2.7.11

Taman negara penang yang mengancam

lokasi: taman negara penang, teluk bahang
mereka: sarah. ee. yam. wawan. unc shukree
kerna: sesi hiking ke teluk duyung
mood: kepanasan

arini. uncle shukree sekeluarga ajak aku hiking kat teluk bahang. sebelum ni. setakat lalu je. tak pernah teringat nak singgah. tapi alang alang orang dah ajak kali ni. dengan pantas aku cakap on!. haish. pantang di ajak tol la. tabah. sanggup bangun pepagi buta tu. cemerlang tak cemerlang. huhu.

dalam 7.30 pagi. bertolak ke sana. gila excited aku sampai pecah mengantuk. selalu nye. pantang naek kereta. dah masuk mimpi level ke tujuh. tapi kali ni. mata cerah semacam. bukti betapa semangat nye aku. jangan tak pecaya. hoho.

sampai je. isi form cket. dah terus hiking. macam tak jauh. dalam 5km je. tapi bila dah mula sesi memanjat neh. huish. bley tahan gak. banyak gila naik turun bukit. nasib aku maintain kalu bab memanjat ni. muka kering je. abes power la tuh. haha.

tapi serius lawa. memang layak di label taman negara penang la. sampai je teluk duyung. macam ada kat dunia laen. pasir puteh bersih. air bersih takda sampah langsung. pokok hijau semacam. tapi takle blah. mat salleh dan tok arab bersepah. camne bley sampai.. tetap misteri bagi aku. hm.

aku apa lagi. dengan pantas lari masuk laut. berenang gaya apa ntah. tak hengat dunia. tak reti reti nak naik darat dah. huhu. air dalam. serius nikmat. nak jadi cerita. bley plak terjumpa frisbee. apa lagi. dengan pantas terus men-frisbee-kan diri. memacam skill beb. memang aktif semacam aku arini. haha.

dalam 3pm. baru teringat nak pulang. terus call bot nelayan mintak amek kat teluk duyung. memula terniat nak hiking balik. tapi wawan dah gaya penat melampau je. kesian la plak. lama jap tu. bot sampai. huish. serius lama gila tak layan bot nelayan. gila bes. permandangan plak memukau kalbu. perfecto!

[ trek teluk bahang. serius lawa ]

[ teluk duyung yang cun melecur. lawa tapi tahap kepanasan membunuh ]

[ uncle shukree tengah layan feeling. keh keh ]

[ bersepah siput tepi laut. buat sup pun sedap neh ]

[ perjalanan pulang ke pintu utama. sumpah bes ]

kepada uncle shukree dan keluarga. terima kasih bawak saya jejalan bertemakan go green. laen kali saya turun penang. jom hiking bukit bendera plak. ecewah.

2 comments:

ekeyz said...

kan????gi teluk bahang cam gi another part of penang kan?? cam tak caye ade pantai sebersih tu. aku gi skali je kot.

Sumpah Aku Bukan Raksasa said...

aku tak rasa macam kat penang. sangat lawa. aku ingat nak pi lg nnti. hiking route laen plak. :)