14.3.11

Kami, Ipoh dan kenduri

destinasi: gunung rapat, ipoh
insan: sarah. fatin. kin kin
mood: bagai pungguk rindukan bulan

aku. fatin dan kin kin. awal awal dah siap. gila semangat mau ke ipoh. usha epah dan hadi mengkawenkan diri. nikah gak akhirnya. gila lama aku tunggu nasi kenduri depa kot. dari 2006. lima tahun kendian baru dapat. kalu ada anugerah setia menunggu. memang aku layak menang. serius.

sesampai je kenduri. terus bergambo atas katil pengantin. tak agak agak. gila tak senonoh. haha. dah puas posing atas katil. tepi katil. depan katil dan sewaktu denganya. pakat turun makan. gila lapaq. tak sangka berposing ni memenatkan. patut model smua kurus. hmm. apa kene ngene ntah. haha.

sambil makan. bikin plan. pakat mau ronda ipoh la. tengok wayang la. makan nasi ganja la. bukan maen. las las. haram tak jadi. tabah. ni smua salah epah. sebab dia la smua cancel. sapa la suh ajak kiteorang join outdoor photoshot. hm. kau memang dengki. tetibe. haha.

memula macam segan. huh. segan la sangat. sekali sampai. kiteorang yang beria lebih. hoho. pi taman dr kalu tak silap. masa epahadi sibuk berposing mesra tepi kolam. aku. fatin dan kin sibuk bikin photoshot sendiri. abes smua pokok kiteorang panjat. tak padan dengan baju kurung. otai abes. huhu.

memula mau layan karok kat umah epah. aku dan fatin dah semangat gila. dah praktis vibrato lagi. tapi tetibe terkenang guard uia. terus terbantut nafsu. adoyai. terus cancel karok beb. risau tak lepas masuk uia. mau overnight. kin ada meeting pepagi buta.

demi kin (ok. sila terharu). terus drift ke kl jam 1915. dalam 2100 gak la sampai kl. gila laju. tu aku cakap. kalu fatin tak jadi lecturer. dia gerenti jadi drifter terkenal. terbaek. hm. memacam jadi dalam tempoh 11 jam. smuanya demi tengok epah hadi kawen. sekali seumur hidup je beb. ok. sekarang turn epah hadi plak terharu. hoho.

[ fatin. kin kin. sarah ]

[ sarah. nana. epah. kin kin ]

[ tabah gila pokok ni ]

[ sesi berwinter sonata ]

[ epah dan hadi ]

wahai epah dan hadi. mekaseh luang waktu dengan kiteorang walau korang busy. dan tahniah. selamat pengantin baru. moga kekal sampai nafas terakhir.

love you both :D

No comments: