20.4.12

Amazing Southern Vietnam siri tiga: Mui Ne & Phan Thiet

dan dari da lat. kami smua pakat tersasar ke mui ne dan phan thiet. 4 jam timur da lat. dan sangat terkenal dengan sand dunes. ha.. jangan memaen. sini pun ada padang  okeh. memang rugi kalu tak datang. tobat gorgeous.

disebabkan duduk semalam je di mui ne. sesampai je mui ne. terus ke phan thiet. 45 minit perjalanan untuk borong tiket keretapi. gila jauh. tapi apakan daya. itu je stesen keretapi terdekat. layan kan aja.

dah dapat tiket. rileks. gila bapak panas. banding plak dengan da lat. lagi lah. adoyai. nasib tempat lawa. tabah lah cket. dan di sebabkan tido semalam je. kami redah amek tour yang gila murah. lagi power. tour start 5 pagi. tak penah aku pi tour awal camtu. haha.

memacam la wat. lawat white dunes. red dunes. luncur pasir. naik 4x4 redah sand dunes. lepak fairy stream. usha perkampungan nelayan yang memukau.  smua kami bedal. janji berbaloi. hm. memang berbaloi pun. usd8 je sorang. kahkah.

petang nya. naik keretapi bersama local ke saigon. serius bes famili trip kali ni. dan seperti biasa. aku post gambar je lah. sepurnama cerita pun tak abes kalu ya. hehe. 

[ perjalanan ke mui ne. serius cun ]

[ kampung nelayan mui ne. tetibe semangat mau jadi nelayan. haha ]

[ sampan bulat mui ne. serius unik ]

[ serius sentap memua usha red dunes. sumpah lawa ]

[ puan zarinah yang excited bersama encik sunrise ]

[ fairy stream. dah macam mini canyon. tetibe terasa kerdil ]

[ sesatu nya white dunes di SEA. pelik bin ajaib tol la ]

[ sesi sand surfing. abes extreme bapak dan adik aku. huhu ]

[ kami dan 4x4 di white dunes. pandu mengila sambil bergembira ]

[ stesen keretapi phan thiet. serius macam kembali ke 1940. heh ]

[ muka ceria naik keretapi yang sangat selesa ]

[ mama. amin. sheena. sarah. ayah ]

walau pi seminggu je. sempat la redah 4 daerah. dan dalam 4 daerah tu. abes smua kawasan kami redah. serius tak sesia pi sana. tempat smua lawa tahap mengugat iman. orang pun baik. public transportation jangan cakap. sangat superb. terbaek lah. 

hm. smua orang. sila ke vietnam sekarang jugak. sangat memukau kalbu okeh. gerenti berbaloi smua dwet yang bakal korang tabur. kalu nak lagi berbaloi. sila lah angkut aku sama. haha.

pape pun. terima kasih ayah dan mama selaku penaja utama. lain kali. sila la taja kami lagi. hehe. dan sarah. masa untuk tawan central vietnam pula. yehaa.

No comments: