4.2.11

Makan besar

lokasi: sri ayutthaya wangsamaju
mereka: ayah. mama. sheena. sarah. amin
sempena: hari jadi ayah
mood: bagai kera mendapat bunga

kera dapat bunga pun tak excited macam aku. bukti betapa riang nye aku arini. ecewah ayat. heh. kali ni. sempena hari jadi tun baharudin (doa tuh). kiteorang makan besar kat sri ayutthaya. woot woot.

ok. satu je benda aku bley cakap pasal sri ayutthaya..

marvelouuuuuus.

terus speaking tu. takle blah. nak cakap siam tak reti. huhu. interior?. serius lawa. sampai ke toilet lawa. kalah bilik uia aku kot. haish. takle jadi neh. tabah. dah la masa kat dalam. tak rasa macam kat area wangsamaju pun. rasa macam ada kat.. err.. siam?.

yang paling tak le blah. pekerja bangladesh. tapi pakai baju siam. memang menyahut cabaran 1 malaysia betul la. terpedaya kejap. asal mamat siam ni hitam manis?. nasib makanan sampai cepat. hm. apa kene ngene pun aku tak tau. hoho.

makanan?. sangat sedap. puas hati la. memang chef import siam kot?. kalu tetibe chef dia dari bangladesh. aku terpedaya buat kali ke dua. cis buat sri ayutthaya kalu ye. heh.

sebab malas nak pikir. pakat amek pakej. dapat 7 lauk. tema?. under the sea. abes smua makhluk laut ada. sotong ada. udang pun ada. ketam. ikan. oyster. tensi je dewa laut kalu tau. abes smua kiteorang bedal. yums.

memang bes la arini. makan sedap. tempat cantek. parent blanje plak tu. tapi yang paling bes?.

dapat kumpul satu keluarga. :)

hmm. mithali gak aku neh. huhu.

[ sheena. amin. ayah. mama. sarah ]

No comments: