16.2.10

Hero taman rimba


lokasi: taman rimba ampang
situasi : sekumpulan kanak kanak di buli sekumpulan monyet
tahap bahaya : 3 bintang

ketika sedang semput berjogging dengan cik sheena. kelihatan sekumpulan kanak-kanak lari bertempiaran sambil dikejar monyet ganas. ada yang nanges. ada yang jerit. memang kalut gile. aku dan sheena kutuk-kutuk bebudak tu sambil gelak jahat.

tibe-tibe nampak budak kecik montel nanges sekuat hati sebab takut. aiseh.. walau aku tak suka budak. kesian la plak. walhal ramai je jejaka muda kat situ. haram. sekor pun tak tolong. tengok je keje. tengok wat pe?. cucuk mata baru tau. haish..

oh ya. sebab aku murni (perasan) dan gagah (baru jogging). aku dengan macho nye ke depan. halau monyet dengan penuh perasaan. lepas tu. aku kutip beg dan barang budak tu yang bersepah tengah jalan. monyet ni pun satu. amek makanan dah la. ni nye tak. fair & lovely pun dia balun. bukan bley pakai pun. tabah. lepas kutip smua. aku serah kat kakak budak tu lalu dia berkata (ayat tak bley blah)..

"kak.. adik saya kak.. adik saya.."

sumpah aku rasa macam penyelamat dunia masa tu. riak takbur gile. tapi aku tak jadi nak takbur sangat. terkenang ayat aing "jangan takbur. kelak lebur". motto tahunan seyh. lepas tu. aku ala-ala selamatkan adik dia plak. hmm.

walau benda aku wat aritu simple je walaupun aktiviti menghalau monyet perlu dilakukan dengan penuh seni. aku tetap bangga dengan diri sendiri. lepas ni.. kena pikir idea nak wat costume. haha.

2 comments:

diana ghazali said...

agak gagah perkasa la. aku takut ngn kera2 camtu. gigi tajam

Sumpah Aku Bukan Raksasa said...

kera camtu gigi tajam ke?. aiyok. kalu aku tau. aku x tolong budak tu. hehe