27.4.10

Ayuh mintak kewarganegaraan Filipina

insan: sarah. sheena. along. shan
destinasi: manila-banaue-bontoc-sagada, filipina
selama: 10 hari 9 malam
bajet kesuruhan: rm850

ikot hati. tak rela balik malaysia beb. tapi takle la kan?. kang dr. maskanah, aku punya supervisor jejak sampai sane. hm. ngeri gak tu. oleh sebab itu. aku pun balik la malaysia secara rela. macam hampeh je alasan. huhu.

pape pun. filipina memang best!. aku kasi 4 bintang. *tepuk tepuk*. dah la murah. orang dia plak?. bukan setakat baik. hensem hensem plak tu. uish.. memang lengkap pakej. laen kali pi. kene selotape plastik bawah mulut. wat tadah air liur. asyik ternganga je. huhu.

sebab banyak sangat benda kami wat. aku post gamba je la. sebab orang tua-tua cakap "gambar bernilai seribu kata-kata" (direct translation). tapi sebab koleksi gambo mengalahkan museum. aku post dalam 20 je. tu pun dah banyak aku rasa.

dengan ini. saya mempersembahkan 'wow philippines'.

ha.. tempat ni namanya intramuros. bandar dalam tembok. smua benda kat dalam berasakan spanish influence. cantek gile. tibe tibe nak menari flamenco. baru sesuai dengan mood intramuros. haha. sebab kami pemalas. ronda tempat ni naek calesa, kereta kuda. memang mashuk

tengok sunset di manila. jam 6.15. matahari dah terbenam. kalu kat malaysia. aku tengah maen lari dalam guni lagi.

melepak di Banaue's rice terrance. sumpah lawa gile. tapi bila tiap tiap hari tengok benda sama. dah tak heran. hehe.

ok. ni permandangan dari atas plak. sesuai dengan nama 'heaven on earth'.

sape-sape nak pi filipina. benda ni wajib wat. kat malaysia takle wat. baru niat dalam hati. dah kene saman jpj. ganas tak ganas jpj malaysia. hehe.

sibuk nak maen sungai. walhal sejuk menggila. tapi takpe. bila lagi kan? haa.. berbaloi baloi.

sesi beramah mesra bersama puak ifugao. kiut gile orang tua ni. ikot hati. nak je bawak balik malaysia wat souvenir. tapi tak lepas kastam la plak. dem.

ha.. jangan memain. ni la permandangan dari toilet guesthouse kiteorang. nyaman tak nyaman. hehe.

No comments: