29.5.10

Semalaman bersama Rossa dan Rosmah

+ tengok konsert rossa di stadium putra bersama rosmah bini najib.
+ duduk di tempat vip bersama vip (rosmah).

hm. nasib aku tak duduk betul betul belakang dia. mesti tak nampak rossa. nampak rambut dia je. haha.

pi
ni pun sebab dapat tiket vip percuma dari makcik aku. kalu tak. memang tak sampai la aku. haram nak beli tiket sendiri. konsert 'melodi cinta' plak tu. jiwang seyh. tapi sumpah sedap suara live rossa. yum.

ungu. aizat. st12. korang pun suara mantap. comei plak tu. haish.. nasib adik aku kat sebelah. kalu tak. dah lama aku panjat pentas dan pastu. panjat korang. haha.

28.5.10

Keliru

masa tengah bahagia ym. tetiba ko tulis.

"aku nak kau sarah"

memang ayat takle blah. aku gelak. ingat ko memaen. tapi ko macam serius. lama cket. baru aku sedar. terdiam. ok. sekarang aku takut.

ko selalu cerita pasal laki ni. laki tu.
sumpah aku ingat ko gay. tak sangka plak metrosexual sebenarnye. aku bukan homophobes tapi ntah. rasa bodoh sebab tak sedar dari mula kot?.

dari elok-elok aku gembira. terus otak aku hilang fokus.

mau makan nasi kambing. tsk

27.5.10

Cita-cita terkini

ok. kalu diberi peluang. aku nak tuka cita-cita. dah tak mau jadi drug lord. aku mau jadi polis traffic. abes ekstrem seh. huhu.

sebab aku memang pakat hangin satu badan bila tengok orang pandu macam haram. setannn. kau ingat jalan raya malaysia ni hak milik tetap ko ke?. kalu bahaya kan nyawa ko sorang je. takpe ah. aku pun tak kesah. ni ko nak mampus. abes smua ko angkut sama. macam beli satu. percuma sepuluh plak. memang patut rejam orang camni.

bila sangkut dalam jam. ikut hati. nak je aku kuar keta. tulis saman. lekat kat windshield khas buat insan-insan yang curi jalan. elok-elok jalan tu dua lorong. tak pepasal jadi empat. kalu minat matematik sangat. wat la kira-kira dalam kertas. bukan atas jalan raya.

Kemungkinan kalu cik sarah jadi polis traffic
+ jabatan polis traffic kaya dengan duit saman
+ majoriti orang KL akan ditarik lesen
+ majoriti orang KL ada sejarah saman atleast sekali
+ kene langgar dengan musuh
+ disimbah asid (kak aku dan pengaruh tv nya)

tapi aku rela. demi membela nasib mereka yang ikut peraturan dan kesejahteraan jalan raya. sumpah rasa macam gerak khas. ececeh.

ok. kalu aku jadi polis traffic. aku takmo pakai baju polis biasa. tak ranggi. mau pakai macam di bawah. kene langgar atau simbah asid. tak lut beb. bes. bes.

segak sial

26.5.10

Jodoh: antara dua alam

lokasi: kinokuniya, klcc

tengah lepak di rak penuh buku. dah nama kedai buku kan?. belek buku 'spud'. macam bes. mau beli ke tak?. rm32. mahai gak tu. pikir sarah pikir. sambil berdiri. usha isi buku.

takda angin. takda orang. takda kuasa sihir.

tetiba. ada buku jatuh sebelah aku. hm. nasib tak jatuh atas aku. kalu tak. abes aku tendang smua rak kat kinokuniya. brutal abes. haha. ok. dengan muka malas. aku pun angkat la buku tu. mau diletak di rak balik. tengok kulit buku.

"the red pyramid by rick riordan"

tergamam. otak bercelaru. tak mampu bernapas. ok. sejak bila rick riordan ada buku baru neh?. wahhhh.. memang jodoh abes. kalu buku tu tak jatuh. atau aku tak berdiri kat sebelah. atau aku tak rela kutip buku tu. aku takkan tau rick riordan ada buku baru.

dan sebab jodoh juga. aku miskin rm42.50 aritu. tsk.

