19.5.12

PD Buggy Trek

lokasi: bandar port dickson
mereka: sarah. fatin. una. zetty
mood: ceria melampau

arini. aku dan tiga gadis pingitan dengan semangat jitu drift ke port dickson. sempena aktiviti outdoor pada kali ini di pd buggy trek. gila rempit kali ni tapi layan kan aje. 

janji merasa lima aktiviti dengan harga murah. normal rm170 lebih. tapi dapat rm68.50 je sorang. yeay. i lap u lah groupon! huhu. pepagi buta dah sampai pd. semangat! ingatkan smua satu tempat. rerupa nya ada tiga lokasi. hm. menarik.

memula. di pd buggy trek. layan atv dan dirt scooter. atv sebab pernah bikin dedolu. muka bajet terror merempit. show off gilak. haha. tapi dirt scooter?. amekau. terkangkang bawak. haha. 

zetty belum apa dah bergolek. una plak dalam bebanyak tempat. jatuh dalam lopak. epik siot. dan aku? masa bes bes menikmati una di dalam lopak. dengan penuh adab terlanggar pokok. bongok gila. koyak seluar okeh. haish. ini lah yang dinamakan karma. tabah. 

hentian seterusnya berhampiran mcd pd. layan go-kart plak. takda orang laen langsung. cantek lah. terus berlagak macam dunia ini ana yang punya. heh. tapi serius. kami insa go-kart paling sopan dalam sejarah dunia. orang lain semangat lelumba. kami siap kasi jalan orang belakang pintas. sangat bertamadun. haha.

dan lokasi terakhir. di pantai belakang corus hotel. untuk banana boat dan storm. part basah basah paling masyuk. haha. layan dua benda. banana boat dan storm. banana boat okeh lah. sebab dah pernah naik. tak jakun sangat. tapi storm?

memang sepadan dengan nama storm. siot gilak! tapi bes. haha. dah la abang jetski hampeh. lagi kuat kami gelak. lagi laju dia bawak. lain kali abang oi. lagi kuat kami gelak. join la gelak sama. baru muafakat membawa berkat. tetibe. huhu.

lepas dah layan lima benda. sambung mandi laut macam tak pernah jumpa laut. excited gila. haha. tapi takpe. yang penting kami enjoi. woot woot.

  [ bergaya sopan di atas atv ]

[ sesi dirt scooter yang membunuh ]

[ go-kart paling sopan dalam sejarah ]

[ muka riang mau naik pisang. haha ]

[ sesi storm yang menguji keimanan ]

[ keturunan separa duyung melawat tempat lahir ]

[ zetty. fatin. una. sarah ]

hmm. apa pulak mau bikin lepas ni? 

No comments: