30.6.09

Antara kemamang dan jawa

aritu aku lepak kedai buku popular kat ampang point. aku ternampak satu buku ni. tak ingat tajuk penuh tapi dia kamus hantu-hantu malaysia la. memang pelik yang amat. aku tak pernah jumpa buku camtu. siapa yang beli buku camtu?. apakah ghost hunter?. bomoh dan pawang?. atau pun hantu itu sendiri?. meremang bila teringat. tsk.

aku dalam kepelikan tu pegi la usha buku tu jap. memang banyak gile nama hantu. siap boleh letak ikut kategori tuh. aku tak sangka plak banyak betul hantu kat malaysia ni. hmm. haa.. masa tengah belek-belek tu. aku pun sampai la kat abjad 'K'. aku memang tak le terima nama salah satu hantu tu. nama dia 'kemamang' yang bermaksud 'hantu bola api' dalam bahasa jawa. bodo. bodo.

kenapa sarah tak le terima?.

sebab sarah duduk dekat daerah kemaman, terengganu. dan orang terengganu suka tambah 'g' kat hampir setiap ayat depa sebut. jadi. memandangkan aku duduk di 'kemamang'. ini bermaksud aku duduk di 'hantu bola api'. gile otai beb. aku duduk atas hantu bola api seyh. memang bontot aku tahan panas. power. sebab aku dah tau apakah maksud kemamang di mata orang jawa. lain kali kalu ada orang jawa tanya aku duduk mana. demi kebaikan sejagat. aku nak jawap 'kemaman' dengan slang mat salleh.

Tunggu aku Filipina

aritu lepak bubba gump kat the curve dengan zetty. shan dan amy. lepas makan. penjaga meja kami bernama lim datang kasi bil dan kad suggestion. aku pun tulis ngarut-ngarut dalam tu seperti:

You will come back to bubba gump if we have....
pole dancing. haha

lepas aku kasi balik kad tu. aku tak sangka pulak Lim tu nak tunjuk kat bos dan rakan-rakan sejawat dia. pastu dieorang gelak-gelak sambil tanya 'you, sarah?'. aku tibe-tibe tersegan. jadi aku tunjuk dekat zetty tapi zetty tunjuk balik kat aku. lama tu. aku tunjuk kat shan yang tengah cakap fon. hehe.

bila zetty dan amy pi tandas. Lim tiba-tiba datang meja kami. dia tegur aku. disebabkan aku ini berhati murni. aku layan je la. jawap je semua soalan dia. dia tanya macam berminat sangat dalam bidang linguistik. tak sampai hati la plak. aku pun main terang je apa yang dia tak paham. bajet pandai tapi aku rasa... aku pun kurang yakin dengan jawapan aku. sian Lim. tsk.

lama tu aku dapat tau dia dari filipin. aku cakap la tahun depan aku nak pi filipin. nak tengok butanding dekat luzon. aku dapat tau. kampung dia dekat situ dan dia dah nak balik filipin bulan september ni. nak cuba nasib dekat taiwan pulak. gila bagus. dia cakap dia nak kasi number telefon dia yang dekat filipin nun. apa kes?. takde makne aku nak menelepon dia nanti jadi aku tanya dia ada email ke tak. ada. dia tulis atas bil.

sekarang. secara tak rasmi. aku dah dapat seorang tour guide dari luzon. yeay. kalu kena bayar. apa susah. aku gadai shan je. ngeh3.

Gadis Yemen + karaoke = kegilaan

insan: sarah. shan. zetty. aini (pinay). suad (yemen)
tempat: pusat karaoke jj eon keramat
aktiviti: karaoke. snooker. arked

macam-macam kami wat sebagai aktiviti parti selamat tinggal untuk suad yang sudah mau pulang ke yemen. aku baru je kenal dia. tak sampai lima bulan pun. kenal pun sebab kerja sama-sama dekat iimu. namun. karaoke telah membuka topeng suad selama ni. sekarang. aku dah tau siapa dia sebenarnye. peghh. gile drama. tsk

aku tak sangka suad ni gila jugak orang nya tapi memang layan la. bila 4 gadis setengah (kak aini jatuh dlam kategori setengah sebab dah kawen) kuar berjimba. dunia huru-hara sekejap tapi aku enjoy saja. memang takle blah bila tengok suad nanyi lagu melayu "aci aci buka pintu". kiut mengalahkan lembu new zealand. rasa macam nak luku je tapi tak le la. anak orang beb. dah la menari macam budak pakai pampers. tak le terima akal betul. huhu

lepas tu ronda jj jap sambil tunggu suad beli belah di malaysia sebelum dia balik negara dia. hmm. aku yakin iimu nanti sunyi tanpa dia sebab dia rajin pi kerja. dah la suara jenis comei-comei. no more suad lepas ni. tsk

sebab dia dah nak terbang. aku tuju entri ni khas buat dikau walau ko haram tak paham bahasa melayu. yang ko pandai cakap sekarang cuma 'saya tak paham. saya tak marah. saya gembira. lelong lelong'. tsk. layan je la. ok la tu dari tak tau apa-apa kan?.

babai suad.

25.6.09

Sogo

destinasi : sogo
insan : sarah. ain. nisa
kekurangan : cik di tak ikut (sakit kaki. sian)

aku memang jarang pi sogo. tak suka pun sebenarnya. sebab tempat tu ramai sangat orang. nak tengok barang pun tak senang. tapi aku pi gak sebab ain dan cik di ajak. dieorang cakap hari isnin tak ramai. lagi pun. seronok gak kuar dengan gadis-gadis tak senonoh itu. hmm. nasib baik betul memang tak ramai. wahh. bertapa girang nya aku masa tu. haha

orang lain pi sogo beli baju. kasut. seluar. beg. tapi aku naik gila kat bahagian alat tulis. hoho. aku beli

+ yoya's water color marker (24 colors)
+ yoya's color oil pastel (12 colors)

gile bahagia idup. maka. boleh la aku wat kad macam dunia ini ana yang punya. muahahaha. oleh kerna itu, sesiapa nak kad, sila hantar nama penuh dan alamat ke cik sarah baharudin.

Kelebihan insan bermata rabun

aritu aku tido bilik ain dan nisa kat mahallah maryam, tempat jin tendang. aku tido sebab diana datang dari kuantan. aku pun dah lama tak berjimba dengan gadis-gadis itu. malam kedua, aku nak balik bilik. aku takut kalu tido bilik orang. aku nanti malas pi keje. tengok jam, dah 1.30 pagi. perjalanan ke asma tak lah jauh sangat tapi sunyi cket. ain dan cik di suh aku balik esok pagi je. tapi aku degil.

lepas melambai-lambai. aku buka spec. dengar mp3. dan berjalan pulang dengan riang nye. memang sunyi nak mati. takut gak tapi malas nak layan perasaan. jadi. aku teruskan perjalanan gak. kalu nak pi mahallah asma, kena naik tangga dari halimah. tempat tu kalu malam memang sunyi. gelap. dah la ada pokok renek. tsk.

ha.. masa tu la aku nampak benda puteh. aku tak pasti dia jalan atau mengesot tapi nampak macam melayang. aku berhenti. aku usha je sebab nak pastikan aku tak silap tengok. memang ada ah weyh. sial la. dah la pi kat tangga yang aku kena naik. tapi bila benda tu lintas tiang. dia hilang. bley plak main ilang-ilang. babi la.

aku pikir. patut ke tak aku ikut gak jalan tu?. hmm. malas nak pusing balik pi maryam. aku dengan pasrah lalu gak. masa lalu kat situ. nasib baik takde pape. bila dah sampai mahallah aku, aku nampak pak guard. lega la sikit. sampai je bilik. aku sms ain cakap aku dah sampai bilik.

aku sangat bersyukur yang aku rabun. sebab kalu tak rabun. mesti aku nampak benda puteh tu secara terang. mana nak tau lidah dia panjang sampai lantai ke?. dia takda muka ke?. dia sengih nampak gigi tajam ke?. tak ke kes naya tu. tak pepasal aku trauma sorang-sorang.

tapi tu la. ni la balasan untuk orang degil. padan muka aku. tsk.

23.6.09

Sejarah kini berulang

esok. aku kena jadi MC lagi untuk public talk terbaru. oleh kerna itu. sapa-sapa yang

+ dahagakan ilmu
+ mempunyai saiz perut yang besar
+ tengah dalam usaha menyimpan duit

sila la datang


ada makan free beb. wooohoooo~


Aku yakin mata aku bocor

semuanya gara-gara baca buku Extremely Loud & Incredibly Close oleh Jonathan Safran Foer. buku tu kakak aku punya. dia dah lama dah ada buku tu tapi aku baru terasa nak baca. tu pun lepas dia suggest. mula-mula aku tak sanggup baca. tebal semacam je tapi kakak aku cakap mesti aku suka sebab

kakak aku : buku ni very dark. im sure u like it.

macam tau-tau je aku suka genre camtu. maka, aku pun baca la. aku rasa. ada la aku nangis dekat 55 senduk worth of tears. buku dia simple je. pasal budak yang trauma sebab ayah dia mati dalam tragedi 9/11. dia dengar pesanan terakhir ayah dia melalui telefon sebelum bangunan tu runtuh dengan ayah dia sekali. memang tragik. dan budak tu sangat mental. ending dia pun tak cliche. lagi aku suka. sebab tu adalah realiti.

3 hari baru abes baca. aku pecahkan kepada tiga sesi sebab aku penat menangis tiap kali baca. hmm. tapi aku suka gile buku tu. bes tahap dewa (bagi aku la). kerna itu, aku kasi empat tiga per empat bintang. aku rasa lepas je abes baca buku tu. mata aku terang semacam. bagus gak nangis sekali-sekala. cuci cket mata aku ni. sekarang. aku nak mula baca the seige, ismail kadare.

semuga aku tak nangis dah. penat seyh.

19.6.09

Jalan jalan cari PD

insan: jai (drebar), homam, kak zu, kak nani, zetty, shan & sarah
destinasi: port dickson

semalam aku sanggup bangun awal. semua nya gara-gara nak survey tempat di port dickson untuk program iimu. semua orang yang pegi, smua jenis tak senonoh melaenkan jai (malu kot?), kak zu dan kak nani. lagi empat orang muda, semua sewel. kena pulak lepas naik kereta jauh-jauh.

bes gak la. tempat tu ala-ala pekan cowboy. bilik dia ada bentuk wagon. bentuk teepee dan macam-macam lagi la. menarik. tapi hangat nak mampuih. sebelum balik. aku sempat mintak mempelam dari pekerja kat situ tapi aku tertinggal dalam unser jai (sowi jai). pastu berhenti makan kejap. sedap gak la masak lomak kedai tu. tapi aku yakin, ada yang lagi mantap. tapi aku tak jumpa lagi la.

masa dalam perjalanan balik. akibat kebusanan yang melampaui batas dan juga cuaca panas. aku pun cari keje la bila dah takde keje. aku cakap terima kasih dan nama setiap pekerja tol. tapi haram. takda sorang pun yang cakap sama-sama sarah. mungkin sebab depa tak tau nama aku. laen kali kena pakai name tag la camni. hmm. sampai uia dalam 2pm.

aku agak gembira sepanjang hari sebab dapat pegi tengok pekan cowboy dan makan masak lomak. lepas ni. kalu ada trip pegi survey tempat. nak ikut. tapi kalu bertolak selepas jam 9.30am je. hehe.

Ketagihan

orang laen ketagih weed. cocain. crystal meth.

aku?. ketagih maen game arcade. hmm. sungguh innocent.

tapi ada kesan buruk nya. poket aku makin nipis sekarang. tsk. tiap kali turun jj wangsamaju. mesti aku singgah kat arcade. dulu aku juara main taiko drum master. sekarang. aku gila main time crisis 2.

waduhh.. memang ketagih gile. aku sanggup pi jj wangsamaju semata-mata nak maen game tu.
dah la tu. tiap kali singgah. mesti duit aku abes dalam rm10-rm15. banyak gile. duit makan 2-3 hari tu weyh. pasrah.

aku harap semuga ketagihan aku ni akan berakhir suatu ketika nanti. tapi sebelum tu. sapa-sapa yang teringin nak belajar maen game time crisis 2. boleh la ajak aku. mari kita bersama-sama ke arcade dan layan game ni. ahhhh.. bes. bes.

16.6.09

Makan itu nikmat


mix combo di ole-ole bali, solaris memang bes nak mati. rm32 tapi banyak gile. aku makan sampai termonyeh-monyeh. diam je sepanjang makan sebab kalu cakap. nanti terkeluar balik. rugi beb. hehe.


yum. jom pi lagi walau tempat tu

Kamu sudah tua

aku tuju ayat di atas khas untuk kakak kandung aku.

HAPPY BIRTHDAY!!


oh kakak ku. kamu semakin tua. patut nya aku sekarang dah ada seorang abang ipar dan mungkin lebih dari seorang anak sedara. tapi takpa. takda pun aku tak heran. janji kamu gumbira. aku pun tumpang gumbira. chewah ayat. haha.

12 June lepas. hari jadi kakak aku yang ke 27. kami satu family kuar makan kat itallianies. seronok!. kene plak makan mak bapak aku bayar. terus makan yang mahal-mahal. hampeh tol. tapi takpe. aku makan habis. tak membazir.

lepas makan. kami pi ronda-ronda. aku beli buku untuk hari jadi kakak aku. dia suka sebab aku yang bayar. ok la.
tambah lagi stok buku lepas ni. rumah dia pun dah macam pustaka mini. sapa nak sewa buku. bley la kontek aku sendiri (ejen separuh masa).

eh. dah la. mengarut je keje. tsk. apa-apa pun.

happy birthday wahai kakak ku. sayang kamu bangat.


11.6.09

Phew


tadi pagi aku tido tak lena. takut sangat terlajak tido. kang mampus aku kena rejam dengan fail-fail opis kalu tak datang talk jadi MC. oleh kerna itu. aku pasang alarm setiap 15 minit dari jam 4.30 am. walaupun begitu. memandangkan aku juara kampung dalam acara tido. aku bangun jam 6.30am. tsk.

memang mengelabah. background powerpoint tak buat lagi. skrip untuk MC tak buat lagi. padan muka aku tapi layankan aja. sampai opis. kak nani, kak zue dan kak sopi macam ala-ala terkejut campur bangga. terkejut sebab aku datang awal dan bangga sebab aku mampu bangun tido di pagi hari. hmm. aku pun nak bangga gak la. huhu.

8.30am. aku dapat call dari dr. ahmad musa. sembang kejap tapi dia macam serious. takut gak aku tapi layankan aja. jemput kat depan library. aku bawak dia ke auditorium. lama jap tu. aku pun jadi la MC dengan teks yang tak seberapa. banyak aku ngarut kat depan. sukati je wat skrip sendiri. tapi Alhamdulillah sangat-sangat. semua berjalan lancar. aku memang cuak sebab ni talk pertama aku handle. lega. lama kejap tu. kakak aku datang. duduk depan sekali. terus aku gagap. tapi gelak-gelak. apa punya MC la. keje sengih dan gelak je kat depan.

abes program. ada borak dengan VIP dan speaker. aku cakap slang aussie bodo-bodo. depa suka. layan je la. hehe. pastu ada makcik datang tegur. dia cakap "good job. u're a very cheerful mc" sambil usap pipi aku. ok. part usap pipi aku tak paham tapi lepas je dia cakap camtu. aku wat victory dance depan kak zetty. sian dia terpaksa tengok. haha. balik opis. director + bos aku cakap "a very good job!" dan ada beberapa audience lagi yang cakap aku ni ok la jadi MC. lega yang amat.

malam ni boleh tido lena. yeay!!

10.6.09

Dub dab dub dab

sila baca laju-laju. haa.. tu la bunyi jantung aku sekarang.

semuanya gara-gara aku akan jadi MC untuk public lecture esok. aku tak rela tapi aku di paksa. memang kejam tapi apakan daya. chewah. ayat macam pantun dua kerat. hehe. tapi bila pikir-pikir balik. bagus gak. bley aku perbaiki english aku yang ntah hape-hape ni. lagipun. sejak kena handle talk ni. ramai betoi orang baru aku jumpa. bley kumpul connection banyak-banyak. lepas ni. senang cket kalu ada pape. kan?. kan?. kan?.

esok orang dari embassy aussie nak mai. waduh buk.. kena amek hati mereka itu. nanti senang nak pesan kanggaroo. bes. bley duduk dalam poket kanggaroo tu. haha.

oh ya. kalu berminat nak jumpa orang aussie atau nak makan free. datang la esok pagi. wish me luck yar.

3D

tengok wayang 3D tajuk 'monster vs alien' dengan kakak dan midge selepas sesi try baju di Nichi selama lebih sejam di Pavilion. mula-mula aku takmo tengok sebab dah tengok versi biasa. lepas tu kakak aku cakap dia nanti bayar separuh. aku pun setuju. betul la orang cakap. money is power. cepat betul aku ubah keputusan pasal duit. nak wat camne. gaji tak masuk lagi. huhu.

tengok cerita kartun jam 11.30pm. macam pelik je tengok cerita kartun waktu midnight. layankan aja. dalam wayang tak ramai sangat. tu yang bes tu. bising gile. tapi bila pikir-pikir balik. aku rasa kami bertiga je yang bising. overdose kopi rasanya. bahaya jugak kopi ni rupanya. hmm. sekarang aku ketagih tengok 3D. aku salahkan kakak aku dengan midge. ;P

sekarang nak simpan duit. nak tengok cerita kartun 'UP' 3D bila kuar nanti. trailer macam bes gile. tak sabar seyh. wohooo!. apsal dieorang tak 3D kan star trek. mesti lagi besh. ohh Spock. i lap u.

gila.

9.6.09

Saya ada hobi baru

peghh. tajuk macam dalam kelas karangan darjah 2 je. huhu.

ha. aritu aku pegi klcc. saja jalan sorang-sorang. busan. masa dekat parkson. aku terjumpa satu plastik balut buku jenama unicorn. rm3.50 untuk 5 meter. aku pun beli la benda tu sebab nama dia unicorn. macam menarik. balik bilik. aku terus balut buku cerita aku. masa tengah balut. aku terdiam.

dah lama aku tak rasa nikmat camni.

besh gile pembalut buku ni!!. memang senang dan jimat. aku tak reti nak terang camne nikmat balut buku guna plastik jenama unicorn ni tapi memang bes sangat la. tak terkata. di sebabkan itu. aku ketagih balut buku. aku dah balut hampir 20 biji buku. buku orang pun aku balut sama. sekarang. aku dok amek buku kakak aku. lepas balut. aku kasi balik sebab buku aku semua dah dibalut. aritu pegi tesco. aku beli lagi 5meter plastik unicorn sebab yang aritu dah abes.

aku yakin aku dah jumpa hobi baru yang mampu merelease tensi : balut buku guna plastik unicorn.

ahhhh.. nikmat nya [sila baca dengan penuh perasaan]

Tolong menolong amalan mulia

memang mulia tapi haram, takda sape pun sudi tolong aku masa kesusahan aritu. tsk.

al-kisah nya begini.

sabtu lepas aku tinggal ampang sorang-sorang. jaga rumah, kereta dan kucing kakak aku. dia pergi bergumbira di penang dengan kawan-kawan. chait. jeles betul tapi apakan daya. tabah je la. masa tengah lepak-lepak tengok dvd dengan tot, kucing kakak aku. tiba-tiba terdahaga la plak. buka peti ais. ada botol je. air nye takda. tak bley jadi ni.

aku pun dengan riang ria pun angkat la 6 botol kosong turun bawah. nak top up air guna mesin 20sen, 1 liter. dah letak duit. tekan butang. tak kuar air. aku luku mesin tu. camtu gak. air tak kuar gak. lama jap tu. baru aku sedar. rupa-rupa nya mesin tu rosak. seyes, bukan rosak sebab aku tau. benda tu memang dah rosak dah. hmm..

ha. sebab dahaga sangat dan rumah kakak aku takda cerek air manual mahu pun automatik. aku pun drive la pi bukit indah nak topup air. aku isi duit. tekan butang. air kuar terlebih rakus. abes basah baju aku. pedulik. janji dapat air. pastu aku drive balik rumah kakak aku. dari parking ke lif, adalah dalam 20-50 meter. aku pun dengan susah payah angkat plastik berisi 6 botol air besar dengan gembira di pagi buta. aku rasa waktu tu adalah dalam 2 pagi.

tengah jalan terkinja-kinja (sbb seronok dapat air). plastik pecah. aku macam biasa la. gelak-gelak sambil cuba angkat 6 botol tu. tiba-tiba. ada la kereta lalu. dia tak langgar aku. dia ke tepi sikit. laki. muda. aku ingat dia nak tolong angkat. tapi dia bawak keta pelan-pelan sambil usha aku berusaha angkat 6 botol besar. siot tol la. tapi aku tengah pikir positif la. dia takut. mungkin dia ingat aku hantu botol di pagi buta.

logik tak?.

2.6.09

Adoih! truth hurts

selepas aku tengok cerita star trek. aku yakin aku ni sebenarnya insan dari planet Vulcan. aku sebenar nye adalah sebahagian dari puak Spock. aku memang tak berapa nak berminat le dengan orang dari planet Romulus ni. bukan racist tapi.. ntah la. memang tak ngam.

sampai la beberapa minggu lepas. kakak aku jumpa website yang berkaitan star trek. bley tukar gambar kita jadi Spock, Romulan dan macam-macam lagi la. canggih betul teknologi zaman sekarang. aku pun seronok la. sebab impian aku nak jadi Spock sejati bakal menjadi kenyataan. letak la gambar. godam-godam kejap. keluar la gamba aku sebagai Spock. memang macam haram. kakak aku dok gelak-gelak. macam hina sangat je. pasrah. tsk.

lama kejap tu. cuba tuka jadi Captain Nero dari Romulus plak. kakak aku terdiam (ya. aku menambah part ni). aku tak sangka. aku memang di lahirkan untuk jadi Romulan sebenarnya. aku memang ditakdirkan jadi orang baik yang konpius lalu jadi kejam.

oh tidakkkk. kenapa?. oh kenapa?. dah la jadi orang jahat. muka bahagia plak tu. kejam betul hakikat ni. kebenaran yang aku adalah Romulan sangat menyengat. oh ya. aku sedia kan gamba aku sebagai Captain Nero kat bawah. jangan comment. simpan je dalam hati. tsk


1.6.09

Mau.. aku mau..

jumaat : aku idamkan nak tengok Terminator Salvation
sabtu : aku idamkan Carl's jr milkshake
ahad : aku idamkan Dominos pizza
arini : aku idamkan...

PHARRELL

ya. aku idamkan pharrell. gile hot. slurppp.
tapi semua aku tak dapat. tsk.