28.8.09

Tak paham

malam semalam.

lagu sean kingston 'fire burning' berbunyi. lantas aku jawap telefon.

aku : hallo..
dia : hello. erm.. awak sapa?.
aku : aik?. nak cakap dengan sape ni?.
dia : nak cakap dengan aina. dia ada?.
aku : silap nombor ni..
dia : eh.. sori. sori.
aku : eh.. takpe. erm.. selamat berpuasa.
dia : selamat puasa jugak. i love you.
aku : heh?. hahaha. ok la. babai.
dia : ok. babai.

letak fon.

serius pelik nak mampus laki tu. apa kes cakap 'i love you'?. bodo gila. macam kurang kasih sayang pun ada. siannn. macam nak ajak dia gi iftar pun ada tapi malas la. baik aku beli dominos makan sorang-sorang dalam bilik. lagi bes. yum.

pape pun.
kemusykilan tetap selimut diri ini.

26.8.09

Aku ada cinta baru

akhir-akhir ni aku:
+ makan tak kenyang
+ tido tak lena
+ mandi tak basah (basah je walhal)
+ asyik rindu je

masalah aku memang makin kronik. kerja semua tak siap. dok tatap komputer je hari-hari. sanggup bangun pepagi buta semata-mata nak tatap cinta aku. arghhh. aku macam dah gila. walau hakikatnya. hati aku berbunga-bunga setiap kalu berjumpa.

cinta. oh cinta.

aku sangat cinta kan kau game pokemon dalam komputer ku.

damn u. sebab kau. kerja aku tak siap.

Lapar tahap maksimas

aku lapar.
aku agak lapar.
aku sangat lapar.
aku teramat lapar.
aku terlampau lapar.

ntah nape. biasa tak sahur. orait je. tapi harini. aku lapar tahap dewa. dalam kelas. perut aku bunyi je keje. macam bunyi philharmonik kena serbu pun ada. mpghkgthhtjkhkthkth. hm. saja nak demo cket.

dalam perjalanan meronda di sekeliling HS. hujan. aku takle balik pun. aku dengan yakin nye pergi ke HS cafe untuk order makanan tengahari. aku dah pikir nak makan nasi puteh. ayam goreng. pedal sambal. waaa. sedap nye. tapi harapan aku punah. macam biasa la. tensi.

macam mana la bley lupa diri ini puasa. tsk. sungguh dugaan.

24.8.09

Kisah syahdu di awal Ramadhan

bulan yang paling aku suka dah tiba. bulan Ramadhan. weeeee.

dulu aku suka Syawal sebab raya. tapi makin tua ni. duit raya pun makin kurang. kira makin kurang motivasi untuk suka bulan Syawal ni ha. huhu.

walau semangat aku berkobar nak sambut Ramadhan. aku dah kecewa dua kali masa berbuka. makan biskut dan air kosong sorang-sorang dalam bilik. gila tragis. aku rasa macam belajar kat luar negara je. walhal uia je. gombak plak tu. hmm.

roomate aku takda. balik umah. aku nak gak balik umah. tapi kerja banyak. chait. apa apa pun. aritu aku sahur dengan roomate aku yang baru balik dari umah. meriah la cket. kira terubat la luka aku buka posa cicah biskut digestive dark choc yang lazat dengan air suam. tsk.

pape pun. selamat berpuasa untuk diri sendiri. smuga dapat kejar sekurangnya 15 terawikh. chaiyok.

21.8.09

Tiga C

aku budak linguistik. dalam kelas morphology. aku belajar tentang penghasilan perkataan baru daripada hasil gabungan dua atau lebih perkataan lama. beberapa hari lepas. aku mempraktikan apa yang aku belajar ke arah jalan yang salah. apa nak jadi ni?. hmm.

sushi king. beberapa hari lepas.

aku nak mintak tolong zetty ambik cili. tapi sebagai insan yang rakus. aku nak cakap dalam dua bahasa. bahasa utara dan bahasa kamus. konon bajet power la. tapi hasil nya. sungguh ntah pape.

cabai + cili = cibai.

"tolong amek cibai tu"

terasa diri ini sungguh pervert. apa laa.. seperti biasa. niat aku murni. tapi orang kalu tak tau. mesti pandang aku semacam. arghh.. apa nak jadi ni?. camne aku nak kerja di dewan bahasa dan pustaka?. mesti hancur. hm.. dah la. aku nak pegi bertakaffur. semuga selepas ini. penggunaan bahasa melayu aku tak disalah erti lagi. hehe

Aku tak berniat pun

ketika menunggu shan bayar barang di kaunter watson.

aku : baru abes spm ke?.
dia : eh.. takde la. dah lama dah.
aku : oh.. takde la.. nampak awet muda la.
dia : terima kasih.. (malu-malu)
aku : erm.. okey la. babai azmi..
dia : (sengih dan masih memalu)

bila aku kuar je dari watson, jj keramat.

shan : ohh.. sarah ngorat yeee.
aku : eh.. manade. saja je nak sembang.
shan : eleh.. sarah ngorat. wahahaha.

mana aku nak tau orang melayu rempit ngorat macam tu. niat aku murni kot. tapi di salah erti. hmm. lepas ni aku nak tanya soklan guna isyarat tangan plak. tengok aku masih jatuh dalam kategori ngorat atau apa. hehe

17.8.09

Aku buncit kerna kau, alia dan zetty

lokasi : jj keramat
foodie : sarah, zetty & alia

aritu zetty ajak aku ikut pi jj keramat. semua nya bermula pabila alia ajak zetty. dan zetty ajak aku. disebabkan aku tak tau nak ajak sapa. maka dapat la kami tiga serangkai. sanggup ponteng kerja awal tu semata-mata nak pi jj tu. memang pekerja contoh.

sampai je jj. terus pi makan dekat sushi king. zetty dan alia kedarah sushi. aku plak makan dory fish. aku tak berapa nak lalu sushi ni tapi unagi dia sedap sial. yum. lepas makan kat situ. lari pi beli shake kat wendys jap. pastu kami pi maen game kat arked atas. macam-macam la. arked tu kaya malam tu sebab kami bertiga je. maen gendang. tembak-tembak dan menari-nari. konon nak kasi pecah lemak la. haram.

lama jap tu. lapo balik. sambung makan dekat noodle house plak. aku hampir mengalirkan air mata bila air aku sampai. bekas besar nak mati. tu bukan gelas dah tu. rupa balang. tapi aku suka. rasa macam nak kasi pembancuh air tu medal. sebab air banyak dan sedap. bravo! kamu memang dilahirkan sebagai pembancuh air berjaya. sukati je.

pastu lompat kedai laen plak. pi korean bbq chicken plak. order lagi. kami order semua laen-laen. baru bes. bley try orang laen punya. alia punya kochi paling sedap. sangat jeles. tapi takpe. laen kali aku pi situ. aku nak borong kochi dia. yum yum.

dalam tempoh beberapa jam. kami makan di empat tempat. dan aku sorang je abes rm70. gila. apa yang aku makan banyak sangat ni?. urghh.. tapi takpe. aku balik dengan hati gumbira dan perut yang penuh. rileks. bila lagi. tapi semua nya berubah bila satu baju aku ketat. waaaaa.. apsal tragis sangat ni?.

oleh kerna itu. aku salahkan alia dan zetty sebagai punca baju aku ketat. takmo kawan dah. tsk

2 gadis dan layang-layang

lokasi : taman metropolitan, kepong
tarikh : 090809
insan : sarah dan asma

aritu aku teman asma pi maen lelayang dekat taman metropolitan. dah lama sangat dia mengidam. sian gak aku. maka, sebagai insan yang berhati murni. pi la teman. aku pun tak paham. nape mengidam maen layang-layang?. orang mengidam makan benda sedap. dia mengidam layang-layang. tsk. oh asma.. dari dulu sampai sekarang. ko tetap unik.

kami pun mula la ekspidisi mencari lelayang. ronda punya ronda. jumpa la kedai juai lelayang akhirnya. kami beli yang warna kuning. ada muka smiley. senang cket nak cari kalu hilang. sebab kami punya je warna kuning dan tersenyum. rm25. layan la. janji ada. jap tu. dua gadis pun lari-lari nak kasi lelayang tu terbang. aku dan asma rasa macam bengong je tapi takpe. yang penting. lelayang kami naik lagi tinggi dari orang sebelah punya. competitive sakan. hoho.

tak sampai 10 minit kemudian. aku dan asma dah busan. macam menyesal plak beli lelayang rm25 tu. dalam perjalanan pulang..

asma: anyone wanna buy my kite?

tapi haram takda orang nak. haha. disebabkan dah beli. aku suruh asma main dekat opis dia sampai dia rasa berbaloi rm25. masuk je dalam kereta. hujan. pheww. lega seyh. timing yang sangat cantik. lepas tu. asma hantar aku pulang uia terchenta. hipokrit. walau maen lelayang tak sampai 20 minit. aku dan asma dua-dua gembira kerna

asma - berjaya maen layang-layang
sarah - dapat jumpa kawan lama setelah setahun tak jumpa

14.8.09

Sarah dan raksasanya

Sarah Baharudin dengan ini mempersembahkan...

tadaaaaaaaaaa...

ha.. ni la lukisan hasil seni cik hamijah @ midge. comei kan?. aku rasa macam terharu plak ada orang nak lukis semata-mata di inspirasi oleh aku. macam bangga pun ye. ngeh2. semua orang. sila jeles!.

cik midge. mekaceh. saya suke!

9.8.09

Aku TERsilap main mata

oh sungguh tragedi. semua ni berlaku gara-gara

+ rabun yang amat tapi takmo pakai spec. degil.
+ overdose lamb. separa mabuk.

benda ni berlaku 2 hari lepas. masa dinner penutup conference kat banquet hall. ramai la vip. aku niat nak ngorat tok arab kaya. uishh. jangan memain. tok arab yang bentang paper aritu. semua wangi-wangi. comei pun comei. pandai plak tu. tsk. geram ceq. gile. tapi tak wat pape un. tengok dari jauh je. cuci mata beb. yum~ hehe.

haa.. masa dinner. aku mula-mula duduk dekat meja sebelah vip. aku dok bergumbira dengan teman sekerja semua. balas sms bawah meja. busan gila dengar ucapan. sikit-sikit sudey. ha. lama jap tu. aku pusing tengok meja vip sebelah. aku pun tak tau apsal. dengan tibe-tibe. aku senyum sebelah sambil angkat kening kat satu mamat kat meja vip tu. (aku yakin aku mabuk lamb) tapi seyes tak nampak sapa dia mula-mula. aku rabun beb.

pastu lama jap tu. bila mata aku dah mula fokus. aku sedar laki tu ejas kedudukan dia kasi tegap cket. dengan senyuman yang lebar yang amat. dia angkat balik kening kat aku. muka gatal nak mampus. aku terkesima terus. padan muka aku. aku terdiam bukan sebab dia balas balik. tapi kerna dia orang penting uia. waaaa~ geli sial. orang tua itu adalah..

ustaz hamidon

ayuh muntah beramai-ramai. disebabkan benda ini berlaku. aku dah nekad nak pakai spec di saat-saat genting. tsk.

Kryptonite aku adalah lamb

biar kuat camne sekali pun. semua orang ada kelemahan masing-masing. cuba tengok superman. bley terbang laju-laju. lawan dengan 15 orang jahat macam cerita tamil. bley angkat besi berat. tapi pantang dekat je dengan kryptonite. lembik macam sotong. gila potong stim tol la. tsk.

kalu superman lembik dengan kryptonite. kryptonite aku pulak adalah lamb. waaa.. pantang jumpe. dan dan lutut lembik. macam cinta pandang pertama. gile. huhu. kira aku memang takle tolak la lamb lanie. aku sekarang ni dalam fasa gila makan lamb. dulu gila makan dark chocolate. sekarang.. lamb. hmm. memang tak masuk langsung tapi dua-dua sedap sial. slurpp~

hmm. tak sangka kambing busuk yang aku tengok tepi jalan tu sedap rupanya. haa. patut pun ada peribahasa ' dont judge a book by its cover'. memang tetap la beb. tu la. senang sangat kalu nak culik aku. kasi je lamb. aku pantang overdose. terus mabuk. takyah minum arak-arak ni. eh jap.. kalu aku mabuk makan kambing. apakah kambing tu haram bagi aku?. errrrr.. abaikan. abaikan.

oh kambing. kenapa kamu sangat sedap. aku ingat bila dah dewasa nanti. aku nak wat bisnes la. siang aku jadi lecturer. malam aku ternak kambing. macam menarik. oleh itu. siapa-siapa nak beli kambing dalam tempoh 10 tahun lagi. jangan segan-segan kontek aku ye.

mbekk mbekk.

5.8.09

Hanya untuk bacaan dewasa

aku ada satu bos baru (dah sebulan kot?). nama dia sharizad. booo. baling botol. boooo. aku memang tak suka dia langsung. tapi sebenarnya. bukan aku sorang je tak suka. malah satu opis tak suka dia. sebab dia memang macam haram. aku tak reti nak terang tahap keharaman dia yang tak perlu disamak itu. yang pasti. dia memang tak pikir perasaan orang laen langsung.

semalam. kami warga iimu kena jaga conference dekat senate hall. masa tengah wat kerja. dia datang cari aku. dia suruh amek bunga dan lapik meja dari opis dekat tingkat 2 untuk majlis pembukaan. masa aku nak turun amek barang. sharizad dengan suka hati mak bapak dia je tolak belakang aku. konon nak suruh aku cepat la. urghh. dan ntah nape. aku dengan pantas nye berkata:

*budak bawah umur sila tutup mata*

aku: "pukimaaak tol la.."

dia takda kasi pape respon. aku tak pasti dia dengar ke tak tapi gile pekak kalu tak dengar. orang yang berdiri jauh pun bley dengar. eee.. hangin gila aku. dah suruh tu dah la. bukan nya aku duduk balik bila dia suruh. aku terus ke arah lif. tapi ni nye tak. nak gak tolak. nasib baik aku tak tolak balik. kang tak pepasal ada orang jatuh dari tingkat 5.

lepas tu. dia cari pasal lagi. benda kecik jadi besar. bila aku tanya apa masalah kecoh-kecoh ni. dia cakap takda pape sambil sengih. ikut hati. aku memang nak tenyeh-tenyeh je dia dengan durian. dia mengarah semua orang macam-macam. tapi dia tak wat pape. aku tau dia boss tapi kalu dah nampak semua orang sibuk. dia nak cepat. pi la wat sendiri. tak susah pun. pastu duduk gosip dengan kawan-kawan dia yang semua ntah pape macam dia.

tak reti wat keje tapi nak makan free. gila tak malu. lepas ni. sharizad dah nak blah dari opis kami. dia mintak tuka pi s-dev plak. kami satu opis hepi. sian gak kat sharizad tapi dia sendiri yang cari masalah. padan muka. wek wek.

3.8.09

Kawan yang layak di luku-luku

aku ada sorang kawan ni. aku kenal dia dah hampir 7 tahun. kalu ada anak. dah masuk darjah satu dah pun. isk.. gila lama!. aku first time jumpe dia dekat matrix. intake sama. kelas sama. tapi lepas satu sem. dia tuka cos. aku dengan dia?. kawan tetap kawan la. tapi sejak masuk main camp. kiteorang jarang contact cket. sekali-sekala je. aku selalu je ajak keluar dengan kengkawan lama tapi dia asyik busy je. takpe la.

sejak akhir-akhir ni. dia tiba-tiba selalu ajak aku kuar. siap amek aku dekat uia. pi makan kat luar. dan hantar aku balik. pantang dia singgah uia. mesti cari aku. aku dapat rasakan dia dah takda kawan kat uia. tu yang cari aku balik tu. aku kadang-kadang malas gak nak layan orang camtu. bila ada kawan, lupa. bila sorang, baru terhegeh-hegeh nak cari. tapi tak sampai hati la plak. aisehh.

satu hari tu. dia ajak lepak ramai-ramai dekat klcc & pavilion. aku setuju la. patut jumpa 2pm dekat klcc tau. tapi 2pm. batang idung pun tak nampak. sms pun takda. diam je. dalam 2.10pm. aku sms tanya dia dah dekat mane. lama jap tu, dia reply. jawapan dia memang buat aku terbakar. macam haram.

kawan: sarah.. aku kena amek kak aku dekat klia la. alamak. camne ni?. aku ingat esok. rupa-rupa, harini.

erkk.. memang macam sial. aku tak kesah tapi boleh tak cakap awal-awal?. aku tak mintak ko telefon. ko sms cakap tak jadi pun takpe. ni nye tidak. kalu aku tak sms. dia diam je la. lama kejap tu. aku pun balas sms dia. aku wat ayat bajet psychology reverse. saja je kasi dia bersalah. sambil-sambil praktis ilmu yang aku tuntut masa amek intro to psychology dahulu kala. tak sangka menjadi plak tu. hoho. dia sms banyak kali mintak mahap. bila jumpa seminggu kemudian. dia terus peluk mintak maaf. dia cakap aku sangat memahami keadaan dia masa tu. dia cakap cara aku sangat matang. tapi dia tak tau. masa dia sms camtu.. aku tengah berbahgia dekat capsquare tengok bookfair. hehe.

aku dan nana (juga kawan lama minah tu) dah agak apa akan jadi. bila last minit. benda camni konfem akan jadi. sebab dah selalu sangat jadi. panas tu memang la panas. tapi dah kawan. pasrah je la. tapi kan.. sampai bila nak pasrah kan?. aku ingat kalu dia wat laen kali. aku dah tak maen wat psychology reverse ni. aku terus luku je kepala dia. sangat bes. hehe.

Aku bukan phedophile

tempat: Kem MSN, Jasin, Melaka
tarikh: 240709 - 260709
fasilitator: 11 termasuk komiti

aritu aku jadi fasilitator english camp untuk bebudak sukan bukit jalil. semua tingkatan empat. aku tak paham. kenapa budak 16 tahun zaman sekarang sungguh mengiurkan?. slurpp~ semua jejaka berbadan tegap dan comei. yang hensem tu jangan cakap la. sampai mengigit jari. gila. sangat mencairkan jiwa walau dieorang semua tu masih illegal. arghh.. rugi-rugi. tsk.

tapi takda benda buruk berlaku sebab aku kuat iman. poyo je. haha. aku pegang konsep "nice to see. nice to hold. once broken. consider sold". tu yang tak sanggup tu. usha sudey. sepanjang program. aku ada 8 anak buah yang sengal. tapi orang cakap aku paling sengal. apa salah aku?. tsk.

masa malam persembahan. group aku wat sketsa 'mr. cinderella'. yang jadi cinderella, laki. yang jadi putera, pompuan. kira unik cket la. aku hampir mengalirkan air mata bangga beb. anak-anak aku dah pandai cakap omputeh dalam tempoh kurang 48 jam. misi tercapai. sukses!. yeay.

tapi dalam banyak-banyak kenangan manis. ada gak yang masin. aku hangin satu badan bila kene gosip dengan ustaz sekolah tu. eeeee.. geli sial. yang ustaz tu pun satu. sibuk je. ada sekali tu. dalam banyak-banyak meja dalam dewan makan. dia nak duduk sebelah aku gak. pastu tanya soklan ntah pape. pi la duduk jauh-jauh. rimas. haa.. pi duduk dengan bebudak laki atau dengan warga guru sekolah dia nun. masa dia pi amek air. aku tolak nasi dia pi tempat laen. hoho. aku rasa dia sedar tapi pedulik la. aku tak suka gosip liar. hmpkh.

ntah la. cikgu sekolah dan organiser puji abes kami semua sebab objektif tercapai. aku memang nampak la perbezaan bebudak tu. dieorang cuba gak cakap omputeh walau ada banyak silap. tapi ntah. aku tak paham asal dieorang puji mengunung sangat. tapi takpe. yang penting. aku enjoi!. weeee~