student. ah merajuk lah.

2.7.13

Oh tidak

aku ada seorang teman. nafiu nama nya. warga nigeria. kawan sejak 5 tahun sudah. dari zaman iimu dedolu kala.

selalu nya dia rileks aja. tapi semenjak dua ni. rajin plak mau chat sama aku. dan hampir setiap malam dia akan tegur di fb chat. 

kalu rajin. aku layan. kalu tak. aku wat dek. dan setiap malam dia akan tegur walau tak di layan. hm. persistent laen macam je neh?

dan tadi. ketika saat berFB chat. tetibe dia bilang yang dia suka sama aku. kalu boleh. mau ketemu setiap hari. bukan setakat tuh. dia siap cerita kat keluarga dia pasal aku. siap hint mau

friendship upgrade ke relationship.

dan hanya tiga perkataan mampu describe emosi aku saat itu.

WHAT THE HELL?

gila lah. mau ketemu femli aku lah. mau datang mantin jumpa aku lah. mau aku pulang nigeria sama dia lah. mau pergi holiday sama aku lah. serius shit. 

[ camni lah ekspresi aku depan laptop tadi. haha ]

aku terus terang cakap aku tak berminat. tapi dia bley plak soal aku balik kenapa. bengong gilas. 

so yeah nafiu. kau memang kawan yang baik. tu memang takle nafi tapi aku selesa sebagai kawan je. tak lebih dari tu. do understand. 

lepas ni konfem awkward mau chat sama lu lagi. ahh. tak bes tak bes.