30.4.12

Result whisperer

tengah bes bes mimpi. tetibe tepon berbunyi. ingatkan sms ke apa. tup tup notification email. cewah ayat. nak menunjuk pakai android la tuh. haha. 

buka e-mail. usha usha. ada email dari utar. tapi serius unik. sebab serius aku takda perasaan. selalu nya ada gak la cuak cket. tak pun excited. tapi kali ni kering mengalahkan padang sahara okeh. hm. macam tak dapat je. 

buka. baca. tutup. sambung tido.

slumber je sambung lena. tak kecewa langsung tak dapat posisi tu. walhal dah kering tahap wajib kerja ni. tabah. haha. 

kan bagus kalu naluri aku tepat masa jawap exam. konfem dapat anugerah pelajar paling bijak. tak pun masa main loteri. kaya raya aku. tapi bagus gak lah. takda la aku frust menonggeng bila tak dapat kan?

baik lah sarah. masa untuk cari kerja baru dengan gigihnya. sesungguh nya. usaha tangga kejayaan. masa untuk perbanyakkan simpanan yang kian kurang. woot woot.

doakan aku! ameen.

27.4.12

Temuduga yang menduga kesabaran

lokasi: utar, petaling jaya
jam: 1600
mood: blur

arini. aku bertemuduga bersama cik utar. belum apa dah malang. dalam perjalanan. jem menggila. pelik weh. jam tiga jalan sesak macam ada pesta jalanan. tak keje ke manusia manusia itu? haish. dengan hati cekal. redah je la.

bila dah sampai area pj. bley plak tak jumpa utar. sabo je la aku. cari punya cari. rerupa nya utar dalam kawasan kilang. chait. lalu je memula. tapi ingat kan dia kilang. best je jalan terus. huhu. jiran utar kilang susu dan colgate okeh. konfem staff utar gigi lawa dan tulang kuat. tetibe. haha. 

patut sesi aku jam 1600. aku sampai sana. terkejut gorilla. ada lebih 15 orang lagi tengah tunggu turn. woi babik. gila lah. aku masa tu dah rasa macam tak dapat je keje ni. kene plak bila sembang dengan insan lain. smua pengalaman power power.

tetibe terasa kerdil. ecewah ayat. haha.

tapi serius. rasa macam takda semangat je. mau balik dan tengok doremon sambil makan dorayaki. tapi alang alang dah dalam utar. tunggu je la. bila nama aku kene panggil. usha jam. dah 1830. mak kau. aku tunggu 2 jam setengah untuk sesi interview tak sampai 8 minit kot. tabah.

masa aku masuk. aku dah nampak panel smua dah penat. aku sampai jam 1600. ada lebih 15 orang. menurut HR. interview sepanjang hari. dan panel sama. aku kurang setuju lah. sebab orang sesi awal. smua interview lelama. yang las las macam aku ni. serius sekejap sesi interview.

aku tak tau camne depa pilih nanti. sijil tak cek. mock teaching pun takde. soklan tak tanye. dia tanya aku ada soklan ada lah. serius pelik. kalu dia pilih tengok baju. memang hampeh la. kalu tau aku pakai baju hawaii. mesti panel tido mimpi aku. haha.

serius takda perasaan interview kali ni. sangat sekejap. kalu ikut pengalaman. konfem aku tak dapat. naluri aku berkata kata. pegh ayat. power kau. haha. tapi tu lah. kalu tak dapat. takpa. rezki aku tengah hangout dekat tempat lain la tu.

pape pun. dem u utar. time management dikau sangat epic fail. dan sarah. masa untuk apply institusi lain. wehuu.

26.4.12

Selamat kembali cinta


alhamdulillah. cinta ku dah kuar bengkel. yeay. 

mak aih. gila jelita sekarang. montok semacam je. siap bercat baru okeh. pheeewit. kilat mengalahkan edward cullen. haha. 

dan trimas kepada insan bertanggungjawap. walau terbang rm350 dikau. jasa mu kan ku kenang selalu. sila lah langgar kereta ku lagi. cukup 5 kali. konfem oren bertukar jadi kereta baru. haha.

kepada cik oren. jom kita ronda kl show off cket cat baru. haters gonna hate.

bwah-ah-ah-ah.

25.4.12

Cinta ku parah

serius sadis pabila soulmate ku cedera parah. 

sesungguh nye malang tak berbau. kalu berbau. mesti busuk gilak. haha. dan accident sempat di elak. tapi apakan daya. benda dah nak jadi kan? nasib kemek kat belakang je. lampu dan cermin smua selamat. pheww lega ceq.

nasib punca accident. dengan rela hati mau bertanggungjawap. siap suruh aku pilih bengkel pilihan hati. hantar kat bengkel porsche baru tau. haha. dan di sebab kan dia tawar diri dengan penuh santun. terus aku lembut hati. ecewah.

lepas survey bengkel. aku pilih yang harga paling sesuai dengan servis. tu pun dalam rm350. tapi okeh la. ketuk. plaster. cat. smua lah dia wat.

oh oren ku. bertabah lah. sesungguh nya doa 'orang' teraniaya sering termakbul. oleh kerna itu. doalah aku menang jutaan ringgit. ameen. haha.

selamat ke bengkel. jaga diri elok elok tau. jangan lupa basuh kaki sebelum tido. gonna miss u. 

smuga bertemu kembali beberapa hari akan datang. babai.

23.4.12

Panggilan masa depan

tengah bes bes melepak mengenang masa depan. tetibe telepon berbunyi. usha. nombor tak kenal. selalu aku malas nak jawap. tapi ntah nape kali ni macam terpanggil panggil untuk jawap. ecewah ayat. haha. maka aku pun angkat lalu jawap.

aku: hello
dia: hi. can i speak to miss sarah please?
aku: yes. speaking. whos on the line?
dia: im calling for UTAR. we would like to invite u for interview session...

ok. bila kedengaran je perkataan 'interview'. terus gelap dunia. terus tak dengar ayat dia yang seterusnya. hampeh gila. nasib dia cakap benda basic je. cuba kalu dia kasi klue harta karun. tak ke sesia idop aku. tabah.

pape pun. aku dengan semangat waja cakap ok. aku akan datang interview pada 25 april 2012 pada jam 1600. hm. tak pepenah aku datang interview petang. tapi layan je la. ngak cuba ngak tau.

hm. yang penting. usaha. harus bikin yang terbaek. dapat tak dapat belakang kira. yang penting. sekarang aku perlu pinjam kasut hitam untuk interview. haha.

doakan aku aite. ameen.

20.4.12

Amazing Southern Vietnam siri tiga: Mui Ne & Phan Thiet

dan dari da lat. kami smua pakat tersasar ke mui ne dan phan thiet. 4 jam timur da lat. dan sangat terkenal dengan sand dunes. ha.. jangan memaen. sini pun ada padang  okeh. memang rugi kalu tak datang. tobat gorgeous.

disebabkan duduk semalam je di mui ne. sesampai je mui ne. terus ke phan thiet. 45 minit perjalanan untuk borong tiket keretapi. gila jauh. tapi apakan daya. itu je stesen keretapi terdekat. layan kan aja.

dah dapat tiket. rileks. gila bapak panas. banding plak dengan da lat. lagi lah. adoyai. nasib tempat lawa. tabah lah cket. dan di sebabkan tido semalam je. kami redah amek tour yang gila murah. lagi power. tour start 5 pagi. tak penah aku pi tour awal camtu. haha.

memacam la wat. lawat white dunes. red dunes. luncur pasir. naik 4x4 redah sand dunes. lepak fairy stream. usha perkampungan nelayan yang memukau.  smua kami bedal. janji berbaloi. hm. memang berbaloi pun. usd8 je sorang. kahkah.

petang nya. naik keretapi bersama local ke saigon. serius bes famili trip kali ni. dan seperti biasa. aku post gambar je lah. sepurnama cerita pun tak abes kalu ya. hehe. 

[ perjalanan ke mui ne. serius cun ]

[ kampung nelayan mui ne. tetibe semangat mau jadi nelayan. haha ]

[ sampan bulat mui ne. serius unik ]

[ serius sentap memua usha red dunes. sumpah lawa ]

[ puan zarinah yang excited bersama encik sunrise ]

[ fairy stream. dah macam mini canyon. tetibe terasa kerdil ]

[ sesatu nya white dunes di SEA. pelik bin ajaib tol la ]

[ sesi sand surfing. abes extreme bapak dan adik aku. huhu ]

[ kami dan 4x4 di white dunes. pandu mengila sambil bergembira ]

[ stesen keretapi phan thiet. serius macam kembali ke 1940. heh ]

[ muka ceria naik keretapi yang sangat selesa ]

[ mama. amin. sheena. sarah. ayah ]

walau pi seminggu je. sempat la redah 4 daerah. dan dalam 4 daerah tu. abes smua kawasan kami redah. serius tak sesia pi sana. tempat smua lawa tahap mengugat iman. orang pun baik. public transportation jangan cakap. sangat superb. terbaek lah. 

hm. smua orang. sila ke vietnam sekarang jugak. sangat memukau kalbu okeh. gerenti berbaloi smua dwet yang bakal korang tabur. kalu nak lagi berbaloi. sila lah angkut aku sama. haha.

pape pun. terima kasih ayah dan mama selaku penaja utama. lain kali. sila la taja kami lagi. hehe. dan sarah. masa untuk tawan central vietnam pula. yehaa.

19.4.12

Amazing Southern Vietnam siri dua: Da Lat

famili aku sejak trip china. memang takle duk dediam setempat. alang alang dah pi seminggu. harus tawan sekurang nya dua lokasi. dan itu yang kami wat. plan lepak saigon seminggu.

tetibe dah dalam bus ke da lat. 7 jam utara saigon. slumber. haha. maen redah je. janji sampai destinasi pilihan. dah la pakat naik bus local. adventure abes. tapi serius selesa. tiket pun murah. dreba pun bawak selamat. cun lah.

kat da lat. memacam la kami buat. dari minum kopi luwak ke makan cengkerik gaya apek makan kacang. pastu lawat air terjun gajah yang cun. lepak di ladang kopi dan bunga. oh ya. da lat ni terkenal sebagai daerah bunga vietnam. banyak gila bunga. mekar setaman plak tu. sangat cantek.

dah la sejuk. ala ala cameron highland tapi cun berjuta kali. meriah pun meriah. serius berbaloi redah bus 7 jam. huhu. serius bes lah. murah pun murah. pastu jalan kaki bley cover seluruh da lat. ok. sebab bes punya pasal. aku taruk gambar macam biasa. tapi sayang. gambar tak capture kecantikan tempat ni. tapi okeh la dari takde pape kan? enjoice!

[ permandangan sepanjang ke da lat. terus terang mata okeh ]

[ bandar da lat selaku vietnam's little paris. oh la la ]

[ ladang kopi robusta. terbaek dari ladang ]

[ pesta cengkerik. sedap weh. macam kacang berkaki. haha ]

[ ladang bunga. serius mau lari di iringi lagu hindustan. aww ]

[ sesi hiking ke elephant waterfall ]

[ mini elephant dan elephant waterfall ]

[ berlari lari anak di belakang air terjun. sumpah bes ]

[ linh an tu pagoda dan sami terbang ]

[ permandangan dalat countryside yang memukau kalbu ]

[ rombongan sambil belajar di kilang sutera ]

[ sesi memanjat di crazy house. ini hotel ok. bukan theme park ]

[ da lat yang nyaman ]

18.4.12

Ayuh mintak kewarganegaraan Vietnam

tarikh: 060412 - 140412
lokasi: saigon. da lat. mui ne. phan thiet.
insan: baharudin sekeluarga
status: sukses

balik indon. mau jadi warganegara indon. sekarang. ada hati mau jadi warganegara vietnam plak. haish. masalah gargatuan ni. chewah ayat. abes kamus tuh. mantap. teramat mantap. haha.

ikot hati. tak rela balik malaysia beb. kena plak bila dah jejak da lat. huish. terus terkena panahan cinta okeh. hm. ayat macam haram. sila muntah secara berjemaah. sekarang jugak. haha. tapi serius lawa. sampai je sana. terus tak pandang saigon nun. lawa berjuta kali. boo saigon. sukati. haha.

tapi pape pun. southern vietnam serius best!. aku kasi 4.5 bintang. *tepuk tepuk*. sama macam filipin. dah la murah. tempat lawa. tapi satu je masalah. makan. dah la keluarga aku pengemar makanan. bila tak dapat daging seminggu. mak aih. dah rupa zombie. nasib las las dapat gak ayam. semangat la cket. huhu.

tapi takpe. tak ganggu pun ke'best'an trip kali ni. abes mengancam. dah la mak ayah aku pun layan backpack. cayalah. tabik spring wa cakap lu. siap naek public transport smua. dari bus ke keretapi. redah aja. janji sampai destinasi.

sebab memacam kiteorang wat kali ni. macam biasa. aku letak gambo je la. dengan ini. saya dengan segala hormatnya. mempersembahkan "amazing southern vietnam" siri satu: saigon.

[ muka abes ceria di saigon airport ]

[ ben thanh. syurga dunia. dan aku lepak tak sampai 30 mnt ] 

 [ syurga kain juga. tapi las las apa pun tak beli. tabah ]

 [ saigon opera house bersama penyanyi opera terkemuka malaysia ]

 [ amin yang cuba menyerupai uncle ho. jauh api dari panggang ]

 [ kereta baru mak ayah aku. gila otai ]

 [ museum sini bley main panjat panjat. boo museum malaysia ]

 [ sesi menembak di cu chi tunnel. haram satu pun tak kena. chait ]

 [ cu chi tunnel. aku dan amin berjaya abes kan 100m. yeay ]

 [ sesi water puppet. serius menarik ]

 [ bandar saigon yang happening ]

 [ saigon di hati ku ]

[ bus station. masa untuk ke da lat. yehaa ]

6.4.12

Xin Chao


arini. aku sekeluarga akan ke saigon vietnam. kira famili holiday la.


aku baru je aritu backpack hanoi sminggu. tak sampai sebulan. terbang lagi. terbaek lah. gila indah idup camni. heh.

tapi serius excited. bapak aku dah semangat mau naik keretapi. pakat bergerak gak la kali ni. bley la cover dua-tiga daerah gak kali ni. cun.

dan kepada baharudin. zarinah. sheena. sarah. dan amin. smuga selamat pergi dan pulang. ameen.

4.4.12

Makan. Ketawa. Gembira.

lokasi: rakuzen, publika
insan: sarah. sheena. homam. mei. wendy. shan. sao. fatin
sempena: hari jadi shan ke 30

8 insan. 8 personaliti. 1 lokasi. 1 matlamat.

untuk sambut hari jadi kak shan yang ke 30. woot woot.

mak aih. gila gamat kedai nun. smua riang semacam. pastu gelak je memanjang. kalu orang tak tau. konfem ingat kami mabuk sake. orang jepun mabuk sake pun tak camni. heh.

memang layan la tadi. orang smua gegila. tempat pun bes. makan? peh. jangan cakap. délicieux! terus cakap french kau. haha. aku rajin je try kedai jepun. setakat ni. rakuzen memang terbaek lah. om nom nom.

dah makan smua. bley plak sambung sisha. bagus sangat la tuh. lagi high ada lah. haha. pastu sambung gelak. penat gelak je aku rasa. heh. tapi tu la. arini adalah hari yang besh. chill je.

pape pun. kepada kak shan. selamat hari jadi. smuga anda comel selamanya.

[ kami ]

1.4.12

Kata hikmah