25.5.10

Kasimah selamat

dari 3.30am sampai 5.30am. aku teman ko di mcd sebab ko:

+ mabuk dan hanya mampu pikir separa waras je
+ ngak bleh bawak kereta
+ suh kawan lepas di ampang point jam 3.30am.
+ tunggu aku di ampang point jam 3.30am. apakah?

haish. nasib baik aku ada kereta masa tu. kalu tak?. tunggu la macam orang gila kat bawah jejambat ampang point sambil pakai topi koboi sesorang. walau ko wat benda bodoh camtu pun. ntah la. ko tetap comei di mata aku. urgh.

mana garpu?. mau jadi kassim selamat juga.

hm. macam berani..

24.5.10

Makan besar

lokasi: cozy corner, GE mall
insan: lebih satu bus
mood: sedikit blur dan lapar

suku kedai cosy corner. penuh dengan keturunan kami je. memang riuh abes. lebih 25 orang okeh. cukup untuk wat sukaneka, perlawanan mesra bola sepak mahupun mogok kecil-kecilan.

order makanan jangan cakap. berlambak. pastu bila tak abes. smua depa tolak kat aku. woi. ingat aku ni pusat kitar semula ke?. tsk.

dari 8pm sampai kedai tu tutup la. kami melepak. makan. sembang. amek gambo. macam jejak kasih pun ada. walhal tiap-tiap hari jumpa. drama abes. haha.

pape pun. aku suka bila wat aktiviti camni. muhibbah abes. layak jadi iklan raya petronas.

23.5.10

Memang menurut perintah

aku: haa.. aritu ko kuar lepak tak dengan husen?
amad: tak jadi. lepas ko anta sms tu. aku pun tido gak.
aku: aik?. ko biar benar. haha.
amad: betul la. aku nak ajak ko lepak. tapi lepas ko sms. aku tak tau nak wat pe. aku pun tido.

semalam. 2230. aku sms amad.

"ngantuk gile weh. jom tido"

aku tak sangka plak ko tido sungguh lepas tu. kau memang menurut perintah.

20.5.10

Babai wief

program: world islamic economic forum
lokasi: hall 1, level 3, klcc convention centre
waktu: 0200 - 1800
mood: suam suam kuku

sepuluh lagi fakta hari ini:

s.a.t.u : dengan sukati nye datang lambat.
d.u.a : dah la tu. pakai baju kurung plak tu. haha.
t.i.g.a : sangat lepak. dah takda orang datang dafta. lega ceq.
e.m.p.a.t : sesi bergambar dengan team registration. ececeh.
l.i.m.a : errr. tapi tu camera sape ek?. adess.
e.n.a.m : tetiba. jadi orang penting proses penyiapkan sijil.
t.u.j.u.h : kerna jadi tukang cop mohor terhormat. berbakat abes.
l.a.p.a.n : aritu lenguh kaki berdiri. arini lenguh tangan cop. chewah.
s.e.m.b.i.l.a.n : dapat beg media wief. terima kasih cik juli.
s.e.p.l.o.h : abes gak wief akhirnye. esok bangun lewat. bes bes.

19.5.10

Memang sah takde keje

lagu daft punk abes rancak. klcc convention centre dah macam disko. tengok telefon. nombor tak kenal. hm.

aku: hello?
dia: hello. sarah ada?. (berlagu macam orang siam cakap)
aku: ye... speaking. sapa tu?
dia: eh. takkan u tak kenal i kot?.
aku: tak kenal. sapa tu?.
dia: i selalu tengok you dari jauh. teruk la you tak ingat i.

dan berterusan la aktiviti teka meneka selama 3 minit. kalu masuk pop quiz. dah lama aku terkeluar.

dia: u kat mana?. jom keluar.
aku: klcc convention centre. keje. skrg nk pi makan. join?. jom.
dia: ok. u tunggu kat aquaria. nanti u nampak orang brenang sambil babai. i la tu.
aku: huh?. bwahahaha.

ok. 2 minit kemudian. dia terlupa ejas suara. akhirnya. erk. aku kenal suara ni. dem.

aku: setan la ko husennnn.
dia: haa. kenal gak akhirnye. haha.

urghh.. selalu kene camni. dari dulu sampai sekarang. memang takde keje tol la bebudak ni. tapi terharu pun ada cket. simpan gak nombor telefon aku ye. hehe. nak ajak lepak. bley plak maen teka-teka nak dekat 6 minit. banyak tol kredit korang ek?. las-las. tak jadi gak jumpa. penat gile. balik rumah terus pengsan. bes bes.

cik husen. nanti kita lepak kat hai peng yek. :D

18.5.10

10 lagi fakta hari dua wief

program: world islamic economic forum
lokasi: hall 1, level 3, klcc convention centre

waktu: 0700 - 1800
mood: mabuk kepayang

sepuluh lagi fakta hari ini:

s.a.t.u : ribuan orang datang dafta arini. macam pakat je.
d.u.a : nasib baek kami smua terror. smua teratur (serius ni) haha.
t.i.g.a : bila busan. lari marketplace. tengok seni yang sungguh berseni.
e.m.p.a.t : bila busan lagi. lari tengok pameran plak.
l.i.m.a : pameran dari pakistan terbaeek. sebab ada mangga percuma. sumpah sedap.
e.n.a.m : perabes susu untuk kopi di bilik secretariat. sukati aku je.
t.u.j.u.h : cilok coca cola (juga di secretariat) untuk bebudak registration. abes mulia.
l.a.p.a.n : bila busan lagi. buli cik nina. bwahaha.
s.e.m.b.i.l.a.n : ada segolongan l.o kerek. pijak muka kang.
s.e.p.l.o.h : cepat la abes wief. aku dah penat.

17.5.10

10 fakta hari satu wief

program: world islamic economic forum
lokasi: hall 1, level 3, klcc convention centre

waktu: 0900 - 1800
mood: antara realiti & fantasi

sepuluh fakta hari ini:

s.a.t.u : tak pepasal aku dah hafal pelan klcc convention centre.
d.u.a : skill bercakap digunakan sepenuhnya. sumpah mulut lenguh.
t.i.g.a : mata pun lenguh sebab ramai peserta tampan. haha.
e.m.p.a.t : niat nak sabotaj rosmah. tapi tak jadi. bodyguard ramai.
l.i.m.a : sistem wief memang ampeh. apa nak jadi la.
e.n.a.m : budak uia bley wat program lagi sistematik. serius tak tipu.
t.u.j.u.h : kenal ramai orang baru. aku suka.
l.a.p.a.n : dijemput ke uganda oleh ambassador uganda. unga unga.
s.e.m.b.i.l.a.n : teringin bakso. tetibe.
s.e.p.l.o.h : sangat penat.

16.5.10

Bikin gua panas je

ok. arini ada briefing wief kat klcc convention centre. aku yang liat tahap dodol nak bangun pagi. dengan ajaibnya. mampu bangun tanpa sebarang masalah. bila ingat-ingat balik. aku pun terkagum dengan diri sendiri. haha.

briefing jam 9 pagi. 8.59 pagi tepat aku sampai. dan seperti biasa. ada berapa kerat je orang. dem. hampagas tol la. dalam 11 pagi baru mula program. dem sekali lagi. janji melayu pun kalah teruk camni. haish.. ni bikin gua panas ni. tapi takpe. nasib baik sarapan sedap. dimaafkan.

masa daftar nama. aku dapat tau kene jaga registration. apakah?. setan punya lulu dan baljeet. cakap dapat liaison officer. aku cket punya bangga. sampai tido pun gelak. tengok tengok dapat registration je. wief dan harapan palsu nya. jamban!.

tarik napas. hembus. tarik napas. hembus.

balik tido pun bes.

15.5.10

Wangi nyeee. anak sapa la tu?

sanggup mak aku beli simcard dubai. telefon aku yang tengah bahgia kat malaysia. semata-mata nak kritik pilihan perfume aku. sayang tol mak aku kat aku. pasrah~

mama: sarah. u sure u want this perfume?.
sarah: ho la. sedap tu..
mama: apa yang sedap nye?. bau tayar.
sarah: tu yang wat sedap tu. yum yum.
mama: baek ko bau tayar keta kat umah tu. free.

erk. ok. tetiba terdetik. mak aku ni dulu juara debat ke?. ada je dia nak counter. balik balik. aku gak yang terkesima. haish. takle jadi ni. memang dasar counter tol la. tabah.

tapi. walau mak aku tentang abes pilihan aku. sebab dia yang nak bayar kan. aku dapat gak perfume idaman kalbu. mekaceh mama. mekaceh. suka amat. memula je bau tayar sebab tu salah tu note dia. tapi lama cket. bau syurga dunia okehh. jangan tanya bau camne.

wargh. macho setannn botol dia. wuuuuu.

sekarang aku makin wangi. semua orang sila jeles. haha

13.5.10

Nyanyuk kelas 2

lokasi: nile, hs cafe.
mood: lapar.

aku: haa.. kak! nasik puteh bungkus satu!.
dia: nak lauk pe dik?.
aku: erm.. xmau la kambing. arini nak ayam. thigh ek kak.
dia: ok. lagi?..
aku: ubi lebih. sambal takmau. salad takmau.

gagau beg cari dompet. takde.
gagau poket plak. masih takde.
gagau tempat laen plak. konfem takde.

aku: kak. cancel la nasik. saya lupa bawak dompet. aiseh..
dia: eh.. takpe. adik bayar esok. adik kene makan. nanti lapar.
aku: betul ni?. *apsal kak ni concern aku makan ke tak neh?*
dia: betul la. makan dulu. esok bayar.
aku: em.. mekaseh.. *sengih*

makan nasik. baca doa makan kuat kuat. mintak tolak badi. urgh. pantang tol makan benda tak bayar lagi. tsk. laen kali. simpan rm10 dalam coli. senang.

11.5.10

Fulus ye'lek

alih bahasa: duit takde.

minggu ni je. nak dekat 4 buku aku beli. kalu satu rm2 takpe gak. ni tak. sebuku adalah dalam rm35. taek kucen tol la.

kempen mari membaca bukan maen ganas. siap ada lagu seyh. terror tak terror. tapi harga buku cket punya mahai. ingat bayar dengan bulu ka?. tsk.

kena cepat cepat kumpul duit balik ni. mau pigi universal studios. yehaaa~

sapa plak aku nak gadai kali ni. hmm.

8.5.10

Ibu. Mama. Amma. Mommy

SeLamAt HaRi iBu
sarah LOVE you very much
muah muah

6.5.10

Hooyah!

kring. kring.

sapo pulak telepon ni?. dah la nombor ngak kenal.

kring. kri...

angkat. suara tak kenal. layankan aja.

cakap. dengar. cakap. dan tibe-tibe orang tu cakap:


bla bla bla. u've been selected as wief liaison officer. bla bla bla

heh?. waaaaa. berjaya gak dapat walau sesi interview macam haram.

alhamdulillah. suke suke.

5.5.10

Aku bukan ais krim

lokasi: depan pustaka uia

aku: uit cik adik.. pekabo?. mana mau pigi?
dia: hai sarahhh. nak pi librari la.
aku: uish.. baguih nya. anak sapa la ni. (kenyih. sambil hulur tangan salam)
dia: (tengok je aku. sambil sahut salam)
aku: apsal ko tengok aku camni?
dia: geram la tengok pipi sarah. nak geget rasa. boleh?
aku: huh?. isk.. jangan ah weh. aset mahai ni.
dia: (dengan pandangan psycho) emm. jilat boleh?.
aku: ......

WTF!!. apa kes ko nak jilat pipi aku?. dari ko jilat aku. baek ko jilat anak kucing yatim piatu tepi jalan. dapat gak pahala. tsk. takle blah tol la pompuan ni. dari dulu sampai sekarang. pelbagai sexual harassment ko wat kat aku. kalu dah berkenan sangat. masuk la meminang. haha.

4.5.10

Petunjuk?

pi pustaka uia dengan penuh kegirangan.

ok.

aku tipu. tak girang pun. biasa je. pegh.. gila lama aku tak jejak pustaka ni. berdebar debar gak rasa. chewah. niat abes murni beb. nak pinjam buku. nak wat proposal. ha.. kan dah kata murni. huhu.

sampai tingkat empat. terus pi kat komputer. type kata kunci 'taboo'. enter.

islamic da'wah.

erkk. tekan laen. kuar laen. type kata kunci lain. 'euphemism'. enter.

islamic da'wah.

ok. komputer rosak ke petunjuk dari tuhan?

konpius.

3.5.10

Demi mrs. field. laut api sanggup ku redahi

chewah ayat. bergelora abes. huhu. mrs field bukan skandal. aku tak maen milf. layan yang bergetah je. haha.

serius sarah. serius. ok. mrs field ni nama kedai brownies. memang terbaeeeek ah!. amek kau. bukti bertapa mashuk nye brownies makcik field ni. dulu selalu je makan kat klcc. tapi ntah nape. brand ni secara bermuafakat ghaib dari tanah melayu. ampes tol la. tak pepasal aku dah tak lalu makan brownies. ececeh. huhu. makan gak tapi tak sesedap makcik ni punya la. tsk.

masa kat manila. aku hepi menggila bila jumpa mrs. field. akhirnye. jodoh menemukan kita. ikut hati. nak menari macarena dan dan tu gak. tapi demi menjaga maruah kak kandung aku. cancel. hm. aku memang adik mithali. takyah cakap. dah tau. haha. mata aku masa tengok koleksi brownies tu. pegh.. bersinar tahap sailormoon. maka. beli la satu. bukan kedekut ok. berjimat. huhu. masa geget tu. cair dalam mulut woi! *kuar pelangi*. nikmat. memang nikmaaaaat. bile nak beli satu lagi. kedai dah tutup. pasrah.

8 hari kemudian. sampai je manila. mata abes melilau cari mrs field. sah dah kene sampuk!. ahh.. takde takde. mesti mau. sanggup nak pi robinson tu. walhal jauh gile. nak jadi cerita. malam tu aku. sheena dan along pakat kuar bergumbira. malam terakhir di filipina katakan. maen redah je. nasib sampai gak makati. lepak la di mall bernama glorietta. lawa gak tempat ni. tanya concierge. dia cakap ada mrs. field. mata bersinar lagi. tengok jam. aiseh. lagi 20 minit nak tutup. tu pun ada kedai dah tutup. kenapa? oh kenapa?.

mengidam punya kehe. jangan tak percaya. aku lari 10 blok demi mrs. field weh. setannn. mana aku nak tau mall tu ada 10 blok. dari blok nama glorietta ke blok nama greenview. gile la. dah la pak guard gelak bila aku tanya direction mrs. field. ampes. tapi akhirnya. jumpa gak. nasib tak tutup lagi. weeee~ bengang sebab lari jauh punya pasal. aku beli EMPAT brownies!. muahaha. ho la empat. tak baik membazir. ececeh. huhu. terima kasih sheena dan along sebab sabar mengejar di belakang. tak pepasal korang terlibat dalam ekspidisi mencari brownies.

konfem! memang konfem layak masuk amazing race sekarang.

2.5.10

Marathon

peh.. perjalanan dari mahallah baru ke pustaka dah macam sesi marathon. gile jauh. harap takda stesen air je dalam perjalanan je. urgh. kan bes kalu ada. bukan setakat minum. aku rendam dalam baldi tu terus. haha.

genap 2 bulan. aku mampu masuk marathon peringkat sungai pusu. hm. positif sarah. ada baiknya berjalan jauh ni.

satu. akan lebih bershukur sebab masih punya kaki tuk berjalan jauh.
dua. kaki ko bakal lebih hensem.

araw araw

1.5.10

Du du du durian

tepi jalan. makan durian. ramai ramai.

tibe tibe bersyukur aku duduk malaysia.
cuba kalu duduk vietnam?
makan anjing golek la jawapnye.

tak bes langsung.