29.6.13

Pertemuan

ketika sedang melepak di giant nilai. tetibe. telefon bunyi. hm. sapa plak sms neh? amek phone. usha. dan berdebar.

dia: when will u finish work?
aku: actually am done with work
dia: how busy are u?
aku: im superb at finding time for something. why?
dia: if u are free i may visit u today

lepas perbualan terhenti. jiwa terus meronta liar. ecewah ayat. macam haram. haha. tapi serius. aku berdebar gila. mana tak nye. ex-bf aku mau ketemu.

lokasi pertemuan. ktm nilai. 

dalam jam 1730 kami ketemu. sedikit awkward dari pihak aku. sebab aku berdebar kan? aku bukan bley nervous sangat. kalu tak muntah. cakap tak berhenti. dan kali ni. option 2. nasib baik. heh.

kebetulan dia kelaparan. aku pun bawak lah pi restoran aunty aini. konon nak perkenal makanan asli nogori. walhal tu je spot aku tau. huhu. tapi serius macam tak sesuai.

mana tak nye. lokasi romantik abes. siap ada candle light bagai. silap lokasi tol. dah ah dia siap letak lauk kat pinggan aku. terus konflik dalaman aku okeh. haish. lemah sungguh diri ini. tsk.

lepas makan. aku siap bawa dia pusing pekan mantin. teringin mau tengok lokasi aku menetap kata nya. aku tunjuk lah ofis dan kawasan perumahan aku. abes satu pekan kami tawaf. semangat tak semangat.

dalam 2200. aku anta dia ke station erl kota warisan. dalam perjalanan ke sana. aku terlanggar bump. sumpah tak nampak. dan aku tanpa sedar pegang tangan dia. oh fcuk. dia wat rileks je. aku pun wat rileks walhal... adoyai. dem awkward. 

ntah lah. masa tengah drive balik umah sesorang. rasa hepi pun ye. rasa konfius pun ye. memang mixed feeling abes. adoyai sarah. cekal kan jiwa mu. bukan setakat tu. kami sempat sms dan dia telefon aku dalam 5 minit sebelum dia naik erl. 

sepanjang outing tadi. memacam benda dipikirkan. tapi benda dah lepas tak harus di kenang. nak tak nak. kehidupan harus diteruskan. pape pun. it feels good meeting you just now after everything that happened between us. 

feels extremely good :(

27.6.13

Konflik dan kenduri

lokasi: JPN Putrajaya
insan: sarah. nithya dan keluarga
sempena: perkahwinan abang nithya
mood: hepi ponteng kerja

patut nya aku duduk opis dediam. tapi memandangkan nithya tak reti ke putrajaya. aku dengan hati girang tawar diri mau jadi gps. kebetulan takda kelas. dah lah shamala masih emosi. gerenti dia tak cari aku punya lah. haha. 

amek peluang okeh.

dalam 0900 gak lah kami bertolak ke JPN. sampai je di sana. jumpa keluarga nithya. tak ramai dan smua pakat serius. hm. macam pelik. terutama bila abang dia nampak stress gila. loh. apa kes?

borak punya borak. rerupa nya banyak konflik. kahwin tak dapat restu rupa nya. ayah nithya, encik gopalan siap buang anak sebab mau kawen gadis kasta berbeza. pegh. serius macam cite tamil. harap takde nanyi tepi everest je. hehe.

dari tunggu giliran. ke masuk bilik perkahwinan. sampai angkat sumpah.

smua orang macam stress gila. melainkan aku. sebab aku orang luar. tapi lepas je tandatangan sijil nikah. pegh.. tetibe smua pakat senyum lebar. gelak tawa bagai. aku blur cket time neh. tapi menurut nithya. smua dah hepi. sebab ayah dia dah takle halang. dah sign sijil. ooooookay. camtu plak. 

lepas smua dah settle. bergambar cket. dan terus ke destinasi seterusnya. makan makan di serdang. aku serius excited. pantang dengar 'makan'. terus bersemangat. huhu. makan di restoran hindu. masa di kedai. femli nithya pakat borak dengan aku.

depa ingat aku hindu rupa nya. muka ada iras kata nya. bila aku pandai oder makanan hindu. lagi dieorang yakin aku hindu. haha. tak pepasal aku jadi topik hangat. pengantin siap datang interview aku kot. haish. sapa yang kawen neh? heh.

dalam jam 1500 gak lah baru pulang mantin. pape pun. aku gembira berjaya lari dari opis arini. dan ah dapat tengok kawen ala court. dapat makan sedap plak. pegh. today is a very good day indeed.

kepada pengantin. tahniah. 
kepada encik gopalan. dah dah lah tu. dah kawen pun. terima je lah. 
kepada keluarga nithya. terima kasih atas layanan mesra anda. 

lepas ni tunggu nithya plak kawen. yehaaa.

25.6.13

Asap asap kehidupan


bangun tido. usha luar tingkap sambil mengeliat.

nampak asap.

ingat mimpi. maka sambung tido balik.

bangun beberapa minit kemudian. usha luar. masih sama. 

tengah konpius bila miss gita bilang malaysia dilanda jerebu teruk. apa? 

J E R E B U

apa kes? takkan dah jadi aktiviti tahunan kot? 

ah. dem u indonesia. 

pergi kerja pakai mask lah jawap nye. hm.

21.6.13

Hari ini dalam sejarah ELC

terukir sudah sejarah hitam di English Language Centre arini pabila

cik sarah baharudin bergadoh sama HOD dan top management.

al-kesah nya begini.

tengah bes bes aku bikin kerja sesorang di cubicle bila shamala datang. kata nya nak aku key in smua markah student dalam masa 2 hari. okeh. dateline lagi 2 minggu. student aku ada dalam 200. satu budak 5 assessment. hotak lu.

aku dengan muka dek pun terang lah. aku dah siap smua assessment melainkan assignment. dah lah 200 student. assignment plak esei dengan research paper. kene baca. mungkin tak sempat. tapi akan diusahakan.

muka bos aku dah lain. dia cakap kalu aku tak siap gak. aku kene jawap dengan dato' dan tulis report. aku cakap lah. ok. kalu tak sempat gak. nak wat camne? aku akan tulis report dan jumpa dato'. kata 2 minggu dateline. apa kes tetibe nak dalam 2 hari. sukati mak pak deme je. 

lepas je aku cakap camtu. bos aku emosi. cakap jerit jerit. aku dengar je memula tapi lelama. bingit siot. las las aku menjawap. lepas aku menjawap. muka dia terkejut beruk kot. beruk terkejut pun tak sentap macam dia. terus dia bilang:

dia: i dont like the way u talking to me!
aku: really? i dont like the way u talking to me too.

aku cket pun tak naik suara. tapi lepas je aku sembur camtu. dia terus lari kuar opis. aku serius ingat dah settle. tup tup dia pi report kat top management. pundek tol lah. macam bebudak je. cket cket report. sental mulut dengan klorox baru tau.

dalam 20 minit kendian. aku dipanggil prof. ooi. juga warga top management.

berlaku lah sesi terang menerang situasi dari pelbagai pandangan. tapi serius. sepanjang sesi tadi. shamala memang talam abes. dengan aku cakap naik suara. pusing je kat ooi. cakap lembut gilas. serius rasa nak tampar laju laju. mulut jahat tahap syaitonirojim plak tuh.

bley plak main perli perli kasar. walhal aku kat tepi kot. bila aku mintak penerangan apsal cakap camtu. dia emosi bagai nak rak. prof ooi pun sama je. aku selalu dengar pasal sameon berdua ni. kata nya shamala anak berlian ooi. tapi aku macam tak caya sangat gosip liar.

sekali.. amekau. memang betul. aku bukan nak suruh dia back up aku tapi nampak sangat ketidakprofesionalan dia. siap ugut aku secara halus okeh. nasib aku cepat pick up. huhu. memula aku agak rileks. tapi lelama serius hangin. 

dan bermula lah sesi menjawap lagi sekali. gerenti ramai saran aku diam dan angguk tapi serius tak tahan weh. kalu boleh pijak. nak pijak sampai lunyai. mana bley camni. siap ungkit pasal kontrek bagai. hak elah. tak yah lah ungkit pasal kontrek. bahagian dia tak tertunai. nak ingatkan tanggungjawap kita plak. hak tuih. 

dalam 45 minit gak lah tadi. las las berhenti walau sampai sudah tak settle. masa aku nak kuar bilik. shamala meluru kuar dulu. bising nak mampus. jalan hempas kaki kot. nasib tak retak hallway. haha. 

dalam beberapa minit kendian. nithya bilang. ternampak shamala nangis di opis. aku rasa bersalah gak lah cket tapi hangin punya pasal. ah pedulik. 

kepada shamala dan prof ooi. pigi mampus lah.

18.6.13

Afrikaan


ini ugali. 

makanan warga afrika.
diperbuat dari tepung jagung.
dan di makan dengan lauk.

nampak macam ntah pape.
tapi sedap siot.

kepada cik kamila.
trimas di atas pemberian ini.

esok lusa ceq belanja nasi lemak yek.
om nom nom.

15.6.13

Dua benda paling aku chenta

pertama. keluarga.
kedua. makanan.

dan arini aku dapat kombinasi kedua nya. terbaek.

sempena hari jadi kakak aku ke tiga puluh satu. kami sekeluarga pakat makan besau di rakuzen, dutamas. siap amek bilik private lagi okeh. exclusive abes. memang sesuai lah dengan angka 31. heh.

dan seperti biasa. oder bagai nak rak. ingat kan datang pinggan kecik. sekali datang. amekau. ternganga. banyak siot. neh bukan japanese portion. ni raksasa portion ni. dan lah smua pakat oder daging. abes pakat overdose. 

nasib baik lah kami sekeluarga raksasa jugak. karnivor berjaya. dalam slow and steady. abes lincin gak akhir nye. fuh.. hebak hebak. huhu.

[ rakuzen baybeh! ]

[ ayah dan amin ]

[ sheena, sarah dan mama ]

[ salad ketam ni serius sedap nak mampuih ]

[ tak tau nama tapi marvellous jugak ]

[ main dish aku yang mampu bikin darah tinggi. tetap menawan ]

abes makan. smua pakat takle jalan. gila semput. tapi setelah menabahkan diri. smua pakat ronda dutamas. konon nak kasi makanan hadam lah. tak sampai 15 minit kendian.

aku dan amin makan ais krim roti. 
sheena, ayah dan mama pekena kopi starbuck.

gila lah! perut apa neh? sah sah ada koloni cacing. ayayai. tapi takpe. selagi upaya nak makan. makan. kerna bak kata orang tetua. 

gendang gendut tali kecapi. 
kenyang perut hati happy.

12.6.13

tiga.puluh.satu


nur sheena baharudin
sesatunya kakak aku

dan arini dia berumur tiga puluh satu

selamat hari jadi

sayang kamu selagi nyawa dikandung badan

11.6.13

Malam yang panjang

keluar malam.
makan ais krim.
bersama student zambia.

OMG.

serius macam tak percaya aku kuar dengan emmanuel tadi. 

kami borak. borak. dan borak.
serius banyak topik.

agak bes borak sama dia.
ada banyak persamaan.

cuma satu je tak bes.
dia buat luahan perasaan.

thank u. but no thank u.

walau dikau chumel, baik dan bijak.
tapi sayang, tetap bekas student aku.

but hey, i do enjoyed our outing just now :)

10.6.13

Pesta muda mudi

lokasi: gombak
insan: sarah. sheena. shan. nurul. sara. azreen. 
sempena: baby shower nurul
tema: hipster

arini. aku dijemput ke satu pesta keramaian. baby shower. bukan pesta mandikan bayi tau. tapi pesta meraikan bakal ibu. dan ibu hot tersebut adalah

nurul (tepuktepuk)

masa aku sampai. serius kecoh gila. mana tak nye. smua dok sibuk bikin dekorasi. dengan belon nye. papan mesej nye. memang cute gila lah. smua tema hipster baby. walau pun aku kurang gemar hipster dan bayi tapi setting keseluruhan teramat lah chumel. thumbs up!

bukan setakat tuh. siap ada meni pedi okaaaay. kelass kau jah. dah lah aku tak pernah wat benda alah tuh. sekali dapat. amekau. terus warna warni kuku kuku gua. haha. 

bab makan jangan cakap. peghh. sedap tahap dewa! majoriti pakat di oder dari kawan. sumpah marvellous. ni baru masak dari hati nama nye. layak dapat medal kekawan aku smua. bangga aku ada kawan berbakat separa terpendam camni. 

[ tup tup baby girl. slumber je tersilap jantina. haha ]

[ personalised message board dari kami untuk mommy nurul ]

[ bahagian faveret aku. aumm ]

 [ tengku sara. sheena dan shan yang abes hipster ]

[ jari disko dan aku yang konon nya hipster. hm. boleh lah ]

event ni serius intimate. walau tak ramai. tetap bes. smua lepak gila kot. borak. makan. gelak. pedi meni. makan. dan begitu lah seterusnya hingga 4 jam kendian. memang produktif abes. sesedar. makanan abes kot. ganas sungguh lah.

pape pun. smuga smua nya berjalan lancar kak nurul. ameen. 

8.6.13

Kezutan

tengah bes bes layan youtube. student zambia datang melawat. sedikit terharu dan sedikit terkezut. mana tak nye. sungguh rajin mereka ni. kalu aku? jangan harap nak beboring datang lawat. tido pun shiok. 

sesampai je. smua gadis pakat mai peluk. aku pun terima dengan hati terbuka. bukan apa. sedap siot peluk bebudak tuh. badan mantap woit. hm. ayat pervert gila. mau kene buang keje aku camni. haha 

yang jejaka. aku senyum dan sedikit angguk. abes macho lah tuh. bila tetibe ada orang peluk aku dari tepi. hm. asal macam pelik semacam je ni? tak empuk seperti biasa. ayaaat. haha. pandang tepi. usha. 

nondo.

adoh. babik tol lah. dah ah wat muka stim gila. serius aku dah tak tau nak cakap pe. aku tolak dia cket. nasib paham bahasa. dia lepas dan kebelakang cket. kawan zambia smua pakat senyum. pundek tol lah. 

harus boikot student zambia aku pasni gamak nye. urgh. tulun tulun. masa untuk mandi hadas. haha.

5.6.13

Kami dan teh


tadi. aku dijemput usman, selaku teman serumah mahfuz untuk ke rumah. mau hidang aku teh bunga raya kata nya. kebetulan aku memang dalam laluan pun. alang alang kan? rezki usah ditolak. lagi pun. bukan slalu orang mau bikin teh bunga raya.

dengan semangat nan jitu. sampai lah aku di destinasi. flat sebelah lrt melati. sesampai je di parking. mereka pakat jemput aku. peh. rasa macam ada bodyguard okey. gila bes. serius tak sesia aku datang. layan tetamu bak royalti. kena kerap datang camni. heh.

aku memula niat mau singgah tak lebih 20 minit. pas barang. amek barang. minum teh dan pulang. sekali start borak. amek kau. tersangkut lebih sejam kot. fail sungguh lah. usman bukan setakat hidang teh. siap bawak aku tour serumah kot. abes smua bilik dia tunjuk. tak pepasal aku tau layout rumah mamat neh. sabo je lah. 

borak punya borak. hampir setengah jug gak lah aku balun. serius sedap air tangan mamat neh. haha. bukan setakat tuh. usman siap nak bungkus air kat aku. haish. perli ke apa neh? hehe. 

tengok shiok sok sek. tetibe mahfuz suh pulang. aiseman. potong tol lah. emosi gak aku memula. sekali usha jam. hm. memang patut dihalau pun. dah jam 1 pagi kot. haha. memang dasar tak sedo diri tol lah. kene plak harus balik mantin. urgh. pengsan. 

pape pun. mekasih usman dan mahfuz di atas layanan tip top anda. lepas ni. sila lah hidang air teh lagi. heh. 

4.6.13

Hidup untuk makan

nganga. kunyah. telan. dan ulang.

pegh. bukan setakat perut aku kerja keras. mulut aku pun sudah overwork. keje menguyah memanjang. mau kurus pipi aku camneh. iye iye je. huhu.

tapi serius. memang memacam lah makan. dari roti ayam ke ayam garam. cendol ansari ke sate tulang. smua lah kami bedal asalkan takda babi dan alkohol. sungguh berwibawa. heh.

memula taruk bajet rm120 untuk makan 3 hari. up cket dari bajet melaka. ingatkan cukup. sekali sampai destinasi. amek kau. lupa diri kot. pantang nampak makanan. terus oder. ada plak ruang. memang ajaib.

