8.8.10

Rosak.. rosak

kini aku ketagih harry potter. tetiap hari wajib layan buku sampai aku tak dapat bezakan realiti dan fantasi. pegh. gile ah ayat. mesti cikgu bm aku dedulu bangga. heh.

senjak dua menjak neh. smua benda aku cakap. mesti kait dengan harry potter. so. aritu aku sibuk la dok stori pasal animagus kat adik beradik aku. sebab konsep tu macam bes.

oh ya. animagus ni wizard yang mampu berubah jadi binatang secara rela. adik adik. sila jangan cuba di rumah. hukum nya syirik. tetibe. huhu. ahh. abaikan. ok. pastu. aku dengan semangat jitu pun berkata-kata.

aku: haa!. kalu saya jadi animagus. mesti saya jadi padlock!

adik aku terus wat gaya padlock. aku ingat dia tengah ekspresikan diri. sumpah buruk. tsk. kakak aku yang dah katam smua buku harry potter plak. terus ngeluh. aku blur. sampai la dia berkata-kata.

sheena: jadi padlock wat pe. padfoot ahh.

urgh. gila terhina masa tu. tahap mampu saman malu kat JK Rowling. huh. takmo kawan

No comments: