5.6.10

Empat dalam satu

pepagi dah bangun. mau pulang chukai arini. jujur ek. aku malas sebenarnye. tapi kawan aku ramai sangat kawen. betul la kata orang. cuti sekolah ni permulaan musim mengawan. huhu. sebab ramai sangat. nak tak nak. aku turun gak chukai. insan yang berkenaan. sila terharu. heh. tapi dari ampang ke bus. macam-macam jadi. penat mental.

s.a.t.u
keluar umah jam 9 am. bus 1030 am. relax beb. banyak lagi waktu. sempat berangan nak makan set sarapan mcd lagi. sedap nye. kakak aku tawar nak anta sampai star lrt. chantek la. tapi kalu dia tak tawar pun. aku tetap akan suruh dia anto kan?. dekat je. tak sampai 8 minit setengah pun.

elok-elok ikut jalan belakang. tetiba kak aku tuka pikiran. apa dia terpikir kekal misteri sampai sekarang. dia pilih jalan alternatif laen. memang malang. sebab... tersangkut dalam jam sampai 945 am. walhal tak jauh mana pun. dem. sabo sarah. sabo.

d.u.a
sampai je star lrt. kak aku cakap. jangan risau. jam dia cepat 10 minit. bermaksud. jam baru 930 am. tapi bila aku tengok jam di kaunter star lrt. smua jam 940 am. ampeh la kak aku ni. ada dua teori je. antara jam mereka pun laju 10 minit. atau. kak aku je yang ingat jam dia awal 10 minit. fenin. fenin.

tarik napas. beli tiket. masuk duduk dalam lrt. ok. part ni memang wat aku bengang. gerabak parking nak dekat 10 minit. nampak cam kejap. tp lama gile beb. kene plak aku tengah cuak takut terlepas bus. lebih 15 stesen ni weyh. 955am. lrt bergerak. lega. tak pepasal aku berdoa dalam hati. smuga tak terlepas bus. aminn.

t.i.g.a
sampai star pwtc dalam 1015 am. kira orait la. ada lagi 15 minit. tapi.. tapi.. selamat tinggal set sarapan mcd. masa lalu mcd. kecur air liur tengok logo. tabah. laen kali je la. aku pun apa lagi. lariiiii pi stesen putra. takut lambat. hangus rm30 kalu tak. dalam perjalanan. ada satu pakcik tua pandang aku. ntah nape. aku pun berhenti. aku tengok dia. senyum. lepas tu. dia buka tapak tangan dia. ada alat pam orang asma.

dia: anak. pakcik asma. tak larat nak naik lrt. nak naek taxi duit tak cukup. pakcik malu sangat. tapi boleh pakcik pinjam rm7?. nak balik rumah anak.

aku tengok. pakcik tu badan terketar-ketar. tak peduli la sindiket atau apa. aku terus seluk poket. kasi rm10. aku cakap aku halalkan. dia pandang bawah. ulang yang dia malu sambil ucap terima kasih. aku kesian. ramai orang kat situ. tapi takda sape pun pedulikan pakcik tu. hm. aku senyum. mintak diri. sambung lariiiii...

e.m.p.a.t
bus kat hujung stesen. kalu lambat cket. babai la jawapnya. tsk. masuk. ada laki mana ntah duduk kat seat aku. dgn muka kerek. aku pun angkat kening. takda mood seyh. dah la tak dapat mcd. semput lari plak. patut pinjam pam semput pakcik tadi tu. haha. laki tu diam. bangun pegi belakang. aku duduk. tetiba. aku pompuan dengan anak kecik tegur aku.

dia: dik. kak nak mintak tolong. bley tak adik tuka tempat dengan suami akak?.
aku: (angkat kening) suami kak duduk kat mana?.
dia: (tunjuk kat laki tadi)
aku: saya tak suka dok belakang kak.

tapi bila aku pandang balik. aku nampak laki tu dukung baby. adoih. tak sampai hati lagi. aku tengok kak tu. aku cakap ok. kakak tu cakap terima kasih berulang kali. tapi bila laki dia datang. pandang pun tidak. cakap terima kasih pun tidak. memang macam siyal. nasib ko dukung baby. kalu tak...

lepas tuka tempat duduk. aku terus tido. sedar-sedar. dah kat sungai ular. memang koma namanya tu. huhu. sampai chukai dalam 2.30pm. sumpah laju pakcik bus tu bawak. berangan drifter ah tu. taek kucen tol la. tapi takpe. yang penting. aku selamat sampai chukai.

umah....

4 comments:

Zetty said...

Kesian la hai. Balik KL nanti kita makan McD ye.

Mok Cik Bambina (hentam sajalah) said...

kecur liur tengok logo McD!!! LAWAK GILA...buahahahahahahahaha.

Bagus Sarah baik hati. Harus dicontohi muda-mudi zaman kini. =)

eish@ said...

aduhai...sarah..laki die takut ko ngorat die ke ape? aduh...

Sumpah Aku Bukan Raksasa said...

zetty: baek cikgu!. saya mau set large. (lepas geram)

lina: saya tak sampai hati cik lina. ececeh. huhu. but i hope if that happen to my family. ada org akan tolong. :)

sha: xmo ah laki dia. kering. keke