29.2.12

Lompatan

29 april.

hanya sekali setiap empat tahun.
yang bermaksud:

entri ini sangat rare.

ok. sekian. bye.

28.2.12

Akhir nya

setelah beberapa hari:

- tak tido
- kunyah kopi
- perah otak
- studi law
- mabuk laptop
- kejang jari type
- balik keja malam

article harvard dengan rasminya sudah siap! woot woot.

arini. aku lepak opis bersama bos dan homam hingga jam 2030 kot. serius cemerlang. layak dapat anugerah pekerja tahunan camni. heh.

dari jam 1700. aku dan homam berganti menaip sambil editing article. lama jap tu. bos datang cek. terus gelabah dedua. tabah.

ok lah. tak banyak kene ubah. penat je aku cuak menggila. haha. menurut bos. info aku smua betul. cuma ayat kene ubah cket. direct sangat. takut jadi isu.

kene plak article ada kait dengan institusi kesultanan malaysia. silap je cket. aku dan bos bley kene buang negara. gila lah. dengan pantas aku mintak kewarganegaraan siam. haha.

lepas dua jam bergabung tenaga mempercantikan article. siap gak akhirnya. bwah-ah-ah. rasa macam nak joget kuda kepang time tu gak. sumpah lega.

yang aku tau. bos mau ke amerika esok. pape perubahan pada article. dia harus bikin sendiri. aku dah takda kene mengene dah. haha. bes bes.

sebelum balik. bos salampelukcium aku. terima kasih kata nya. aiseh. lembik jap. memang dasar mengenang budi punya bos lah. siap cakap mau bawa harvard balik untuk aku dan homam kerna bantu dia.

aku tunggu. kalu tak bawak balik pape. siap! sumpah jadi emas. kasi lebur. pastu jual kat habib jewels. haha.

kepada boss. smuga public lecture harvard berjalan lancar. ameen.

27.2.12

Gelaskin

yea yea. gelaskin sudah sampai.

serius jauh dia mengembara. dari canada ke pangkuan ku. haha.

oh ya. gelaskin adalah super thin anti scratch phone protector. adik aku nak sangat sempena hari jadi dia ke duaploh.

alang alang nak oder dari jiran alaska. baik aku oder untuk aku sama. takda la gelaskin adik aku kesunyian. haha.

[ waaaaaahhh ]

[ uuuuuuuuu ]

yang penting. phone aku semakin jelita sekarang. yeha.

24.2.12

Detik penentuan


sejak sampai kl aritu. langsung tak kuar umah beb. kurung diri. studi demi article membunuh ni.

hm. apsal la aku tak wat awal awal? padan muka. tapi bila mengenang saat indah di chukai. ah. aku rela tak tido bikin article sekarang. haha.

gila lah. serius susah. tak paham langsung. dah la pasal law. bos dengan bes nya mau dari global perspective. slumber je.

oh zaleha. apsal la ko tak tulis sendiri. kan senang. tak payah aku perah otak cuba paham law. dan ko. tak payah perah otak terang kat aku apa yang ko nak.

kerna sesungguhnya. aku memang tak paham. haha. tadi. setelah berusaha selama dua hari setengah. anta la first draft article. 8 muka. 1.5 spacing.

ahh. lantak. aku dah kering otak mau tulis apa lagi. lepas prof. baca smua. dia berkata kata.

"sarah. ur article is okay but its too general. can u add another few pages? be more detail"

mau je aku terbalik meja dengan dia sama time tu. haha. hm. masa untuk pulang dah teruskan perjuangan. baru je ingat dah settle. tabah.

20.2.12

Ketidakrelaan

tiba masa untuk pulang ke pangkuan kl.

ugh. malas.

tak rela pun ada gak. tapi apakan daya. harus berjuang siapkan article harvard yang ntah pape tu. dateline dah dekat weh.

konon la nak buat kat chukai. siap bawak buku smua. huh! haram. sentuh pun tidak. haha.

maka. terpaksa lah aku dan sheena pulang ke kl. selagi tak balik. selagi tu la kerja tak gerak. aku dan sheena. sama je. dedua hanyut sepanjang di chukai. haha.

mama. ayah. dan chukai. smuga bertemu kembali.

16.2.12

Hanya seperti itu

aku dan sheena drift ke chukai.

selumber. maen blah je. tinggal keje. tinggal smua. terus hijrah ke chukai. gila otai.

dah la mak ayah aku tak tau. abes suprise la tuh. hm. agak suprise la. dah la siap bawak tot, si kucen gemuk. memang double suprise beb.

tapi perjalanan macam siot. sengsara aku. dua kali berhenti kot. bukan kes dreba ngantuk. tapi kes tot nak muntah. haram.

mabuk keta ke apa? dah la lepak atas aku. gila kecoh dalam keta. haha. nasib tak muntah. mau aku campak tot dalam batu belah batu bertangkup kalu ye. tabah.

las las tuka dreba. aku drive. kak aku pangku tot. sampai chukai gak la aku drive. tapi takpe. aku rela. dari bermandi muntah kucen. kalu muntah badang. tahan lagi la. haha.

4 jam kendian. maka sampai la kami di chukai. serius rindu. kali ni. takda sesapa pun tau aku balik chukai. yang aku tau. mau duduk umah. lepak bersama keluarga.

dan itu lah yang bakal aku buat sepanjang lima hari ni. bes bes.

life is great.

14.2.12

Hari pecinta

sempena hari pecinta sedunia. aku, sarah baharudin akan menyambut hari ini bersama cinta sejati ku..

makanan.

lalu dengan pantas aku drift the restoran baru.

the haven.

kedai organik. tapi sedap gila babas. kalu aku dalam dunia kartun. konfem dah sampai langit ke tujuh sambil keluar pelangi dari mulut. haha. serius lazat.

kalu lah ditakdirkan aku jadi zombie. konfem aku terus serang the haven. makan dulu smua dalam menu. pastu makan chef dia. ok. apa kene ngene ntah. sila abai. haha.

sempena hari baik ini. aku pun oder lah dua benda. ecewah ayat. macam biasa oder satu je. haha. ok. aku oder gourmet burger dan apa ntah lagi satu.

bila sampai. amek bau. makan.

mak aih. gila sedap. bley mengalir air mata lazat camni. huish. memang tak sesia aku datang makan sini. harga agak mahal la tapi lantak. aku rela demi air tangan chef. tabah.

oh haven. smuga bertemu kembali. muah muah.

om-nom-nom.

12.2.12

STPL 2012

lokasi: tekam, pahang
tarikh: 100211 - 120211
insan: 40 orang
kerna: Special Training for Potential Leaders
tajaan: iimu

aritu pi sungkai dan trolak. kali ni pi tekam, pahang plak. tak jauh mana pun. sekangkang kak zetty je. haha. chait. baru excited nak pi jejauh. tapi layankan aje.

janji smua ditanggung rapi oleh iimu. takle komen lelebih. sesia je idop kene sumpahan abushouk. mandi bunga empat belas purnama belum tentu okeh. huish. meremang. haha.

ok. bebudak stpl kali ni serius bengong. seronok aku. tapi group aku macam hampeh. bes je vote aku jadi ketua kumpulan. dah la smua jejaka. tak pepasal aku rasa macam queen of the world. hehe.

kali ni serius banyak outdoor. rafting ada. trekking ada. caving pun ada. mak aih. mampu mengalir air mata shukur aku. haish. i lap u lah iimu. aku punya la semangat. mesti iimu terharu tengok kesungguhan aku sepanjang aktiviti. haha.

abes je outdoor. malam tu ada bbq plak. peh. memang masyuk. aku lepak tepi bbq lamb ah. memang dasar karnivor betul. tapi takpe. janji hati senang. heh.

memang bes la stpl kali ni. kene plak pompuan enam orang je. kurang cket drama. melainkan drama bendera group unity kene curik. memang misteri abes sapa pencuri. rerupa ahli aku sendiri. give me twenty lah! kaki tangan smua on. haha.

dan yang paling takle blah. aku di vote sebagai participant wanita paling berwibawa. bley muntah pelangi aku. haha. nampak sangat aku bising. tu smua kenal. tapi takpe. pape pun. terima kasih rerakan. saya suka hadiah piuter klcc itu.

[ meredah hutan belantara dengan jitu ]

[ sesi menguakan diri di gua angin & sanding ]

[ lumba bot yang macam haram ]

[ aktiviti faveret - bbq ]

[ aku dan ahli synergy ]

[ warga stpl 2012 ]

10.2.12

Rombongan sambil belajar

akibat stress melampau angkara article harvard university. yang aku haram tak paham apa tajuk itu. dan perlu di tulis kurang 10 hari.

aku buat apa yang smua orang akan buat:

holiday!

haha. memang dasar tak sedo diri tol la.

arini. aku akan ke tekam, pahang untuk stpl. program kepimpinan tajaan iimu selama tiga hari dua malam. uuuu... benda free. bes bes.

usha list nama. enam je pompuan. yang lain smua jejaka. mak aih. lagi la berkobar kobar aku mau pegi. kene plak majoriti aku kenal. memang parti everyday la aku. haha.

smuga dalam 3 hari di tekam. aku kan dapat ilham apa harus di tulis untuk article membunuh itu.

ameen.

9.2.12

Terkesima maksimas

arini. ke opis. harus jumpa big bos a.k.a rektor.

masuk. salam. duduk. bincang.

lama gak la. bincang pasal status buku dia smua. ingatkan aku handle dua je. tup tup. aku kene tutup akaun untuk lima projek dia. adoyai. tapi takpe. layankan aje.

yang penting. buat kerja bebagus. bikin bos kagum. maka. senang lah aku nak mintak support letter nanti. haha. memang dasar pikir kedepan tol la. hebat. memang hebat. heh.

sejam kendian.

kemas barang. salam bos. ingatkan dah abes kerja. sukati aku je. haha. tetibe prof. berkata kata:

"sarah. i need you to write around 30 pages article on demystifying shariah, islamic legal system transformation in the 21th century. i need to present that paper at harvard law school end of this month"

terkesima.

dafuq? article untuk harvard law school?

aku diam. nak kata april fool. baru february. takkan ni lawak valentine kot? pastu dia dok terang la paper ni pasal apa. aku diam je. tengah proses apakebendantah dia tengah cakap.

15 minit kendian.

aku di luar opis. blur. dan tetibe. aku macam tersedar. maka. bermula lah sesi panik attack.

rektor! y u do this to me?

ugh.

8.2.12

Masa untuk bertukaaaaar


bes melepak umah. usha internet. masuk page oanda. terdiam.

RM 3.00 = USD 1

mak aih. gila murah. aritu tengok.

RM3.20 = USD 1

tutup laptop. sesiap. drift ke bank dan kendian. ke pavilion. tuka duit terus wa cakap sama lu. gila semangat. haha.

aku slumber je suruh sherly tukar USD 270. dan aku? tukar USD150 dan VND 1 juta je. kahkahkah. tapi takpe. biar lebih jangan kurang. lagi pun. aku tak shopping.

bila pegang duit tadi. tetibe berdebar. dah gaya ayah pegang anak wat kali pertama. hm. ok. apa kene ngene ntah? haha.

pape pun. duit dah tukar. masa untuk email guesthouse.

satu bulan sebelum hanoi. wehuuu.

5.2.12

Dari langit

jatuhnya rezki ke tangan aku. wehuu.

arini. mak aku belanja 2 lai baju. untuk aku dan kakak aku. kerna mak aku dah fed up nengok anak asyik pakai baju sama. tabah.

nak wat camne? duit smua abes pi travel kot. tu asyik pakai baju sama je. tapi takpe. yang penting. jauh perjalanan. luas permandangan. tetibe. haha.

aku angkut dua baju dari flow. dan kakak aku dari zara. alang alang nak beli. amek yang berkualiti terus. tahan la setahun dua. duit amek pi jalan lagi. bes bes.

pape pun. terima kasih ma. lagi 2 tahun. belanja la kami lagi. wehuu.

4.2.12

Makan besau

lokasi: la gomera spanish buffet
insan: baharudin sekeluarga
sempena: hari jadi baharudin
mood: riang ria

arini. kami sekeluarga ke neo damansara. layan la gomera spanish buffet sempena hari pertabalan baharudin yang ke 58.

mak aih. gila segak bapak aku walau dah 58. ok. smuga aku dapat genetik awet muda itu. ameen. haha.

kami bertolak gila awal. konon early dinner. abes sehat la tu makan awal. tapi bila sampai. hm. memang bes datang awal.

takda orang seh! serius bes. sempat la berangan kedai tu aku yang punya. haha. sejam kendian. baru orang mula ramai. memang tak sesia datang awal.

dan seperti biasa. anak anak baharudin akan hadiahkan kad buatan sendiri. mak ayah aku memang suka kad anak bikin. unik katanya. takkan dapat di tempat lain.

hm. bagus gak. sep duit aku. haha. pape pun. selamat hari jadi ayah. love you very much. hope you like my card walau macam budak tadika buat. tapi sesungguhnya. itu yang dikatakan seni. haha.

[ birthday boy. amen. sheena. mama ]

2.2.12

lima.puluh.lapan


ini baharudin sharom
ayah paling bes sedunia

selamat hari jadi

im so lucky to have you
sayang kamu sampai mati