30.5.11

Wajib bikin

senarai wajib bikin sementara di chukai:

+ mandi laut dengan penuh perasaan : sukses
+ makan banyak banyak kat haipeng : sukses
+ minum sirap kenduri sampai kembong : sukses
+ tulis paper conference lancomm : tergendala
+ tengok tv sampai terhafal script : sukses
+ layan otak otak sata kepok kuala : sukses
+ usha yak yah dan kunang kunang nya : tergendala
+ buli anak baah dengan penuh kasih sayang : sukses
+ cari dan menikmati laksam dengan penuh selera : sukses
+ sesi bergosip di umah baru fakira : sukses
+ abeskan 2 buah buku jonathan shroud : tergendala
+ makan ikan bakar sedap tanjung lumpur : sukses
+ lepak sambil pikir masa depan bersama huda : sukses
+ makan udang besar penumbuk kat cherating : sukses
+ lepak sampai 3am bersama ecoh di geliga : sukses
+ makan nasik air simple sambil usha pemancing : sukses
+ panjat bukit sebelah rumah : tergendala
+ lepak & makan kepok sampai 1am bersama reeza : sukses
+ pepusing kemaman memalam (layan feeling) : sukses
+ jadi couch potato terbilang : sukses
+ bangun lewat macam anak orang kaya takda keje : sukses
+ pegi zoo kemaman : tergendala

hm. cemerlang gak aku ni. baru seminggu. majoriti benda dah settle. gila bahagia idop. nampak sangat takda keje. hoho.

harus cari lebih banyak aktiviti camni. hoyah.

27.5.11

Pulang

arini. aku akan pulang ke tempat paling bes dalam dunia.

chukai.

wehuuu. tunggu daku.

mau makan kepok sambil lepak laut. nyaman.

cik syafa. sila jeles sekarang jugak. haha.

26.5.11

Usaha tangga kejayaan

tepon mohe. tak jawap. memang dasar kerajaan tol la. takkan memanjang takda orang. balik balik operator jawap. kasi aku cakap dengan mesin wat pe. aku nak cakap dengan orang. tabah. nasib arini aku terasa cekal dan berjiwa kental. chewah ayat. aku tepon sampai depa angkat. abes jitu la tu. keke.

selepas cobaan ke 6 ke 7. jawap gak akhirnya. aku terus mintak sambung ke bahagian bajet mini. dan cakap dengan pegawai kat situ. tu pun susah. laen aku cakap. laen dia paham. memang menguji kesabaran tol la. lama gak aku terang situasi aku. las las. minah tu cakap:

dia: apa kata cik sarah cakap dengan bendahari. sebab kami hanya bayar apa yang ada dalam invois.
aku: boleh. tapi bendahari mana?. ada nombor telefon dia?
dia: ada ada. bendahari uia la. cik huda.

what the hell?. buang kredit aku je. cuba cakap awal awal settle dengan uia. kan senang. ni tak. dia tanya memacam soklan. siap mintak ic nak cek data aku. tup tup. kene settle dengan uia je. haiyaa. tabah gila. letak tepon. dial nombor cik huda tu. lama jap tu. dia jawap.

aku pun macam biasa. terang situasi aku smua. pastu dia tanya sapa orang mohe yang aku cakap. aku cakap la cik fikriyah. nasib baik dia kenal. jap tu. dia berkata kata. benda paling merdu dalam dunia:

"ok. saya akan potong rm1150 dari bajet mini awak" [huda, 2011]

pastu dia cakap aku dah bley wat clearance. apa lagi. terus pecut ke finance. dan.. dapat gak cop finance akhirnya. maka. settle la clearance aku. wehuuu.

alhamdulillah. sep rm1150 aku. tapi kan. tadi aku cek online. baki rm1150 tu masih ada. belum tolak lagi kot?. hm. lantak la. janji dah lepas clearance. woot woot.

23.5.11

Kita bako jew

serius aku membara dengan finance. ikot hati. mau je aku bako tempat tu. tapi sebagai insan murni. cancel. tak jadi bako. aku maki maki je. haha.

al-kesahnya begini.

arini niat nak settle clearance la. bangun pepagi pi uia kot. gila jitu. bila dah wat clearance. baru dah takda hubungan dengan uia dah. tu yang abes semangat tu. niat.. oh niat. hehe. destinasi pertama. finance. and off i go.

masuk je finance. meremang bulu tengkuk. sah tempat ni berpuaka. tabah. jumpa bro finance. cakap mau wat clearance. dia amek nombor matrik. dan menghilangkan diri.

dan aku tunggu. tunggu. dan tunggu lagi.

lama jap tu. satu bro kuar dari bilik keramat. dan aku dipanggil masuk ke dalam. haish. laen macam je ni. tapi aku masuk gak la kan.

dia: sarah baharudin ya?
aku: haah. apa pape masalah ke?
dia: erm. camni. dalam rekod saya. dia tulis awak ada hutang lagi rm1150.
aku: hah! dari mana datang seribu lagi tu? setau saya. saya hutang lagi rm150 je.
dia: camni. bila status awak dah tuka graduated. uia akan caj seribu untuk thesis evaluation fee.
aku: apsal tak letak awal awal? tak ke nyusah camni.
dia: ...
aku: takpe la. terima kasih.

sambil kuar dari finance. sambil maki. hm. emo sungguh diri ini. hehe. tapi ye ah. mana tak nye. cuba kalu orang tak mampu. mau terkejut godzilla kalu tetibe ada belen seribu. seribu weh. banyak tu. tambah cket. dah dapat ipad. bes tu. haha.

ah.. takda takda. aku tak peduli. nak tepon mohe esok. nak mintak bajet mini tanggung. heharap depa nak. insyaAllah. amin amin.

pape pun. wahai finance. korang tetap hampeh.

21.5.11

Dua dalam satu

ni syafa. kawan zaman skolah dedulu. lepas dua setengah tahun. jumpa balik kat itex. dan aku. sebagai penculik bejaya. aku culik sama dia. bwah-ah-ah.

merata la aku bawak dia ronda. abes satu kl kiteorang ronda. sampai ke klpac aku bawak. nampak sangat dah takde idea nak pi mana. hoho. sesambil tu. borak. abes nostalgia la tu. keke.

malam tu. sebelum anta dia balik. aku bawak pi makan kat pappa rich nihonkan. masuk je parking. tetibe. ada 2 bouncer tolong buka pintu. syafa dah cuak cuak. takle blah tol la. nampak sangat kat perlis takda bouncer. haha. kemudian. mereka itu berkata-kata:

dia: aish. lambat nye makan.
aku: tu la. tapi lapar gila. tak makan lagi neh.
dia: ha.. makan la. jangan malu malu.
aku: nak makan la ni.

muka abes ganas. macam gagah. bajet jentik je mampu wat orang melayang. tapi ramah semacam la plak. tengah bosan la tu. sian.

maka. makan la kami. lepak. gelak gelak. lala tu. masa nak balik. bouncer laen plak datang. syafa dah cuak menggila. harap dia tak lari je. kalu ya. memang aku gelak guling guling. dieorang nak tolong buka pintu keta je kot. dah keje dieorang.

start engin smua. masa aku dah nak reverse. tetibe. pintu belah aku gegar. bouncer tadi nak buka. syafa macam biasa. abes pucat. sabo je aku. haha. rupa rupa. bouncer tu nak kasi selai kertas. dia cakap. kawan dia kasi. aku sengih je la.

aku kasi la kertas tu kat syafa. aku nak drive kot. tapi dia takut. weh syafa. ko takut apa?. bukan nye cikgu leman loncat dari kertas tu kalu ko buka pun. lama tu. dia buka. usha usha. ada nama dan nombor telepon. hahaha. macam haram.

jadi. kepada sesiapa yang perlukan bodyguard. bley la kontek nama dan nombor berkenaan:

hans - 012 6094877

bley plak tolong promote. wakaka.

18.5.11

LANCOMM

buka yahoomail. usha usha. ada email dari kliuc. buka email.

"we are pleased to inform you that the proposed paper for presentation at the LANCOMM 2011 entitled “An Investigation on the Relationship between Industry Demand and IIUM’s Communicative Skills Choice” has been ACCEPTED."

terdiam jap. takle blah tol la. hantar memaen je. cuba nasib. tak sangka abstract ni terpilih. kira ni conference paper ke dua aku yang terpilih. alhamdulillah. bes bes. kena tulis paper la camni. urgh. tetiba malas nak wat research. tabah.

ain. shiqin. ayuh mengembleng tenaga. chewah.

yahoooo.

17.5.11

Rezeki.. rezeki..

gila seronok aku arini. memang rezeki abes. heh.

tadi lepak ampang point jap. gila busan dok umah. macam biasa. aku lepak kedai buku. tengah bes bes usha buku. ternampak buku rook triology. dah lama seh aku usha buku ni. tapi mahai gila. rm70 kot. walau buku ni tebal. 1200 muka surat. aku tetap rasa dia mahai. emo. hehe.

mengenangkan ayah aku ada kat bawah. apa lagi. dengan pantas aku pi mengecek. mak aku dah bising suh guna dwet sendiri. tapi ayah aku kasi gak dwet. yeay. kalu bab bab membaca ni. pantas je hulur duit. memang penyokong 'bulan membaca' tol la. haish. i lap u la ayah. hoho.

amek buku. ke kaunter. sambil sengih tak agak agak. hulur rm70.

dia: eh. kenapa banyak sangat ni kak?. (sambil kasi balik rm50)
aku: huh?. dik. buku ni rm70 la. (abes jujur)
dia: eh. takda la.
aku: (angkat kening ala ziana zain)
dia: haah la. tapi mesin cakap rm16.90 je.
aku: serius?
dia: em. takpa la kak. kita ikut je mesin ni.
aku: okeh (senyum sampai telinga)

buku hard cover. 1200 muka surat. patutnya rm70. aku dapat dengan harga rm16.90 je. wahahaha. suka nye aku. siap pulang duit lebih kat ayah aku dengan muka abes bangga. hm. memang rezeki betul.

memang tak kuar bilik baca buku je jawapnya. abes cemerlang. woot woot.

16.5.11

Jejak kasihan

lokasi: seoul garden, OU
waktu: 1100-1400
mereka: sarah. nana. epah. asrul. hadi.

pegh. lama gila tak jumpa nana & epah. sejak sorang dah kawen. sorang dah tunangan. susah benor nak culik mereka dari suami dan tunang. oleh kerna itu. makan makan kali ni. hadi dan asrul ada sama. tabah. hehe.

tapi meriah je. yang lagi bes. nana ada voucher. dapat murah. i lap u la nana. laen kali ada voucher. ajak la aku lagi. hehe. nak dekat 3 jam gak la beborak. pastu kena balik. nak kene anta hadi pi ktm. dia keje malam. tu la. orang suh ponteng xmau. sukati. huhu.

nanasrul pi tengok wayang. aku plak anta hadi kat ktm. dan epah ke ampang. tapi lepas anto hadi. sempat melencong makan kat german deli. makan lagi. tabah. dah tu. bley plak amek gambo makanan. pastu mms kat hadi. gila kejam. haha.

haish. bila lagi la bley kumpul camni. takpe takpe. nana. epah. bulan depan. jom kita ke tenji. yum.

