31.8.12

Me me merdeka


aku tak gagap. itu bukti betapa patriotik nye aku.

wahai smua rakyat malaysia. juga pendatang asing.

salam merdeka ke 55

jom nasi lemak.

26.8.12

Rumah terbuka luas

good weather. good food. good company.

segala berjalan teramat lancar. alhamdulillah.  

dan mama yuih. terima kasih.

saya dan perut tersangatlah gembira hari ini. 

burppp.

24.8.12

Usha sama dia

jam 1630 tepat. dah semangat balik kerja. dari pekan mantin. terus drift secara berhemah ke pekan nilai. agenda utama?

usha bilik sewa.

serius semangat. siap sampai umah awal dari tuan umah. sabo je lah. hehe. rumah teres 2 tingkat di jati park nilai. 

kawasan memang okeh sangat lah. baru. bersih. selamat (ada rukun tetangga yang rajin meronda). dan paling penting. sekangkang kera ke pusat bandar nilai, tesco dan giant. bes bes. 

usha dalam rumah. serius bersih. berkilat lantai okeh. memang menepati citarasa aku lah. heh. dan fully furnish. mampu back flip aku bila nampak peti ais, mesin basuh dan tv. haha.

bilik pun boleh tahan luas. untuk aku sorang je pun. katil, tilam, almari, cadar, bantal, tirai smua ada. aku masuk lenggang je lah nanti. terbaek!

sebulan rm230 termasuk bil. rasanya bley dapat lagi murah tapi untuk rumah bersih, strategik dan lengkap. dengan pantas aku cakap okeh. haha. 

4 september ni aku masuk. maka jadi warga nilai la aku pasni. woot woot. 

22.8.12

Gado gado

serius menyampah bila bergado sama si dia. sumpah terasa mau terbalik meja sama dia dia sekali. melayang kau. baru padan muka. haha.

baru lah dia dapat rasakan betapa hangin nye aku. murka tahap dewa okeh. tapi tak pepaham jugak. haish. mesti masa kecik jatuh terhantuk tangga ni. tabah.

kepada si dia. 

jangan sampai saya buka silat langit ke tujuh. kes naya okeh. 

haiyaaaaak! 

19.8.12

R untuk raya

dem. how im gonna miss ramadhan. tsk.

walau aku suka raya sebab bley dapat duit raya. namun malang tak berbau. tahun ini. kurang secara mendadak. sudah kerja katakan. ugh. cekalkan hati dan poket mu sarah. heh.

kepada sesiapa yang teringin nak wat amal jariah. ada angpau lebih. atau memang tak suka pegang duit banyak-banyak. sila la kasi duit itu ke cik sarah. hidup kita berdua akan lebih bermakna. ececeh. haha.

Selamat hari raya. Maaf zahir batin.

[ kami ]

[ melarikan diri dari peminta duit raya. lariiiiiiik~ ]

[ saja nak menunjuk kampung ku yang menawan. haha ]

17.8.12

Untuk pengajaran bersama

arini. aku di tahan polis di air itam penang kerna melanggar lampu merah dalam keadaan waras.

wahaha. bongok gila. padan muka aku. nasib warga kereta smua pandai berlakon innocent. sheena, amin dan wawan. tetibe smua hebat berlakon okeh. layak lah dapat anugerah. bravo.

tengah bes bes langgar lampu. tetibe terdengar siren. usha cermin. nampak polis. sabo je la. dengan muka bajet konfiden. terus berhenti tepi. buka lampu. turun tingkap. dan terus keluarkan lesen. cemerlang abes. 

dalam 3 minit setengah. cewah ayat. hehe. datang lah polis di tingkap. kene ceramah baik punya. aku dan sheena dengan muka ala puss in boots terus menegakkan benang yang basah. yang penting konfiden okeh. haha. 

jap tu. mintak maaf. ucap selamat hari raya. dan terlepas!. pheww. lega ceq. kalu kene saman. mampus weh. terbang rm300. dwet raya ntah dapat ntah tidak tahun neh. konfem tak balik modal. hehe.

yang pasti. dalam perjalanan pulang ke gelugor. aku lah pemandu paling berhemah dalam sejarah pemanduan pulau pinang. tahniah buat diri sendiri. sekian. 

16.8.12

Dari ampang ke penang

balik kampung... oooo... balik kampung

rawr. gila excited mau pulang raya. kene plak aku dengan jayanya lari dari kerja. memang adrenaline rush wa cakap sama lu. nanti hari raya. harus anta sms mintak ampun sama hod. heh. 

yang pasti. penang panas nak mampuih. 38 celcius woit. tapi takpe. demi kampung tersayang. kan ku bayangkan aku tengah melepak dalam peti ais. ahh ahh nikmat.

eh jap. apsal bunyi lain aje neh? haha. abaikan abaikan. pape pun. sat lagi. masa untuk food hunt. wehuu. gila seronok. dan dengan itu. maka sesia lah sesi puasa sebulan aku. tabah.

selamat pulang ke kampung smua! :D

15.8.12

Tiga setengah

lokasi: alamanda
mereka: sarah. nana. asrul. 
mood: kelaparan
sempena: sesi iftar bersama nanasrul

dengan pantas aku drift ke arah alamanda dari pekan nilai. aku ingatkan dekat aja. tup tup. silap amek highway. amekau. jauh siot.

memang hampeh sungguh lah. nasib la aku puasa. pandu sambil bersabar. kalu tak. mesti aku memandu sambil makan dalam kemarahan. haha.

sampai di alamanda dalam jam 1900. lepak kejap. dan nanasrul tiba. haish. serius rindu minah ni. dah la tengah pregnant. comei gilak perut. bulat aje. tapi tak sehebat teletubbies. ada tv. heh.

berbuka di black canyon. nasib asrul bikin reservation. penuh siot. hm. memang bagus la asrul ni. anak sapa la neh? huhu. 

makan. borak. bergembira.

serius rindu melepak camni. cuma kurang korum. epahadi takle datang. sorang kerja. sorang di ipoh. hm. takpe lah. insyaAllah ada masa boleh kumpul berlima buat kali terakhir. 

tahun depan? mungkin bertujuh. jadi makcik gojes la aku nanti. kahkah. pape pun. seronok jumpa ko nana, asrul dan fetus. epahadi, kita jumpa raya haji nanti. wehuu. 

14.8.12

Pekerja tahunan


dari dulu sampai sekarang. sama aje. aku kerja siap on time. dan agak tip top sebab aku seorang ocd berjaya. peh. sempat puji diri. haha. tapi aku juga terlampau lah melepak orang nya. takda kekontrol neh. wat hal sendiri jek.

dan arini. aku wat 2 perkara yang berbau rebellious. haha.

pertama
aku apply cuti raya empat hari. walhal baru masuk kerja sehari kot. haha. slumber. aku wat muka kering je. jumpa jean minah hr. mintak borang. isi. dan jumpa hod untuk sign.

hod aku pun heran. siap tanya boleh ke? dia cakap kalu aku dapat cuti. aku orang pertama. haha. aku cakap je lah direct. aku dah tanya hr dan depa cakap isi borang. mintak sign hod. dan hantar. unpaid leave tapi nya. pedulik. janji aku bley raya bersama keluarga. wehuu.

serius tak tau lepas ke tak walau aku dah isi apa yang patut. yang pasti. kalu depa diam je. memang aku balik raya dengan riang ria. sukati. hm. memang suka hati ku pun. hehe.

kedua
disebabkan kebusanan melampau. aku tido je kat cubicle aku. tapi kontrol cket. ubah posisi kerusi mengadap dinding. cari posisi duduk paling selesa. dan lena. memang nyenyak siot. aku harap aku tak dengkur. haha. dalam 2 jam gak lah. terbaek.

5 minit lepas aku terjaga. hod aku datang. mau jumpa katanya. cuak gak aku memula. ingat kantoi aku tido. tak pun hr tak lepas cuti. tapi muka harus konfiden. jumpa dan borak. dia siap tegur aku nampak penat. tu bukan penat. mamai. haha.

aku pun direct. aku cakap je aku busan sampai terlena. pastu aku mintak dia kasi kerja. cewah. mesti dia konfius. pemalas. tapi macam rajin. huhu. maka. dia kasi lah aku kerja research. hm. harus siapkan secepat mungkin neh. baru mampu raya dengan aman. silap silap. hod pun terkagum dengan kerajinan. haha.

*****

lagi dua hari. aku chow balik raya plak. tabah lah rerakan sekerja ku. tak baik dengki dengki. haha. 

13.8.12

Hari nan bersejarah

arini. hari pertama aku bekerja di linton university college.

memang blur gila lah. kene plak jam 0700 dah sampai. semangat! aku kuar jam 0615 pagi kot. takut jem la konon. sekali jalan clear gila. mana tak nye. aku sorang je rajin kuar seawal itu. haha. 

sampai je. aku melepak usha student african jogging. huish. memang mantap. patut bersepah mereka kat olimpik lari. dalam 0730. aku lepak lobi. dah busan usha. smua nampak sama je. heh.

tepat 0800. aku terus jumpa wakil hr. isi borang mana perlu. tour campus. daftar sistem online. amek gambar untuk tag. jumpa wakil security. haish. macam nak wat clearance plak. tabah.

paling takle blah. aku diperkenalkan kat setiap top management. smua dato' dan prof lah aku jumpa. macam okeh je sesorang. muka lepak aje. layann. jumpa hod, shamala. dan saat paling best. dapat meja. wehuu.

walau area aku semak gila babik. lantak. penting bes. agak old skool. partician batu wokeh. haha. tapi hebat banyak dari olympia kl lah. wek wek. emo. huhu. kawan sekerja pun ok. senior belaka. dan wat hal sendiri.

cun lah. janji tak kacau idop aku. haha. dan seperti biasa. aku sorang je malay. smua indian. dan depa ingat aku indian muslim. bagus sangat la tuh. haha. tapi aku suka je. deepavali sakan ah aku tahun neh. yeay.

setakat ni smua okeh. aku macam tenang semacam aje. dulu masuk olympia. tak sampai 5 jam dah sakit otak nak quit. haha. maka. aku amek ni sebagai petunjuk yang bagus. alhamdulillah.

aku start mengajar september kata nya. sementara waktu ni. aku duduk lepak studi modul. wat research dan belajar sistem. em.. i loike. yang penting. raya dulu baru kerja. baru semangat cket. heh.

smuga smua berjalan lancar kat sini. ameen.

12.8.12

Makan sampai pitam

lokasi: traders
insan: pak su sekeluarga. sheena. sarah.
sempena: iftar company
mood: keriangan melampau

kalu mak aku ada situ. konfem kene tazkirah. rupa tak makan setahun je. tapi mana tak nye. ini traders okeh. 

tradeeeeers.

aku selalu jer dengar tentang kehebatan buffet traders. makcik aku yang keje hotel area ampang pun dok puji traders. hm. report bos baru tau. huhu.

buffet traders kira ala ala kl tower lah. makanan power. smua fresh dan sedap. dan tadi. maka terbukti lah segala ura ura. 

aku masuk je area buffet. dah terkagum. mak aih. gila mewah. makanan tak banyak sangat. tapi smua tersangat lah sedap. dan seafood? jangan cakap. melimpah ruah wa cakap sama lu. 

oyster. salmon. lobster. aruba. ketam.

cakap je apa. smua ada. ais krim pun home made ok. waduh bukk. lazat bangat. eh jap. apsal cakap indon. konfem chef indon. haha. tapi serius.sultan pun tak berbuka camni. huhu.

dah ah makan gaya stok setahun. banyak gilas okeh. smua aku cuba. tapi aku asyik attack lobster. aruba. roast lamb dan ayam teriyaki je. serius sedap. dari jam 1930 ke 2200. tak reti balik. gaya cam nak tido dapur je. slumber.

pape pun. makasih pak su dan mak su. pasni. sila lah ajak kami lagi. pasti berbaloi. heh. burpp. alhamdulillah.    

10.8.12

Riak di Ramadan

aku tau aku tak patut meriak di bulan ramadhan camni. tak pepasal tercalar kesucian diri di bulan suci ini. ayaaaaat. tapi serius susah mau kontrol. kene plak bile cite bangga tu melibatkan aku. haha.

ok. aritu aku pi interview di city university college. dan saat itu lah aku di puji menjulang oleh top management. apa kes ntah. bukan aku menang emas olimpik pun. tapi aku layan je. shiok gak kene puji. hehe.

tapi muka tetap kering. maintain. walhal dalam hati dah tergolek dog. haha. dan aritu. tengah bes dok melepak. tup tup. terjumpa hod city university college. yang juga salah seorang orang penting. 

sengih dan tegur.

dia: have u received call from city?
aku: err.. nope. but its ok. i already accepted another offer
dia: what? where?
aku: linton uc kat mantin
dia: oh my. this is sad news. i will inform dato' about this. we really like u and ur name dah accepted. hr slow sangat. dah melepas sorang. hmm.

berkerut dahi mamat ni time cakap. penuh ekspresi okeh. yang aku tau. city uc pun mau aku. waaah. rasa macam hot stuff je. walau kurang relevan. aku tetap mau bangga. haha.

malam ni gerenti mimpi indah. ngeh ngeh ngeh. 

8.8.12

Hijrah nya aku


setelah memikir kan masa depan yang agak kelabu asap. aku bernekad mau berhijrah. walau hakikat nya aku suka uia dan ampang. tapi sampai bila mau kerja memaen kan? sesia je bikin master kalu iya.

dan arini. aku akhir nye terima kontrak 2 tahun mengajar di linton university college. maka. berhijrah lah aku.

dari ampang ke mantin.

sumpah cakap. aku tak pernah dengar tempat neh. tapi masa aku datang interview aritu. agak terkedu lah. besar gak tempat ni. ingatkan kolej bebodo cam olympia. tup tup. amekau. agak meyakinkan. 

cuma tempat jin tendang cket. parking umah ampang lagi meriah kot. sangat sadis bagi gadis metropolitan cam aku ni. cewah ayat. haha. pasrah je lah. insyaAllah ni untuk yang terbaek. ameen.

masa untuk usha rumah sewa. wehuu. 

6.8.12

Feliz

lokasi: las carretas
insan: sheena. sarah.
tema: mexican

arini. cik sheena bawak aku berbuka puasa di restoran baru di ampang. serius terkedu bila sampai. mana tak nye. aku dok lalu beribu kali. tak pernah nampak kedai neh. 

walhal dah agak lama kedai ni bertapak. misteri nusantara tol. melain kan aku seorang pemandu berhemah. pandang depan aje. haha. 

kedai ni ala ala chillies. tapi lebih ke mexican. menu je dah rupa buku teks mexican. berbelit lidah aku mau sebut. tapi bagus. aku suka. ni bermaksud makanan dia akan mexican jati juga. 

aku oder enchiladas. dan sheena. tortilla. untuk appetizer. chicken wing sebab yang laen smua macam terlalu mengenyangkan. tapi gatal gak nak oder appetizer. heh.

lama jap tu. makanan sampai. saiz macam senonoh. bila rasa. mak aih. serius sedap. padat, juicy dan creamy. cheese jangan cakap. mentang mentang bagus menderma sempena ramadhan. pemurah gilak.

dah lincin pinggan smua. aku dan sheena terus pening lalat. kenyang sangat. ntah pape. haha. harga pun okeh bagi aku sebab makanan memang superb. satu pinggan dalam rm29. layaaaan.




bukan setakat standing ovation. aku siap kasi mexican wave sama itu kedai. bukti aku pueh hati. tapi tunggu lima bulan lagi baru aku datang lagik. muak siot. tak penah aku makan cheese sebanyak tuh. heh.

lepas ni mau makan apa plak? yum yum.

5.8.12

Selamat malam cinta


allahyarham shukri yaccob
170360 - 050812 [ 52 tahun ]

tiada kata untuk mengambarkan rasa kasih pada dikau.
semuga tidur mu lena wahai pakcik ku. amin.

3.8.12

Seruan

arini. aku akan pulang ke tempat paling bes dalam dunia.

chukai.

serius rindu.

mau makan kepok sambil lepak laut. tarawikh sama keluarga. ugh. nyaman.

oh chukai. tunggu dakuuuu.

2.8.12

Iftar nan muhibbah

lokasi: restoran muhibbah
insan: sarah. sheena. shan. mei. pyan. sao. fatin
sempena: apa lagi? berbuka puasa lah. yehaa

arini. cuba makanan chinese muslim plak. setau aku. masakan dieorang memang sedap. fresh. belum pernah mengecewakan lagi lah. waduh ayat. kalah jamie oliver. huhu.

patut nya berlapan. tapi cik homam dengan slumber nye tertido di uia. bangun jam 8 okeh. gila sadis. tapi bagus gak. more food for us. bwah-ah-ah.

sesampai je lokasi. terus duduk. nasib fatin booking eawal. duduk tak sampai 10 minit. makanan datang tak henti. terbaek lah.

- nasi puteh
- ikan stim thai style
- udang goreng butter
- ayam masak lemon
- sotong celup tepung
- claypot tauhu jepun
- lala masak halia
- kerabu paku pakis 
- sirap

fuhh. raja pun berbuka tak makan camni. gila mewah. seafood aje. tensi je poseidon kalu tau. haha. tapi serius berbaloi. makan sedap. seafood fresh. banyak plak tuh. superb.

tak sampai 30 minit. lincin weh. kalu meja pingan mangkuk bley makan. dah lama abes. gila rakus. dah la tuh. ada hati mau dessert. ugh. yums. 

terus drift ke ttdi. semangat juang sungguh. ke cafe artisan. okeh. serius bes cafe ni. takle nafi. aku yang kenyang gila pun mampu ter-rambang tengok kek smua. serius bergelora nafsu aku smua. 

dan aku tumpas. siap beli dua kek kot. cheesecake dan lemon zest. suapan pertama. bagai cinta azali. ayaaaat. macam babik. haha. tapi sumpah tobat lillah. sedap nak mampus cheesecake dia. 

dan disebabkan aku. shan dan mei terus beli siap bungkus balik. aku je bedal dua slice. fuhh. memang tak menyesal. lama gak lepak cafe. minum kopi. layan kek. sambil berdiskusi. iye iye je. gosip walhal. maka. kurang lah lagi pahala puasa ku pada hari ini. tabah. 

dalam jam seploh. aku mintak diri mau pulang. gila mengantuk. mana tak nye. lemak cheesecake jatuh kat kelopak mata. dah ah mau drift pulang ampang. jauh sehh. tapi serius. tak pernah perut aku segembira arini. oh cik perut. hargai lah tuan anda yang berhati murni. ok sah aku high cheesecake. ugh.

okthanxbye.

1.8.12

Bola bola api

sarah. nad. mahfuz. zul.

empat sekawan ke perlawanan bola antara manchester city dan harimau malaya.

serius macam tak pecaya. mana tak nye. aku tak suka bola kot. tak paham langsung. setakat kejar kejar bola. aku pun boleh. tobat hangin je peminat bola kalu dengo. haha.

sesedar je. aku dan tiga insan lagi tengah jalan ke arah stadium bukit jalil. tapi serius. sebagai non-believer bab bab bola neh. tadi. aku excited mengalahkan peminat bola paling tegar sedunia. heh.

bukan apa. meriah giler. dengan peminat dok nanyi lagu team bola memasing secara berjemaah nye. dengan lampu lip lap nye. dengan banjir biru kuning hitam nye. wagh. raya pun tak meriah camneh. 

seat jangan cakap. memang terbaek lah. nampak seluruh padang. tak jauh tak dekat. perfecto! sekurang nye perfect lah untuk aku usha badan pemain man city yang hot tahap demigod. 

serius menusuk kalbu. jamuan mata. waduh. sakan mata aku arini. tabah. dan seperti biasa. maka kurang lah pahala puasa aku pada arini. haish.

skor akhir: man city 3 malaya 1

ok lah. yang penting. rimau malaya cuba sedaya upaya. cuma stamina kureng cket. kaki pendek kot. bila lawan sama man city. nampak macam hobbit okeh. kecik gilas pemain malaysia. huhu. tapi takpe. a for effort.

[ seat terbaek lah. cantik gila view ]

 [ sarah & nad. pengkritik badan pemain yang tegar ]

[ mahfuz dan cikgu zul. teman tapi mesra ]

yang penting. mahfuz dan zul enjoi. aku dan nad enjoi gak. cuma enjoi tang laen. heh. em. ni lah pengalaman pertama aku tengok bola live. walau tak paham bola. bila live. aku paham abes smua mengalahkan coach. hoho.

yang pasti. sekarang aku teringin mau tengok bola di uk. konfem lagi meriah. hm. motivasi yang bagus neh. okeh. masa untuk simpan dwet. woot woot.