26.5.11

Usaha tangga kejayaan

tepon mohe. tak jawap. memang dasar kerajaan tol la. takkan memanjang takda orang. balik balik operator jawap. kasi aku cakap dengan mesin wat pe. aku nak cakap dengan orang. tabah. nasib arini aku terasa cekal dan berjiwa kental. chewah ayat. aku tepon sampai depa angkat. abes jitu la tu. keke.

selepas cobaan ke 6 ke 7. jawap gak akhirnya. aku terus mintak sambung ke bahagian bajet mini. dan cakap dengan pegawai kat situ. tu pun susah. laen aku cakap. laen dia paham. memang menguji kesabaran tol la. lama gak aku terang situasi aku. las las. minah tu cakap:

dia: apa kata cik sarah cakap dengan bendahari. sebab kami hanya bayar apa yang ada dalam invois.
aku: boleh. tapi bendahari mana?. ada nombor telefon dia?
dia: ada ada. bendahari uia la. cik huda.

what the hell?. buang kredit aku je. cuba cakap awal awal settle dengan uia. kan senang. ni tak. dia tanya memacam soklan. siap mintak ic nak cek data aku. tup tup. kene settle dengan uia je. haiyaa. tabah gila. letak tepon. dial nombor cik huda tu. lama jap tu. dia jawap.

aku pun macam biasa. terang situasi aku smua. pastu dia tanya sapa orang mohe yang aku cakap. aku cakap la cik fikriyah. nasib baik dia kenal. jap tu. dia berkata kata. benda paling merdu dalam dunia:

"ok. saya akan potong rm1150 dari bajet mini awak" [huda, 2011]

pastu dia cakap aku dah bley wat clearance. apa lagi. terus pecut ke finance. dan.. dapat gak cop finance akhirnya. maka. settle la clearance aku. wehuuu.

alhamdulillah. sep rm1150 aku. tapi kan. tadi aku cek online. baki rm1150 tu masih ada. belum tolak lagi kot?. hm. lantak la. janji dah lepas clearance. woot woot.

No comments: