5.4.11

Tekanan? minumlah teh mas cotek

sekali lagi. ayam belum sempat berkokok. aku dah terpacak depan cps. ecewah ayat. macam ada je ayam kokok kat uia. gulai ayam ada la. hoho.

sampai cps. terus tanya bro. aslam lagi. dan....

dia: sorry sis. dia masih on leave.
aku: brapa lama dia on leave?
dia: tak sure la.

wagh. bley kene gout kalu tetiap hari camni. tsk.

marah punya pasal. aku dan una terus rempit ke frim. konon nak tapis kemarahan. situ banyak pokok. bley sedut oksigen bebanyak. kurang cket stress. iye iye je. agh. lantak. janji jauh dari uia. emo gila aku. haha.

sampai frim. canopy walk tutup. yeay. tepuk tangan. tabah gila. kalu ada lighter. aku bako canopy walk. abes smua benda aku nak bako. haha. nampak sangat tekanan. sian.

sebab dah ada kat situ. dan canopy walk tutup. aku dan una pun ronda frim. pusing punya pusing. terjumpa satu kedai. nama "malay tea house". layan je la. janji ada something. park. dan masuk.

pegh. comei gila kedai neh. macam rumah melayu lelama. interior pun kekayuan. buka tingkap nampak pokok menghijau. serius lawa. rasa tenang je. siap ada congkak kot. pekerja dia lagi ganas. pakai baju macam orang lelama. memula risau gak. iye ke orang?. jap tu dia kasi menu. ok. sah manusia. heh.

menu dia senonoh gak la. tapi kelebihan kedai ni. terletak pada nama kedai. iaitu teh. dieorang ada 22 jenis teh tradisional. aku amek mas cotek sebab aku suka nama tu. dan una. lemuni sebab bagus untuk asma. pastu oder dua lempeng dan roti jala gulai ayam.

sementara tunggu. pakat main congkak. las las. tersangkut kat situ. makan minum sambil maen congkak. duduk bersimpuh lagi. menepati suasana tol. harap tak pakai kebaya je. heh.

teh aku sedap. lega jap. teh una macam minum kerepek. haha. tapi takpe. penuh khasiat. ayat sedap hati. hoho. lempeng serius sedap. panas panas. cicah brown sugar plak. kenyang gilo. kalu tau. oder satu je.

sedar-sedar. dah 3 jam lepak situ. memang bes la. sangat tenang tempat tu. nanti bebila marah kat cps. bley minum teh kat situ lagi. haha.

2 comments:

una said...

minum teh lemuni aka kerepek smbl main congkak. heaven!

Sumpah Aku Bukan Raksasa said...

fun eih?. should go try the remaining 20 tea. bley tea-high pastu. heh