29.4.11

From Java with love

tarikh: 220411 - 280411
lokasi: surakarta. karangpandan. yogyakarta. magelang. bandung. ciwidey.
insan: sarah. epah.
bajet: rm710 (exclude flight)

bagi aku. serius bes backpack kepulauan java. mencabar gila berbanding sumatera. orang dia abes murni. sampai tukang becak pun baek. siap tolong kiteorang lintas jalan besar. tetibe aku rasa nak amek sorang wat anak angkat. haha.

makan biasa je. sumatera makan lagi mengancam. tapi boleh la nak telan. tapi bakso malioboro serius terbaek. besar. murah plak tu. dapat je bakso. epah terus terdiam beb. abes menghayati bakso la tu. siap terngiang lagi. hm. aku harap tu bukan bakso kangkang. tabah.

sepanjang kat sana. abes smua benda kiteorang naek. dari bus ke keretapi ke ojek ke angkot ke becak. redah je. kalu silap. patah balik. sekarang. dengan sukacita nya aku menabal diri sendiri sebagai raja angkot dan transjogja. dah hafal route wa cakap sama lu. hebat. hebat. heh.

tapi paling mengila. bus 12 jam dari yogyakarta ke bandung. jalan dia serius mebunuh. tu aku keje tido memanjang. buka je mata. mengucap. tido balik. ulang sampai bandung. haha. tapi takpe. pengalaman. lepas ni tak wat dah. huhu.

tapi paling aku suka. murah. kes kene mark up harga tu perkara biasa. tapi dalam kene mark up pun aku tetap bawah bajet. tu pasal aku suka. guna rm710 je untuk 7 hari 6 malam. smua cover. siap pegi berbelas tempat menarik. dan termasuk shoppin. gempak.

ok. ok. kalu cerita. sepurnama tak abes. ececeh. sebab memacam kami wat. aku post gamba je la. bak kata cikgu sains aku "gambar seumpama seribu kata-kata". tetibe. haha.

dengan ini. saya mempersembahkan 'wow indonesia' siri satu: surakarta.

stesen maguwo. tunggu prameks ke solo. serius kejam train takde platform. haha.

bandar surakarta. serius lawa. sejuk mata memandang.

gladag. tempat lepak paling happening. oder makan. pastu lepak atas tikar. gaya berkelah di tengah jalan raya. kool.

kopi joss. cultural shock kejap. arang dalam kopi. nasib sedap. yums.

layan wayang orang di sriwedari. serius kelakar. tapi bila tengok lelama. mampu mimpi ngeri.

cakra homestay paling kool. memalam dieorang praktis gamelan. bes plak tu. tak macam gamelan uia. sempat... haha.

layan ojek kat karangpandan. perjalanan ke sukuh & cetho. nyaman bangat. dan lawa. sepanjang jalan ladang teh. bes bes.

candi sukuh. candi paling sexual di dunia. hoho (gelak gatai)

candi cetho. candi paling cun pernah aku jejak.

epah yang kerambangan mata dek kebaya. aku tak salah kan dia. tetibe. heh.

No comments: