14.9.09

Hati ku girang

akhirnya.. setelah ntah berapa bulan. yang pasti lebih dari 6 bulan la. aku jejak gak kaki di bumi chukai. bila lalu je pintu gerbang 'selamat datang ke terengganu'. aku sengih lebar sakan. excited tak tentu hala. kalah orang menang loteri beb. seronok semacam. rasa macam nak gelak kuat-kuat pun ada. tapi aku tak wat la. kang tak pepasal mak aku ingat aku kena sampuk penunggu pintu gerbang. naya.

sampai dalam 1 pagi. masuk je rumah. tido walau aku tak ngantuk pun. tapi tido gak sebab semua orang tido. peer pressure seyh. haa.. masa time sahur. mak aku gerak sekali je. terus bangun tuh. memang cemerlang. kalu tak. memang haram aku nak bangun. mak aku masak. walau simple nak mati. aku hampir mengalir air mata gembira. aku makan sambil sengih. ntah pape. lama jap tu. aku sambung tido. besh. besh.

dalam jam 10 pagi. aku bangun tido tanpa ada orang gerak. segar plak tu. memang pertama kali dalam sejarah la. bangun pastu terus duduk tengok tv sampai ternganga. macam jakun pun ada. tapi memang nikmat la duduk umah tak wat pape. dalam tengahari. jumpa fakiera. dia bawak aku pi qontan sebab dia nak order makanan kat tanjung lumpur. kami pun sembang la. nak gosip tak le sangat. kurang plak pahala. jadi, kami bertukar-tukar fakta. semua topik la keluar.

dalam 5 pm. aku balik rumah. sampai sampai terus sambung nganga depan tv sampai time bebuka. makan beli kat luar tapi sedap kot daging panggang. slurpp~ dah la tu. only in chukai. buka posa makan kerepok. memang terasa macam nelayan moden la beb. pastu pi terawikh. gila rindu dekat imam tu. dah lama tak dengar suara dia yang rock gila. idup lagi kawan tu. bagus la. malam.. main internet macam nak rak. ye la.. kat bilik uia. mana ada internet kan?. uia memang hampeh cket. haha.

ntah la. bila balik umah setelah sekian lama. semua benda jadi seronok. nikmat gila. tapi sayang. aku duduk kemaman 4 hari je. lepas tu balik kl balik sebab jumaat nak balik penang dah. ntah bila lagi baru balik kemaman. oleh kerna itu. baik aku joli puas-puas. weeee~

No comments: