5.12.08

Rezeki di meja sebelah

Isnin. 041208

tadi aku pi makan kat gerai area bukit indah. sedap siot ayam goreng dia. bley dapat award seyh. ok. aku tengah best layan ayam goreng bila orang meja sebelah aku panggil ‘adik. adik.’ lama jugak dia panggil tapi aku dengan kakak aku buat muka dek je. lama jap tu. bunyi lagi. aku dah tertekan. apsal la orang kedai tu tak datang. ni mesti curik tulang neh. macam-macam aku sumpah seranah dalam hati. aku nak menikmati ayam goreng pun susah. adoyai. bila dia panggil buat kali ke brape ntah, aku pun pandang lah. aku dah pakat nak wat muka pasrah tapi rupa-rupa nya dia panggil aku selama ni. dia tanya apa nama aku. aku jawap je la. aku pelik. apsal la makcik ni excited semacam tengok aku. nak kata muka aku iras artis. lobang idung ada la cket. hmm.

rupa-rupa nya anak perempuan dia muka macam aku. makcik tu punya semangat sampai dia bawak keluar gamba anak dia. aku tengok. haram. sikit pun tak sama. aku tunjuk kakak aku. pun dia cakap sikit pun tak sama. tapi sebab makcik tu dah semangat. kami layan je kerenah dia. macam-macam dia cerita pasal anak dia. aku mula-mula ingat anak dia dah mati. rindu. tengok-tengok elok je idup. dia kuar pegi kerja. gile melodramatic makcik neh. sebelum dia balik. sempat lagi amek gambar dengan aku. siap pegang-pegang aku lagi. aku tak nak la tepis. sian. dah ambik gambar. tukar number telefon pulak. tapi part yang paling besh. bila dia belanja aku dan kakak aku makan. hmm. kalu aku tau. aku amek lauk mahal-mahal. haha.

nak jadi cerita. makcik tu ada kedai makan. rezeki aku tol la. urghhh.. lapar. mana number telefon makcik tu tadi?


Nota: sesiapa yang berminat. boleh telefon hajah esah sendiri

2 comments:

diana ghazali said...

hmmm lepas aku raba-raba muka aku jap tadi, aku tgk cermin, aku kaji, aku rasa aku ada iras muka ko lah sarah. kedai mana ko makan tu?

ainguzzle said...

haha. tang mana yg sama tu cik d. haha