29.10.10

Hari ini hari keramat

0900 : pegi cps hs dengan muka cuak teramat
0905 : studi proposal. patut baca semalam. tp tertido plak
0910 : orang sebelah ajak borak. layan kan aja
0920 : baru ku tau orang sebelah itu adalah lecturer. haha
0925 : dr. normala sms. dia takle datang. stuck jem. tabah
0930 : sambung cuakkan diri
0935 : turn aku. masuk bersama dr. z. penganti dr. normala
0940 : bercerita pasal proposal dengan penuh perasaan

dan

0957 : kuar meeting room sambil skipping

minor correction only. alhamdulillah. sukses.

suke suke. ni aku tetibe rasa macam nak parti tapai ni.

sapa mau join?.

28.10.10

Apa salah ku?

semalam.
parent aku pi hora hore kat chiang mai.
sminggu okeh.

arini.
kakak aku plak pi hora hore kat medan.
4 hari. lama tu.

aku?.
duduk umah. jaga adik. nenek dan tot, kucen kak aku.

memang layak dapat anugerah insan contoh maulidur rasul tol la. hm. takpe. tinggal aku ye. cukup je duit. aku hora hore kat alaska terus. semua aku tinggal.

rasa kan. rasaaaaa kan.. (emosi)

24.10.10

FLUF 2010

lokasi: nube training centre, pd
insan: 40 orang
kerna: program Future Leaders of the Ummah
tajaan: iimu

aritu pi langkawi. kali ni pi port dickson. sekangkang 156 ekor kera je. tak jauh mana pun. tapi ok la. smua ditanggung rapi oleh iimu. takle komen lelebih. tak pepasal dapat surat berhenti keje esok nye. huhu.

kali ni. bes memang bes tapi tak sebes langkawi. sebab aku kene jadi secretariat. masa kat langkawi. aku participant. wajib join smua sesi. semangat la cket. ni jadi committee. lantak ko la nak wat pape.

tu keje aku bangun tido makan tengok tv makan gelak kat budak makan tido selama 3 hari 2 malam. gila tak produktif. tapi ni la dinamakan holiday. layann.

ok. sepanjang kat situ. satu je aktiviti kan ku kenang sampai mati. chewah ayat. iaitu. banana boat. walhal memula emosi takmo naek tuh. huhu.

mana tak nye. aritu masuk paper kot. buaya mampus seberat 1 tan terdampar kat teluk kemang. dah la kiteorang kat teluk kemang. mau tak cuak. walau dieorang jumpa tu dah mati. mana nak tau sanak saudara dia masih bergembira usha kiteorang naek banana boat kan?

dah la aku duduk belakang. menurut pemerhatian cerita hollywood haiwan menganas seperti jaws. anaconda. deep blue sea. dan sebagainya. orang belakang yang selalu kene baham dulu. sabo je la aku. nasib smua selamat.

bukti aku naek banana boat. dan selamat

ini baru betul muhibbah

22.10.10

Demi sesuap nasi

dari dulu sampai sekarang. aku macam emo cket dengan celpad. nak kata dieorang cari pasal dengan aku. tak. nak kata dieorang tolak pinangan aku. pun tak juga. tapi ntah la. aura depa cam tak bes.

walau bagaimana pun.. (bajet bm hebat)

tadi. aku dengan tersipu-sipu nye pegi ke celpad. anta borang part-time lecturer. haha. sungguh hipokrit. tapi apakan daya. demi sesuap nasi. ececeh.

hm. ni la nama nya love-hate relationship yang bertepuk sebelah tangan. aku je emosi lebih. celpad kenai aku pun tidak. haish.

harap-harap dapat la. saya mau duit. mau pegi bungee jumping kat new zealand.

smuga termakbur. amin.

21.10.10

Mari lawat kelateee

waktu: 2000
lokasi: hs cafe
insan: sarah. una. ain. huda. sopi
kerna: mesyuarat english camp

ok. dari aritu sampai arini. masih tak sehat. dah la selsema. biji mata gatai plak tu. aku memang camtu. jarang sakit. tapi sekali sakit. abes parah.

tapi apekebendantah punya sakit la. sungguh tak vogue. nak cakap kat orang pun malu. tapi sumpah sengsara. nak garu takut jadi kasim selamat yang tak berapa nak selamat. tapi kalu tak garu. gatai teramat. urgh. abes dilema.

tapi demi mesyuarat. ditabahkan juga untuk pergi. ececeh. abes cemerlang la tuh. walhal sampai lambat. haha. maka. berbincang la kami pasal module. sejam lebih gak la baru abes.

tapi bila pikir balik. macam bes la plak nak konvoi reramai ke kelate. niat abes murni. jadi fasilitator tuh. huhu. abes program. bley reronda kelate jap. aku dah aim nak pi pantai cahya bulan. mau tengok orang kene tangkap basah. wat pedoman. haha. takde keje tol la.

program : english camp
lokasi : kelate. woot woot
tarikh : 261110 - 291110

haish. abes je program ni. sepiking kelatenglish la aku. bijok ah.

20.10.10

lima.puluh.dua

ini zarinah mohd ariff.

mak aku.
dan orang paling bes dalam dunia.

selamat hari jadi.
sayang kamu hingga langit ke tujuh.

Selesema

aku seleseme.

aku memang susah sakit cket. tapi bila sakit. agak parah. dan sebagai insan cemerlang. aku dengan pantas beli dan makan ubat. mau kasi baik cepat cepat. baru bley siapkan 3 chapter dengan cemerlang (sila baca dengan nada sarkastik). telan 4 biji dalam tempoh 6 jam.

tetibe.

mata aku gatai. bukan setakat mata. biji mata pun gatai. gila sadis. abes dugaan. mau garu tapi tak le. mau jadi kasim selamat aku nanti kalu ya. urgh.

tanya sheena. tengok tengok.

aku silap makan ubat. yang pasti. tu bukan ubat selsema.

yeay. pandaaai. smua orang sila tepuk tangan. alang alang. kasi standing ovation sekali.

tabah.

pi guardian. borong panadol soluble. makan ubat. 15 minit kendian.

sakit perut. kembung.

waaa. gila malang. apa aku alergik ubat moden ka?. takkan nak kene makan jamu mak dara baru baek plak?. ke jamu surerapat?. hahaha.

sah stress.

19.10.10

Ke.ju.tannnnnnn

buka email. nampak email dari dr. normala.

haish. baru tengok nama dia. dah tensi. memang bahaya. tak pepasal tak layak nak derma darah. huh. memang dasar alasan. huhu.

sumpah berdebo mau baca. hm. tarik napas dedalam. buka.

"i want 3 chapters (1 2 3) by the end of this month"

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?

ya. kamu memang penuh dengan elemen kejutan.

whadafak tol la.

16.10.10

Kerna RM10

pegh. tajuk entri macam tajuk paper metro je. tsk.

insan: sarah. asma. amatt. kin. nana. ecah. amani (anak amatt)
lokasi: secret recipe, midvalley.
kerna: meluang masa bersama bakal pengantin, cik asma.

sumpah lama gile tak jumpa sama geng third intake matrik uia 2003. bila jumpa tadi. sorang dah ada anak. sorang dah nak nikah 13 november ni. tiga dah berkejaya dan berjaya. aku?. masih belajar ni uia. tabah.

arini ala ala hari yang takkan aku lupakan la. satu. sebab jumpa kawan lama. dan dua. kerna

aku jatuh kerusi di secret recipe dengan penuh anggun.

dem. smua nye gara-gara nak amek baki rm10 aku dari puan amatt. nasib aku ni jenis muka tebal cket. bley gelak atas musibah yang menimpa. cuba wat aku ni emo. mau balik uia nanges. haha.

bebudak tu cakap aku excited dapat rm10. ampes tol la. manade. aku congek kerusi nak amek duit. sedo sedo. aku dah bawah meja. patut pelik. apsal tetibe nampak kaki je kan?. tsk.

pape pun. smuga aku tak jatuh di kenduri asma 13 november ni.

aminnn.

puan amatt dan amani

pelangkah bendul berjaya, asma dan amani yang suka tido

15.10.10

Dia datang

Ini nana

aku dan dia. kawan sejak zaman matric uia. hampir 7 tahun. lama tu. kalu ada anak. dah masuk darjah satu dah pun.

malam nanti dia datang uia. tumpang tido bilik aku 2 malam. hm. macam gro kelas atasan je. tetibe. huhu. pape pun. aku suka. sebab nana datang.

bley borak sampai lebam.

yeay.

14.10.10

Berbaloi baloi

makan sambil ingat mati.

di kedai makan berhadapan kubur. bersama bebudak iimu:

zetty. nad. usamah.

lepas makan. berpeleseran di wangsa walk. niat nak tengok wayang. tapi cerita plak tak bes. las las. atas kata sepakat membawa berkat. pi layan karaoke. tapi aku musykil. sebab zetty yang benci tahap neraka ke tujuh terhadap karaoke. adalah orang pertama yang pi tanya harga. hmm.

amek bilik medium. banyak cket ruang nak joget. memula malu cket. dah la suara tak sedap kan. tapi lepas satu lagu. amek ko. lupa diri setann. zetty siap joget atas kerusi. memang dasar rempit vandalisma betul la. tapi takpe. aku suka.

dari lagu siam ke lagu korea. semua layan. memang abes berbakat. nad nanyi macam bisik. pelik aku. usamah plak memalu. mana tak nye. tengok muslimah tahunan gone crazy. haha. nasib amek sejam je. kalu lebih. mau berbuih budak usamah tu.

yang pasti. antara empat. duit aku yang paling berbaloi baloi malam tadi.

13.10.10

Nasi biru

jelajah pasar malam bersama zetty. memasing ada kempunan sendiri. makanan wajib:

zetty: sotong celup tepung
sarah: nasi kerabu

tapi malang. nasi kerabu yang aku mau sudah abes. ada nasi puteh je. walau lauk kerabu sekali pun. aku tak rela. yang aku tau. aku nak nasik biru.

usha punya usha. las las jumpa gak nasi biru. walau lauk rasa macam rumput. aku tetap gembira. yang penting. aku dapat

nasi biru.

12.10.10

IIMU dan convention

lokasi: library auditorium
waktu: 1430 - 1700
insan: 73 orang
kerna: 3rd friends & fellows convention
anjuran: iimu

ok. gila penat keje arini. aku ala ala in charge untuk convention kali ni. wat simple je. bajet 100 orang datang. tapi 73 je ada. nasib ada gak orang datang. kalu tak. mau nye aku santau smua ahli F&F. haha.

speaker? prof. ibrahim zein yang gila kacak. kalu letak sebelah m. nasir. memang ibarat kueh tart nenas dengan kueh batang buruk. laen darjat okeh. aura dia sebatu bley rasa walau aku yakin dia tak pakai produk aura seri.

makan? kali ni. kureng cket. caterer baru. agak kelam kabut. tak pepasal. aku pun jadi minah caterer. susun makanan. lapik meja. tuang air. sabo je la. tapi takpe. pengalaman itu. bley letak dalam resume. abes laku la aku nanti. huhu.

pape pun. smua berjalan lancar la. terima kasih wat kak zetty sebab sanggup jadi emcee. sebagai upah. aku kasi percutian 3 hari 2 malam di rumah prof. ibrahim zein. gila bes.

11.10.10

PD dan masak lomak

insan: sarah. zetty. kak nani.

2 dara setengah pergi survey lokasi untuk program FLUF. tahun ni. dekat je. port dickson. aku dah abes kecewa. kalu bley nak wat kat ireland. tapi aku yakin. kalu aku usulkan. mesti kene buang keje time tu gak. lagipun. program free. pd pun pd la. layankan aje.

Nube training center. bersih amat. tepi laut. tapi kurang kemudahan. aku. zetty dan kak nani dah sepakat nak tuka venue. tapi kak ti. bos tetap mau venue tu. tunggu la aku jadi bos. aku wat kat zimbabwe terus. ganas tak ganas.

sebelum balik. berhenti makan masak lomak. mana bley pi pd tak pekena masak lomak kan?. kene plak kak nani bayarkan. bertambah sedap plak tetibe. dieorang tanya nak tapau balik tak. aku yakin dieorang perli aku walau muka sesorang abes eklas. hmm.

tengok je la camne FLUF nanti. yang penting. aku jadi secretariat. bley buli bebudak tu. kene praktis evil laugh nampaknye.

bwah-ah-ah.

evil tak? tsk.

10.10.10

10 langkah ke masa depan yang lebih cerah

1. pergi ke department.
2. tarik napas dedalam. masuk.
3. jumpa kak eda mintak borang.
4. amek borang. cek apa perlu.
5. bila semua dah lengkap.
6. print 1 proposal terbaru.
7. photostat 10 set lagi.
8. stapler apa yang perlu.
9. pergi ke opis kulliyah.
10. anta 11 proposal dan 1 borang.

sekarang?. tunggu call atau email je la. kak opis tu cakap lagi 2 minggu hearing kulliyah aku. sementara itu.

jom cuakkan diri.

urgh. argh. cuak. cuak.

7.10.10

Majlis ilmu kembali

lokasi: main auditorium, iium.
waktu: 2000 - 2330.
kerna: public lecture.

dr. isam al bashir. bekas menteri sudan. dijemput ke uia untuk kasi talk. tapi dalam arabic. walau aku. zetty dan kak nani habuk tarak paham. tapi kami tetap bekerja dengan berdedikasi. wey. serius neh.

alhamdulillah. main audi penuh. siap kene buka tingkat atas. dalam 800 jugak la yang datang. tapi balik balik. akon dan sean kingston je ramai. huhu.


dan seperti biasa. aku dan zetty gadoh dengan committee. bebudak sudan gak. dua bulan masa prepare proposal ke tampal poster. nampak muka 3 orang je. tapi bila hari event. tetibe nak dekat 20 committee timbul. memang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan tol la. chewah ayat. haha.

dah la tu. baru timbul aritu. gaya macam hebat gile. bila tegur cket. emo.
tapi aku pun emo gak. haha. tapi abes je program. bebudak tu mintak mahap dengan aku. dan aku dengan baik hati nye. memaafkan mereka. ececeh.

tapi takpe. yang penting. program ilmu kali ni mendapat sambutan dan berjalan lancar. weeee~

5.10.10

Dari gombak ke puncak alam

ok. arini aku dan sheena. pemenang anugerah kakak mithali tahun 2010. drift ke uitm puncak alam untuk amek amin yang sudah mula cuti sem. ikutkan. patut jumpa kat kl central je. senang cket. tapi cik amin wat cerita sedih la plak. beg banyak la. beg berat la. memacam la. nak je aku isi borang tuka jurusan. dari medic ke teater. amek kau.

tapi takpe la. adik punya pasal. aku dan sheena dengan pasrahnya bertolak dari uia lepas kerja.

sheena: sarah try hafal jalan. laen kali. senang cket nak amek amen.
aku: hm. let me drive la. senang cket ingat jalan.
sheena: vokeh! (sambil sengih)

dan. aku menyesal tawar diri. jem gile kot jalan. tabah. sejam dua gak la perjalanan. biasa. 30 minit dah sampai. sabo je la. tapi takpe. sebab aku dah hebat selok belok ke puncak alam lanie. bley la isi dalam resume nanti. tetibe. huhu.

smuga kerajaan cecepat wat lrt dari puncak alam terus ke ampang. uuuu. bes bes.

4.10.10

Bagai melepaskan batuk di wayang

insan: sheena. sarah.
lokasi: ampang.

gila busan duk umah. siap siap. pinjam kunci keta kak aku. usha tiket wayang di mbo, ampang. konon mau dating sama diri sendiri la. tapi lama jap tu. cik sheena tetiba mau ikut. dia pun busan duk umah rupanya. kalu tau. awal-awal aku dah ajak tengok wayang. tabah.

sampai mbo. beratur tak panjang. cantek. beli tiket 'guardian of ga'hool 3d'. masuk wayang. kosong. tak sampai 20 orang kot. gila bahagia idop. memang terbaek.

mula: 2030
abes: 2215

gila bes cerita ni weh. ala-ala lords of the ring tapi versi burung antu. gila unik. dah la graphix lawa macam haram. tak pepasal aku terpengaruh. mau jadi burung antu plak. gila tak sedar diri. huhu.

balik umah. terus google pasal movie ni. rerupa. dari buku. abes semangat dah aku nak borong. tup tup. ada 15 buku. satu buku dalam rm25. darab 15? gile babi tol la. terus terpadam niat ku nan membara ini. takpe la. aku bayangkan je la buku dia camne nanti. haha.

3.10.10

Dan mereka

hadi dan epah.

mereka itu kawan lama aku. dan pasangan kekaseh. bukan sama aku. sesama mereka. tolong ye. aku tak layan threesome. haha. aritu mereka turun kl. jadi. aku angkut cik epah tido ampang. umah kakak aku. hadi tido umah kawan dia. layan gak duduk luar. senang cket nak meronda.

misi 1
aku dan hadi memang suka makan free. alang-alang. aku angkut mereka ke open house mak su aku. simple je tapi makan sedap. nasib baik. kalu tak. mau aku terbalik meja. ye ye je. haha. abes smua la aku rasa. biskut je dalam 5 jenis. raya pun aku tak makan biskut banyak camtu. tabah. tapi memang tak sesia la bawak hadi. memang menghargai makanan tol. abes smua dia tibai. pastu risau kene ban dengan mak su aku tahun depan. sewel.

misi 2
lepas kenyang. terus drift ke ou. layan wayang. epah mau tengok muzika. cerita kru. layankan aja. ok gak untuk cerita melayu. ada wawasan la kru ni. aku paling suka part m. nasir. gila macho. dah la jadi naga. argh. sexy setannn. tetiba. aku pun bercita-cita nak jadi naga gak.

misi 3
dah penat tawaf ou. drift ke danau kota plak. cakap bebetul. aku memang tak pandai shopping. tapi ntah kene rasuk dek apa malam tu. hantu raya ke apa. tak pepasal aku beli 1 kardigan yang aku cinta. dan 2 tudung. ohh. babai rm60 ku. tapi takpe. bukan selalu. laen kali. sebelum pi danau kota. kene bebanyak baca doa pendinding. baru sep dwet. tetibe. huhu.

sampai rumah dalam satu dua pagi. sambung borak. tengok dvd. dalam empat gak la lena. gila penat. tapi tak sepenat epah yang tido mampus di tilam kak aku. gila misteri. apa yang misteri?. mana bley cakap. kalu cakap. dah tak misteri la. huhu.

1.10.10

Majlis syura

lokasi: english department
insan: sarah. wanie
lecturer: subra. normala. zahariah. ismail. nora
mood: peluh sejuk

sampai department 30 minit awal. jangan memaen. abes pantas seh. bajet nak amek berkat la. kasi jiwa tenang cket. tapi ampeh. cuak camtu gak. hm.

arini. bentang proposal depan sekumpulan lecturer. minggu ni. ada 5 orang. jenuh aku doa sorang je datang. haish. kene makan garam bebanyak pasni. baru masin cket mulut. tabah.

sesi aku abes 40 minit kendian. dem. gila lama. tapi takpe. yang penting tajuk aku lulus. ada la kene ubah cket. pastu anta untuk defend peringkat kulliyah plak. haish. makin susah je uia ni. lulus kat kulliyah baru bley wat thesis. kalu tau. abes je spm. terus aku tulis proposal master. ececeh. huhu.

walau perlu wat correction untuk kulliyah. lantak. aku tak abes hepi lagi tajuk lulus. rasa mau peluk maskot a&w sambil minum root beer. wuuu weee.