28.2.10

Balik bandar

insan: sarah. sheena.
destinasi: bandar chukai
kenderaan: white boy si kereta kenari
mood: ceria melampau

weee~ gile seronok balik chukai. lama gile tak balik. dalam 4 bulan gak la. tu sekali dapat balik. jakun semacam tu. hehe. balik kali ni pun sebab mak aku sakit. kalu tak. setahun lagi baru cecah chukai. tsk.

sampai chukai. aku keje merayap je. jumpa kawan ni. jumpa kawan tu. macam artis promosi album je aku rasa. huhu. gile la. niat balik nak jenguk mak. benda laen yang aku jenguk. hoho.

wahai ekey. huda. husen. ray. ridz. zaim. ba'ain. che wan. pian. anne.
aku suka dapat jmpa korang. lagi aku suka sebab korang semua dah keje dan belanja aku yang masih student ini. sep gile duit. hehe.

wahai pantai chendor. kepok gete. sata kuala. hai peng.
kamu bikin impian aku jadi kenyataan (ayat takle blah. haha)

argh.. mau balik chukai lagi.

25.2.10

Dunia baru

kalu takde arah lintang.

aku. hadi. epah.

bakal melencong ke hatyai.

rm300 : 3 hari 2 malam.

tak sabar :)

19.2.10

Burppp~

waaaaa. aku dah takle tengok makanan sedap-sedap dah sekarang. nak muntah rasa. makanan tak sedap takpe tengok. hehe. bulan ni memang bulan kenyang sentiasa. hm. macam slogan kempen kerajaan la plak. huhu. asyik makan mewah je. tak sedo diri tol. hm. dengan ini. secara rasminya. saya mendeclare:

sarah baharudin dah pokai. wuwu~

sekali kuar berpuluh abes. tu baru sekali. tu la kau sarah. nafsu dinasor. tsk. bulan depan puasa 3 bulan terus. amek kau. abes ekstrem la tuh. huhu. kasi perut aku rehat cket. keje dengan tekun sangat akhir-akhir ni. hm. perihatin gak aku ni rupanya.

mulai minggu depan. makan tempe lagi la jawapnya. murah, mudah dan sedap. yum.

18.2.10

Sikit je lagi

kata-kata hikmah wat diri sendiri.

sabo sarah. sikit je lagi nak abes master

hm. tipu tol. thesis pun ngak mula lagi. waaa. lambat nye lagi nak abes. aku dah capai tahap kemalasan maksimas dah ni. aku yakin semua ni kes berjangkit dengan aing ni. tsk. aing gak kene. haha. tabah je la.

assignment?. haram. satu pun aku tak sentuh lagi. aritu siap pinjam buku berbelas. konon nak wat assignment la. esok harinya. aku hanta smua balik pustaka. smua nye pasal aku stress tengok buku banyak-banyak. sewel gile. dah la tu. ikut hati. kelas pun aku takmo pi. asyik nak termuak je bila pandang pintu kelas. apa punya masalah la ni. kronik tol. huhu.

hm. takle jadi ni. esok HARUS cekal kan jiwa dan mental untuk wat assignment. oh yeah. oh yeah.

yakin boleh. rakan muda. (hoyah!)

16.2.10

Hero taman rimba


lokasi: taman rimba ampang
situasi : sekumpulan kanak kanak di buli sekumpulan monyet
tahap bahaya : 3 bintang

ketika sedang semput berjogging dengan cik sheena. kelihatan sekumpulan kanak-kanak lari bertempiaran sambil dikejar monyet ganas. ada yang nanges. ada yang jerit. memang kalut gile. aku dan sheena kutuk-kutuk bebudak tu sambil gelak jahat.

tibe-tibe nampak budak kecik montel nanges sekuat hati sebab takut. aiseh.. walau aku tak suka budak. kesian la plak. walhal ramai je jejaka muda kat situ. haram. sekor pun tak tolong. tengok je keje. tengok wat pe?. cucuk mata baru tau. haish..

oh ya. sebab aku murni (perasan) dan gagah (baru jogging). aku dengan macho nye ke depan. halau monyet dengan penuh perasaan. lepas tu. aku kutip beg dan barang budak tu yang bersepah tengah jalan. monyet ni pun satu. amek makanan dah la. ni nye tak. fair & lovely pun dia balun. bukan bley pakai pun. tabah. lepas kutip smua. aku serah kat kakak budak tu lalu dia berkata (ayat tak bley blah)..

"kak.. adik saya kak.. adik saya.."

sumpah aku rasa macam penyelamat dunia masa tu. riak takbur gile. tapi aku tak jadi nak takbur sangat. terkenang ayat aing "jangan takbur. kelak lebur". motto tahunan seyh. lepas tu. aku ala-ala selamatkan adik dia plak. hmm.

walau benda aku wat aritu simple je walaupun aktiviti menghalau monyet perlu dilakukan dengan penuh seni. aku tetap bangga dengan diri sendiri. lepas ni.. kena pikir idea nak wat costume. haha.

Kini dengan perisa baru

sampai gerai. duduk. order air limau ais satu. sedap nyeee.

10 minit kemudian.
awat air aku tak sampai ni?.

20 minit kemudian.
tabah. masih takde.

bila nak blah. laju je kak tu datang kira. sebab ramai. dia tanya sesorang. sapa minum apa. sampai kat aku.

"kak. air tak sampai satu"

muka konfiden abes. macam ada je air perisa tak sampai. haha. kakak tu muka bengang. terkena la tu. semuga insiden ini menjadi pengajaran buat mu wahai kak di gerai seberang jalan besar ampang point.

wek wek

14.2.10

Kongsi raya

semua benda orang malaysia nak kongsi. sampai raya pun kongsi. baguih la. abes muhibbah beb. bak kata kelab caring club:

sharing is caring (tipu. haha)

dulu kala. kita ada
deeparaya : deepavali + hari raya
kongsiraya : chinese new year + hari raya

tahun ni. kita ada
valencai : valentine + chinese new year

setan gile nama. huhu. pape pun. semua orang. happy valencai

12.2.10

Aku, langkawi dan 32 warga asing

lokasi : tok senik resort, langkawi
insan : 38 org termasuk staff iimu
program : STPL
tujuan : merapatkan ukhwah

Jalan jalan cari laksa
aku pun tak tau. tapi sedar sedar. aku, zetty dan shan dah sibuk mencari laksa. pantang nampak kedai laksa. konfem berhenti makan. gilo ah. kenyang laksa je. sendawa pun bau laksa. bertapa kuat nye penangan laksa. di akhir ekspidisi. terbukti. gerai laksa pulau kat pekan kuah paling sedap. layak dapat medal. yum. selaen laksa. aku berjaya minum segelas kopi janda. sedap gak. hehe.


Gunung Mat Cincang
aku pi langkawi sebab nak naek kabel car ni je. kalu tempat ni takde dalam tentatif. konfem aku tarik diri. tengok. bertapa jitu nye niat aku. nasib baik sampai. kalu tak. nanges tak berlagu la aku. haa. permandangan lawa tapi penat siot tangga ke jambatan gantung. sian orang tua atau yang berkerusi roda. takle pi jambatan gantung yang bes. jangan jeles. haha.


Aktiviti luar (panjat bukit. musang terbang. rakit)
cuaca hangat nak mampuih. aku sampai pantai cenang dalam keadaan kulit cerah mulus (perasan. huhu). 3 jam kemudian. aku balik hangus. tsk. tapi takpe. janji aktiviti tu bes. aku panjat bukit dengan cemerlang. gelak je memanjang. orang laen high isap weed. aku high panjat bukit. apakah?. pastu wat water confidence dan wat rakit. atas laut. perangai sekor-sekor macam setan. air laut memang merbahaya. hoho. aku tak abes abes tengking yousuf yang kayuh rakit macam kacau dodol (sowi yousuf. salahkan air laut). haa.. flying fox pun bes. aku rasa aku ni tradisional sebab aku wat gaya biasa melaenkan lepas tangan. abes ekstrem. kawan foreigner eksterm mengila dengan gaya membunuh. dieorang yang wat stunt. aku yang pening kepala lebih lebih. hoho. untuk bukti. sila rujuk gambar di bawah.


Lawatan ke kilang gamat
ntah kenapa. aku pedajal ramai orang minum air tongkat air yang pahit tahap gile babas. abes semua budak foreigner aku suh minum. bes gile tengok reaksi dieorang. majoriti tak suka la. tapi ada mamat thai pelik. hamdee. dia sorang je gelak bila minum. terkenang saat manis ke abe?. sumpah jijik. haha. tapi bebudak tu takle marah aku sebab aku sendiri minum dua gelas. sumpah tak sedap.


Dynamic
ni nama kumpulan aku. aku dan lagi 5 budak hitam. baik baik semua tapi ramai sangat yang dominan. belum apa dah berkonflik. aku duk tepi diam diam macam tengok soap opera. hari ke dua. group aku dipecahkan. serap masuk 4 kumpulan laen. aku masuk kumpulan 'yamesz' yang sengal. mehdi raja sengal sebab suka cari pasal dengan aku. weh. aku tak kacau ko la. tapi takpe. comei punya pasal. aku maafkan. waum.


banyak lagi la yang bes tapi aku dah penat nak type. huhu. yang penting. aku enjoi sepanjang program di langkawi. hip hip horey. STPL rawks.

5.2.10

Sejam bersama doktor gigi

gusi aku ni memang sensitif abes. ngada seyh. pantang gosok kuat cket. konfem berdarah. nasib aku bukan vampire. kalu tak. kenyang dengan darah sendiri je. tsk. sampai la satu hari. gusi aku bengkak baek punya. nyut nyut bukan maen. takde la sakit mana pun tapi tak selesa. aku pun ngadu dekat mak aku. dah lama tak manja manja. hoho.

mak aku dengan pantas wat appointment dekat klinik dr. fauziah yang sangat handal. dia ni spesel sikit sebab dia adalah dentist yang menjamin: tanpa rasa sakit sepanjang proses. aku mula-mula kurang yakin. aku pun boleh claim benda benda camtu kan?. tapi bila dah abes proses. memang betul seyh. tak sakit langsung. tapi ngilu tu ada la cket.

sepanjang proses tu. yang aku tau:
a) misi (nurse) tu tangan ketar-ketar. dia plak cuak lebih.
b) mak aku mata bulat tengok aku.
c) bunyi ngilu yang melampau.
d) muka dr. fauziah yang lepak nak mampus.

lama jap tu. baru aku tau nape mak aku pandang semacam. mulut aku ibarat kolam berdarah. pegh. nama. haha. darah banyak gile sampai mesin sedut saliva tu tak sempat nak sedut darah aku. banyak sangat. dr. fauziah stop kejap. kasi aku buang darah smua. sampai la aku ludah. baru aku sedar bertapa banyak darah. abes gelas dan sinki kat situ. tak pasal pasal misi tu kene over time. hoho.

abes tu. dr. fauziah terang la kat aku keunikkan masalah aku. dia cakap gigi aku lawa (mekasih) tapi sebab gusi aku tak lekat rapat kat gigi. plak semua berkumpul kat bawah gigi a.k.a dalam gusi. gosok camne sekali pun. tetap tak kuar. plak pun mula la mengeras. bila aku gosok gigi. gusi aku pun menodai plak lalu membuatkan gusi aku luka dan berdarah. pehh ayat. macam haram. huhu

semua sekali. rm138. rm100 untuk proses buang plak dalam gusi. rm38 untuk ubat gigi khas untuk gusi aku nan unik. gile la weyh. rm38 untuk ubat gigi je. royalty pun pakai colgate je. pasrah je mak aku. tapi takpe. yang penting. gusi anak anda dah baik. yeay.

Siapa nak jadi jutawan?

soalan cepumas berikut bernilai sejuta rupiah. (suara latar: uuuuuuuuu)

dalam 4 jejaka dalam filem 'Glee', Sarah Baharudin jatuh cintan dengan jejaka mana?

*****

insan a: errr.. saya rasa. 'the all star'. sebab masa depan lagi terjamin. kalau 'the bad boy'.. silap silap haribulan. sarah kena jual dekat siam.

insan b: anda yakin?

insan a: aiseh. ko bley tak jangan kasi aku cuak. hmm. tapi mungkin gak 'the bad boy'. sebab sarah memang suka orang camtu. nakal nakal cket. baru hidup lebih mengancam.

insan b: muktamad?

insan a: ermm.. watak 'the nerd' dan 'the gay' tu macam loser cket. hm.. ya. saya YAKIN!. saya pilih 'the all star'.

insan b: apakah?. sila jangan terlalu excited. tsk. jawapan anda.. jawapan anda.. salah!. haha. tu la kau. bodoh. jawapan nye 'the bad boy'. sekian.

tiba tiba...

sarah baharudin: uit. ko kata orang bodoh?. ko pun sama je. ko pun salah ahh.. baik jangan jadi host camni.

*****

jawapan: 'the nerd'. jangan tanya apsal. tapi aku memang nak melamar dia tahun 2012. sekarang tengah kumpul duit nak terbang je hollywood. haish.. comel nye kau. walau cacat. kau tetap pujaan hati ku.

3.2.10

Kitak sayang Ayah

Happy birthday Ayah
walaupun kita selalu bertoje (aku yang mula dulu)
kau tetap pujaan hatiku
lurve you very much

1.2.10

Jimba rama

insan : sarah. epah. hadi. nana. asrul

kenduri hanis. times square. sg pisang. yuen sunway. danau kota. uia

pegh.. lama gila aku tak jumpa sekali bebudak ni. ye ah. semua pakat dah kerja. aku je tersangkut kat uia terchenta. haish.. bila la nak abes ni?. tabah. tu pasal sekali jumpa. berjimba abes. bes. bes.

wahai epah dan hadi. meh turun kl lagi meh.. aku bawak makan tempat baru plak. hehe.