17.2.14

Hari paling produktif

akibat kebusanan yang melampaui batas kehidupan. aku dengan suka hati nye lari dari opis dan ke big bad wolf sale di mines. 

bukan setakat tu je.

siap pengaruh dan angkut miss gita sama. cemerlang yang amat. wohoo. tu pun miss gita cuak gila. muka dilema abes. nak ikot tapi takut. apakah? tapi las las kecundang gak dengan hasutan aku. haha. 

lagi bes pabila shamala tak sedar langsung kehilangan kami. serius terasa ninja. hoho. banyak gak borong buku. kene plak tak ramai orang. time keje kan? lagi lah bahagia. tak yah rebut rebut. 

aku beli 5 buah. gita borong lebih 10 buah. bagus lah. tak sesia aku angkot dia. hehe. dalam perjalanan pulang. bley plak singgah gerai pekena mee kari dan coconut shake. peh. indah sungguh hari ni. 

dalam jam 1730 baru sampai opis. tak pepasal orang ingat kami cemerlang balik kerja lewat sejam. tau takpe. heh.

No comments: