28.3.12

Kecantikan itu milik setiap insan

bangun tido. ketiak gatal lalu garu. baru je nak ghairah. aku rasa macam laen macam. apsal ketiak aku macam ada bebiji halus.

terus ke cermin usha ketiak okeh. sungguh prihatin. mesti ketiak aku terharu. haha. tengok ketiak aku. mak aih. merah gila. pastu ada biji biji. cuak gak aku. nasib ketiak bukan aset utama. haha.

lepas mandi. terus ke klinik. aku siap wat strip show separuh rela demi kesehatan ketiak aku. selepas meneliti. doktor dengan muka bangga kata aku kena fungal infection.

fungal? fungaaal? fungaaaaaaaal?

katanya mungkin deodorant ngak sesuai. gila tragis. waaaa. ketiak aku dah tak jelita sekarang. aku dah cecuak ingat ketiak aku kan tumbuh cendawan liar ke apa. abes drama queen.

tapi doktor kata rileks aja. small matter. mak aih. bes je cakap camtu. cuba kalu ketiak dia? terus suntik botox okeh. hmm. sukati. patut aku tak jadi doktor. mampus pesakit aku smua. haha.

las las. dia kasi ubat sapu dan makan. dalam rm50 gak la aku kene. kira rm25 satu ketiak. haish. redha je la. smuga ketiak aku sehat secepat mungkin. ameen.

25.3.12

Teman tapi mesra

amad. chef. rebel. dan teman aku dari umur 7 tahun. genap dua puluh tahun persahabatan tahun ni. mak aih. gila lama. lagi tua dari klcc kot. caya lah.

lama gak lah aku tak lepak sama dia. tetibe tadi telepon ajak lepak. loh. idop lagi rupanya. heh. aku on aje. orang bujang katakan. cewah. haha. maka lepak lah kami di rasheed sup kangkang.

ingat kan mau lepak kejap je. tup tup. amekau. dari midnite sampai jam 6.15 pagi. serius tak sedar. tetibe dengar bang subuh. ni baru nocturnal sejati. malam jaga sambil minum sirap. pastu borak macam tak jumpa seploh tahun je.

bila rasheed mau tutup. bley sambung borak kat umah dia. sambil makan durian. pastu dia mau tengok umah aku. sambung kat umah aku plak. sambil makan oreo. bongok gila. haha. memacam topik la kuar. kalu wat buku. mau jadi ensiklopedia neh. tabah.

hm. cik amad. its really good to see you again. smuga persahabatan ni kekal bebila. dan terima kasih belanja aku makan. siap desert durian. tido senyum aku beb. haha.

24.3.12

Si bisu yang bakal buta

lokasi: moo cow, wangsa walk
insan: sarah. mahfuz. orang bisu

tadi lepak layan yogurt bersama cik mahfuz, teman sejawat di iimu. tengah shiok menikmati. orang bisu mana ntah datang. mau jual barang. aku baru je abeskan dwet beli yogurt. dah la laki tu mintak rm10. slumber.

aku dengan gerak badan paling menggoda cakap la tak mau. cket punya senang. orang buta pun bley paham kot. tapi laki tu wat wat tak paham la plak. mau je aku hantar pi kelas gerak badan. tabah.

dah la wat tak paham. dengan muka abes innocent. mamat bisu tu pegang bahu aku. bahu mahfuz. pastu satukan jari telunjuk kanan dan kiri. dah la tu. siap kuarkan gelang spesel ada love dari poket belakang.

whattheduck.

wagh. gila bongok. stress aku. mau je aku baringkan laki tu atas meja. pastu terbalik meja dengan mamat tu sekali. haha. serius misteri. apsal smua orang ingat aku dengan mahfuz neh?

nasib baik yogurt wintermelon aku sedap. kalu tak. mau nye laki tu jadi bisu dan buta.

21.3.12

Hari ini dalam sejarah

jam 8 malam. dalam perjalananan ke wangsawalk. seorang jejaka berkata kata "sarah. i think i love you."

apakah? terkedu tahap dewa kau. nasib tak berbabas hentam pokok ke apa. sumpah tragis kalu ya.

5 minit kendian.

cik sarah masih terkedu. pastu gelak. macam kelakar je tetibe. haha. lalu bertanya "do you know the difference between popeye chicken and kfc?"

cubaan mengubah topik berjalan lancar.

topik sebelum tidak diungkit lagi. dan kami nikmati ayam popeye seperti tiada apa yang berlaku.

end.

18.3.12

Hanyut bersama awan

lokasi: presint 2, putrajaya
insan: sarah. epah. hadi.
sempena: fiesta belon panas sedunia
mood: bagai kera dapat bunga

dua bulan lepas aku dah start usha web belon panas. serius semangat mau naik belon panas. mana tak nye. rm10 je kot. gila bapak murah. kalu tak. maunya ribu riban.

usha web. katanya. hanya 300 tiket di tawar sepanjang program. aiseh. arini dah hari las kot. konfem tak dapat terbang. tabah. tengah bes bes mimpi. tetibe epah hadi sms ajak usha belon panas. serius malas memula. kalu dapat naek takpe gak.

tapi alang alang. on je la. bangun mandi. tengah shiok sabun sambil samba. epah sms. katanya ada tiket naik belon panas. rerupa nya 300 tiket satu sesi. dua sesi sehari. apakah?. pundek punya web. tukang tulis mabuk kentang ke apa. chait.

terus membara semangat. dengan pantas drift ke putrajaya okeh. gila cemerlang. sesampai. lepak beratur mau beli tiket bersama epah hadi. lama gak la. tapi lantak. janji dapat tiket. peluang keemasan abes ni. lautan api tak sanggup ku redahi. heh.

dalam jam 6pm. aku. epah dan hadi berjaya terbang di langit biru. peh. memang bes. gila berbaloi beratur. sangat menusuk kalbu. kene plak rm10 je. bertambah tambah bes jadi nya. huhu.

sekarang. mampu tick belon panas. settle. mau usha dirt scooter plak. wehuu.

16.3.12

keTABAHan

semalam. aku ke bee won bersama cik mahfuz. layan makanan korea bersama jejaka dari gambia. okeh. sangat lah tak masuk. haha. tapi bedal je la. aku mengidam sangat.

ok lah outing ni. makan bee won. pastu pekena chatime. peh. heaven! dan mahfuz. okeh la. apa aku makan. smua dia nak try. kira mau mencuba. bagus. jarang aku jumpa african camneh. good boy. haha.

arini. aku ke iimu. smua pakat senyum semacam je. pastu chant 'date date date' reramai. sabo je la. nasib aku kuat iman. kalu tak. mau nye aku kamehameha satu uia. haa.. tau takut. huh. tak takut? ala.. takut la.. tsk.

baru kuar sekali. dah kene sakat macam apa je. tabah. tapi serius takle lawan tahap kreativiti k. aini. siap reka lagu okeh. macam haram. dah ah tak sedap. kalu catchy. takpe gak. sejuk cket hati aku kan? tabah.

tapi abaikan smua itu. walau sedikit sakit otak. janji perut aku gembira. kerna sesungguhnya 'a happy tummy makes a happy mummy'. ok. walau slogan macam haram. janji rhyme okeh. haha.

aiseh.. tetibe teringin steak suzy's corner. ahh ahh.

15.3.12

Amazing Hanoi siri tiga: Halong Bay

tak cukup syarat kalu ke northern vietnam kalu tak jejak di halong bay. halong kini dinobatkan sebagai '7 natural wonders of the world'. dan juga unesco site. memang rugi kalu tak datang. tobat gorgeous.

aku amek pakej 2 hari 1 malam. kira tido semalam atas kapal. harga pun okeh. tapi kalu tak okeh pun. aku pi gak. haha. kalu hanoi sejuk. halong bay beku ok. sabo je la. bawah 8 celcius. bila angin datang. keras terus. haha.

tapi pakej aku amek sangat berbaloi la. banyak aktiviti. kalu musim panas. lagi banyak. tapi okeh la dari takle wat apa kan? kata orang sana. kalu winter. memang duduk dalam bilik je. sejuk menggila. abes la ko epah. wahaha.

memacam la wat. caving. hiking. kayak. boating. mancing. candat sotong. smua aku bedal. janji berbaloi dwet aku bayar. aku nak sangat berenang. tapi sejuk sangat. terpaksa la cancel. agh. kuciwa. daku kuciwa.

aku keje melepak atas deck je. beku pun beku lah. janji dapat hayati permandangan yang sangat lawa. lagi bes bila aku je atas tu. smua mat salleh lari duk bilik sebab ada heater. haha. aman damai okeh. bes bes.

[ aku di jetty sung sot, halong bay. serius lawa ]

[ bilik aku. eawal aku cop tepi tingkap. tido tengok bintang okeh ]

[ permandangan dari bilik. ok smua. sila jeles. haha ]

[ sesi hiking. tinggi gak. nasib stamina mantap. kahkah ]

[ halong bay yang magnificant ]

[ sung sot cave yang warna warni. shantek ]

[ melepak depan bot. abes otai pakai shirt tuh. bravo ]

[ sesi kayak terbaek! siap lawan sapa laju dengan bot. slumber ]

[ mancing & candat sotong. haram sekor pun tak dapat. chait ]

[ singgah museum mutiara. permandangan yang gilas cun ]

[ floating village. salute sama orang kampung situ ]

[ sesi boating. rm15 tapi redah je. sangat berbaloi ]

[ aku, sherly dan halong bay ]

walau pi seminggu je. sempat la redah 3 daerah. dalam 3 daerah tu. abes smua kawasan aku redah. tak sesia aku pi sana. memang berbaloi dwet aku tabur. smua orang. sila la ke sana. vietnam sangat menawan kalbu.

hm. smuga south viet semagnificant north viet. oh saigon. tunggu daku...

14.3.12

Amazing Hanoi siri dua: Ninh Binh

aku ni bukan nya bley duduk dediam setempat. alang alang dah kat sana. aku angkut sherly ke destinasi seterusnya. ninh binh. 4 jam selatan hanoi. dah kira daerah laen terus. slumber.

dreba vietnam jangan cakap. gila babas. tapi lantak. janji sampai destinasi. dan mak aih. sangat lawa okeh. kawan aku bes je cakap 'ala. kat perlis pun ada camni'. helo. sawah perlis ada limestone keliling?. ada tam coc?. takda? okeh diam. haha.

kat daerah ninh binh. aku lawat hoa lu, istana lama. bersampan di tam coc dan berbeskal keliling ninh binh. serius berbaloi. walau sewa beskal agak mahal. pedulik. bila lagi nak berbeskal camni kan? redah ajaaaaa.

memang redah sungguh. aku sorang je berbeskal masuk kampung smua. haha. sherly tak reti berbeskal. jadi dia lepak pasar. tapi mana pi lelaen? samada depa sesat atau aku. tapi takpe. layan aje. aku siap berhenti borak dengan orang kampung okeh. slumber. haha.

memang bes la ninh binh. sebab bes. aku taruk gambar macam biasa. tapi sayang. gambar tak capture kecantikan tempat ni. tapi okeh la dari takde pape kan? enjoice!

[ Hoa lu yang menawan kalbu. serius lawa ]

[ permandangan dari jeti hoa lu. sangat rustic ]

[ istana raja 1. nama apa ntah aku lupa. haha ]

[ tam coc yang bes. sejuk gilas okeh ]

[ sherly yang abes menghayati sesi bot di tam coc ]

[ siap lalu 3 grottos. 7km. berbaloi dwet eden ]

[ permandangan dari sampan. macam dalam cite shaolin ]

[ macam zaman dedolu. lawa okeh ]

[ sesi berbeskal sesorang di perkampungan ninh binh ]

[ tetibe dapat ilham mau tulis lagu. haha ]

13.3.12

Ayuh mintak kewarganegaraan Vietnam

tarikh: 080312 - 120312
lokasi: hanoi. halong bay. nihn bihn.
insan: sarah. sherly
bajet: rm535 (exclude flight)
status: sukses

memula filipin. pastu indon. kini? mau jadi warganegara vietnam plak. haish. masalah tol la. kalu sultan tau. mau dia buang aku negara. hm. sila hantar aku ke ireland please.

ikot hati. tak rela balik malaysia beb. kena plak bila dah jejak halong bay dan ninh binh. mak aih. cinta pandang pertama okeh. ececeh ayat. macam siot. tapi serius lawa northern vietnam. amat memukau kalbu.

bagi aku. serius mengancam backpack vietnam. mencabar mental, fizikal dan batin. huh?. ok. sila abaikan yang las. haha. ikut forecast. patut cuaca sesuam kuku.

aku pun pakat angkut t-shirt bebanyak. sampai sana. kurang 10 celcius kot. amekau. nasib aku berkulit gajah. rileks je. semek sherly dah rupa backpack alaska je. tabah. nampak sangat cuaca dah tak menentu.

tapi takpe. yang penting bes. dah la murah. tempat lawa. jejaka howt. memang serius cukup pakej. nasib aku kuat iman. kalu tak. mau sherly balik mesia sesorang. bravo pada diri sendiri. oyeah.

ok. ok. kalu cerita. sepurnama tak abes. ececeh. sebab memacam kami wat. aku post gamba je la. bak kata cikgu pj aku "gambar seumpama seribu kata-kata". tetibe. haha.

dengan ini. saya mempersembahkan 'amazing vietnam' siri satu: hanoi.

[ sarah dan shirley yang kesejukan ]

[ dorm rm18 aku yang sangat mengancam ]

[ jalan di french quarter. nyaman gilas ]

[ water puppet show. hanya di vietnam ]

[ area one pillar pagoda yang cun ]

[ night market yang panjang melampau ]

[ bandar hanoi yang meriah ]

[ hoan kiem lake yang menenangkan ]

[ musim bunga. cun siot ]

[ ngoc son bridge yang membuta mata ]

7.3.12

Chao chi

arini. aku dan sherly akan backpack di northern vietnam.

destinasi utama: hanoi. halong bay. ninh binh

serius excited. dah ah hanoi akhir musim sejuk sekarang. heharap tak sejuk mana. slumber je bawak baju nenipis. gila tragis kalu keras kat sana. huhu.

dan cik sherly. tau la pertama kali backpack. rileks aja. cuak menggila. jual kat pasar tani hanoi baru tau. heh.

wahai sarah dan sherly. smuga selamat pegi dan pulang. ameen.

5.3.12

Pertemuan menakjubkan

ok. aiskrim di 'the cream & fudge factory' gila marvelous.

air tangan sapa ni weh? serius menjadi igauan aku sekarang. ok. gila geli. ew ew. haha. tapi serius yummy.

sesedap 'chatime'. haish. godaan duniawi smua ini. tapi terlalu enak untuk di abaikan. hm. nampak sangat lemah iman. haha.

kalu aiskrim factory kawen sama chatime?

ok. smua orang ke tepi. masa untuk sujud syukur. haha. haish. masalah besau ni. suka benda mahal je. ceciri materialistik tidak mampu dibendung lagi. tabah.

smua orang. sila simpan duit. masuk gaji. ayuh berkawat ke destinasi bulan ini secara berjemaah.

oh cream & fudge factory. akan ku datang dua minggu dari sekarang.

ahh ahh ahh

2.3.12

Aurora

pabila tiga gadis melayu bertemu gadis ardia (arab india). ini yang berlaku:

+ gelak tawa
+ makan
+ sambung gelak tawa
+ makan dan makan lagi
+ ronda kedai
+ beli belah
+ makan lagi
+ sambung gelak

dan begitu lah seterusnya. hm. sesungguhnya arini adalah hari yang sangat memberansangkan minda. mulut dan perut. memang wholesome betul. haha.

nad. zetty dan sharmi. dua jam bersama korang. mampu bikin mulut lenguh. perut buncit. dan poket nipis. kombinasi membunuh. tapi takpe. yang penting. outing tadi tetap osem!

sesi seterusnya. dua minggu dari sekarang. ok. masa untuk persediaan mental, fizikal dan dompet. woot woot.

1.3.12

Cerita seram yang mencuit perasaan

hm. tajuk entri serius haram. haha. ok. abaikan.

tadi. aku. shan dan bawang ke fiesta city. layan wayang. cerita

the devil inside.

ok lah cerita tu. untuk cerita mat salleh. agak suspen la. pelakon smua berjaya menhayati watak sepenuh jiwa. caya la beb! tapi paling hebat. tak lain tak bukan:

awek rasukan.

gila fleksibel okeh!. sampai aku pun terkagum. kutip dari royal london sarkas ke apa? serius power. sila tunjuk ajar ku sifu! ok. tetibe.

layan gak la. banyak sesi terkejut. tapi aku tetap macho sepanjang wayang. itu harus. walhal dalam hati dah tahap triple sault. tsk.

tapi ending macam siot gila. nasib baik aku kuat iman. kalu tak. dah lama the devil inside kuar tuntut duit tiket balik. haha.

ok. mau tido. masa untuk baca doa pendinding.

yehaa.