5.12.08

takSUKARELAwan

tsk. makin lama aku join kursus sukarelawan asean university games di ukm ni. makin tawar hati aku nak jadi sebahagian dari temasya sukan ni. macam-macam benda yang jadi. ramai kawan aku yang tanya kenapa aku benci sangat ukm. apa salah ukm?. sebenarnya, ukm takda salah pun. yang salah hanya orang yang bertanggungjawap dalam mengendalikan kursus ini. dan juga caterer kolej keris mas yang sediakan makanan yang agak kotor bagi aku la.

a) Makanan kotor

ni memang masalah yang paling ak tak bley terima sepanjang kursus. peh.. bab-bab makan ni memang aku sensitif tol la. you are what you eat beb. ok. kisah nye macam ni. malam hari ke-2 kursus, kami makan nasi puteh, ikan dan sayur campur. kami amek ala-ala buffet. cedok sendiri. aku tak kesah pun. ikan tu agak sedap la sebab aku memang kelaparan time tuh. tengah shiok meratah ikan, ada satu pakcik aka urusetia dok pusing kat belakang aku dan kawan aku. kami usha je la pakcik tu. manatau dia ada masalah kan? tibe-tibe dia datang kat kami. dia mengadu. rupa-rupanya dalam nasi dia ada langau. aku rasa lalat tapi semua orang cakap langau. entah la. yang pasti, serangga bersayap. ha.. aku yang tengah seronok makan, terus geli tekak seyh. tapi memandangkan aku tengah lapar, aku teruskan jugak aktiviti makan. lepas abes, aku pun pi la tengok pinggan pakcik tu. betul weyh. ada lagi langau tu kat pinggan. aku pun terus terbayang lauk yang aku makan sebelum ni. macam-macam aku terpikir. lalat-lalat tu berenang dalam kuah ikan tu la. menari-menari atas sayur la. berguling-guling dalam nasi la. haram.

lama tu, aku baru nak lupa insiden tu, jmpe lagi satu orang datang mengadu. ni lagi sedih. dia makan cucur masa makan petang. nasib baik aku tak makan. dia dah telan 2 cucur, baru dia sedar ada telur lalat atas cucur-cucur itu. waduh. gile tragis. aku bershukur gile-gile sebab aku bukan laki itu. aku pun tak paham la. macam mana caterer masih bley berniaga kalu servis macam tu. silap-silap budak mati berbuih, baru nak tutup. dah terlambat la weyh. tsk.

b) Cakap tak serupa bikin

ni satu lagi masalah yang wat aku tensen. aku aritu dapat msg dari pihak aug. suruh datang kursus 2711 – 0212. lepas tu cakap boleh balik raya haji. 9 dec datang balik. ak pun semangat la datang. sampai sana. organizer dengan suka suki hati dia je cakap kami tak boleh balik. haram dia. aku dah la bawak baju 4 lai je. takkan aku nak rotate baju sama 3 minggu. uish.. orang homeless pun lagi banyak baju dari aku kot. aku dah membara sebab dieorang ikut sukati depa je. tapi takpe, aku tipu sunat. aku kasi alasan. macam-macam ada. akhirnya, aku dapat balik. aku balik rumah 0112- 0512. pastu aku kena datang balik 0512. hm. tengok la dulu. haha.

salah satu benda yang wat ramai gile budak marah. aku tak sangat tapi aku setuju je. sms janji nak kasi elaun untuk kursus 2, depa tipu. tak kasi. bodoh. kalu tak nak kasi. jangan cakap. aku kesian budak yang datang dari jauh. ada separuh dari sarawak. kalu tak nak kasi elaun takpe. kasi la budak-budak tu claim duit tiket bus. aku kenal satu mamat dari kelantan. dia cakap tiket pergi saja dah rm31.50. lepas tu tak dapat claim. dah la tu. layan sukarelawan macam budak. mana orang tak marah. lepas tu merayu-rayu sebab takut kami cabut lari. kalu takut, jaga la kami elok-elok. tak payah suap kami makan. dodoi kami tido. dukung kami. cuma, jangan sesekali janjikan sesuatu yang depa tak mampu. tsk.

c) Program tak teratur

ni lagi hampeh. wat kursus 5 hari 4 malam tapi kebanyak slot dibatalkan. siap pada hari ke 4. satu hari takde program. dari pagi ke malam. semua pakat mati kutu dalam ukm. nak keluar ronda, tak reti. aku ni nasib la kawan aku bawak kereta. boleh jugak la pusing kajang dan bangi. tapi orang lain?. memang kesian beb. aku pun tak paham nape wat program lama-lama tapi takde input. dari buang masa kami, baik dia buat program 3 hari tapi padat dengan aktiviti. selain dari tu, fasi pun ntah pape. tapi yang ni aku takle salahkan fasi sangat. ada satu slot ni. kami semua dipecahkan ke kumpulan mengikut sukan masing-masing. satu kumpulan. satu fasi. ok la. masalah nye. fasi sendiri tak tau apa-apa pasal sukan tu. kalu fasi blur. budak-budak lagi la blur. endin, apa pun tarak. sembang kosong je. serius buang masa. fasi selalu cakap sukarelawan kena kreatif dalam selesaikan masalah. fasi sendiri tak kreatif. hotak.

satu lagi yang aku tensen. hari ke 3 kursus. aku antara 20 budak yang kena pegi hotel marriot putrajaya. organizer cakap, kami kene pegi hotel, jemput kontigen bola Malaysia dan iring sampai ke pusat latihan maybank. kami sampai 2pm. tunggu la. 2.30pm. tak sampai lagi. 3pm. masih tak sampai. 3.45pm. memang tak sampai punya la. aku bengang gak tapi ak rileks sebab duduk dalam aircond. tak panas sangat. dalam 3.50pm, ketua kami panggil. dia cakap. kontigen takkan datang. rupa-rupa nya kontigen ada kat tempat lain. babi. aku tunggu sejam 45 minit tanpa sebab. macam mana la boleh ada miscommunication. aku kesian gak kat kontigen Malaysia sebab depa pun tunggu macam orang bodoh. nasib baik la game start 5pm. kalu tak, memang kalah free-free je. malu seyh. kami pulak. naik bus. balik. semua dalam bus tertekan. bodo. bodo.


d) Janji tinggal janji

kami dijanjikan elaun yang best. semua budak pun pakat semangat la. tiba-tiba pihak ukm cakap ditetapkan semua liaison officer dapat rm300 sahaja. makan minum dan top up tak termasuk. kena tanggung sendiri. dah la tu, officer yang kaya-kaya dok cerita yang depa keluar duit sendiri untuk bayar makan VIP. eh. tolong la. dieorang tu dah kerja. ada gaji. kami ni student. bukan semua yang mampu. yang tak bley terima. makan minum tak ditanggung sepanjang program. waduh. mana nak cekup makanan. dah la liaison officer kerja mula 4 pagi. habis dalam 11 malam. kerja kuat tapi kebajikan tak dijaga. hampeh. pihak ukm terang la kata semua sukarelawan macam tu. makan minum sendiri. officer pun macam tu jugak nanti. fine la. tiba-tiba aku dapat tau dari sukarelawan bahagian pemasaran. dieorang dapat elaun rm30 termasuk makan sepanjang games. aishh.. apa cer plak tu. memang siot la aug ni. makan duit siot. sekarang ni, memang ramai sukarelawan liaison officer nak cabut lari. hah. baru padan muka aug. dah ler liaison officer yang paling penting sebab jaga kontijen dan VIP. tapi nak buat camne. dah terlambat kalau nak mintak maaf. aku nak tengok je apa nak jadi nanti.

*****

aku sekarang ni tengah pikir. nak terus jadi sukarelawan lagi ke atau tak. aku memang hangin je dengan pengurusan sepanjang kursus ni. rasa macam nak blah camtu je tapi dalam masa yang sama. aku kesian. kesian tengok depa kelam kabut. dah ler program ni Malaysia jadi penganjur selepas 14 tahun. kira benda ni penting di arena sukan kita jugak la. aku tak kesah pasal elaun tapi jaga lah kebajikan kami sepanjang program. tu je. susah sangat ke? ahhh.. nak kekal ke cabut. kamu rasa?

1 comment:

ainguzzle said...

huhu. marah tul nampak. sian ko eh. huhu. aku nmpak iklan aug ni haa dlm tv. tunggu ko lak kuar tv ni