14.2.14

Letusan membara

"kelud meletus. surabaya hujan abu. airport tutup"

perkara pertama aku dengar lepas bangun tido. what a way to start a day. aiseh. oh indonesia. ngapain boikot aku? dulu trip padang cancel kerna gempa. takkan kali ni kerna letusan volcano kot. tabah.

sampai opis. tarik napas dedalam dan google. mau check kesahihan berita. mana nak tau miss gita praktis april fool awal 2 bulan kan. hehe.

google. dan sahih.

peh. agak dashat. walau kematian tak setinggi sinabong. tapi tetap parah. 6 airport tutup kot. yogya dan solo paling teruk. putih abu seluruh daerah. surabaya pun hujan abu. waduh waduh pak. kesian kot indonesia. 

1 minggu lagi. sheena ke yogya.
2 minggu lagi. sarah ke surabaya.

bagus sangat lah. dedua lokasi airport tutup. hm. macam termakbul je doa ayah aku nak anak dara dia duduk rumah dediam. haha. takpe takpe. ayuh doa smuga kondisi di kepulauan Java pulih seadanya. ameen. 

lepas ni kene pantau aktiviti gunung kelud. kalu masih kronik. aku daki bukit broga je lah. haha. smuga kelud tidak meletus buat kedua kali. kesian kat warga indonesia kot. dan juga kesian kat aku. lama bangat kepingin mau jejak surabaya. hehe.

No comments: