1.12.13

Pikachu


myvi SE 1.5 auto

kereta baru aku sudah tiba arini. sumpah berdebar gila masa sign borang. tetibe terasa macam dewasa yang penuh tanggung jawap je. eh eh. bukan dah ke? hehe.

lepas dah settle borang cek keta bagai. dapat kunci secara rasmi. masuk kereta. tutup pintu. tarik napas.

aaaaaaaaaaaaaaaaagh.

jerit macam orang gila. excited siot. mana tak nye. harta  pertama bawah nama aku kot. baru myvi. kalau kereta porshe ke apa. mau berbuih mulut aku. haha. 

bawak seround dua. memang selesa dan besar berbanding cik oren dulu. walau cik oren pun best sebab senang selinap masuk. myvi memang lebih luas dan selesa untuk jarak jauh.

em. excited excited jugak. lepas ni bermula lah bayar duit kereta bulanan. maka kurang lah ongkos untuk travel. takpe lah. u lose some, you gain some. ye dok? heh.

pape pun. trimas buat mak dan ayah aku yang banyak tolong dalam hal kereta ni. dan kepada cik kuning. 

selamat datang.  

3 comments:

ainguzzle said...

Wah. Kereta baru. Bila bokeh naik kereta baru ni. Hehe

ekey said...

same geng la ni.. cume aku older version..hehehe

Sumpah Aku Bukan Raksasa said...

ain: haha. boleh boleh. cakap je nak duduk mana. haha.

ekey: bukan older. senior. kehkeh