30.6.11

Penang: syurga makanan

patut duduk penang 3 malam je. ntah camne dah jadi 5 malam. apakah?. haish. pape pun. aku berjaya makan majoriti yang aku ngidam. burpp~ huhu. gila nikmat makan kat penang. bes bes. ok. antara makanan paling shiok di penang:

goreng pisang tanjung bungah

ok. ni la benda paling aku mengidam dalam bebanyak. memang power gila air tangan mamat tu. tak main ah terkenang semalam dua. setahun dua ada la. dashat. maha dashat. hm. nasib kali ni dapat. terus aku borong sebelas ringgit. balun sesorang sampai naik muak. simpanan hari tua beb. yums.

nasi dalcha hameed

selalu nya. aku makan kat tempat laen. ni first time try kat sini. gerai bebodoh tepi jalan je. tapi... aduhai. menusuk kalbu nasi dalcha dia seh. nasik lembut. dalcha plak berlemak. serius sedap. makan plak open air. huish. bley naik tok sheikh camni. abes kusyuk makan. murah plak tu. sabo je la. apsal la kl takda makanan camne? hm. boo kl. haha. emo.

pulut durian balik pulau

sebagai peminat durian. serius meleleh pulut durian balik pulau neh. tengok buah. kecik semacam. tapi isi dia. pehh. lemak gila. kene plak dengan pulut dan santan. memang dunia ini ana yang punya! hm. over plak. haha. tapi serius sedap. kepada uncle lili. terima kasih daun keladi. tahun depan. kita borong durian lagi. yehaa!

sup kambing padang broom
dari zaman nenek aku. ke zaman aku. sup padang broom memang terbaek la. crème de la crème. kena plak dengan roti benggali. urghh. memang tokei dia layak dapat gelaran tan sri beb. gila superb sup dia. oh tokei sup.. ada anak teruna ka?. saya mau. haha. sewel.

nasi kandaq kampung melayu
konfem. orang penang ada perut ajaib. makan nasik memanjang. pagi petang malam tengahmalam. tak henti henti. sampai aku plak kenyang bagi pihak dieorang. kalu kat chukai. sarapan makan roti dan teloq. kat penang?. makan nasi kandaq kampung melayu. pepagi buta orang dah beratoq panjang. gila la weh. nasib aku duduk penang sat je. tapi pape pun. nasi kandaq ni memang terbaik lah!

ais kacang swatow lane
ni satu lagi. dah la penang ni hangat nak mampuih. kena plak ais kacang ni. serius nikmat tahap dewa. tetibe rasa macam nak belanja tuan kedai ais kacang ni satu. hm. macam dia nak je. haha. kena plak taruk pisang kat atas. ahhhh... *pitam*

nan & tandoori kapitan
kapitan cakap nan dan tandoori mereka paling lazat dalam dunia. sekali pandang. sumpah riak semacam. tapi bila dah try nan tandoori dieorang. pegh.. memang betul apa depa kata. serius sedap. kene plak nan cheese. walawey. tak terkata. beriani claypot dieorang pun superb. mampus mengalir air mata beb. kepada sesiapa mau ke penang. tolong bungkus lapan. pleaseeee?

markisa kelapa padang broom
ni satu lagi. sumpah layak dapat medal. memang champion abes tukang kacau air ni. sedap gila! kalu dia masih bujang. dah lama aku kasi kawen dengan kakak aku. sukati. haha. bley minum markisa sampai bebila kan?. yummy. bes bes.

sotong kangkung padang broom
ni nenek aku oder. aku tak teringat pun nak makan memula. setakat kangkung dan sotong. apa barang kan?. banyak lagi benda bes bley makan. tengok rupa serabai semacam. tapi bila makan. mashaAllah. sedap gila. las las aku perabes. walhal nenek aku punya. haha. pengajaran hari ini: dont judge a food from its presentation. dan jangan perabes makanan nenek anda melainkan dapat lampu hijau.

haish.. gila kejang perut aku. baru seminggu kat penang ni. haish. bahaya. bahaya. harus pulang kl cecepat camni. kasi puasa sehari dua. bley terkejut gorilla perut aku kalu memanjang camni. walau pun camtu. oh penang. i lap u la!

No comments: