29.7.12

Makan besauuuu

lokasi: umah ain, putrajaya
insan: ain. luke. nisa. nikos. una. sarah. yana. shiqin
sempena: iftar. sesi beramah mesra
mood: ceria dalam kelaparan

sesi iftar sambil berjejak kasihan di putrajaya anjuran ain dan luke. memang meriah abes. aku belum apa dah excited gila mau ke sana. mana tak nya.. lama gilak tak:

a) melepak bergosip sama aing
b) pepicit sumayya. anak aing yang gebu. rawr
c) jumpa nisa yang kini sarat mengandung
d) hora hore sama yana & shiqin

sekali dapat kumpul camni. dengan pantas aku sampai. punya la pantas. masa aku dan yana sampai. ain dan lukman baru nak masak okeh. gila semangat. heh.

sementara mau tunggu makanan siap dan yang lelain sampai. aku dan yana sibuk melayan sumayya. haaa. jangan memaen. aku main dengan baby okeh! jangan tak pecaya! 

kalu dulu. ada budak aku lari sebatu jauh. dengan sumayya. aku terus jadi insan paling mithali. ayat puji diri siot. haha. lantak. aku pun terkagum dengan sifat keibuan aku. wagh. ayaaaaat. muntah ijo. haha.

tapi serius. aku memang kureng cket dengan budak. bapak budak okeh. amboi ayat. sungguh scandalous. hoho. tapi sumayya spesel cket. budak baik. sengih memanjang. high kot? dah ah gebu. kombinasi membunuh. comei gila siot. grrrr. 

tapi azan magrib je. terus aku lupa sumayya. kene plak bila dah cukup korum. memacam cite ah kuar. serius meriah. makan pun sedap walau simple. tahniah ain dan lukman. bley lah join masterchef pasni. tetibe. 

yang pasti. arini memang layan lah. rindu siot bebudak neh. tapi serius waktu cepat gila berlalu. las aku ingat. aku tak tido bikin assignment di bilik ain. tup tup. sorang dah ada anak. sorang preggo. sorang mau ke ireland. sorang mau nikah. gila lah. waktu pecut ke apa neh?

pape pun. kepada ain dan luke. terima kasih ajak iftar di rumah. tahun depan ajak lah lagi. slumber. dan yang lelain. shiok hora hore sama kamu. gossip tadi je dah hilang separuh pahala puasa arini. haha. panjang umur. insyaAllah kita jumpa lagi ramadhan depan. wehuu. 

[ sarah & sumayya cik bambam ]

25.7.12

Rezeki Ramadhan

di suka cita nya dimaklumkan bahawa

cik nur sarah baharudin

baru menerima cheque dari boss bernilai empat angka. 

alhamdulillah. 

mau bergolek aku tengok nilai tadi. pertama kali usha dwet banyak okeh. tu jakun semacam. haha. tapi yang penting. masuk je akaun jumaat ni. mau bayar apa yang patut di bayar. dan selebihnya?

enjoi!

yea yea. dwet! 

23.7.12

Kini berdua

ferman. seorang pastry chef berjaya. dan juga sepupu aku. 

serius lama gila tak ketemu. asyik kerja oversea aje. dari dubai ke maldives ke seychelles. hm. gila bapak bes. agh. aku jeles. 

ah takda takda. kerja lah jauh mana sekali pun. tiba seru aku kawen nanti. ko wajib pulang bikin kek sama aku. haha.

dan tetibe. man pulang ke malaysia. kawen katanya. terkejut jap aku. tapi aku restu je. cewah ayat. huhu.

kawen sama orang indonesia. mietha dari yogyakarta. bagus lah. ferman pun memang separuh indon. abang smua nikah orang sana. maka. bertambah la suku sakat ku di indon. caya lah! dan tadi. 

iftar dan mini kenduri.

di rumah mama yuih. khas untuk keluarga saja. kurang 40 orang. sangat lah intimate. semata untuk perkenal ponu. man dan mietha harus pulang kerja di macau minggu depan. 

memang riuh gila lah. good food. good people. what else can we ask for?

kepada ferman dan mietha. selamat pengantin baru. smuga smua nya sukses di macau. jumpa kamu di sana nanti ya. ameen. *amek peluang je* haha.

