10.3.14

Indonesia Indah: Jathilan

sebelum trip neh. aku belum apa sudah bikin research pasal cultural performance. dengar kata. surabaya power gak kebudayaan dieorang. masih kuat lah. dari reading aku. katanya, harus tengok pertunjukan di balai budaya. setiap pagi ahad jam 10am. percuma plak tu. layann. 

sesampai je jam 10am. penuh dengan warga indonesia. kami je kot orang luar time tu. tapi muka rupa indon gak. takda beza mana lah. hehe. dalam 1030am baru mula. berkumandang lagu jawa siap gamelan. pegh. mendayu kot. 

kejap tu. keluar pakcik otai perasap kuda kepang. dengan kemenyan kot. aku dah rasa pelik. tapi layan je lah. ingat showmanship. gimik kasi penonton excited macam aku kan. heh. lama tu keluar penari jathilan kecil. gadis muda joget kuda kepang. lepas gadis muda. kuar teruna plak. terus tegap aku duduk. haha.

[ upacara seru menyeru ]  

[ otai gila musician jathilan ]

[ tarian kuda kepang secara berkumpulan ]

[ comey mamat ni. sempaaat. heh ]

[ datang dah. dataaaaang dah dia ]

[ sesi kunyah bara api okeh. kau mampu? hehe ]

[ fleksible sungguh pemuda ini ]

[ upacara buang puaka ]

memula okay tapi makin lama makin pelik. mana tak nye. dari 5 penari. 4 dah kene rasuk. aku sumpah memula ingatkan dieorang berlakon. tapi lepas merangkak makan bara api bagai. aku percaya lah. mata puteh kot. dah lah fleksibel gila teruna yang dirasuk. risau gak nengok.

mula mula santai. sekali rasukan makin menggila. sampai tok otai smua keluar kot. satu teruna, empat orang pegang. aku nengok sherly muka dah cuak gila. tak pepasal kejutan budaya. haha. tapi disebabkan out of control, show abes awal. aiseh.

mana tak nye. abes pengsan yang kene rasuk. camne nak sambung? tapi takpe. berpengalaman gak tengok jathilan real punya. kata nya team ni dari yogyakarta. dan setau aku yogyakarta memang kuat kebudayaan mistik mereka. pape pun. sapa lawat surabaya. sila lah singgah balai budaya. tak rugi nengok seni jawa.

No comments: