12.2.10

Aku, langkawi dan 32 warga asing

lokasi : tok senik resort, langkawi
insan : 38 org termasuk staff iimu
program : STPL
tujuan : merapatkan ukhwah

Jalan jalan cari laksa
aku pun tak tau. tapi sedar sedar. aku, zetty dan shan dah sibuk mencari laksa. pantang nampak kedai laksa. konfem berhenti makan. gilo ah. kenyang laksa je. sendawa pun bau laksa. bertapa kuat nye penangan laksa. di akhir ekspidisi. terbukti. gerai laksa pulau kat pekan kuah paling sedap. layak dapat medal. yum. selaen laksa. aku berjaya minum segelas kopi janda. sedap gak. hehe.


Gunung Mat Cincang
aku pi langkawi sebab nak naek kabel car ni je. kalu tempat ni takde dalam tentatif. konfem aku tarik diri. tengok. bertapa jitu nye niat aku. nasib baik sampai. kalu tak. nanges tak berlagu la aku. haa. permandangan lawa tapi penat siot tangga ke jambatan gantung. sian orang tua atau yang berkerusi roda. takle pi jambatan gantung yang bes. jangan jeles. haha.


Aktiviti luar (panjat bukit. musang terbang. rakit)
cuaca hangat nak mampuih. aku sampai pantai cenang dalam keadaan kulit cerah mulus (perasan. huhu). 3 jam kemudian. aku balik hangus. tsk. tapi takpe. janji aktiviti tu bes. aku panjat bukit dengan cemerlang. gelak je memanjang. orang laen high isap weed. aku high panjat bukit. apakah?. pastu wat water confidence dan wat rakit. atas laut. perangai sekor-sekor macam setan. air laut memang merbahaya. hoho. aku tak abes abes tengking yousuf yang kayuh rakit macam kacau dodol (sowi yousuf. salahkan air laut). haa.. flying fox pun bes. aku rasa aku ni tradisional sebab aku wat gaya biasa melaenkan lepas tangan. abes ekstrem. kawan foreigner eksterm mengila dengan gaya membunuh. dieorang yang wat stunt. aku yang pening kepala lebih lebih. hoho. untuk bukti. sila rujuk gambar di bawah.


Lawatan ke kilang gamat
ntah kenapa. aku pedajal ramai orang minum air tongkat air yang pahit tahap gile babas. abes semua budak foreigner aku suh minum. bes gile tengok reaksi dieorang. majoriti tak suka la. tapi ada mamat thai pelik. hamdee. dia sorang je gelak bila minum. terkenang saat manis ke abe?. sumpah jijik. haha. tapi bebudak tu takle marah aku sebab aku sendiri minum dua gelas. sumpah tak sedap.


Dynamic
ni nama kumpulan aku. aku dan lagi 5 budak hitam. baik baik semua tapi ramai sangat yang dominan. belum apa dah berkonflik. aku duk tepi diam diam macam tengok soap opera. hari ke dua. group aku dipecahkan. serap masuk 4 kumpulan laen. aku masuk kumpulan 'yamesz' yang sengal. mehdi raja sengal sebab suka cari pasal dengan aku. weh. aku tak kacau ko la. tapi takpe. comei punya pasal. aku maafkan. waum.


banyak lagi la yang bes tapi aku dah penat nak type. huhu. yang penting. aku enjoi sepanjang program di langkawi. hip hip horey. STPL rawks.

2 comments:

ainguzzle said...

sara, ko sungguh mnggunakan title a student of International ium

Sumpah Aku Bukan Raksasa said...

sesungguhnye..