3.1.11

Kami karnivor

lokasi: san francisco steak house
insan: ayah. mama. sheena. sarah. amin

sempena birthday amin ke 19. kami pakat pi makan kat san francisco steak house. walhal beday dia lagi 7 hari kot. tapi sian punya pasal. dan alang alang smua dah kat kl. layankan aje. tambahan mak aku bayar. dengan pantas pegi bersiap. ya. kami anak paling mithali. heh.

lima orang. lima jenis steak. abes karnivor keluarga baha neh. huhu. aku oder t-bone steak. ingat kecik. bila sampai. mak aih. lembu mana dia kerat ni?. eh silap. betul ke lembu neh?. haha. serius besar. penuh pinggan kot. cuak gak nak makan memula tapi abes gak. hoho.

tapi paling mantap. bbq ribs kat situ. sumpah sedap. silap ayah aku amek half slab. patut amek full slab. tambah 20 hengget je. dapat sebelah rusuk lembu. cacat jap lembu tu. sian plak. tapi takpe. sedap punya pasal. yum.

haish. takle jadi ni. harus simpan duit neh. datang bebile. pastu order full slab ribs. dalam 60 hengget tapi serius pueh hati. tak pun. mintak keje part time kat situ. sminggu sekali. baham ribs. percuma.

GENIUS!.

ok. sekarang gak update resume.

No comments: