21.2.11

Skytrex

lokasi: bukit cerakah, shah alam
kerna: aktiviti di skytrex
mereka: sarah. una. fatin. zetty

pepagi buta dah siap. dengan pantas. jalan ke mainstair. kalu mak aku tau. mesti dia nanges terharu. sebab aku. selalunya. matahari terbenam. baru jaga. heh. sampai je. zetty dah terpacak. lagi ganas. mesti mak dia nanges terharu lagi kuat. sebab dia pun sama beruang gak. hibernasi.

jumpa una. dan fatin. cukup korum. terus drift ke shah alam. dan bila aku cakap drift. memang drift. gila laju fatin bawak. kalu dia tak jadi lecturer. aku yakin dia jadi F1 driver. tak sampai 30 minit. dah sampai. hebat mung. hebat.

sampai je. park. beli tiket. lepak tunggu bus. lama jap tu. manager skytrex datang. kami naek keta dia. gila VIP rasa. bes bes. sampai sana. aku settle form mana perlu. pilih glove. dan pakai harness. rasa macam hebat gila bila pakai harness. ikut hati. mau je aku pakai balik umah. hm. nanges lagi mak aku. heh.

layan briefing jap. dan wat 3 mini course. nak kasi kiteorang biasa kan diri la. sapa dah siap course. terus pi 'extreme challenge' trek. hm. tengok tangga. gile babi tinggi. 22 meter. sabo je la aku. gila semput. nasib sampai gak atas. kalu tak. aku wat pitam. cover malu. haha.

ingatkan setiap task. setiap platform ada orang jaga. tak langsung. bajet kiteorang smua dah terror je. selang 10 task. baru ada sorang jaga. tu pun dia wat hal dia. tapi bes gak. rasa hebat jap sebab kene handle pulley, terrabiner smua sendiri. woot woot.

walaupun ada yang tak abes. penat. kiteorang berempat smua abes. 34 challenges. 22 meter dari tanah. dah la dieorang cakap kiteorang pantas. bangga jap. bley la keje part time kat situ bebile. huhu. dah settle smua. lepak taman paku pakis yang macam gampang jap. dan terus drift ke saba'. sumpah lapaq.

pape pun. arini hari yang bes. :)

[ una. fatin. sarah. zetty. ]

[ antu galah pun tak setinggi itu ]

[ musang terbang ]

[ jatuh. otak bersepai ]

[ mampu bikin ketiak lenguh ]

[ layak jadi model deuter ]

2 comments:

ekey'z said...

are u lost weight? aku nampak ko sgt kurus...ko diet ke weyh?

Sumpah Aku Bukan Raksasa said...

haaa?. really?. haha. manade. camtu je la. i think its the angle yg wat nmpk kurus cket. tak pun. tak diet. keje aku makan tido je skrg. tabah.