30.11.12

Selamat datang cinta


tahniah di ucapkan buat bestfriend aku:

Sharifah Zuhaiza & Wan Abdul Hadi (epahadi)
dan
Liyana Khalidah & Mohamad Asrul (nanasrul)

atas kelahiran bayi sulung mereka

*****

dedua girl okeh. dan lahir selang 2 hari je. nana 28112012 and epah, 30112012. haish. macam pakat je kekawan aku neh. hm. kinky. ewwww. haha.

lega sungguh hati ini bila dapat tau mereka berdua selamat. dah ah hadi sms aku jam 530am. terus aku takle tido pastu. risau siot. tapi aku paham perasaan hadi. kalu aku ni pun cuak gila. dia mesti tahap berbuih mulut. huhu.

pape pun. bam bam dua orang ni sangat bertuah sebab dapat god mother cool macam aku. bwahaha.

27.11.12

Jiwa kacau


it was helpless anyway
there's nothing much we could do or say
darling don't you think it's a shame?
that it had to end this way

so here's to say goodbye,
our love is lost, and we cant figure why
maybe it really is about time
that we finally made up our minds

soon you'll build new memories
then slowly you'd forget about me
then i would slowly be
a distant memory

it's not an easy thing
to shake off our history
i know that's what you want from me
but they will always stay with me

24.11.12

Pokai itu aku


anta kereta ke workshop. ingat kan tayar bocor. bajet maksimum rm100.  

tup tup. 

tayar pecah. rim kemek. dem u lubang jalan di klang. dan disebabkan itu. abes smua kene tukar. sebab tayar lain pun dah goyang.

aku memula macam tak rela. tapi bapak aku cakap tukar je. untuk safety aku gak. hm. betul jugak. dah ah aku selalu travel merata. maka. aku tukar:

+ 4 rim
+ 2 tayar
+ 4 absorber
+ 2 absorber mounting
+ alignment & balancing

rm1800 total smua. ugh.

nasib lah aku ada saving. walau pun aku diisytiharkan pokai kini. tapi aku redha. demi my baby, cik oren. 

yang penting. kereta aku punya rim berkilau tahap kene pakai shades kalu nak tatap. abes racer okeh. haha. dan selamat untuk di pandu. 

keep rollin rollin rollin rollin yeah.

20.11.12

Pertemuan nan buta

lokasi: the cooler, cyberjaya
insan: sarah. afeedami.
sempena: jejak kasihan

setelah lima tahun berchatting. ke temu juga akhir nya.

aku memula cuak jugak. mana tak nye. aku mana layan blind blind date camni. dah pulak tu. dia orang luar. nigerian. belajar kat klmu. muda setahun dari aku. 

but well. theres always the first time kan?

serius cakap. aku pun tak hengat camne aku bley kawan sama mamat ni. tup tup. dah lima tahun. kira nya. aku berkawan sama dia masa umur aku 23 tahun lah. hm. zaman innocent tuh. haha. 

aku sampai dulu macam biasa. masa tunggu afeedami. aku sempat borak dengan mamat jual insuren. lama siot. tup tup. aku check phone. ada misscall, sms bagai. haha. sabar je mamat tu dengan aku.

aku terus jumpa dia depan cimb. mintak maaf wat dia tunggu. masa aku dok cakap. dia blur gila. tup tup nama salah daa. lima tahun aku panggil dia afeedami. tup tup. nama sebenar boweezy. gila gangsta nama. haha. 

lepak di cooler dari 2100 sampai 0130. gila bapak lama. lupa diri tul. walhal esok keje 0800. slumber. huhu. tapi ok lah. pandai borak mamat neh. ada je topik baru. takda lah busan sangat.

bila nak balik. dia dengan abes gentle anta aku kat kereta walau aku cakap tak payah. tapi layan je lah. shiok gak camni sekali sekala. true story. hehe. 

hm. jumpa gak kawan chat akhir nya. yang pasti. aku secara tidak rasmi nya pernah blind date sama nigerian. boleh lah pangkah list things to do aku. haha. 

19.11.12

Oh tidak

arini. berlaku kejadian tidak di ingini.

satu. di ikuti student african mana ntah.
aku tengah bes bes pi tapau nasi lemak. dia plak bes bes usha aku dari jauh. gila scary okeh. memula aku tak tau pun. pastu dia ikut dan tegur. aku sengih lah macam biasa. mana nak sangka dia terus tangkap cintan sampai nak bawak aku balik nigeria? waduh paaak.

dua. dia datang opis sambil confess cinta. 
okeh. aku sentap gila. mana tak nye. tengah bes bes usha 9gag. tup tup. mamat tu timbul tepi aku. mulut tak berhenti cakap 'i love u. u so beautiful. i love u'. wadefak?

tiga. dia takmo kuar opis walau di suruh.
aku suruh dia pergi dari opis. aku cakap dengan penuh kesantunan kot. tak paham gak. las las nithya, opismate aku datang cakap sama dia. tetap takmo blah. dan akhir nya, gita  telepon shamala, boss aku untuk datang selamatkan aku. haha.

empat. dia gado sama hod aku.
shamala slow talk dengan mamat tu. suh pergi tinggalkan aku sendiri. cewah ayat. haha. tapi serius. dia tak nak jugak. dok request aku jadi supervisor dia lah. jadi mentor lah. nak tunjuk aku benda lah. memacam ah. siap cakap apsal shamala sibuk dalam hal kami. hal kami? pundek gila ayat. haha.

tapi las las. dia pergi jugak bila shamala naik suara cakap aku takmo dia. takmo jumpa dia. takmo cakap dengan dia. amekau. mau terguris hati dan perasaan masa tuh. hehe. tapi masa  tu aku takda. lari sembunyi dalam toilet. malas aku drama drama ni. tanpa sedar. aku pun berdrama dalam toilet. huhu.

nithya dan gita cakap masa dia blah. dia nampak marah gila. siap jeling smua orang. pegh. gangsta sungguh. tapi takpe. janji dia tak ikut aku merata dah. haish. baru jumpa sekali dah camni. dia ingat cite tamil ke baru terpandang dah cinta tahap joget atas keretapi?

kata shamala. kalu dia datang balik. akan jadi kes security. pegh. terasa bagai superstar jap bila ada stalker begini. tapi takut gak. kang dia wat gila ke? aku gak yang naya kan? haish. mintak simpang lah.

hm. heharap smua nya akan okeh. ameen.

17.11.12

Koh lipe di hati ku. siri dua

untuk trip kali ni. aktiviti pilihan selain melantak seafood. tak lain tak bukan adalah

snorkelling

gila murah okeh. patut rm65 sorang tapi ntah nape. mamat tu kasi aku rm45 je. jangan banyak tanya. bersyukur je lah. huhu.

Koh Adang, Koh Hin Ngam, Jabang, Koh Rawi dan Koh Yang.

lima lokasi pilihan. siap barang snorkel. makan. air dan buah bagai. lengkap lah. trip dari 0900 sampai 1630. lama gila tapi tak rasa langsung. sedar sedar dah nak balik. tabah. tapi smua lokasi memang lawa gilak babi lah.

naik plak long tail boat. satu bot 7 orang sahaja. memang sangat selesa lah. haish. mana lah aku tak sayang siam camni. berbaloi dwet aku. huhu. ok ok. sambung gambar kerna sesungguh nya. a picture worth a thousand words. ecewah ayat. haha. enjoice!

[ aku dan long tail boat di pattaya beach ]

[ sesi snorkelling yang teramat mengancam ]

[ serius show off mamat neh. jeles aku. haha ]

[ aku dan paeng, encik bot selaku guide berkaliber ]

[ air yang gila bapak jernih ]

[ sesi kasi ikan makan walau illegal sebenar nye. haha ]

[ tak sesia beli underwater casing aku. wehuu ]

[ satu dari lima lokasi snorkelling]

[ kucing aku pun tak seramah ikan koh lipe. tabah ]

[ burn but happy ]

walau pi empat malam je. abes smua lokasi dalam koh lipe kami redah. serius tak sesia pi sana. tempat smua lawa tahap mengugat iman. 

hm. masa untuk tawan destinasi terbaru pula. yehaa.

16.11.12

Koh Lipe di hati ku. siri satu

tarikh: 121112 - 151112
lokasi: hatyai. satun. pak barra. koh lipe
insan: sarah. fatin
status: sukses
bajet: rm450

10 jam bus. 3 jam van. 2 jam feri dan 15 minit bot.

sampai gak koh lipe akhir nya. walau jauh menggila. bila tatap je koh lipe. terus lupa penat smua. serius gorgeous okeh. ikot hati. tak rela balik malaysia beb. kena plak bila terusha sunset dan sunrise beach. terus terkena panahan cinta okeh. aww aww. gilak. haha.

walau koh lipe ni panas tahap terbakau. aku rela. koh lipe memang terbaek ah. aku kasi 4 bintang *tepuktepuk*. chalet lawa dan murah. pantai bersih. laut clear gila. orang ramah. cuma satu je masalah. makan. pilihan banyak cuma mahai woi. 

dah ah aku bajet sorang rm20 je. tup tup. sekali makan rm15. kalu tiga kali makan? tapi takpe. holiday katakan. bedal aja. nasib under bajet. hehe. dan yang penting. makanan mahal tak ganggu pun ke'best'an trip kali ni. abes mengancam. 

sebab memacam kiteorang wat kali ni. macam biasa. aku letak gambo je la. kalu mau stori. sepurnama pun belum tentu abes. hehe. maka dengan ini. saya dengan segala hormatnya. mempersembahkan "amazing koh lipe"

[ fatin & sarah ]

[ tarutao national park yang panas gila ]

[ pandangan pertama sama koh lipe dari feri. lawa siot ]

[ gipsy chalet yang murah dan nyaman. berbaloi amat ]

[ sesi makan. asyik lapo memanjang je aku. tabah ]

[ lepea island. yea yea ]

[ view sunrise dari chalet. osem! ]

[ sesi melepak sama anak sea gypsy ]

[ sunset terkenal lipe yang memukau kalbu ]

13.11.12

Diwali hey


selamat menyambut deepavali 
buat smuga warga hindu di malaysia

terutama buat
uncle guna, aunty prema & pavitha
dan 
shamala, nithya & dr. jothi

selamat beraya sakan. dan selamat pulang ke kampung
sila lah bawak murukku bebanyak ke kerja nanti.
saya mauuuuu.. 

12.11.12

Sawadikap


arini. aku dan fatin akan backpack di southern thailand.

destinasi utama: hatyai. satun. pak barra. koh lipe.

serius excited. dah dua tahun aku menunggu mau ke koh lipe kot. asyik tunda aja. dan akhir nya. tercapai gak cecita aku. yea yea. 

wahai sarah dan fatin. smuga selamat pegi dan pulang. ameen.

8.11.12

Maharaja

tengah bebusan di opis. tetibe tergerak hati mau usha email.

maka. aku pun buka lah email. dan ternampak satu email dari ali. pelajar aku dari bahrain. katanya:

"Thanks a lot your majesty you are truly the best lecturer from the School of English"

budak ni pendiam gila kot dalam kelas. tak cakap banyak tapi pandai. exam je score. bila dia tetibe email camni. sentap gak aku. tapi sentap shiok. haha.

memang lah aku kekadang suruh student panggil aku your majesty pun tapi bila dapat email camni. pehh. orang depress mau terjun bangunan pun mampu tukar pikiran. haish. tak pepasal aku ter-riak. haha.

walau statement mamat ni tak valid mana pun. mana tak nye. aku sorang je cikgu english dia. memang lah aku paling bes. keke. tapi pape pun. maceh ali kerna bikin hari aku sedikit bermakna. weeee~

4.11.12

Offroad 4x4

lokasi: kolam air panas hulu tamu
kerna: 4 wheel drive
mereka: sarah. sherly. fatin. mia

pepagi buta. dengan semangat membara drift ke hulu tamu. sempena aktiviti offroad 4 wheel drive arini. pertama kali aku wat 4x4 kot tapi layan aja bah. janji murah dan menarik. woot woot.

sesampai je area hulu tamu. terus balun nasi lemak. mak aih. sedap siot. serius eklas masakan orang kampung situ. harus upgrade. layak jadi kampung pilihan. gila emo semata nasi lemak. haha. tp serius bes. yums.

lama jap tu. fatin &  mia sampai. jumpa aida dan shah selaku organiser. borak kejap dan terus gerak. ok. nak jadikan cerita. team satu lagi sudah cancel las minit. dan petang. takda orang booking plak.

oleh kerna sedemikian. dari sesi 3 jam. terus up jadi 5 jam untuk harga sama. pegh.. gila berbaloi ah. rezki beb. alhamdulillah.  

perjalanan pun thrill. melambung lambung ah dalam keta. lintas 2 sungai. naik turun bukit. kene plak semalam hujan. jalan lecak gilak. jeep siap tersekat dalam selut. kena tarik dengan tali okeh. memang cukup pakej ah. 

sesampai je air terjun. peh. gila excited smua. terus terjun belum apa. kene plak air terjun ni dalam kawasan persendirian. lagi lah bes. bersih dan takda orang. ada plak pokok tumbang. terbaek lah. abes smua benda kami panjat. driver bernama shah je kami tak panjat. haha.

berendam sampai kecut kot. huhu. bila nak balik. tetibe hujan. fuhh lega. sempat gak berair terjun smua. kalu tak. sesia je kene balik separuh jalan. safety katanya. hm. tapi takpe. yang penting. smua pakat enjoi! 

hm. apa pulak mau bikin seterus nya? 

[ lintas sungai dengan penuh bergaya ]

[ sesi tersangkut dalam selut. abes thrill lah. hehe ]

[ kami dan shah selaku drebar berhemah ]

[ air terjun apa ntah. yang penting, bes ]

[ sekawanan duyung sungai di temui ]

[ crime scene ]

[ lepas bergambar kene tarik jeep. tabah ]

[ abes pro ah tu lintas sungai camni. haha ]

[ sherly. fatin. sarah. mia ]

3.11.12

Terbang nya aku

lokasi: pulau indah
insan: sarah. sherly
sempena: aerochute
mood: excited 

patut nya bertiga. tapi fatin harus kerja tetibe. kira reschedule abes smua. tapi takpe. janji voucher tak burn. duit oi. hehe. maka. arini, aku pergi sama sherly. dan minggu depan. fatin seorang.

ok. yang pasti. ini lah sesi outdoor paling menarik dalam sejarah hidup aku. sangat lepak kot? pilot wat smua kerja. aku hanya duduk dan menghayati sesi terbang menerbang selama 15 minit.

walau kejap je. pegh. sangat berbaloi duit aku okeh. bukan selalu dapat menikmati situasi camni. sangat tenang ah. kene plak angin sepoi sepoi. waduh. need to grow my own wings camni. huhu.

overall. aktiviti kali ni memang terbaek ah. lain dari lain. memang aku syorkan wat sesapa yang teringin terbang tinggi. dengan harga murah. selamat. dan punya pilot terlatih. sila lah cuba aerochute di pulau indah. tersangat lah awesome.  

pape pun. yang penting, sameon sherly enjoi. dan esok. harus ke hulu tamu untuk 4x4 plak. caya lah sarah! layak jadi model deuter. ada je aktiviti. huhu.

[ ini lah aerochute yang gila bapak bes. peh. semangat gila aku. haha]

[ kasi mandram cket sama itu aerochute ]

[ sesi doa dan mengucap sebelum berlepas. cuak gak weh ]

[ take off ]

[ terbang tinggi ]

[ dan semakin tinggi ]

[ permandangan dari atas. serius lawa ]

[ pulau indah yang awesome ]

[ tetibe mau borong aerochute satu untuk ke kerja ]

[ sempat amek gambar tu. bravo ]

[ bersama goh, pilot yang awesome. kiut plak tu. cukup pakej. haha ]

[ pulau indah yang sesungguh nya indah ]

1.11.12

Sambil menyelam amek gambar

ni yang payah bila sudah daftar cimbclick. jari tetibe aktif semacam menekan benda yang tidak harus di tekan. waduh. dilema sungguh.

dan arini. jari berdenyut kencang beli satu lagi benda online. tapi kali ni takpe. kerna wat kali pertama. aku beli benda yang teramat berbaloi iaitu

jeng jeng jeng

ecewah. abes suspen ah tu. haha. 

underwater camera casing

wehuu. lepas ini boleh ah bergambar dalam air ala ala duyung. konfem stylo abes ah. lagi dua hari sampai lah kot. uish. berdebar plak aku. excited siot. heh.

brand dari korea katanya. dan menurut review internet. murah dan sangat bagus. aku beli rm99 je. heharap yang aku beli ni original lah. kalu tak pun. smuga imitation grade a. 

pape pun layan je lah. yang penting. kamera aku tak lemas. gila tragis kalu ye. huhu.

yea yea. boleh amek gambar dalam air. bes bes