[ ferman. sheena. mietha. sarah ]

21.7.12

Selamat datang Ramadhan


11 bulan kemudian.
ramadhan tiba lagi.

selamat bersahur.
selamat berpuasa.
selamat berbuka.
selamat berterawikh.
khas buat warga islam sedunia.

misi tahun ini:
sekurangnya 15 terawikh. chaiyok.

smuga segala ibadah di terima dan diberkati seadanya.
ameen.

19.7.12

Pekerja paling cemerlang


arini. aku ponteng kerja demi layan batman dark knight rises di mbo ampang. 

terbaek lah!

serius lama aku tunggu cite ni. sekali insider cakap kuar hari khamis. terus sujud syukur okeh. mana tak nya. hari kerja. takyah beratur panjang tahap menguji keimanan. fuhh lega.

dan hari kames punya pasal. pi mbo jam 1430. tengok tayangan jam 1440. dan ah kurang 20 orang dalam wayang. oh nikmat. tapi dalam nenikmat. gangguan mental tetap ada. 

mamat sebelah aku bising gila kot. bunyi sms memanjang. kaco konsentrasi aku je mau tatap bakal suami, batman. ugh. las las. aku sound tepek je. pueh hati aku. haha.

pape pun. batman 3 memang bes gileeeeer. untuk aku lah. memang ending trilogi yang sangat mengancam. jalan cerita superb. pelakon hebat. dah ah ada elemen sedih. menitis gak lah air mata jantan aku neh. nasib pandai cover. heh.

lepas abes wayang. terus ke kedai hindu layan idli. dah lama aku mengidam kot. bila dapat. masyaAllah. sedap tahap dewa. terus kuar unicorn atas pelangi. ok tipu. haha. tapi sedap lah. yums.

sesungguh nya. arini adalah hari yang sangat bes. tak sesia aku ponteng kerja. haha. 

17.7.12

Outbac Broga siri dua

hm. aku pun tak tau lah. penat atau magik. lunch makan nasi bungkus paling sedap di alam semesta. serius weh. smua makan macam hape je. kebulur tahap dewa. tak sampai 5 minit. lincin. ganas amat. huhu.

jap tu melepak sambil usha outbac broga. lawa gak tempat neh. sejuk mata memandang. sejuk lagi bahu memikul. tetibe. ok abaikan. haha. dan kami terus ke aktiviti ketiga. waterfall abseiling

lokasi kali ni dekat cket. van 5 minit. hiking 15 minit. okeh. hiking kali ni agak penat. curam siot. tapi sesampai je puncak. tak sempat nak lega. dah kejang urat saraf plak. mak aih. sumpah tinggi air terjun neh. tabah.

baca doa apa perlu. dan redah. haish. serius cuak. dah ah tinggi gilak. lincin plak tu. air terjun plak troll. mencurah manja kat muka. serius tak nampak. tapi part tu yang bikin mencabar. bes bes.

sampai je bawah. muka bangga gila dengan pencapaian diri sendiri kot. haha. patut nya aktiviti 6 jam je. tup tup. 10 jam. memang berbaloi lah dwet aku. rm45 je kot. huhu. 

overall. aktiviti kali ni memang bes gila lah. memang aku syorkan wat sesapa yang mengidam outdoor lasak. harga murah. bersih. pekerja efficient. memang terbaek lah.  

 [ serius lawa outbac broga. tenang amat ]

 [ sesi hiking ke lokasi pengambaran. ayat abes superstar ]

[ sesi waterfall abseiling yang mencemaskan ]

[ gila tinggi. dah ah 90 degree. tapi gilak bes ]

[ zetty. una. sarah ]

pape pun. yang penting, una dan zetty enjoi. tapi sedih gak lah sebab pasni una mau ke ireland. dah tak cukup korum. hm. harus kumpul dwet camni. bikin outdoor di ireland plak. iye iye je. heh.

pasni ramadhan. pakat duduk dediam. lepas raya. mau bikin apa plak ek? 4x4 macam menarik. hmm *evil grin*

16.7.12

Outbac Broga siri satu

lokasi: outbac broga, semenyih
insan: sarah. una. zetty
sempena: waterfall abseiling. rock climbing. rapid tubing
mood: excited dan cuak menggila

patut nya berempat. tapi fatin harus balik penang tetibe. emergency. tok dia kene cancer. mau operate kata nya. kepada fatin. insyaAllah smua akan berjalan lancar. kalau ada masa. kita bikin satu lagi aktiviti bagi cukup korum. yeah. 

ok. yang pasti. ini lah sesi outdoor paling bes dan mencabar dalam sejarah hidup aku. memula macam blur cket. ingat bebiasa je. sekali sampai lokasi. amekau. terus kejang urat kentut. huish. gila extreme. tabah.

memula. pakat reramai naik van ke jeram kedah. 15 minit perjalanan. dan 5 minit hiking. agak rileks lah. tengah bergembira. tetibe kene berhenti. tengok dinding. mak aih. gila babik. ugh.

aktiviti pertama. rock climbing. nampak cam senang. tapi serius susah. penat nak mampus. dah ah dinding hampir 90 darjah tegak. takda training takda ape. terus kene panjat. terdengar jeritan batinku kejap. ok. ayat macam haram. haha. 

dalam sebelas gadis. lima je berjaya ke puncak. termasuk lah aku dan una. wehuu *victory dance* macam tak pecaya. tetibe teriak plak kan? huhu. walau semput menggila pastu. tapi abai kan. janji sukses. tahniah sarah. tahniah. heh.  

lepas smua dah panjat. ke aktiviti seterusnya. rapid tubing. ok. ingatkan tubing ni rileks. usha usha. mak kau. kejang lagi. adoi. serius membunuh. sangat curam ok.

ada yang takmo wat. cuak sangat. memang rapid sungguh lah. aku, una dan zetty redah aje. dah bayar punya pasal. yang penting. mengucap dulu belum apa. hehe. tapi smua pakat tergolek dog ah. sabo je lah. nasib bes. 

abes je sesi kedua neh. masa untuk pulang ke kem outbac. lunch katanya. smua pakat sujud syukur kot. serius kebulur. ugh. nasik.. tunggu daku. 

 [ jeram kg. kedah yang menusuk kalbu ]

 [ dinding azimat. nampak senang. susah gila okeh ]

 [ semangat gila aku memanjat woi. haha ]

 [ turun secara abseiling. best woo ]

 [ sesi rapid tubing yang mendebarkan. serius ]

[ sempat baca doa naik kenderaan. haha ]

13.7.12

Dan seterusnya

aritu. aku, fatin dan mia ke spatzone paintball. melayan sesi menembak yang penuh pancaroba.

arini. di kala ketagihan aksi lasak. aku dengan semangat jitu memborong voucher outbac broga plak. ada je aku neh. huhu.

dengan hanya rm45 sorang. kiteorang dapat:
+ rock climbing
+ waterfall abseiling
+ rapid tubing
+ lunch & hi-tea

serius berbaloi gila. dan seperti biasa. aku angkut jelitawan bernama una, fatin dan zetty. kali ni cukup korum. tapi itu harus. sebab ni aktiviti terakhir berempat sebelum una ke ireland. 

huish. serius tak sabar. dah lama aku mengidam rapid tubing. tercapai gak akhirnye. bes bes. pape pun. smuga kami tidak lebam lebam. ameen.

yeay yeay

12.7.12

Malang

malang. seribu kali malang.

baru je beli adaptor baru. dah jahanam arini. haram jadah tol la. 

tengah bes bes aku tengah caj laptop. tetiba terdengar bunyi meletup. pastu bau hangit. serius sentap aku dan nad kejap. ingat ada puaka dalam iimu. haha.

usha usha. adaptor aku. wagh. pundek. dengan muka abes membunuh. terus ke low yat okeh. nasib baik depa kasi tukar adaptor baru. 

hm. heharap adaptor baru ni ok lah. kalu meletup lagik. memang aku letupkan kedai tuh. ecewah. abes militan ayat. haha.

pape pun. smuga adaptor ni umur nya lebih panjang. ameen.

9.7.12

Maka tamat lah riwayat nya

selamat tinggal cinta. 

terima kasih di atas segala jasa mu. ketika senang. mahupun susah. kau tetap setia di sisi. 

dan kerna pemergian mengejut dikau. aku terpaksa ke low yat demi mencari penganti. abes terbang rm65 aku demi adaptor asus notebook terbaru. ugh. pokai lagik.

oh ahmad (nama adaptor lama aku). smuga dikau berada di dunia yang lebih indah. 

sekian.

8.7.12

Kecantikan itu hak setiap insan

arini. kak nad hadiah kan smua warga iimu produk kecantikan. gilak lah. pertama kali okeh. selalu dapat coklat atau biskut. kali ni produk kecantikan kot. gila advance. huhu.

+ green tea spa salt shower bath
+ under-arm whitening cream and deodorant (aku oder)

dedua produk siam jenama yoko. borong di padang besar katanya. aku dah test tadi. mak  aih. sangat best okeh. sumpah lincin gila kulit lepas lulur. gelongsor pun tak selincin aku. dah ah aku berbau teh pastu. tambah gula cket. dah bley minum cicah biskut. haha.

oh terima kasih kak nad! 

pasni aku akan howt seperti awek siam. siap ketiak putih berkilauan mengalahkan edward cullen. ganas tak ganas. ok smua orang. sila jeles. bwek. 

okbyemaupergimenghayatikecantikanalam.

5.7.12

Rezeki usah di tolak

lokasi: umah maksu
insan: sarah dan keturunan sharom
sempena: tahlil wan dan birthday dani
mood: kelaparan melampau

arini. aku dengan semangat jitu ke rumah maksu di gombak. dah ah tak tau umah. alamat takda. main redah ikut sukati je. niat murni punya pasal. terus jumpa rumah okeh. sumpah terasa hebat. ala ala gps bergerak. hm. boleh lah join avengers pasni. hehe. 

menurut maksu aku. ada dua event. memula majlis tahlil untuk arwah wan. selang sejam.  sesi memakan sempena birthday dani ntah ke berapa. slumber. tapi serius aku tak tau berapa umur budak tuh. yang aku tau. nama dia dani. hampeh gila. haha. 

aku sampai lewat cket sebab datang lepas settle smua keje. pastu cik sheena plak takle join. ada hal. hm. ni mengelat nama nya. huhu. tapi sorang pun sorang lah. redah aja. yang penting. aku mewakili keluarga baharudin. chaiyok. 

sampai je umah maksu. aku terus ke dapur okeh. hebat tak hebat. serius menantu pilihan. haha. walhal blur nak mampus sebab umah aku takda dapur. haha. tapi aku wat konfiden je. keje aku potong kek dan apa saja yang bley dipotong. maka terbukti lah aku ni berketurunan ninja. tetibe. haha.

dalam 4 jam gak lah aku lepak situ. tak leh balik awal. nanti maksu paksu aku mengungkit sampai raya 2018. kematu telinga aku mau dengar. baik duduk melepak sambil merapatkan ukhwah sesama sepupu. 

tapi serius makan sedap. nasib baik. kalu tak. dah lama aku mogok lapar. ececeh. macam mampu. haha. pape pun. selamat hari jadi dani. smuga membesar dengan sehat. kepada maksu dan paksu. terima kasih ajak. makan sangat sedap. sumpah tak sesia aku datang. 

[ muka excited dapat goodie bag ]

3.7.12

Panggilan dari seberang 2

pegh tajuk. macam movie susulan bajet rendah je. huhu. 

minggu lepas. linton panggil interview tahap las minit melampau. serius jemput tak eklas. kali ni. depa inform awal sehari. sejuk hati mak dengar. aww.  

aku memula serius malas. gila bapak jauh mantin. tapi layan je lah. tak cuba konfem takda peluang. mana nak tau memang rezeki kat situ kan? sesiap. dan terus ke mantin. 

sejam kendian. tiba di linton. masuk dan tunggu giliran. masa tunggu. bley plak join melepak sama student sana. sempat join agm silat cekak kot. ntah pape. macam kene pukau pun ye. sesedar. tengah dengar briefing silat cekak. bongok gila. haha.

lama jap tuh. nama aku kene panggil. bebudak tuh bley plak ucap good luck smua. sumpah terharu. sumpah terasa macam nak adopt je bebudak tu. oh murni nya niat ku. heh. 

masuk. dan bermula lah sesi temuramah bersama puan jenny. executive director yang garang. dan felishia. ketua hr. memacam lah depa soal seperti:

a) what motivates u to study english
b) how do you handle large class
c) what can u contribute to this institution

dan sebagainya. 

yang pasti. dia cakap aku sangat passionate. mentang mentang aku cakap dengan tangan tangan. abes italian okeh. hehe. 

bila part gaji. dia cakap aku mintak tinggi sangat. kene plak pengalaman aku ciput gilak. maka dia offer rm2800 permulaan. ntah lah ok ke tak. yang pasti. okeh dari olympia college aku kerja dulu. hm.

dan sebelum balik. jenny berkata kata:

"i'll make sure my staff prepare the documents and contact u"

dan dia blah. okeh. sangat lah donald trump. tetapi soalan nya sekarang.

aku dapat ke keje tu?

sumpah aku konpius. haha. dia tak cakap "u got the job", "u're hired" atau "yea yea new colleague". cuma cakap pasal gaji. dokumen dan tamat. aku balik blur gile kot. dapat ke tak? tabah.

hm. lantak lah. aku tunggu 3 minggu. kalu diam. kira tak dapat lah tuh. kalu ada, alhamdulillah. walau pun parking aku lagi meriah. takpa lah. demi dwet dan pengalaman. hakikat nya sekarang. aku dah pokai. urgh.

puhh puhh. smuga dapat. ameen.

1.7.12

Splatzone paintball

lokasi: splatzone selayang mall
insan: sarah. fatin. mia.
sempena: sesi indoor paintball
mood: membunuh

ni lah sesi paintball pertama dalam sejarah hidup aku. serius cuak memula. mana tak nye. asyik dengar cerita orang luka parah sampai pitam lah. buta lah. kudung lah. haish. ngeri okeh. cekal je lah.

semangat punya pasal. sampai awal mengalahkan staff. haha. dan nak jadi cerita. sesi 9am, 3 orang je daftar. tak nak aku lelari bertiga je. jadi aku bincang dengan staff. maka gabung dengan sesi 11am. 22 orang. peh.

sementara nak tunggu jam 11am. sempat lepak frim jap. warming up la konon. walhal pusing frim naik keta. pemalas gilak. haha. jam 11am. balik ke splatzone. dan bersuai kenal dengan 19 yang lain.

ramai gila laki. dan sesorang ganas semacam je. adoyai. dengar safety briefing cket dan terus ke medan peperangan. wagh. memula. main catch the flag. memang macam haram. konfem bebudak laki tu smua ganas nak mampus. memang no mercy.

aku plak abes strategi. tembak bila dah aim. tak main lah membabi buta. cewah. dan berkat strategi aku. peluru aku tahan lama gila. wakaka. sapa yang abes pellet. takle main dah la. rugi. baru nak shiok dah kene chow.

dan yang lagi bangga. aku last woman standing. cewah. abes rambo okeh. dan top 6. last game aku kene tembak kat bontot. cilakak. nasib kulit tebal tang tu. haha.

bila habis 3rd round. aku kuar la buka mask. ada plak budak mana ntah terkejut. sebab aku pompuan. ha.. jangan memaen. tembak kang. ecewah. haha. tapi bangga gak lah sebab macam hebat walau pertama kali. macam je lah.

  [ fatin. sarah. mia ]

[ bakal gunner cemerlang ]

[ abes otai lah tu. hoho ]

[ pejuang keamanan negara ]

pape pun. yang penting, fatin dan mia enjoi. lepas ini. bley layan outdoor lagi. tapi mau bikin apa plak ek? mudtrekker macam gempak. hm. masa untuk simpan dwet. wehuu.