28.9.09

Raya ku yang penuh drama

ahad. 190909. 29 ramadhan. esok raya.
amin. satu-satu nye adik aku sakit lelah yang kronik. sampai kene cucuk steroid tiga kali dan secara paksa rela di suruh sedut tiga tong oksigen bersih suci lagi murni. hm. mesti paru-paru adik aku gembira. dah la doktor wat macam-macam eksperimen kat adik aku yang dah rupa alien. doktor cakap nak tahan adik aku kat wad sehari. kira adik aku akan solat raya di surau hospital dan bersalam-salaman bersama doktor, misi dan pesakit laen. tak menarik langsung. mak aku tak rela. malam raya. hantu setan semua dah terlepas. sape rela nak duduk hospital. eee.. takut. jadi malam tu. mak aku jaga adik aku extra sikit supaya tak lelah mengejut yang kronik lagi.

kesudahan: adik aku raya kat umah bersama keluarga. dia sungguh gembira.

ahad. 190909. malam raya.
kami pi makan dekat restoran kapitan yang mampu dapat medal sebab roti nan dan ayam tandori dia memang terbaik punya. tengah bes-bes makan. pekerja bangladesh sebelah aku bergaduh sesama dia. sumpah macam tengok wayang tamil. emosi gila. tapi aku kagum. walau tengah bergadoh. sorang tu masih mampu pastikan ayam tandori tak hangus. memang cemerlang. lama gak gado. tengok rupa macam nak bertumbuk. nasib baik aku dah dapat makanan. kalu tak aku laknat satu keturunan sebab aku lapar gila.

kesudahan: aku makan tandori sedap tahap leleh dengan wayang percuma. berbaloi.

isnin. 200909. hari raya.
lepas solat raya dan kutip duit raya di penang. kami pi umah tok belah bapak di parit buntar pulak. masa aku tengah memberi grade dekat kueh-kueh raya yang di jamu. aku terasa nak tengok luar pintu. konon nak tengok permandangan kampung yang bes la. aku angkat je muka. dushummm. eksiden motor dan kereta. kalu kena amek keterangan polis. aku insan paling layak. chewah. salah dua-dua. kereta tak kasi signal. motor kuar tak tengok dan takda lesen. mat rempit tu patah jari. mat drifter tu kereta remuk gile. lekuk abes. bley wat kuali goreng telur kalu bley. polis tak mintak keterangan aku. hmm. tapi kalu kena. aku 101% backup mat drifter sebab dia kacak berbaju melayu. aum.

kesudahan: tak report polis sebab dua-dua salah. aku?. semakin menghargai jari aku.

selasa. 210909. raya kedua.
tengah shiok-shiok beraya kat perak road, penang. tok sedara aku lalu depan kami dipapah orang dengan penuh kesakitan. bukan orang papah yang sakit. tok sedara aku sakit. memang kronik gila. mak aku rasa slip disc. masalah tulang belakang sebab takle gerak langsung. pinggang ke bawah kebas. parah tu. anak tok sedara aku tu nangis. memang drama. aku rasa macam perlakon extra cerekarama. depa panggil ambulans. sebab nak angkat tak le. sakit sangat. memang kesian dengar tok sedara aku meraung kesakitan. tapi aku budak linguistic. nak tolong pun tak reti. tsk.

kesudahan: pengalaman macam tengah berlakon cerita cinta medik.

raya tahun ni. macam-macam jadi. banyak lagi sebenarnye. tok aku hilang 30kg sebab wat radiation untuk cancer la. kain baju kurung aku ketat la. besi almari nenek aku patah la. memang drama. tapi aku yakin. raya tahun ni yang aku paling ingat.

No comments: