30.6.11

Penang: syurga makanan

patut duduk penang 3 malam je. ntah camne dah jadi 5 malam. apakah?. haish. pape pun. aku berjaya makan majoriti yang aku ngidam. burpp~ huhu. gila nikmat makan kat penang. bes bes. ok. antara makanan paling shiok di penang:

goreng pisang tanjung bungah

ok. ni la benda paling aku mengidam dalam bebanyak. memang power gila air tangan mamat tu. tak main ah terkenang semalam dua. setahun dua ada la. dashat. maha dashat. hm. nasib kali ni dapat. terus aku borong sebelas ringgit. balun sesorang sampai naik muak. simpanan hari tua beb. yums.

nasi dalcha hameed

selalu nya. aku makan kat tempat laen. ni first time try kat sini. gerai bebodoh tepi jalan je. tapi... aduhai. menusuk kalbu nasi dalcha dia seh. nasik lembut. dalcha plak berlemak. serius sedap. makan plak open air. huish. bley naik tok sheikh camni. abes kusyuk makan. murah plak tu. sabo je la. apsal la kl takda makanan camne? hm. boo kl. haha. emo.

pulut durian balik pulau

sebagai peminat durian. serius meleleh pulut durian balik pulau neh. tengok buah. kecik semacam. tapi isi dia. pehh. lemak gila. kene plak dengan pulut dan santan. memang dunia ini ana yang punya! hm. over plak. haha. tapi serius sedap. kepada uncle lili. terima kasih daun keladi. tahun depan. kita borong durian lagi. yehaa!

sup kambing padang broom
dari zaman nenek aku. ke zaman aku. sup padang broom memang terbaek la. crème de la crème. kena plak dengan roti benggali. urghh. memang tokei dia layak dapat gelaran tan sri beb. gila superb sup dia. oh tokei sup.. ada anak teruna ka?. saya mau. haha. sewel.

nasi kandaq kampung melayu
konfem. orang penang ada perut ajaib. makan nasik memanjang. pagi petang malam tengahmalam. tak henti henti. sampai aku plak kenyang bagi pihak dieorang. kalu kat chukai. sarapan makan roti dan teloq. kat penang?. makan nasi kandaq kampung melayu. pepagi buta orang dah beratoq panjang. gila la weh. nasib aku duduk penang sat je. tapi pape pun. nasi kandaq ni memang terbaik lah!

ais kacang swatow lane
ni satu lagi. dah la penang ni hangat nak mampuih. kena plak ais kacang ni. serius nikmat tahap dewa. tetibe rasa macam nak belanja tuan kedai ais kacang ni satu. hm. macam dia nak je. haha. kena plak taruk pisang kat atas. ahhhh... *pitam*

nan & tandoori kapitan
kapitan cakap nan dan tandoori mereka paling lazat dalam dunia. sekali pandang. sumpah riak semacam. tapi bila dah try nan tandoori dieorang. pegh.. memang betul apa depa kata. serius sedap. kene plak nan cheese. walawey. tak terkata. beriani claypot dieorang pun superb. mampus mengalir air mata beb. kepada sesiapa mau ke penang. tolong bungkus lapan. pleaseeee?

markisa kelapa padang broom
ni satu lagi. sumpah layak dapat medal. memang champion abes tukang kacau air ni. sedap gila! kalu dia masih bujang. dah lama aku kasi kawen dengan kakak aku. sukati. haha. bley minum markisa sampai bebila kan?. yummy. bes bes.

sotong kangkung padang broom
ni nenek aku oder. aku tak teringat pun nak makan memula. setakat kangkung dan sotong. apa barang kan?. banyak lagi benda bes bley makan. tengok rupa serabai semacam. tapi bila makan. mashaAllah. sedap gila. las las aku perabes. walhal nenek aku punya. haha. pengajaran hari ini: dont judge a food from its presentation. dan jangan perabes makanan nenek anda melainkan dapat lampu hijau.

haish.. gila kejang perut aku. baru seminggu kat penang ni. haish. bahaya. bahaya. harus pulang kl cecepat camni. kasi puasa sehari dua. bley terkejut gorilla perut aku kalu memanjang camni. walau pun camtu. oh penang. i lap u la!

24.6.11

Barat ke utara

arini. aku akan ke penang.

selaku pulau mutiara. dan kampung aku.

gila pelik rasa. selalu nya balik sana time raya je. bila tetibe kene balik sebelum raya. serius rasa macam mimpi. tersangatlah inception. heh.

tapi takpe. bes gak. bley makan memacam yang tersangat bes kat sana. las raya. aku tak dapat goreng pisang tanjung bungah. abes down seh tak pekena goreng pisang nun. hm. aku mesti pastikan dapat kali ni. oh sarah. berusaha!

hm. gila semangat. keke.

ok la. ok la. nak kemas barang sat. jap lagi dah nak pi stesen bus. doakan aku selamat perjalanan aite.

yea yea. balik kampung.

22.6.11

Empat sejoli

kepada maktok selaku nenek ku,
smuga panjang umur murah rezeki.

kepada zainun dan azreen selaku makcik ku,
smuga murah rezeki dan bahagia ke anak cucu.

kepada taqriz selaku sepupuku,
smuga menjadi insan berguna.

selamat hari jadi
sayang kamu hingga langit ke tujuh

21.6.11

Sejarah berulang?

aritu iimu telepon. katanya dieorang perlukan orang untuk conference julai ni. GA yang ada sekarang macam tak cukup.

memula aku macam takmo. dah la aku dah duduk ampang. jauh gila. pastu asyik ada program je. kalu tak balik chukai. nak kene balik penang. ada je benda. risau gak takleh commit.

tapi bila pepikir balik. dari tak wat apa. baik terima je keje iimu ni. busuk busuk dapat la seratus dua sebulan. duit gak tu. ok dari tak dapat pape langsung kan?

dapat duit. bley huha kat memane plak. serius menarik ide tu. hoho. bley tambah pengalaman. tak silap aku. tun mahathir mau datang program iimu bulan depan kat istac. argh. bes bes.

hm. macam banyak kebaikan je. susah tol la nak wat keputusan. pasni mau tido. tengok mimpi pe. kalu dalam mimpi ada iimu. terus aku terima tawaran keje iimu. kalu tak.. aku tetap akan join program iimu. bley kenyit mata sama tun mahathir.

oh mahathir. i lap u la.

19.6.11

Dan dia

lokasi: bilik ain. nusaibah. iium.
mereka: sarah. aing. diana.
mood: ceria.

arini. cik di @ miss di @ diana @ didi datang kl. lepak bilik aing katanya. sumpah lama tak jumpa minah tu. serius lama. punya tak lama. sampai aku pun tak hengat bila las. tabah.

yang pasti. dari minah tu belum kawen. sampai ke kawen. ke mengandung. baru jumpa arini. huish. kalu la siri jejak kasih tu masih ada. gerenti kiteorang episod minggu depan. ganas tak ganas.

tapi jumpa tak sampai 20 minit pun. serius kejap. tapi ok la. janji aku usaha gak pegi. dah janji beb. kene la tunai. hm. bermoral tak aku?. layak jadi ikon pendidikan moral semalaya camni. terbaek.

dalam 20 minit tu. sempat la borak 3-4 topik. gelak gelak. dia tunjuk perut. aku raba perut. tapi baby tak tendang pun. memang baguih la budak ni. memang dasar menghormati orang tua tol la. heh.

jap tu. aku kene chow. dah janji nak pulang kereta jam 3pm. cik sheena mau mengymkan diri. dah nama bukan keta aku. kena la berpijak di dunia yang nyata kan? pegh ayat. mengancam abes. haha.

wahai puan diana. jumpa gak ko akhirnya. nanti bebila. kita jumpa lagi ek. kita huha macam zaman dedulu lagi :)

18.6.11

Latihan untuk minda

pepagi buta dah drift ke uia. gila mengantuk. sampai je. terus ke bilik aing. berdiskusi hal conference bersama aing dan shiqin. siap beli dunkin donut lagi. terbaek la. yums.

ahli? cukup. makan? ada. bahan ilmiah? ada. ok. bley la start berdiskusi secara ilmiah. tak sampai 3 minit setengah. topik bley plak tersasar.

ye ye je diskusi. las las sembang.

sabo je la. kalu tau. membuta lagi bagus. bley mimpi tulis paper conference. bley gak la cilok se dua idea dari mimpi kan? menarik gak tu. haha.

jap tu. shiqin kuar. aku balik ampang. usha adiah untuk cik sheena jap. sampai ampang. sambung baca article untuk literature review. maka aktif la balik sel sel minda aku pasni.

urgh. malas.

16.6.11

Boikot Qatar

ok. sejak dari saat ni. aku memang pangkah qatar dengan sepenuh jiwa. nasib barangan aku takda dari qatar. kalu tak. mau nye aku terus recycle. cewah. marah tetap marah. sampah tetap recycle beb. go green!. huhu.

aritu aku baca buku travelogue nukilan eric weiner tentang qatar. aku memula ingat dia racist. sebab penerangan dia macam qatar ni kaya tapi orang nya hampeh tahap gaban. sekarang. im on your side buddy. hoho.

al kisah nya begini...

aritu aku apply scholarship qatar. ikot kan. hanya 40 orang je dari seluruh dunia yang akan terpilih untuk program ni. aku agak mengharap gak la memula. mana tak nya. dah berangan jejalan syria. eygpt smua. belum apa beb. haha. tapi kalu tak dapat pun. aku tak heran mana pun. aku gerenti. ramai lagi yang terror apply program ni.

tadi buka email. ada email dari qatar. baca. ok. aku tak dapat. maka hangus la angan angan aku nak posing maut di pyramid. haha. tapi takpe. kool. aku bley terima tak dapat. tapi lepas je baca perenggan seterusnya. memang hangin sebadan.

memang macam haram weh. agak agak la kalu iya pun. memang dasar nak kene pegi sekolah menulis balik la. kata nya. ada 300 orang yang apply tahun ni. tapi mahu 40 orang. bersamaan. 260 orang termasuk aku tak berjaya. okey la. fine. tapi bila dia tulis:

"the committee have decided not to proceed with your application because there are more talented and better qualified individuals for this programme than you"

pundek ayam gila. dah la kiteorang abes duit apply benda ni. korang tulis plak camtu. nasib takda terrorist yang apply program ni. kalu dia baca email kena reject camni. memang carik nahas beb. tabah.

kami tau la tak dapat sebab ada orang lagi layak. tapi tak payah la wat ayat gampang camtu. serius bengang. lama jap tu. sedih la plak. abes burn camtu je rm350 aku. kene plak aku ni penganggur berjaya. rm350 dah rupa ribuan ringgit di mata aku kot. pasrah gila. tsk.

hm. life goes on. sekarang. perlu update resume. harus mintak keje. kumpul duit. jelajah sedunia. takmo singgah qatar. wek wek.

15.6.11

Plan B

patut nya turun perhentian akhir bulan ni. tapi ada masalah cket plak. maka.

cancel la trip itu.

hm. boring tol. tapi ok gak. sep rm500 aku. wehuu. tapi dah nama sarah baharudin. mana bley duk dediam. ada je benda nak wat. maka. aku dengan penuh perasaan google aktiviti water sport. ada ada je. hoho. usha usha. terjumpa:

white water tube rafting.

atau juga dikenali sebagai tubing. setakat ni. satu tempat je ada benda ni. hm. macam bes. dekat janda baik. bukit tinggi. takde la jauh mana pun. setakat ni. 6 orang macam dah confirm. fatin macam nak ajak kawan dia. kalu gerak 3 keta. memang layan ah. sungai itu kami yang punyaaaa. bwah-ah-ah.

yeay yeay. main air.

14.6.11

Sesi makan sampai pitam

sempena: sesi melantak bulan ini.
tema: east meet west.
mereka: sarah. nana.
lokasi: damansara. bangsar.
status: sukses

akhirnya. menjadi gak plan makan bersama nana. tapi permulaan hari ni tak berapa nak bes ah. gila malang. nasib aku berjiwa cekal. ecewah. hoho.

a) aku terlambat. jam umah lewat sejam. haram jadah.
b) silap masuk lorong. lalu sesat di kawasan perumahan.
c) jumpa parking. tapi tak muat. dugaan tol la.
d) tak jumpa park wat 15 minit seterusnya.

tapi bila nana tepon aku. terus ada keta nak kuar. tabah. oh nana. ko memang my saviour la. kalu tau. pepagi buta aku dah suh ko tepon. hoho.

misi utama hari ini: makan sampai pitam.

tapi tak pitam pun. naya weh kalu ya. sapa nak bawak keta? las las. makan rupa tak makan setahun. nana sampai takle napas weh. nasib tak pitam bebetoi. jenuh la aku kalu ya. haha. hm. kalu ustax aku ada. konfem dia bangga ada anak murid cam aku. cket pun tak membazir. abes smua lincin kiteorang tibai. haha.

apa yang di makan:
- lunch set di thai express
- melting moments di marmalade
- cookies di plan b
- all u can eat spanish buffet di la gomera
- cheese tart nana bikin

serius banyak. walau list macam pendek. sumpah aku dah tak mampu melantak kat la gomera dalam masa terdekat. ni nak type nama kedai pun dah mual mual. tabah. banyak gila kambing aku makan. nikmat. nikmaaaat. tapi teroverdose sudey. haish. harus puasa kambing la aku gamaknya. mbeek.

nana. next time. kita buffet kat umah epah plak. wehuu. haha.

13.6.11

dua.puluh.sembilan

ini sheena baharudin.
kakak aku dunia akhirat.

selamat hari jadi.
smuga makin kaya.

sayang kamu sampai mati.

11.6.11

Pulang sudey

arini. aku balik kl. serius tertekan. tapi janji tetap janji la kan.

janji satu
mau jaga tot (kucen kak aku) sepanjang kak aku berhora hore di hanoi. urgh. nak itot.

dan

janji dua
mau bawak nana jalan jalan cari makan.

aku amek bus jam 1230pm. macam biasa. sebab waktu ni gerenti bus setingkat. haish. aku memang pantang naik bus 2 tingkat. gila ngeri. masuk umah hantu pun tak meremang camtu. kronik.

1230. tak nampak pun batang hidung bus. tunggu punya tunggu. 1330 ada bus datang. tapi bukan bus aku pun. sebab busan. aku pegi je beramah mesra dengan geng dreba. jap tu. dia suruh je sesapa nak pi kl naik bus tu. ada 8 kosong. aku pun apa lagi. malas aku layan tunggu bus tak sesampai. dah la malam nya nak anta kak aku.

amek beg. salam mak bapak adik aku. dengan hati yang tak berapa nak rela. naik bus. usha usha. alahai. best la pulak. dah la bus setingkat. dapat plak single seat. rasa macam nak menari zapin atas pelangi je. bahagia siot. tak sampai 5 minit bus gerak. aku terus lena sampai kl tuh. haha.

bila pepikir balik. macam untung plak. cuba kalu aku tunggu bus aku. ntah jam berapa baru sampai. hm. adoyai. ntah bila lagi la aku nak balik chukai. last balik setahun lepas. bley kene cop tanggang dengan majlis pebandaran kemaman beb. tabah.

umah. aku pegang. kereta. aku pegang. apalagi..

kita enjoi dulu (ala ala nora danish).

ok. muntah~

3.6.11

K untuk Kenduri

serius banyak menggila kenduri. bagai cendawan tumbuh selepas hujan. ecewah. power tak power ilmu peribahasa gua. amacam?. kagum tak?.

ala.. kagum la.. kagum la.. hoho.

jenuh gak la nak pi smua. tapi rezeki weh bagi insan yang tengah kering. bley sep dwet camni. makan free. lapar je. cari kenduri terdekat. salam mak bapak pengantin. masuk makan. bukan orang tau kita sapa pun kan?. janji perut kenyang. haish.. sesat. memang dasar sesat. hoho.

ok. ok. alang alang kat chukai kali ni. aku turun kenduri 3 kawan:
+ puan asmalia.
+ puan sharadina.
+ puan yani.

serius lama tak jumpa bebudak neh. ada yang 11 tahun tak jumpa. huish. gila lama. kalu ada anak. dah darjah 5 kot. tahun depan amek upsr. argh. cepat nye masa berlalu. tabah.

seronok gak la jumpa kawan lama walau kejap je. rekod beb. sekali tu. aku pi kenduri tak sampai 5 minit. jumpa pengantin. kasi hadiah. borak jap. pastu drift balik umah. mau tengok glee. macam hampeh. tapi takpe. yang penting niat aku murni. jumpa gak pengantin kan? haha.

wahai kawan kawan aku yang sudah diijabkabul atau bakal. tahniah. smuga kehidupan korang selepas kawen sentiasa diberkati dan bahagia hingga hujung nyawa.