10.10.09

Makan free memang menyeronokkan

tempat : Senate Hall, IIUM.
tarikh : 081009.
waktu : 0800 - 1300.
aktiviti : F& F 2nd convention dan syawal gathering.

tarikh keramat. sebab pepagi buta aku dah bangun. semua nya gara-gara bos suruh datang awal. banyak keje nak wat sebab arini aktiviti IIMU yang agak penting. ikut hati nak je aku sambung tido. tapi tak sampai hati plak. hmm. tak sangka aku sangat berjiwa murni. haha. tsk.

bagi aku semua berjalan lancar la. banyak gak kerja nak wat tapi paling aku suka. angkat dan susun makanan. sebab sambil angkut. sambil makan. sambil menyelam minum air beb. tak sia-sia cikgu bahasa melayu aku ajar pepatah ni. mesti dia kagum sebab aku mempraktik dengan tepat sekali.

program macam biasa. melimpah-limpah orang luar. pantang masuk senate hall. aku rasa macam masuk pintu suka hati doremon. tup. tup. dah ada kat negara laen. ramai betul insan-insan terlebih melanin. tapi bagus gak. dieorang je yang rajin nak datang dengar benda-benda camtu. budak melayu?. haram. pedulik. yang penting. ramai gak budak. takde la nampak macam kamal hasan yang tampan lagi segak sedang kasi ceramah dekat sekumpulan imaginary friends. sian.

makan sedap. aku punya favourite cup cake choc yang sedap tahap dewa. memang layak dapat medal. aku sedekah kat bebudak kelas. sorang satu. buat amal jariah plak. aku kasi satu spesel kat lecturer membunuh aku. aku harap cukup untuk merasuah kasi aku result bes. ngeh3. yang penting. benda kecik camni. dah cukup kasi kawan-kawan aku happy.

lega. convention dah abes. lepas ni. FLUF plak. yeay.

mereka memang tak senonoh. cupcake itu tak bersalah

No comments: