31.8.13

Anak Malaysia


anak Malaysia itu aku

dan aku ingin mengucapkan

salam merdeka 

buat Malaysia dan smua warga tanah melayu.
smuga malaysia aman damai selama nya.

MERDEKA!

25.8.13

Rumah terbuka luas

roti jala. gulai ayam. pulut durian. nasi minyak. daging hitam. ayam kapitan. 

antara bukti kenapa aku chenta kan rumah terbuka. makanan peh.. masyuk yang amat. kene plak rumah terbuka orang penang. lagi lah meletop. heh.

arini aku ke rumah terbuka kak chuck di keramat. aku pi sesorang macam biasa. muka dek gila. nasib aku senang borak. abes smua nenek situ aku tegur. ramah tak ramah. huhu. 

patut nya zetty dan shan ada. tapi smua pakat ada hal plak. chait. curang sungguh. tapi takpe lah. sorang pun sorang lah. more food for meh! woot woot.

trimas kak chuck di atas jemputan anda. makan sangat superb. kalu ada serabai lagi mengancam! eh eh. sempat plak hint menu umah terbuka tahun depan. tak senonoh. keke.

om nom nom.

[ sarah dan tuan rumah, kak chuck ]

24.8.13

Kesenian melanda


lokasi: merdekarya
insan: sarah & 100 insan lain
sempena: 8th numinous. raya edition
mood: disko party time

niat mau duduk umah tengok astro sampai lebam. tapi ntah camne. tetibe bley sampai PJ plak. kuat tol seruan cik sheena nun di medekarya.

tapi takpe. sebagai adik mithali. aku datang kasi moral supot untuk kakak aku, selaku organiser event dan juga buat farhan, sepupu aku yang bakal perform.

kali ni memang best lah. semua berbakat walau ada dua macam hampeh gila. bajet hebat tapi sekali perform. mak aih. lupa diri siot. tak bes plak tu. berjambang aku nengok. dugaan tol lah. heh.

band sepupu aku the fridays pun mengancam. aku ingat geng rock kapak. sekali nanyi. peh. macam artic monkeys okeh. hebat gila. beat pun sedap. terus bangga mengaku kazen. haha.

dalam 10 performer gak lah. dari jam 2030 ke 2330. lepas smua abes perform. bley plak main bunga api reramai. semangat raya sungguh. dan ntah camne. aku bley plak mengedar mercun. hm. pengaruh negatif tol. huhu.

pape pun. tahniah cik sheena atas event tadi. dan juga buat farhan dan the fridays. anda memang hebat. rendah diri plak tuh. terbaek ah. sila kekal kan resam padi anda. konfem beras sedap. tetibe. haha.

ok ok. masa untuk sambung astro. woot woot.

23.8.13

Oren yang cedera


tadi pagi. dalam perjalanan ke kereta. terlihat cik oren sedikit senget. apakah? cek punya cek. rerupa nya tayar kanan belakang pancit.

ugh. kesian dikau oren ku.

cedera sesorang dalam hujan semalam. tabah kan lah engin mu. ecewah. macam cerita hindi je. haha. 

dan sebentar lagi. masa solat jumaat. aku harus bawak dia ke bengkel dengan kadar segera. terbang lagi lah ongkos gua. heharap tak banyak sangat. tapi takpe. 

demi cik oren punya pasal. aku rela.

21.8.13

Joy ride

arini. aku berjaya culik cik syafa dan cik sab dari akept, sepang buat kali ke ntah ke berapa. hm. kalu camni lah selalu. konfem aku mampu jadi penjenayah terpower di selat melaka. woot woot.

cik syafa dan sab ada training di akept sebeno nye. dan alang alang dah dekat nilai. mereka ajak lah jumpa. menurut syafa. dia windu bangat sama aku. ceh. ayat pancing tak agak agak. nasib kawan dari kecik. heh.

aku plak ingat lepak bilik je. slumber je pakai baju tido. sesampai je sana. syafa ajak makan. aiseh. dah ah smua kat situ dr dari pelbagai universiti. memula malu. tapi sekali nampak lauk. ON terus. haha. tak senonoh.

dalam pemakaian aku yang serabai gila. ada gak orang ingat aku dr sarah. peh. doa tuh. layan kan aja. ameen ameen. haha. dah abes makan smua. aku dediam larikan syafa dan sab dari akept. destinasi utama?

fun fair nilai

mengom gila. excited kalah budak kecik. dan disebabkan aku paksa mereka naik ride. tak pepasal terus muntah pastu. aish. sungguh lah tak macho. jap tu. bawak pusing pekan nilai. disebabkan nilai kecik takda apa. aku pusing dua kali. baru mereka ingat nilai beso. huhu. dalam 2230 gak lah pulang ke akept.

mereka risau aku kene drive sesorang. mana tak nye. akept serius dalam. jin pun takmo duk situ. tak happening langsung. dah sampai sana. aku ajak main mercun plak. haa.. semangat tak semangat. siap simpan mercun dalam kereta okeh. huhu. 

tapi mereka penakut nak bakaq. aku lah tukang cucuh nye. memula main yang rileks. sekali tu aku bakar mercun aviator. amekau. meletop kuat gila. syafa dan sab punya lah terkejut terus lari sembunyi belakang kereta. serius epic muka dieorang. haha. 

[ semangat berkobar aku cucuh mercun. haha ]

dalam 2330 gak lah aku balik mantin. haish. tak padan dengan kene keje esok. hehe. yang pasti. konfem bebudak tu terus tido pastu. kejutan budaya kuar dengan aku. haha.

hm. pasni nak kidnap sapa plak eh?  

19.8.13

Kami

ntah camne. tadi aku bermesej sama ex aku.

dari jam 0000 hingga lah 0500.

tak padan nak kene pi kerja. hehe. dia yang mulakan dulu. aku pun tak tau lah mimpi apa. tapi aku layankan aja. sumpah curious okeh. 

tadi. dia mohon maaf kat aku. lebih 8 kali sepanjang chat. tapi kekadang. aku rasa dia masih pening. dia keliru dengan diri sendiri. mana tak nye. 

memula. mintak maaf.
kejap tu. salah kan aku.
pastu. salah kan diri sendiri.
tetibe. mintak maaf balik.

dan begitu lah sepanjang perbualan. tapi banyak lah benda yang terluah. aku awal awal dah luah dulu. siap drive ke uia kot. semangat tak semangat. haha. dia? lepas hampir setahun baru terbuka hati mau menerangkan situasi. hm. lambat bebenor. 

tapi agak serius lah perbualan kami tadi walau aku kekadang gurau gurau. konon tak nak kasi tegang sangat lah. konon. hehe. tapi ntah lah. kekadang ayat dia kasi aku terpikir. salah satu ayat yang aku tak sangka datang dari dia:

"if u didn't dump me. we will still be together"

aku bukan sesaja mau dump dia. aku sayang dia bagai nak rak kot. tapi dia wat aku lebih kurang. sayang sayang jugak. tapi aku masih punya harga diri kot. i know what i deserve. tapi sedikit sebanyak. aku terpikir kemungkinan yang ada. tapi aku jawap ayat dia dengan:

"maybe. and i'm pretty sure i'm gonna cry a river and will definitely named it sungai sarah"

ala ala sarcasm gitu. aww. haha. terdiam kejap. kemudian dia minta maaf sebab gagal menjadi boyfriend yang baik. dia kata dia sesal melukakan aku yang sayang dia sesangat. hah! too late mister. masa ada dulu. kau lupa. amek kau.. rasakann.. rasakannn. haha.  

otak aku aktif semacam sekarang. sedikit terkejut dengan dia. tapi dalam masa sama. suka. sebab sekurangnya. separuh persoalan aku dulu terjawap. 

lepas ni. harus jaga hati baik baik. simpan dalam peti besi. supaya tak terluka macam dulu lagi.

17.8.13

Sehari di Afrika

pegh tajuk. tak agak agak. penuh tanda tanya. ecewah.

sebenar nye. aku tak pi afrika pun. tapi aku melepak dengan jejaka afrika.

ayaaaat. tak agak agak. penuh kontroversi. haha.

aku sebenar nya perlu jumpa mahfuz dan usman, teman sekerja dulu di IIMU. motif? mau amek baju lama. aku separa rajin bab mengumpul baju lama terpakai neh. selalu kasi kat mak aku. dan mak aku akan agih ke orang susah di chukai.

kebetulan dua jejaka tu ada banyak baju lama terpakai. terus contact aku kot. sabo je lah. tapi sebab usaha nan jitu mereka. aku setuju je lah amek baju baju tu. dan sebab dah setuju. kene lah jumpa mereka.

maka. pergi lah aku ke rumah usman. nak masuk. kene cakap dengan guard. ntah nape. guard pung pang pung pang cakap arab sama aku. aku sumpah blur. first time kot guard cakap arab. bila aku balas. guard gelak. rupa nya dia ingat aku dari sudan. pulok? hm. nampak sangat area ni banyak afrikan. huhu.

patut amek baju. tapi dijemput ke atas minum air plak. alang alang tengah dalam mood raya. on je lah. bukan selalu dapat jemputan minum dari usman. sekali naik. amekau. tak reti pulang. haha. niat mau minum coke.

sekali dia hidang kopi. abes kopi, teh plak. bukan setakat itu je. ntah camne. aku siap makan lunch lagi. haha. rezki betul lah. patut amek kain seploh minit. bley plak terlajak 4 jam. tu pun mereka takmo kasi aku pulang lagi. ajak second round kopi. gilass.

[ authentic Sudanese Coffee. serius sedap ]

tapi serius. terasa macam puteri bila lepak dengan mereka ni. sangat attentive. kira aku tak payah wat apa lah. duduk dan menghayati kehidupan je. hehe. mereka siap bawak aku tour rumah kot. siap ada penerangan di setiap lokasi. kalah art museum camne. heh.

memacam lah kami borak. mereka siap perkenal aku sama jiran tingkat tujuh. babakir juga dari sudan. haa.. bertambah lagi kenalan sudan. senang lah aku nak backpack sudan nanti. hehe. 

bila aku mau pulang. smua pakat hantar aku sampai ke parking lot. pegh. terharu siot. mak aku pun lambai aku depan pintu je. haha. pape pun, terima kasih mahfuz, usman dan babakir di atas kesudian korang melayan aku. 

nanti ada baju terpakai. kontek lah aku lagi. hehe

14.8.13

Dari Ireland ke Putrajaya

akhir nya. tiba juga una di bumi malaysia. woot woot.

selamat pulang ke tanahair terchenta missus.

dan arini. aku ketemu sama una di rumah ain. ala ala 2 in 1 gitu. dapat ketemu ain dan juga una. tak ke menyelam sampai minum air nama nya tuh? peh. siap ada peribahasa tuh. haha. kene plak ain masak beehon sup nganu. pegh. memang masyuk lah.

perut kenyang. hati senang.

dan seperti biasa. memacam cerita lah kuar. dah nama jarang jumpa kan? smua pakat cover balik kehidupan setahun lepas. punya lah banyak stori. dalam jam 2330 baru teringat mau pulang. haish. dah lah esok kerja. slumber jek. 

sebelum pulang. una sempat adiahkan aku dan aing tudung. dan aku seperti biasa, dengan pantas cekup warna gelap. segan eh nak pakai cream ada love love. aww aww.

pape pun. thanks una untuk tudung biru chumel itu. haish. bertambah seri lah aku pasni. haha. dan makasih juga buat aing, lukman dan sumayya sebagai menaja lokasi dan makanan. jasamu kan ku kenang. ecewah. 

its really good to meet you all :)

11.8.13

Eksperimentasi

umpama resam padi. makin tua makin kreatif. itu lah hakikat berkaitan anak anak baharudin dan zarinah.

raya tahun ini. sarah. sheena dan amin punya agenda tersendiri. bergambar di sawah belakang rumah nenek. 

tak main lah posing lari lari tepi sawah kan? kene lah power cket. maka, sebagai cobaan di tahun pertama. kami punya dua tema iaitu

tema satu: darth
tema dua: hadouken

dan seperti biasa. amin kene jadi mangsa lompat sebab kaki dia panjang. lawa cket. kalu sheena dan aku yang lompat. tak pepasal kene photoshop plak pastu. leceh ah. sheena sebagai jurugambar dan aku sebagai villain. 

 dan hasil nya.. jeng jeng jeng..

[ Darth Vading ]

[ Hadouken ]

walau agak amatur tapi lantak. mau bangga gak. huhu. bijok ah adik aku lompat. pelbagai gaya dan sungguh fleksibel. tak seperti kakak kakak nye. keras. heh.

pape pun. insyaAllah panjang umoq. tahun depan posing gaya baru plak. pastu heret mak ayah sama. ala ala famili potrait gitu. haha. bes bes.

ok ok. sama untuk praktis lompatan. oyeah.

9.8.13

Raya oh yeah


mewakili keluarga Baharudin, 
sarah, amin dan sheena baharudin
 ingin mengucapkan

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

kepada semua muslim di dunia. 
smoga ibadah kita diterima seadanya. ameen

raya oiiiiiit.... rayaaaaa

8.8.13

R untuk Raya

dem. aku pasti akan merindui ramadhan. insyaAllah panjang umur. akan bertemu kembali tahun depan. ameen.

ok ok. sebelum aku menganak-tirikan syawal lagi. aku ingin mengucapkan. selamat datang syawal. i miss u too lah! hehe.

tahun lepas. koleksi dwet raya aku jatuh menjunam. ini tahun? memang zero percent. sabo je lah. tapi takpe. tangan yang memberi adalah lebih baik dari yang menerima. ecewah. ayat penenang hati yang masih memberontak tak dapat dwet raya. haha. 

ntah kenapa. makin tua. makin mengarut time raya. tahun ni je. stok mercun mengalahkan kilang mercun. kene plak mercun old skool. peh.. terbaeeeek. memalam buta. lupa diri main mercun. mana tak stress mak bapak aku. runsing apsal anak dia camne. hmm.

mak.. abah.. jangan risau. pandai lah milah jaga diri (ayat drama). hehe.

walau raya tahun ni meriah seperti biasa. tapi serius tak puas. cuti 5 hari je. dalam 5 hari. hampir 3 hari dalam kereta. terus leper bontot beyonce aku. ececeh. doa tuh. hehe. tapi takpe lah. janji pulang beraya kan? oyeah!

 [ mercu kejayaan tidak sangkut di dalam traffic ]

 [ koleksi kueh melayu yang murah dan sedap. hanya di utara y'all ]

 [ ini lah penyeri di hari raya. i love u lah! ]

 [ belakang umah nenek aku. lawa siot. umah nenek kau ado? haha ]

 [ ni koleksi dalam selimut. tak mencabar langsung. pftt. ]

[ makan makan dan makan. sumpah penang sangat masyuk ]

berbalik kepada isu dwet raya. kepada sesiapa yang punya angpau lebih. atau memang tak suka pegang duit banyak-banyak. sila lah kasi duit itu ke cik sarah. agar kehidupan kita berdua akan lebih bermakna. ameen.

ahh.. rayaaa rayaaaaaaa. 

6.8.13

Dari Mantin ke Penang


esok. aku dan sheena akan road trip ke kampung terchenta.

pulau pinang.

mana tak berdua je. mak ayah aku eawal dah pulang penang. bes je tinggal aku di mantin neh. haish. nasib baik aku anak mithali. sabo je lah. hehe.

pape pun. smuga esok traffic lancar. dan kepada kami. smuga selamat perjalanan pergi pulang. ameen.

yea yea balik raya yea.

4.8.13

Mari mengira

bulan ni. genap setahun aku berkerja. dan kerna sudah genap setahun. maka harus lah aku bayar zakat.

tadi. aku belajar cara cara perhintungan untuk zakat pendapatan dan zakat simpanan. memang excited abes. rasa merdeka dan bersyukur bila tengok himpunan gaji aku. huhu.

tapi sayang, kegembiraan itu hanya sementara.

ecewah ayat. abes cerekarama. heh. mana tak nye. bila dapat je total berapa ke bayar. terus ketaq lutut okeh. takda lah banyak mana pun tapi sakit gak lah biar nak bayaq langsam camtu. 

tapi takpe. zakat itu sebahagian dari tiang agama. setahun sekali je (ayat sedap hati). haha. insyaAllah akan dipermurahkan rezki lagi pasni. ameen.

pasni konfem aku bayar zakat bulanan. huhu

2.8.13

Dugaan yang sungguh menduga


semalam. aku balik kerja dengan keadaan penat yang amat. mana tak nye. kene kerah bikin soklan exam kot. kesian intelligence aku overwork. ayaaaaat. haha.

sesampai je umah. plan nak kemas umah. tapi ntah camne bley panjat katil lena. sempat tuka baju tido lagi tu. ganas tak ganas. heh.

maka lena lah saya.

lena selena lena nya. serius nyenyak gila babun. tapi jap tu. kedengaran azan sayup sayup. apa lagi. terus melompat bangun. excited tak excited mau berbuka. haha. 

dengan muka separa excited. aku terus kuar bilik. niat mau minum air jasmine tea aku beli tadi. kene plak sejuk. peh.. nikmat. sekali tengok luar. asal laen macam ni? gelap semacam?

sekali cek. amekau! dah subuh. haha. macam gampang. oleh kerna itu. terpaksa lah aku puasa dua hari berturut. urgh.

tak berbuka. tak sahur.

memang kes naya. tapi cekal punya pasal. terus kan puasa. memang meriah suasana perut aku tadi. berlagu sakan. bukan setakat tu. aku cakap pun dah merapu semacam. 

dah tu. masa tengah mengaja. tetibe plak bley hilang suara. abes bateri. haish. pasrah je lah. nasib kuat iman. ececeh. huhu.

niat nak berbuka tu jangan cakap. jutaan kali terlintas. tapi come onn. dah nama gagah. kene lah tahan cket. ecewah. tapi serius. time berbuka tadi. mengila.

orang sesat kat gurun seminggu pun tak macam aku. minum air kalah unta kot. sebaldi. serius nikmat gila. memula ingat nak rest sat tapi cancel terus. risau terlena lagi.

mampuih ceq kali lena sampai esok lagi. konfem terus minum sambil menyelam time berbuka nanti. haha. 

pape pun. kudos buat diri sendiri kerna berjaya puasa dua hari berturut. lepas ni boleh lah apply Guinness world record.