[ ayam incikabin. pertama kali cuba. gila sedap okeh ]

[ roti sayur yang menawan kalbu. simple tapi masyaAllah sedap ]

[ cendol ansari yang mengugat keimanan]

[ terus diabetes lepas pekena nasi vanggey ]

[ mee kicap sup dan gulai. hanya di ipoh ]

[ telur goyang. indah rasa dari rupa. bergoyang aku mau lagi. haha ]

[ rojak pun sedap. apa ntah uncle ni taruk pun aku tak tau. adoh ]

[ chicken chop terkenal yut sun. nampak je gitu. sedap okeh ]

[ sate tulang. macam makan tulang. tapi ada rasa marinate. yums ]

[ ayam garam yang mampu bikin tido malam tak lena ]

[ tau fu fah paling sedap di dunia. serius sedap gilak ]

[ roti ayam yang sedap dan sangat mengenyangkan ]

serius berbaloi. oder tak agak agak. pandang nama unik cket. konfem oder. nasib baik habis lincin. slow and steady beb. huhu. tapi serius. harus puasa sepurnama pasni. kasi hadam abes smua. pastu cari destinasi seterusnya. hehe.

burpp. Alhamdulillah. 

3.6.13

Pengembaraan tiga gadis pingitan

peh tajuk. mengancam abes. ala ala tajuk novel penyiasat yang lagi menyesatkan. huhu. 

ok ok. awal tahun aritu. aku, zetty dan mahfuz pakat redah bandar melaka dengan jiwa dan perut nan jitu. kini. kami pakat jajah ipoh dan taiping plak. smua dah cun bila tetibe mahfuz terpaksa tarik diri. 

supervisor mau proposal thesis kata nya. em. supervisor dengki ah tuh. chait. maka. kurang lah korum. tapi takpe. kami ganti sama kak shan. warga iimu dan juga penetap ipoh yang berjaya. memang cun lah. konfem tak sesat kat sana nanti. hehe.

dan memandangkan ini adalah food trip. makan macam hape je. siap penat bagai. memang penderaan fizikal tol lah. tapi sebab smua dah agak berusia. makan cket dah semput. ntah pape. tapi okeh lah. berjaya gak makan di 12 lokasi berbeza. agak membanggakan. 

dan aku seperti biasa. belum apa dah google tempat makan. tapi kali neh macam susah cket. asyik kecewa memanjang. mana tak nye. dah abes terliur usha gambar. tup tup. ada vavik. peh. hanya tuhan mengetahui kekecewaan hamba lemah ini. peh. dramatik nye. haha.

tapi nasib lah ada kak shan dan kak chuck. tau gak lah destinasi menarik kat sana. aku plak terus activate butang redah aku. pantang nampak sedap. masuk kedai. usha menu. ada je vavik. muka dek kuar kedai. kalu takda. oder. haha. sukati je. 

tapi memang berbaloi ah. memacam makanan sedap kami jumpa. cuma satu je tak bes. smua benda jejauh. berbanding trip melaka dulu. kali ni smua pakat kene drive. memang jauh gila woi. kalu mau jalan macam melaka aritu, 4 hari baru mau sampai. tabah

[ serius jalan kosong. highway ini kami yang punya. bwahahah ]

[ bajet homestay yang murah tapi seram mengalahkan cite ju-on ]

[ pabila zetty konpius antara sarah dan bantal yang empuk ]

[ tangga old skool okeh. baru setapak dah gegar. chait ]

[ jakun jumpa phone booth di taiping ]

[ muka bahagia dapat makanan. sayang lapa yek? haha ]

[ ni lah gadis pingitan itu: zetty, shan dan sarah ]

[ zetty, shan dan chuck, selaku tour guide berjaya di bandar taiping ]

[ sempat singgah art gallery ok. abes berseni lah tu. heh ]

[ lake garden yang tersangat cun]

[ shan. zetty. sarah ]