9.10.09

Perut ku amuk

tempat : the curve, damansara.
tarikh : 031009

insan : sarah. nana. yumi.

walau kali ni lepak hanya bertiga. riuh tetap riuh. macam- macam aktiviti la kami wat sepanjang kat situ. dari makan cookies and cream dekat bubba gump. menyalah guna barang-barang dalam kedai. ke nanyi karaoke. rm12. 12 lagu. sejam. layan la kan?. aku pun tak paham. tapi semua lagu yang kami pilih. memang mencabar jiwa la. masa tengah nanyi-nanyi. aku rasa laen macam. asal perut aku macam semakin memgembang ek?. aku pun usha perut aku. erk. aku bley nampak perut aku makin kembong. memang ngeri seyh. kalah cerita hantu. uuuuuu. takut. takut tapi aku macam biasa la. blur. sakit tapi tak tau nak wat pe. sebab tak pernah kene. jadi. aku teruskan nanyi. pandai.

lama jap tu. belakang aku sengal yang amat. makin kronik. aku berhenti jap. aku cakap dengan yumi. dia cakap aku kena colic. masuk angin. ala.. yang macam baby selalu kena tu. tak sangka usus ku umpama baby. hm. dia cakap dia pernah kena dan sakit nak mampus. aku setuju. memang sakit nak mampus. tapi aku tahan je la. aku tak nak spoil keseronokan duniawi saat tu. sempena kesakitan aku. dieorang suh aku nanyi lagu terakhir. dalam ratusan lagu. aku pilih lagu kocok-kocok dendangan inul. diam. jangan tanya pape. sebab aku pun tak tau nape aku pilih lagu tu. aku rasa kondisi mental aku tak stabil time tu. akan tetapi. aku nanyi dengan cemerlang nye.

lepas tu. pi watson beli koyok cap salon-pas. tampal kat belakang satu. perut satu. pastu minum eno. ikut hati nak lepak lagi. tapi sakit tu makin menjadi-jadi. chait. balik ampang dalam 10.15pm. sangat awal kalu ikut piawai waktu aku. sepanjang ke ampang. aku bawak tak lebih 80km/jam sebab nak muntah. dan hajat kesampaian. aku muntah dekat stesen minyak. sia-sia aku makan kat bubba gump tadi. tsk. sampai je rumah. aku terus tido sampai esok pagi. sian nana. diabaikan tapi takpe. tot tot teman dia tengok tv.

sowi nana. yumi. next time kita over-nite ye. kocok kocok kocok auwwwww.

[ kesan sakit perut melampau ]

No comments: