29.5.12

Separuh ongkos ku pergi

arini. aku ke bengkel perodua. haish. cinta ku masuk bengkel lagi. dan ongkos ku terbang buat kali ntah ke berapa. 

nasib baik la aku tuan yang mempunyai ceciri kemanusiaan. kalu tak. mau nye aku jual cik oren. pastu beli beskal. pueh hati aku. tak yah pikir minyak. maintainance. tol smua. sep gila. haha.

sejak akhir ni aku sedar asyik ada bunyi kat belakang. ingatkan puaka mana tumpang memula. usha usha. rerupa eksoz longgar. aku rileks aja. ingat takat nak perketat skru je.

sampai bengkel tadi. mekanik cakap eksoz patah. wagh. cilanat kau eksoz. apa dikau bikin sampai patah? tabah je la. patut nya arini wat tyre rotation je. dah tambah eksoz. 

ah.. smua ni dugaan semata. pape pun. bayar je la. nasib dalam rm170 je untuk smua.

oh encik oren. sila jangan bebuas sangat pasni. tuan kamu sudah pokai.

dan cik sarah. smuga kamu semakin jelita. tetibe. haha. 

25.5.12

Sesi mencari rezeki

sekarang aku bikin kerja part-time.

proof reading.

slumber je. walhal tak minat mana pun baca thesis orang. tapi layan kan aje. janji dapat dwet. 

dan bila dwet dah jadi bukit. boleh pusing sedunia. waaaaa.. bes nye.. bes gilak. ok cik sarah. sila pulang ke bumi. dan sedar diri. haha.

misi pertama: thesis budak siam bernama phatt. 

aku caj sikit je sebab kerja pertama. insyaAllah kalu kerja ni okay. aku bley caj lebih cket untuk kerja seterusnya. 

baik lah. masa untuk usha thesis phatt. 

berusaha!

23.5.12

Keriangan di puncak keriangan

tajuk sangat lah inception. haha.

arini. aku ke genting bersama teman sekerja. mak aih. gila lama tak jejak genting. ok lah. genting macam genting lah. tak berubah langsung. stuck in the 80s.

kene plak ramai nyonya legging corak harimau dengan rambut afro. sumpah rasa macam back in time. kalu fashion police serbu genting. konfem smua nyonya kene tangkap. haha.

aku tak pape pun. melepak tengok orang jejerit sambil makan subway. sangat lah chill. kene plak arini rabu. tak ramai orang. lagi masyuk. tapi serius sedikit keciwa lah. tak sejuk langsung okeh. 

kabus mengalahkan alaksa. aku dah semangat nak pakai sweater kot. kuar je skyway. hakelah. kipas umah aku lagi sejuk kot. sabo je lah.  

tapi ok lah. sesungguh nya hari ini adalah hari yang sangat produktif. 

sekian laporan berita jam enam.

19.5.12

PD Buggy Trek

lokasi: bandar port dickson
mereka: sarah. fatin. una. zetty
mood: ceria melampau

arini. aku dan tiga gadis pingitan dengan semangat jitu drift ke port dickson. sempena aktiviti outdoor pada kali ini di pd buggy trek. gila rempit kali ni tapi layan kan aje. 

janji merasa lima aktiviti dengan harga murah. normal rm170 lebih. tapi dapat rm68.50 je sorang. yeay. i lap u lah groupon! huhu. pepagi buta dah sampai pd. semangat! ingatkan smua satu tempat. rerupa nya ada tiga lokasi. hm. menarik.

memula. di pd buggy trek. layan atv dan dirt scooter. atv sebab pernah bikin dedolu. muka bajet terror merempit. show off gilak. haha. tapi dirt scooter?. amekau. terkangkang bawak. haha. 

zetty belum apa dah bergolek. una plak dalam bebanyak tempat. jatuh dalam lopak. epik siot. dan aku? masa bes bes menikmati una di dalam lopak. dengan penuh adab terlanggar pokok. bongok gila. koyak seluar okeh. haish. ini lah yang dinamakan karma. tabah. 

hentian seterusnya berhampiran mcd pd. layan go-kart plak. takda orang laen langsung. cantek lah. terus berlagak macam dunia ini ana yang punya. heh. tapi serius. kami insa go-kart paling sopan dalam sejarah dunia. orang lain semangat lelumba. kami siap kasi jalan orang belakang pintas. sangat bertamadun. haha.

dan lokasi terakhir. di pantai belakang corus hotel. untuk banana boat dan storm. part basah basah paling masyuk. haha. layan dua benda. banana boat dan storm. banana boat okeh lah. sebab dah pernah naik. tak jakun sangat. tapi storm?

memang sepadan dengan nama storm. siot gilak! tapi bes. haha. dah la abang jetski hampeh. lagi kuat kami gelak. lagi laju dia bawak. lain kali abang oi. lagi kuat kami gelak. join la gelak sama. baru muafakat membawa berkat. tetibe. huhu.

lepas dah layan lima benda. sambung mandi laut macam tak pernah jumpa laut. excited gila. haha. tapi takpe. yang penting kami enjoi. woot woot.

  [ bergaya sopan di atas atv ]

[ sesi dirt scooter yang membunuh ]

[ go-kart paling sopan dalam sejarah ]

[ muka riang mau naik pisang. haha ]

[ sesi storm yang menguji keimanan ]

[ keturunan separa duyung melawat tempat lahir ]

[ zetty. fatin. una. sarah ]

hmm. apa pulak mau bikin lepas ni? 

16.5.12

Apa kata survey?


ya. saya tersangat lah setuju dengan fakta fakta di atas.
sekian terima kasih.

yang benar,
sarah yang genius

13.5.12

Aktiviti seterusnya

white water rafting. sudah. 
skytrek. sudah. 
atv kemensah. pun sudah. 

maka. di kala kebusanan melampau. aku dengan semangat jitu terus telefon PD buggy trek untuk booking aktiviti terbaru minggu depan.

dan seperti biasa. aku angkut gadis ala-ala lasak bernama una, fatin dan zetty. hm. gila semangat diri ini. sanggup wat research smua okeh. harus caj bebudak ni pasni. elaun research. haha. 

kali ni. mau cuba atv. dirt scooter. go-kart. banana boat dan storm. tiga aktiviti darat dan dua, air. layan lah! kene pulak aritu groupon kasi voucher baik punya. 

dari rm170 seorang. dapat rm68.50. layaan. sekadar nak merasa je kot. dan lima benda untuk harga ditawarkan. toksah pikir bebanyak. rembat saja. huhu.

isk. gila tak sabar. woot woot.

12.5.12

Mari melawat Melaka

lokasi: melaka bandar bersejarah
tarikh: 110512 - 120512
mereka: ayah. mama. sheena. sarah. mak tok
mood: ceria melampau

las aku jejak melaka. ada lah dalam 2 tahun lepas. bersama 3 minah senget bernama ain, yana dan shiqin. mak aih. serius lama tak pi melaka. dah la aku sangat suka melaka. enjoi gila kot. 

makan sedap. memalam sangat happening. landskape lawa. guesthouse pun menawan. murah plak tu. banyak muzium. huish. memang memenuhi citarasa aku lah. tu pasal kali ni. belum sempat mak aku ajak. aku dah siap packing tunggu dalam kereta. excited okeh. haha.

walau pun ni ala ala famili trip. kami pakat duk guesthouse. caya lah. nenek aku seorang backpacker sekarang. terbaek lah. haha. trip kali ni semalam je. 

rileks memanjang. cukup time makan. cukup time pi jonker walk. pastu naek taming sari. pastu makan lagi. camtu la rutin harian. nikmat abes. 

yang takleh blah. time nak balik ampang. bley tersesat ke muzium lebah dunia. banyak ilmu lebah aku tuntut aritu. haha. siap borong madu asli lagi. aku beli untuk otak. makin genius la aku pasni. ameen.

pape pun. walau pun trip kali ni sekejap je. aku tetap enjoi. bak kata cikgu english aku. short and sweet gitu. cewah ayat. macam haram. haha.

oh melaka. i lap you.

  [ bilik tido aku. serius cun macam ikea ]

 [ jonker street yang menawan kalbu ]

[ layan pertandingan karaoke nyonya. boleh tahan suara ]

 [ sesi melepak tepi sungai sambil melambai mesra ke arah bot ]

[ menara taming sari. muka kontrol gayat okeh ]

[ sesat di muzium lebah. tak pepasal borong madu. haha ]

10.5.12

Apakah?

arini. aku ke stesen petronas ampang. mau isi minyak. pabila satu pekerja warga bangladesh dok main mata. aku wat dek je lah. ingatkan dia sakit mata. tengok. bertapa innocent nye aku. haha.

lama jap tuh. dia datang kat aku. aku sengih dan sambung taruk minyak. lalu dia berkata-kata:

dia: tindik hidung sudah lama ka?
aku: huh? 8 tahun sudah la sekarang.

eh jap. apsal aku cakap macam die ni? haha. ok sambung.

dia: sangat cantik lah. saya suka tengok awak.
aku: er.. ok. terima kasih.
dia: sangat cantik. bila ada itu tindik. lagi cantik. tak ramai orang tindik tau.
aku: terima kasih tapi ramai je orang tindik hidung sekarang. 
dia: memang lah. tapi tak cantik macam awak.

apakah? dok ngayat aku ke apa neh? takle blah tol la. siram dengan petrol baru tau. haha.

aku: takda lah. biasa biasa ja. tapi terima kasih.

lepas je aku cakap camtu. tetibe dia emo. 

dia: kalu awak takda percaya apa saya cakap. awak balik rumah. amek cermin. tengok muka awak. baru awak nampak apa saya nampak.
aku: huh? ok ok. sabar sabar. nanti balik saya tengok cermin ok. 

woi. bongok gila ayat. sabo je la. rileks sudey. tak yah lah emo. ni mesti kuat hidu petrol. tu emosi terganggu cket tuh. haha. 

yang pasti. sampai je rumah arini. dengan pantas akan ku tatap cermin. dan kepada encik bangladesh. terima kasih atas pujian di beri kan. haha

8.5.12

Sisha selamanya


sisha bersama shan dan sheena.
hisap asap perisa bubble gum. 
sedap yang amat okeh.

dont drink and drive. get high and fly.

6.5.12

Om nom nom

lokasi: midvalley. gardens
insan: sarah. sherly
mood: makan selagi berselera

arini. aku kuar lepak bersama cik sherly. semalam dia call memalam buta. kata nya. dia kebusanan duduk cyberjaya. oi cik sherly. dah nama area jin tendang. memang la takda apa. peh. sempat mengutuk di alam siber okeh. haha. 

nasib la aku ni insan berhati dan berperut. maka. setuju la bawak jejalan. hm. baik gilas okeh. haha. 

di sebab kan kami ngak ada fulus mau shopping. dan wayang terlalu penuh. aku dan sherly pakat tawaf midvalley sambil borak. penat borak. singgah makan. camtu la rutin pada hari ini. haish. memang dasar gaya hidup sehat tol lah. tsk.

tapi serius banyak kiteorang wallap arini. gaya macam tak makan setahun je. tapi takpe. bukan selalu pun. ni ala ala simpanan sebulan sherly. turun kl. makan pepuas. balik cyber. duduk dediam. hm. ayat gaya pepatah melayu je. haha. 

pape pun. arini hari yang sangat produktif bagi usus usus kami.

4.5.12

Stormtrooper itu seksi


selamat menyambut hari star wars smua!

haish. pantang ada hari pape. smua benda nak sambut. haha.

dan smuga malaysia menjadikan hari ini cuti umum. slumber. empat puluh empat purnama pun konfem takkan terlaksana. 

oleh kerna itu. aku dengan muka macho bersuara serak bagai darth vader mengucapkan:

may the force be with you.

yehaaaa.

3.5.12

Musim memburu kerja

yehaaa. musim mencari kerja tiba kembali. 

smuanya gegara aku dah busan buat kerja research. haha. bukan apa. memang seronok kerja part time researcher. 

a) time fleksible melampau
b) tak yah masuk opis
c) mengadap internet je keje
d) janji kerja siap dapat gaji

tapi masalah nye. gaji masuk lambat. dah la ciput. lambat plak tu. nak dapat komision ntah berapa purnama kene tunggu. kalu aku makan angin dah kenyang. takpe gak. huhu.

setakat ni. aku dah apply hampir 15 institusi. ntah berapa yang perlu orang pun aku tak tau. yang penting. apply saja. kalu ada rezki. ada lah. 

kalu takda. aku anta resume ke 15 lagi institusi. gila nekad. huhu. aku heharap ada lah yang panggil interview dalam masa terdekat. 

kalu sangkut satu kerja. dengan pantas aku berhenti keje research. slumber. haha. sekarang dalam proses tutup semua projek. setakat ni 2 dah konfem tutup. 2 lagi dalam proses. 

semangat gilas. demi masa depan gak. kalu dapat keje. insyaAllah. senang. takda lah tinggal keje separuh jalan.

maka. boleh je berhenti dengan jiwa lapang. cewah ayat. sejak dwet makin kurang ni. ayat makin puitis okeh. patut pun kaki seni smua gaya tak mandi setahun. ini rahsia mereka rupanya. haha.

kepada sarah. good luck kepada diri sendiri. smuga sukses. ameen.

1.5.12

Pekerja sedunia


selamat hari pekerja kepada semua pekerja sedunia.

ayuh lah kita mengerjakan segala benda yang boleh dikerjakan.

dan mari lah kita beramai ramai melepak di rumah. kerna sesungguhnya. esok harus mula kerja semula. haha.

pape pun. selamat bercuti!