14.5.11

Makan besar

lokasi: kelab darul ehsan, ampang
waktu: 2000-2300
mereka: 80 insan terpilih
mood: kelaparan

sampai ke lokasi. perut aku terus wat joget lambak. haish. macam tau tau je ada banyak makanan. tabah. tapi memang lapar menggila pun. nasib la aku ni pemalu dan sopan orang nya. cewah. kalu tak. abes meja buffet aku kerjakan. hm. iye iye je. huhu.

ok gak dinner alumni benl yang pertama ni. bley kira sukses. bebudak yang datang abes tak senonoh. lecturer pun sama hancur gak. bagus la tu. abes meriah beb. tambah plak dengan sesi karaoke nye. haish. parti liar pun kalah camni. keke.

tapi persetankan smua itu. yang penting.. makan. haaa.. nasib baik makan ok. sedap gak la. paling aku suka. kambing. pegh.. mampu termimpi mimpi. tapi bila pikir balik. pantang nama kambing. smua aku cakap sedap. hm. satu lagi yang sedap. rojak. takle blah tol la. benda paling simple dan murah la paling sedap.

terbukti! jauh di sudut hati. aku hanyalah seorang gadis kampung. wahaha. sewel.

pastu. kakak dan adik aku perform gak. yang paling takle blah. adik aku pun ada gak. memang dasar budak uitm murtad. haha. dia pun nanyi lagu grenade. bruno mars. kakak aku plak perform poetry slam. nasib bes dua dua. aku je tak perform.

sebab aku ahli terhormat. minah baru grad master. jadi adik kakak aku perform khas untuk aku. so shweet. haha. terima kasih wahai adik beradik ku yang genius dan berbakat besar. hm. terharu tak?. terharu la.. terharu la..

11.5.11

Tashi deleg

pegh.. terus cakap tibet tu. gila cepat terpengaruh. ampeh. huhu. ok. ok. sepanjang 3 hari 2 malam aku kat kangding. ada tiga perkataan untuk describe pengalaman itu. BEST NAK MAMPUS. haha.

[ kangding pujaan hatiku. ni time sunrise. serius cun ]

[ ni plak kangding time malam. abes bercahaya ]

[ tibetan monastry. serius lawa tempat ni. tenang abes ]

[ makan malam kat kedai tibet. meriah abes kedai dia. huhu ]

[ momoe dan butter milk (susu yak). nasib sedap. yums ]

[ ini adalah yak. susu dia la aku telan. tabah ]

[ snow caps dari guesthouse aku. argh. lawa siot ]

[ perjalanan ke luug to gou ]

[ luug to gou. ada snow. jakun jap. heh ]

[ kami yang kesejukan ]

ingatkan luug to gou ni park macam kat mesia. ada rumput. lelayang. kolam. sampai je. amek kau. serius sejuk. siap ada snow. kurang 10 celcius kot. kiteorang slumber je bawak sweater sorang satu. nasib tak mati keras. hehe.

tapi aku rela. bukan selalu nak rasa camtu pun. kat mesia. tido dalam peti ais pun. tetap tak sama sejuk dia. memang rezeki betul la. tak pepasal bley berlari lari manja atas snow. hm. ayat macam haram. haha.

lepas ni kene pi pulau plak la. baru seimbang. panas sejuk. baru betul. hm. alasan nak jalan lagi la tu. haha. bes bes.

10.5.11

Ayuh mintak kewarganegaraan China

tarikh: 020511 - 100511
lokasi: chengdu. kangding county.
insan: ayah. mama. sheena. sarah. amin.
status: tercapai

balik indon. mau jadi warganegara indon. sekarang. ada hati mau jadi warganegara china plak. haish. masalah gargatuan ni. chewah ayat. abes kamus tuh. mantap. teramat mantap. haha.

ikot hati. tak rela balik malaysia beb. kena plak bila dah jejak kangding county. huish. terus terkena panahan cinta. ok. ayat macam haram. sila muntah secara berjemaah. sekarang jugak. haha. ok. ok. tapi serius lawa kangding. sampai je sana. terus tak pandang chengdu tuh. lawa berjuta kali. boo chengdu. sukati. haha.

tapi pape pun. china serius best!. aku kasi 4 bintang. *tepuk tepuk*. sama macam filipin. dah la murah. tempat lawa. tapi satu je masalah. bahasa. dah la kiteorang pegi smua wat sendiri. takda tour guide. kalah kes ayam itik seh.

tapi takpe. tak ganggu pun ke'best'an trip kali ni. abes mengancam. dah la mak ayah aku pun layan backpack. cayalah. tabik spring wa cakap lu. siap naek public transport smua. dari bus ke metro. redah je. janji sampai destinasi.

sebab memacam kiteorang wat kali ni. macam biasa. aku letak gambo je la. dengan ini. saya dengan segala hormatnya. mempersembahkan "discover china". *tepuk tepuk*

[ tianfu square. tempat pertemuan polis kacak. abes mengiurkan ]

[ sesi melepak di people's park. sumpah lawa tempat ni ]

[ shanxi street. ibarat syurga epah. ada hampir 1000 kedai. gilos ]

[ jinli street. pasar malam di chengdu old city. serius cun ]

[ sichuan opera. gila hebat show dia. konfem genting kalah teruk. sempat. haha ]

[ street food. sedap dan murah. yums ]

[ hot pot. amek kau. pedas tahap berpeluh. tak payah pegi sauna ]

[ sesi melawat cik panda. serius comei ]

[ wenshu monastry. serius hot monk monk itu. ala ala shaolin soccer ]

[ museum science technology sichuan. sila kagum dengan aku. haha ]

[ keluarga baharudin yang serius takde keje ]

lepas boring lepak chengdu. terus ke xinnamen. beli tiket bus. dan ke kangding country. sempadan tibet. 8 jam dari chengdu. woot woot.

2.5.11

Huānyíng

arini. aku sekeluarga akan ke chengdu china. kira famili holiday la.

gilos. aku baru je balik backpack java sminggu. selang 3 hari. terbang ke china sminggu lagi. kalu orang tak tau. mesti dieorang ingat aku pelarian ke apa. tetibe. hehe.

tapi aku excited je. chengdu sekarang musim bunga. aku heharap tak sejuk mana. aku slumber je bawak baju lepak lepak. mau keras kat sana karang. hoho.

oh panda.. tunggu daku. kita lepak kunyah bamboo sesama.

dan kepada baharudin. zarinah. sheena. sarah. dan amin. smuga selamat pergi dan pulang.

1.5.11

Wow Indonesia siri tiga: Bandung

pepagi buta di stasiun kereapi. dan epah yang kesejukan. ok. bandung serius sejuk. nasib aku banyak lemak. tahan la cket. tabah.

perjalanan ke ciwidey. sejuk jugak. nasib baik lawa. tak sesia naek bus 2 jam dari bandung. kalu tak. mau aku bakar ciwidey. emo emo. tsk.

kawah puteh di gunung patuha. sangat lawa. tapi gambar tak capture kecantekan plak. haish. kene beli dslr neh (hint untuk ayah gua. hoho)

epah yang sentiasa kesejukan di kawah puteh, ciwidey. tengok tengok. ada kabus. bukti epah tak tipu. haha.

aku dan angkot jahanam. haha. mentang mentang kami orang malaysia. abes dia mark up harga. tapi lantak la. asalkan masih bawah bajet. kool bebeh. cewah. abes pemaaf la tu. haha.

di cihampelas. buang masa bergambar dengan patung gergasi.

epah di jeans street. haaa. rambang... rambang..

muka penat gila. mana tak nye. beg lagi beso dari orang. nasib beg tu takle membesar. kalu tak. abes satu pasar baru dia borong. haha.

dalam bebanyak tempat aku pi. aku paling suka surakarta. tempat dia rileks je. orang pun baek. makan sedap. aku tak paham nape orang malaysia suka sangat bandung. bukan ada apa pun. mahai plak tu kalu banding dengan surakarta. makan tak sedap. orang suka amek kesempatan. hm.

tapi ntah la. laen orang laen la kan. kalu aku mau ke sana lagi. aku pasti ke surakarta atau yogyakarta. serius bes. rasa macam nak bertapa kat sana kejap. dah la orang sana ingat aku orang jawa. haha. takle blah tol la.

ok. ok. ayuh cari destinasi baru. woot woot.