28.9.13

tiga.puluh.empat

walau aku dan dia dah takda pape. kami masih berkawan. memula ingat mau sms je tapi ntah nape. rasa macam tak cukup syarat. amek phone. langsung dail nombor.

tut tut. tut tut. tut tut.

dia: hello?
aku: happy birhdaaaaaay!
dia: *gelak*

gelak besar dia dengar ucapan aku yang bersemangat gilak. kata nya. aku orang ketiga ucap. tapi sesatu nya yang betul. dua lagi insan ucap terawal sehari. sabo je lah. 

memacam topik kuar borak tadi. dari filosofi ke phd ke kerja ke birthday ke kucing ke makan dan sebagainya. ada je benda baru. smua nya dalam 30 minit. hebat tak hebat ilmu summary kami. heh. 

time flies.

kau. tiga puluh empat tahun sudah tahun ini. aku doa. Allah sentiasa memberkati idup dan segala nya. smuga dikurnia kan hanya yang terbaek buat kau. ameen.

selamat hari jadi chenta

22.9.13

Sepupu sepapat

disebabkan aku terasa sedikit mulia pada hari ini. dengan semangat nan jitu. terus panas kereta lalu drift ke mines bersama tiga sepupu aku dari penang.

bukan buat apa pun. pusing ja. pastu berhenti makan carl's jr. abes makan. jalan lagi. pastu berhenti makan lagi. hm. memang dasar orang penang tol. pantang nampak makan.

serius dah berzaman tak kuar camni. las 2 tahun lepas kot. tu pun pi hiking kat monkey beach. kalu tak. memang takda lah. haish. 

pape pun. wahai ee, yam dan wawan. shiok dapat lepak dengan hangpa tadi. tahun depan harus dikurangkan aktiviti sebegini. ee dah nak nikah katakan. aww aww.

missing the old good times.

sangat sangat.

19.9.13

Potong stim

datang kerja dengan mood separa ceria.
lihat jadual baru.
terus hilang mood seratus persen.

24 jam seminggu.
5 jam setiap hari melainkan jumaat.

70 budak degree.
ratusan budak foundation.

wadefak?

ingat aku ada kembar lapan ke nak wat keje camtu. setan. 

ugh. mau mengembara jauh jauh dari tempat ini.

15.9.13

dua.puluh.lapan itu aku


selamat hari jadi ke 28 buat diri sendiri.
smuga aku murah rezki, bijak dan sebagainya.
ameen.

kepada smua rerakan dan teman sekerja yang ucap birthday. terima kasih. saya sangat terharu. tapi kalu kasi hadiah. pasti lagi terharu. haha.

dan kepada ahli keluarga terchenta. terima kasih drive 350km semata untuk bersama aku. terharu tahap meleleh air hidung okeh. 

tinggal 2 tahun sebelum umur berubah ke nombor '3'. hm. masa untuk enjoi. woot woot.

12.9.13

Dia datang

tengah takda mood mau bekerja. tetibe cik nondo datang melawat. siap wat wat kiut sorok belakang almari. eh tolong lah. tak cukup kiut okeh. sila balik rumah praktis depan cermin sampai sukses. 

tapi serius. walau dia macam haram. kekadang chumel lah jugak. ala ala caring gitu. siap anta pi kelas okeh. sabo je lah. siap ada escort. kalah beyonce cenggini. heh.

okeh. maka berborak lah kami. dia sibuk tanya perkembangan terkini aku. peh. baru pi indon lima hari. dah tanya soklan mengalahkan spm. cuba kalu aku ronda sebulan. konfem soklan mengalahkan exam ptd. ganas.

sepanjang perbualan. aku sedar dia panggil aku 'my wife' tak pun 'my love'. apa ke jadah budak hingusan ni? hahahaha. memang advance betul lah warga Afrika ni. rerupa nya. menurut dia. dia suka bangat sama aku. oh sudoh. 

nak jadi cerita. shamala masuk opis. langsung tanya gita tu pakwe aku ke. haish. tak boleh jadi ni. belum apa dah cakap camtu. potong gaji baru tau.

walau aku sedikit suka nondo sebab dia gila. tapi kalu ada pape dengan student, lagi gila. dah lah bekas student. muda plak tu. anak ikan. kalu kantoi. bley masuk court aku. underage seduction. keke.

eh jap. apsal aku pikir secara mendalam ni? fuhh fuhh. sila pulang ke pangkal jalan sarah. harus pakai ilmu pendinding pasni. aish. okeh lah. masa untuk bekerja di lokasi kurang african. smuga dipemurahkan rezki. ameen.  

8.9.13

Superb Sumatera: Pandai Sikek & Pekanbaru

sebelum bergerak ke pekanbaru. aku ke lokasi terakhir iaitu pandai sikek. lokasi ni tidak termasuk dalam plan aku sebenornye tapi demi mak terchenta yang pesan telekung. sampai gak akhir nya.

walau pun susah mau sampai ke sini. tapi perjalanan memang berbaloi. sangat lawa dan nyaman. tak terasa penat walau harus jalan 1km ke perkampungan tenun. tapi serius. kualiti dia gila bagus. lagi bes. dieorang tak export. harus ke situ jika mau beli. rare abes.

lepas dah beli apa patut dibeli. terus kemas barang. checkout losmen. dan ke pekanbaru. aku ingat 4 jam perjalanan. hotak lah. 8 jam okeh. smua nye gara gara macet teruk di pekanbaru. kebas bontot okeh.

tiba je pekanbaru. sedikit terkejut. moden amat. penuh dengan mall. ramai gila manusia. dah biasa duduk kampung katakan. tak pepasal cultural shock jap. hehe.

pekanbaru pun ok sebenar nya. cuma panas lah. dari segi makan. sedap. murah pun murah. dan kawasan sedikit jauh. smua benda kene naik angkot tapi layan. bila lagi kan? 

 [ permandangan ke pandai sikek ]

 [ kebun sayur. sayur dia gemuk dan fresh ok ]

 [ penat borong. makan nasi kapau. yums ]

 [ muka penat duduk dalam van 8 jam. kebas ok ]

 [ nasi padang yang pedas nak mampus ]

 [ pasar bawah pekanbaru. memacam ada ]

 [ perjalanan ke airport ]

 [ gila moden airport pekanbaru. kagum jap ]

[ sarah dan sherly ]

akhir nya. berjaya jugak kami tawan tiga suku sumatera barat selama 5 hari. memang tak sesia. sangat menawan kalbu. okeh. masa untuk cari destinasi seterusnya. yea yea.

7.9.13

Superb Sumatera: Payakumbuh

dari ojek ke angkot ke travel ke mini van. smua harung demi harau valley. kebanyakan orang takkan ke payakumbuh. sebab lokasi ni kurang terkenal.

takda pape melainkan kawasan yang belum dimamah permodenan. hijau sehijau hijau nya. dan usaha tangga kejayaan. sampai gak aku akhir nye. hehe. 

 [ dah power naik angkot okeh ]

 [ rumah minang asli. chomel gilak ]

 [ barolak. lawa. sangat lawa ]

 [ tembok batu harau valley. sampai sudah ]

 [ padi, padi dan padi ]

 [ cun tak seluar padang aku? hehe ]

 [ homestay di harau. konfem malam beku ]

 [ di air terjun mana ntah. main berhenti je ]

[ perjalanan pulang ]

tak lepak lama di harau kerna sumatera barat gelap awal. dalam sejam setengah lepas sampai. matahari kian turun. masa untuk beredar. dah lah tak tau camne nak balik. slumber je. nasib berjaya gak akhir nya. hehe.

dari batusangkar ke payakumbuh. sudah puas pusing di tanah tinggi. sudah tiba masa untuk kami berhijrah ke lokasi seterusnya, pandai sikek dan pekanbarukami datang. yeah.

6.9.13

Superb Sumatera: Batusangkar

batusangkar terkenal dengan istana bosa pagaruyung. dan juga dengan struktur rumah minang yang menawan. istana pagaruyung diperbuat dari kayu. tak kagum?  3 tingkat okeh! ha.. kagum siot. 

dan seperti semalam. perjalanan ke batusangkar amek masa 3 jam. patut nya kene tuka transport 2 kali tapi sempat kawtim dengan supir angkot. dia akan anta terus sampai pintu masuk. tambah rm3 aja. terus on. heh.

dah lah hujan lebat dalam perjalanan. bila sampai lokasi. istana kosong. takda orang okeh. apa lagi. menggila lah. istana kami yang punya. huhu. siap sewa baju bagai. patut nya sewa kejap je. bergamba dalam istana.

tapi sebab takda orang punya pasal. kami dibenarkan bergamba merata rata. siap ada fotographer tolong lagi. orang lain amek sekeping dua. kami ada lah berpuluh gambo. siap berlakon kerja situ lagi. ada orang percaya okeh. mengom. haha.  

 [ sayur pecel termasyur. sedap nak mampus ]

 [ di terminal aur kuning mencari transport ]

 [ 3 jam kot bersama abang neh. huhu ]

[ istana bosa pagaruyung yang lawa ]

 [ smua ukir tangan okeh. menakjubkan ]

 [ puteri minang. hahahha ]

 [ sesi ojek ke simpang asrama ]

 [ sementara menunggu van penuh ]

[ shared van @ travel ]

lepas dah puas melaram dengan baju minang. patut nya pulang ke bukittinggi tapi aku mau ke payakumbuh, harau valley. ramai orang bilang takda transport. harus pulang ke bukittinggi dulu.

tapi aku abes adventure punya pasal. pakat tuka transport 4 kali dan Alhamdulillah, berjaya gak sampai payakumbuh tanpa lalu bukittinggi. hebat tak hebat. hehe. yang pasti. payakumbuh juga menawan kalbu.

5.9.13

Superb Sumatera: Maninjau

maninjau memang di antara destinasi idaman aku. sejak jejak ke danau toba dulu. pantang lokasi ada nama danau, harus pergi. dan memang tak sesia ke sini. walau harus tuka 3 transport dalam tempoh 2 jam. serius berbaloi. lawa nak mampus okeh.

patut nya aku dan sherly tido semalam di sini. tapi las minit ubah pikiran sebab bukittinggi lebih happening memalam. sekurang nya kalu lapar, senang nak cari makan. kalu di maninjau? mau kebulur memalam. tragis woo. 

tapi untuk lepak di siang hari. sangat lah menawan kalbu. masa bus lalu kelok 44 ke arah maninjau. mampu sesak napas dengan keindahan ciptaan tuhan. terkedu. cantik bangat. macam lukisan pun iye. dan lah cuaca sejuk. peh. nikmat. 

 [ pandangan pertama maninjau. indah amat ]

 [ danau maninjau ]

 [ baru setapak jalan, dah usha makan. huhu ]

 [ sesi merempit ke puncak lawang. gila bes ]

 [ dan ini lah permandangan sepanjang jalan ]

 [ mercu danau maninjau. lawa gilos ]

 [ sempat berhenti tepi highway bergambo. heh ]

 [ yea yea dah sampai ]

 [ lokasi picnic. tau aku bawak nasi goreng ]

 [ dan kabus menyerang ]

 [ macam kat europe okeh. bes bes ]

[ ibarat ayam kesejukan. tabah lah hati mu. heh ]

abang ojek kiteorang sangat lah baik. siap anta sampai ke matur kot supaya kami senang tunggu public ke terminal aur kuning. risau kan kami. mana tak nye. ramai gila terkejut kami berdua je. smua ingat datang dengan tour. huhu.

disebabkan abang berdua tu baik gila. terus aku kasi tip lebih. jutawan katakan. hehe. sampai bukittinggi. makan je keje dan rehat. esok mau ke daerah seterusnya, batu sangkar. wehuu.

4.9.13

Superb Sumatera: Padang & Bukittinggi

tarikh: 040913 - 080913
lokasi: sumatera barat
insan: sarah. sherly.
status: tercapai

padang. padang panjang. bukittinggi. maninjau. pandai sikek. batu sangkar. payakumbuh. pekanbaru. 

patut nya aku ke sini beberapa tahun lepas sama epah dan hadi. tiket smua dah beli tapi nak jadi cerita. padang kene gempa bumi. terus cancel. tapi dah nama jodoh kuat kan. tercapai gak misi aku ke sini akhir nya. woot woot.

yang pasti. sumatera barat teramat menawan kalbu. kene plak bila jejak kaki ke payakumbuh. peh. bagai dipanah cupid bertubi tubi. terasa mau berhijrah ke sini terus. hm. sungguh lah tidak patriotik. haha. tapi serius. lawa gila.

trip kali ni. memang backpacking hardcore punya. takda booking. takda info apa. pergi dan redah je. risau gak dengan sherly memula. pertama kali kan. tapi okeh lah. walau memalam dia tido mampus kepenatan. tapi lulus lah. huhu.

tido guesthouse. naik public. makan local. mana lah tak murah menggila. total bajet aku tolak flight rm350 je untuk 8 daerah. 5 hari. campur flight. rm470 siap shopping cket. terbaek lah! 

kerna kami redah pelbagai destinasi. macam biasa. aku letak gambar je la. kalu nak stori. lima purnama pun belum tentu abes. heh. dengan ini. saya dengan segala hormatnya. mempersembahkan "Superb Sumatera Barat". *tepuk tepuk* 

 [ permandangan bukittinggi yang dingin ]

 [ rm35 semalam. bilik, bukan sherly.haha ]

 [ warung yang sedap dan murah. om nom ]

 [ nasi uduk, bebek goreng dan sayur asem. indah ]

 [ pasar atas. cakap aja, smua ada ]

 [ muka bangga berjaya abeskan teh telur pinang ]

 [ bila dingin, kita pekena bakso. yums ]

 [ bakso paling enak di bukittinggi ]

 [ sate padang. rm2 satu porsi. gilos ]

 [ taxi kuda. serius bes naik benda alah ni ]

 [ jam gadang. mercu bukittinggi ]

[ pasar. camne bley sampai pun tak tau. haha ]

sesampai je padang. terus ke bandar usha transport ke bukittinggi. walau sempat ronda padang cket. ntah camne bley terlupa amek gamba. chait. padang pun layan tapi hethic dan panas berbanding bukittinggi. dah puas tawaf bukittinggi. terus ke daerah seterusnya, maninjau. woot woot.