28.10.09

Pertemuan terakhir

sepatutnya jumat lepas aku pi FLUF. program iimu yang ditunggu-tunggu sebab aku tak pernah pegi lagi. tapi nak jadi cerita. tak jadi plak sebab aku dan kakak aku nak turun penang. nak lawat tok yet ku yang sakit. sampai dalam 8 malam sebab bertolak lambat. tengok tok yet aku. terkezut gak la. kuruih nak mampuih. nampak laen gile sebab sepanjang aku ingat dia. dia berisi. tapi nak wat camne. dah sakit kanser usus. tu la salah satu kesan pada tok yet.

memang luluh jiwa. hati. jantung. paru-paru. usus. semua la. bila tengok keadaan dia. dah sebulan setengah tak makan (takda tenaga nak telan). cakap pun dah tak mampu melainkan sebut 'mak'. bila panggil nenek aku. aku dan kakak wat relax je. macam takda apa yang jadi. tak sangka kami pandai berlakon. hehe. tak bes la nangis depan orang sakit kan?. dari elok-elok terus hilang semangat nak hidup nanti. kakak aku borak dengan tok yet macam takda apa yang jadi. tok yet plak. respon guna kelopak mata. tak pun. dengan saki baki tenaga yang ada. dia akan cuba senyum dan geleng kepala. tragis tahap dewa seyh.

siang ahad. aku dan kakak bawak nenek aku shoppin barang untuk tok aku. berus gigi. tisu. cotton bud. pastu bawak nenek aku makan sebab dia dah lama tak keluar umah jaga tok. sampai rumah dalam 4pm. aku terus lena sebab penang panas gile. pasang aircond. terus pitam. haish. bangkit magrib. pastu lepak kat bawah ramai-ramai. dalam 8.30pm. aku dan kakak plan nak kuar makan nasi dalcha yang lazat. patut tunggu aunty nun tapi aku tak rela. tak adventure la kan?. sat tu. kakak aku kena panggil.

uncle john: na. nanti ada ramai orang nak mai lawat tok yet. takut hangpa segan. ni keluaq ni. balik dalam pukul 11pm tau.
maktok : haa.. balik lambat-lambat sikit.
kakak : oh. okeh. okeh.
aku : uish.. mengalau nampak?. hehe. takda hal la.

masa nak keluar rumah. aku dengar uncle john cakap nak mandikan tok aku. kasi wangi-wangi. sebab ramai orang nak datang tengok. 8.40pm. aku dan kakak keluar umah. agak happy. sebab nak pekena nasi dalcha kasim. dalam perjalanan sesat cket sebab tak pernah bawak keta dalam penang. 8.50pm. aunty nun tepon.

aunty nun: hangpa kat mana lanie?.
aku : errr.. ayaq itam. kami sesat ket. hehe. awat?.
aunty nun: ermm.. tok yet dah takda.
aku : okey.

bila aku inform kakak aku. dia terus terdiam dan mati akal. kami terus sesat. lama jap tu. kakak aku cuba fokus dan kami sampai rumah. semua dalam rumah diam. tapi nenek aku terus nangis bila nampak kakak aku. aku kelu kat tepi. tapi tak mampu nangis. aku tatap jenazah tok aku. yang aku tau. dia dah tak payah suffer. tapi kalu aku tau dia dah nak pergi 5 minit selepas kami keluar. aku akan pergi salam cium dia. tapi aku tak tau. sapa-sapa pun tak tau. malam tu juga. aku jadi penyampai berita dekat ahli keluarga. memang berat la bila dengar sepupu dan makcik aku nangis mengila. aku pun tak tau nak wat apa melainkan jadi tenang sebaik mungkin. susah gak nak terima hakikat yang aku kini dah kehilangan tok yet.

but hey. life goes on. sekurang-kurangnya. aku dan kakak sempat jumpa dia wat kali terakhir. tsk.

No comments: