28.4.13

Parentsception

sempena hari jadi ke lima sembilan. aku pakat beli dua gambar canvas untuk ayah terchenta. adiah abes spesel lah tuh. hm. agak ah. hehe. 

satu. gambar keluarga.
dua. gambar mak ayah aku.

dan alhamdulillah. ayah aku suka bangat hadiah aku. terus mau gantung di ruang makan rumah katanya. memang makan tambah lah aku pasni. haha. 

dan aku mintak mak ayah aku bergambar dengan gambar mereka berdua. peh. abes inception. dan aku bercadang untuk wat ini sebagai aktiviti tahunan.

tahun depan. bergambar dengan gambar mereka pegang gambar mereka. haaa. mind fcuk gila. haha. cun cun. 

[ parents-ception ]

pape pun. i love you very the much ayah mama.

26.4.13

Pantau memantau

bulan ni. genap lapan bulan aku kerja di mantin. sepanjang tempoh itu. aku agak yakin yang aku seorang pekerja berdedikasi. cuma rileks semacam. dalam kelas pun cool abes. 

dan di sebabkan aku insan chill. bila dapat call dari shamala pasal peer observation. gelabah macam ape je. mana tak nye. inform 30 minit sebelum kot. dah ah aku pakai santai gila. nasib bawak kasut dalam keta. haha. 

niat mau plan apa nak di ajar. tapi 15 minit terbazir mencuakkan diri. siap nak termuntah lah apa. drama queen sunggoh. haish. tarik napas. lepas. dan terus ke kelas.

tibe je depan kelas. dah nampak dr. ariff menunggu. adoyai. dia ke aku punya panel? dah ah dia kerek. pedulik lah. masuk kelas dan mula mengajar.

aku mengajar ikot style aku lah. memang tak skema langsung. sebagai pengemar makanan. smua benda aku relate dengan makanana. sabo je lah. nampak sangat lapar. haha. 

tapi serius. aku tak tau lah apa dr. ariff komen. ntah suka. ntah tidak. shamala cakap dalam 20 minit je. taik kuda dia. dalam 45 minit kot. lama siot. heharap itu petanda baik. fuhh fuhh. 

lepas abes kelas. aku terserempak dengan dr. ariff dan shamala. depa wat rileks je. hm. aku pun wat rileks balik ah. walhal dalam hati mencuak gila. huhu. 

heharap skor aku tak lah hampeh sangat. ameen. 

24.4.13

No to nondo?

tadi. nondo datang lawat aku di opis seperti biasa. mau tanya kaba kata nya. dan kami pakat borak sampai abes lunch hour.  

tapi dalam borak biasa. ada gak elemen memusykilkan dalam perbualan. mana tak nye. tak abes abes dok inform aku yang dia mampu bahgia kan aku. 

haish. tabah gilas.

tapi aku tolak sambil sengih. sebab walau dia camtu. aku selesa bangat sama dia. memang mampu borak sampai esok. ada je benda mau sembang. tapi sayang. dia budak. tak legal. haha.

dengan shiok gelak tawa. usha jam. sudah jam 2. dan aku ada kelas saat itu. nondo dengan muka slumber. bangun. pandang aku dan berkata "shall we?" sambil hulur tangan.

adoih. takkan nak ke kelas pimpin tangan kot? aku cakap no. dia tanya lagi. dalam 4 kali gak lah. las las dia ambil barang aku. mau anta ke kelas kata nya. pulak.

dalam perjalanan kuar. tetibe. nondo tegur miss gita. teman sejawat aku.

nondo: good afternoon miss.
gita: oh hi. afternoon.
nondo: miss, pls wait for wedding invitation..
gita: ...
nondo: from us

sambil pandang dan senyum abes manja sama aku. sumpah terkedu aku dan miss gita. gila daring mamat neh. adoh. kronik yang amat okeh. kalu ye pun. toksah cakap dalam bilik lecturer. ceq malu lah. haha. poyo. 

lepas kelas. miss gita borak sama aku. dan minta aku pertimbang perasaan nondo. kata nya. nondo nampak gembira sangat bila aku ada. cara dia borak. senyum. pandang. nampak lain. ok. jangan tanya aku. aku serius tak sedo pape pun. hampeh. hehe.  

miss gita kata. umur kami bukan beza jauh sangat pun. plus. nondo bekas student aku. dah takda ikatan sangat. dan miss gita juga kata 'grab the happiness while its there'.

aku pun tak tau nak wat camne. yang pasti. i have a lot of thinking to do. 

21.4.13

Setahun sudah

3 jam bersama encik jay di annalakshmi.

serius lama tak jumpa mamat neh. busy kalah menteri pertahanan amerika kot. ada je benda nak kene bikin.

tapi las las. setelah setahun lebih sudah. ketemu gak kami akhirnya. destinasi pilihan. annalakshmi, brickfields. 

tak ramai orang. bersih. murah. dan makan sedap gilas. aku sejak akhir2 ni. memang pemakanan sehat sungguh. makan sayur jew. hmm. napas lega kambing sedunia. hehe. 

lama gak lepak. dalam 3 jam lebih gak lah. memacam lah borak. dari personal ke politik. lengkap kalah berita dunia okeh. huhu. 

borak sakan sampai lupa jam berapa. sesedar kene halau kuar sebab kedai nak tutup. pastu sambung plak borak di kereta. 5 minit kendian. hujan. adoih. dugaan abes. nasib aku cekal orang nya. 

ntah bila plak mau ketemu mamat ni. jangan dah kerepot cicit 8 baru jumpa sudey. pape pun. it was great to meet u encik jay. hope to see u very soon indeed.

[ malu sangat. amek kau masuk blog. haha ]

17.4.13

Kami serupa


tengah termenung tunggu miss gita masak. tetibe sms masuk. capai phone dan baca.

"did the craziest thing tonight. mama and ayah is on a boat rocking like crazy in the middle of the sea. we love u loads" [mama, 2013]

benda pertama dalam kepala aku? wehh.. tak ajak aku. bes gilas.

benda kedua dalam pikiran? mesti parents aku ikut nelayan mengail. takde keje sungguh.

hm. anak yang sangat positif. tak terpikir langsung kene kidnap ke apa. haha. jap tu. aku soal siasat depa cket. 

rerupa nya parents aku naik boat anta offshore personnel. kebetulan hujan. air bergolak sakan ah. tu terus sms anak anak. ingat mau karam. dramatik sungguh. haha. 

parents aku sungguh lah adventure. sesungguh nya. ke mana tumpah nya kuah kalu bukan ke nasi kan?

pasni aku bley lah ingat kan insiden ni bila di tegah wat outdoor. haha.

16.4.13

Rawr

masuk kerja. on lappy. terus cek email. itu lah rutin harian aku sejak akhir akhir neh. 

tengah dok sibuk usha email notification dari groupon. tetibe terusha email dari emmanuel. bekas student dari zambia. pelik. dah lama tak kontek kot.

ingat kan dia ada masalah ke apa. klik. baca email. pastu malu sesorang. haha. kata nya:

"Hey hey super hot lecturer. Haven't seen you in a long time. Where are you hiding? lol"

ok. terkedu kejap. pastu kembang. kembang. dan semakin kembang. wooooit. student cakap aku hot siot. hahaha. macam tak percaya weh. hot lah sangat. tapi tu lain kira. yang penting. ada perkataan hot. huhu.

memula aku macam tak tau apa mau balas. tapi tangan gatal nak type. maka. belasan jam kendian. maka reply lah aku.

"Hey hey my super talented rapper with swag. Yup! It's been a while now. Where am I hiding? Well, try to find me. lol."

ohh. sungguh nakal diri ini. takde keje tol lah. nenakal dengan budak 19 tahun. memang dasar phedophile. haha. tapi mamat ni memang rapper pun. di zambia. present dalam kelas pun rap. sabo je lah. heh.

dan 30 minit kemudian. dia balas.

"Hehehhheheehe. lol. I guess I'll come find you tomorrow. I'll be looking for the super hottest lecturer in the department. Expect me. lol"

howaaa. sungguh konfiden. aku plak cuak tetibe. walau dia tak kata aku lah insan super hottest tuh. tapi pedulik. nak perasan gak. haha. hm. walau pun tak patut. 

potensi untuk aku berpakaian sedikit kemas dan comel esok adalah tinggi. hahaha. 

15.4.13

Ayuh perjuang kebenaran


cewah tajuk. terus membara jiwa mau menulis. hehe. 

arini. aku dengan semangat nan jitu ke seremban. pepagi buta dah drift dari mantin kot. semangat tak semangat. smua nya sempena mau bikin official complaint terhadap kehampehan melampaui batas tempat aku bekerja. 

dah 7 bulan aku sabar kot. dua bulan sekali aku jumpa miss tan, pengurus hr yang hampeh gilas tahap syaitonirojim. lidah bercabang kalah sotong kurita kot. tapi cukup cukup lah. aku dah penat sama kerenah mereka. selagi kita lembut. diam je. selagi tu lah dia ingat kita pengecut. mudah dipermainkan. 

maka. tadi pagi. sampai lah aku di epf dan socso seremban. jangan memain. i walk the talk baby! apa barang main cakap belakang je? hidup kene berani. terutama bila benda tu benar. kan? kan? kan? 

niat mau ke socso dulu tapi camne ntah bley tersilap turn. tup tup. dah kat tepi pejabat epf. layan je lah. haha. untuk epf. ni report ke dua aku. yang pertama dalam 2 bulan lepas gak lah. aku terang situasi terkini. dan update dokumen yang harus di update.

kendian aku ke socso plak. pelbagai borang harus di isi. nasib aku wat copy dokumen bagai. abes smua depa minta. bukan setakat itu saja. aku siap jumpa executive officer kot. abes dia soal siasat aku untuk bikin report. peh. dah gaya balai polis camne. bagus bagus. i loike. 

lepas dah complaint bagai. aku kene tandatangan surat sanggup jadi saksi utama sekira nya masuk mahkamah kes ini. nampak sangat kes ni serius. memang pun. tapi tu la. tak pernah ada orang complaint kot sebelum ni. tu pasal opis aku berani semacam je.

bak kata kakak aku "konfem depa menyesal hire ko sarah. silap hire yang vocal"

menyesal tak menyesal. itu laen kira. benda salah tetap salah. dan aku? aku nak hak aku. itu saja. dan sekira nya aku berjaya dapat hak aku nanti. aku harap hak makcik cleaner, pak guard, pemotong rumput juga akan terbela. mereka lebih memerlukan bantuan socso dan epf kelak.

yang pasti. aku akan tetap perjuang hak aku sampai berjaya. insyaAllah. dengan usaha. akan dapat hasilnya. Ameen.

11.4.13

Sarah membara

zaman kekanak : panas baran melampau
zaman remaja : agak panas baran
zaman dewasa : agak rileks

ntah kenape. makin aku berusia. semakin rileks aku jadi. kalu nak banding dengan zaman kekanak dulu. masha Allah. memang baik gila lah diri ini sekarang. hm. sempat plak puji diri. haha. tapi serius neh. talak tipu punya woo.

sejak aku kerja di itp selama 7 bulan. aku selalu dengar teman sekerja ngumpat management bagai. aku wat dek je. asalkan tak kaco kerja aku dah. cukup waktu. aku pi kerja. cukup waktu. aku balik kerja. janji kerja siap on time. sudah.

tapi satu benda je aku tak berapa nak berkenan pasal opis aku sekarang. suka salah guna kuasa. amek peluang pada pekerja. terutama hal epf dan socso. aku dah berapa kali jumpa miss tan, ketua hr pasal isu neh. tapi dia macam emo gilas.

mengeluh lah. jeling lah. lor. nampak sangat tak profesional. atau mungkin tak pernah ada orang confront sebelum ni. ye ah. smua jenis main bising belakang je. depan diam. aku plak jenis tanya direct. terkezut lah tu. hoho.

sebelum neh aku dah jumpa miss tan 3 kali berkaitan hal epf socso. memacam alasan lah dia kasi. ingat aku bodo kot? tolong lah. aku pun wat reading gak pasal benda benda ni walau tak mendalam. dan tadi. ketika sesi soal siasat bersama miss tan. 

aku serius nak mampus kot. aku pun terkejut dengan tahap keseriusan aku. boleh gitu? hehe. aku tanya kenapa duit tak masuk lagi. dia dengan muka slumber salah kan epf. aku cakap ah aku dah check. opis yang tak masuk kan. dia cakap sistem online masalah. aku cakap ah aku pi tanya epf headquarter direct. 

hah. terbeliak mata.

pastu mula lah dok meraba komputer. terus tak pandang aku. jawap pun terkial kial. masa tu aku naik tak hengat. suara tak naik langsung tapi aku tanya soklan bertubi tubi mengalah kan pendebat negara. haha. dia serius takle jawap. dia cuma suh aku cek bulan depan. dia akan masuk kan.

hak'elah. penipu sungguh lah. aku tanya dia direct apsal banyak sangat versi cerita dia sebelum ni? apsal suka sangat menipu? dia memang takle jawap. asyik ulang "check again by next month. it will be in". pundek. maka. aku berkata kata: 

"u've been saying the same for 7 months now. how do u expect me to trust u? but then again. if i can wait for 7 months. 1 month is not a big deal. i'll come back next month and i expect all the money will be in. not 3 months or so. all. remember. i have no issue complaining bout this against the company and u specifically to epf and socso. i did my part. so do yours."

pastu aku chow. peh. kan best kalu masa aku jalan kuar. ada kereta meletup kat belakang. special effect okeh. huhu. konfem miss tan makin benci aku. ahh pedulik. bulan bulan pandai potong. tapi dwet tak masuk. memang berdosa tahap neraka ketujuh siot. 

cuba kalu aku tak check atau diam? memang depa akan terus wat camtu la gamak nye. aku serius kesian kat makcik cleaner, driver smua. pun epf socso tak masuk. depa tu dah berusia. kalu jadi pape, camne? bley lah nak wat camtu sebab mereka bukan keluarga ko. cuba kalu keluarga? sanggup wat camtu?

[ camni ah gaya aku confront tan. haha ]

pape pun. aku akan tunggu bulan depan. dalam masa yang sama. aku akan buat official complaint di epf dan socso. malas aku tunggu bulan depan. yang pasti. aku tetap akan perjuang hak aku. chaiyok pada diri sendiri. woot woot.

9.4.13

Jelajah Temasek: Part 2

kerna singapura hujan tak henti. aku dan syafa terpaksa cancel smua outdoor. aku punya lah berharap. aku tunggu dari 1230 sampai 1830 kot. kental tak kental. tapi nak wat camne. takde rezki. hujan rintik sampai sudah. takpa lah. boleh datang laen kali plak. alasan. hehe.

disebabkan takle outdoor. aku dan syafa ke gardens by the bay. kawasan terbaru di singapura. lawa okeh. nampak macam pokok besar dari jauh. tapi besi walhal. penuh dengan lampu lip lap. kawasan plak lapang dan bersih. berangin sakan plak tu. terus beli pie, picnic situ kot. inovatif. heh.

dah puas lepas situ. terus ke orchard road. okeh. aku memang bukan kaki shopping. pi siam. pi china. pi indon. pi vietnam. tak heran langsung dengan produk. sekali pi singapore. mak aih. rambang siot. memang taste mahal sungguh aku neh. haha. 

nasib dwet aku tak banyak. terbatas cket napsu belanja aku. kalu tak. mampus. satu singapore aku borong. iye iye je. heh. tapi serius. baju branded lawa siot. bila convert harga . pun masih murah berbanding malaysia. tergugat kejap aku. masa untuk simpan dwet nampak nye.  
[ sesi melepak di coffee lab, orchard road ]

[ bergambar di station harbourfront. berpeluh jalan jauh kot ]

[ eye of singapore ] 

[ gardens by the bay yang sangat futuristik ]

[ aku di taman menawan ]

[ cantik weh. ada lampu bagai ]

[ jenuh auto shot. exercise kot. haha ]

[ muka tak rela pulang malaysia ]

[ aku dan syafa ]

akhir nya. berjaya jugak kami tawan singapura walau hanya 3 hari. syafa pun macam dah excited berjalan. mau usha kota kinabalu kata nya. cun aja. kalu tak lepas sabah. singapore tak lari mana pun. hoho.

pape pun. terima kasih syafa sponsor tiket flight. dan abang zaki sebagai host yang menawan. rumah selesa. makan sedap. siap dapat dwet poket lagi. terus semangat mau datang lagi. hehe. 

takda pape. panjang umur. ayuh singapura christmas neh. woot woot.

8.4.13

Jelajah Temasek: Part 1

tarikh: 050413 - 070413
lokasi: singapura
insan: sarah. syafa.
status: tercapai

setelah bertahun niat mau jelajah dunia bersama cik syafa. tercapai gak akhirnya selepas cancel 4 kali sebelum ni. nasib aku insan penyabar. kalu tak. mau nye aku campak dia kuar kapal terbang. ganas tak ganas. heh.

dan nak jadi cerita. abang sulung syafa kerja sana. tu family terbuka hati mau lepas tu. tapi pedulik. janji sampai negara luar sama syafa. teman zaman jahiliyah sejak 1998. 

memula pakat mau backpack. hm. backpacking lah sangat. gila mewah kot. rumah ada. makan cukup time siap. abang ki siap kasi sgd50 lagi. wat shopping. haha. mau tak terharu aku. 

tapi serius. trip kali ni macam abes adventure dan sedikit malang. belum apa dah memacam jadi kot. memang bawak bala budak syafa neh. haha.

a) frame syafa kene check in las minit. babik airasia.
b) tersilap gate. haha.
c) berlari dari barat ke timur dengan beg separa berat.
d) sampai gate 8 minit sebelum gate tutup. dem. 

sampai je gate. pakat gelak reramai. ntah pape. sungguh optimistik. haha. nasib tak terlepas. kalu tak. mau nye aku masak rendang orang yang tetibe suh check in frame. sampai je singapore. syafa plak mabuk cari luggage tak jumpa. memang mengom gilas lah. tapi takpe. pengalaman. 

miss gita kasi pinjam ez-link card. terbaek lah. sangat berguna okeh. makaceh. dan terus ke astoria. rumah abang zaki. lepak jap. dan terus keluar. patut nya trip ni aim nak pi zoo dan wat outdoor. tup tup hujan tak henti. wagh. stress gilak aku. 

syafa plak sengih semacam je. memang ah. dediam simpan nawaitu mau memborong di orchard kot. aku yakin dia doa mintak hujan sebelum tuh. sabotaj seh. nasib dikau sponsor tiket flight. sejuk cket ati aku. huhu. 

akhir nya. kami pusing singapura guna smrt. mau muntah aku melepak dalam train cket punya lama. haha. tapi layan je lah. bukan selalu wat keje tak berfaedah camtu. tak pusing, pi makan. sungguh indah trip ni.

ok ok. kalu stori. sampai esok tak abes. taruk gambar sudey. dengan ini. saya dengan segala hormatnya. mempersembahkan "super hype singapore". *tepuk tepuk* 

[ muka semput lari di lcct. silap gate maa ]

[ semangat gila isi arrival card ]

 
[ di changi airport. sangat bersih dan lawa okeh ]

[ makan di ria lucky plaza. pedas siot ]

[ muka penaik smrt yang tegar ]

[ forever alone. haha ]

[ layan hot chocolate saat hujan di vivo city. masyuk ]

[ muka dah penat naik smrt ]

4.4.13

Temasek


sarah. syafa.

esok. aku dan teman skolah zaman jahiliyah dedolu akan backpack singapore.

misi utama: night safari. luge. mega zip lining. para jump.

ah! serius excited. dah berzaman kot aku tunggu mau merantau sama budak busuk ini. lepas dia hancur kan hati aku selama 3 kali berturut turut. chait.

akhir nya. berjaya gak lembutkan hati ayah dia yang keras bagai batu belah batu bertangkup untuk ronda ke negara jiran. alhamdulillah! yeah!

pape pun. ayuh berjimba syafa. woot woot.

smuga aku dan syafa selamat pegi dan pulang. ameen.

2.4.13

Masalah jiwa

akhir akhir ni. aku kian kerap borak dengan si dia. mr x. peh nama. macam watak x-men okeh. haha. 

dari watsapp. ke sms. ke call. sampai ke instagram. 

memacam lah kami borak kan. dan tadi. masa tengah watsapp. ntah camne bleh termasuk topik jikalau dia pulang ke negara dia. 

aku sebagai insan tak senonoh. belum apa dah request benda. huhu. aku kata. kalu dia jadi menteri ke apa satu hari nanti. dia kene lah anta aku trip lawatan sambil belajar ke negara dia. minimum 2 minggu. 

lagi besar pangkat. lagi lama. apa susah? guna je duit rakyat. hm. hampeh gilak ayat. belum apa dah corrupt. haha. tone gurau gurau gitu. siap dengan emoticon bagai. i kan celik IT. haha.

tetibe dia balas dengan nada agak serius. katanya "u think i can forget u? i dont think i can. so yes if that time comes, it can be more".

ntah nape. aku macam tersentap dengan ayat tu. macam sedih pun ada gak cket. mungkin aku tersilap baca nada sms dia. tapi aku serius terkesan. ayat asyik berlegar dalam pikiran aje. aku dah tak tau nak balas apa.

lama tu. aku balas jugak. tu pun lepas dia anta "silence". aku balas dengan itonasi abes kool. walhal. berdebar bagai nak rak. haha. 

adoih sarah. apa nak jadi neh?